21/11/12

DARA.COM the best!!!

assalamualaikum w.b.t......

salam ceria, salam ukhuwah fillah dari ina untuk sahabat sekalian...

ina ni dah jadi "giller" nak blogging sokmo dah...hehhehe. sampai kawan2 ina cakap, ina ni dah xboleh nk control..hahah. tapi, jangan salah faham taw.... ina update blog bila ina rasa ina free dan bila ina rasa betul2 lapang. kalau hari2 ina update tu, maknanya ina ni always la lapang..hahahha...

ok, hari ni ina nk kongsi ngn kawan, tentang satu majalah yang mmg jadi teman ina. ina baru je belajar menbaca buku ni...sbb ina ni memilih cikit. law xada yang interesting, ina mmg xakan baca..

tapi berbeza dengan majalah DARA.com... bamyak info, dakwah, nasihat yang boleh kita aplikasikn dalam kehidupan terutamanya untuk wanita (WANITA muslimah moden) tapi ina xmoden la...just simple in life (BAJU KURUNG N BLOUSE FOREVER) mcm orang tua kawan ina cakap..hahah ada ina kisah???

cukup dengan informasi terkini seperti gaya tudung, fesyen, kecantikan, hiburan, rohani dan macam2 lagi la....(KENE BELI BARU TAHU). bagi ina, ina suka bahagian fesyen pakaian muslimah moden macam jubah, skirt, denim dan banyak lagi..

kawan2 tahu kenapa ina boleh terjebak dalam DARA.com ni?? sbb al-kisahnya bila salah seorang finalist dara.com ni adalah senior ina... nama apa?? haaaa....EKIM namanya.... nk tengok?? 

INI LA EKIM.... CANTIK KN??? OF COS LA..EHEHHE.


dalam realiti pom kak ekim mmg wonderful  xpayah mekup pom xape...heheh. kadang2 cemburu taw, bila tengok kak ekim sbb cantik sangat... tapi allah maha pencipta dan maha mengetahui.... kak ekim ni dok sebelah kampung ina je. dulu kitaorang aktif JPA3...dia la senior skuad. CM XCAYA KAN?? tapi kawan2 kene caya la..hehhehe.  sekarang ni, kak ekim belajar kat UPM. amek kos ape ni xinagt, rasa KEWARTAWANAN. mmg pndai la kak ekim pilih. suit n table betul dengan dirinya yang cantik dan pandai memperhiaskan diri....


selain dari belajar, kak ekim ni juga model sambilan. banyak la butik2 yang masih fresh dan amature ambik kak ekim sebagai model mereka. kalau ina pom ada butik, ina akan ambil kak ekim jugak. yela ina mmg akui kak ekim ni mmg seorang yang cantik.... :)

ok la ina malas nk cerita panjang2 nanti orang kata ina ni tumpang publisiti kak ekim pula....hehhe. UNTUK KAK EKIM, INA DOAKAN KAK BERJAYA DAN MENGGAPAI CITA2 YANG DIIDAMKAN. hehehehe..... jom kita tengok!!!


JADI COVER GIRL UNTUK DARA.com..INA POM TERINGIN.HAHAHA PERASAN!!!!!! (KOYA LA INA NI)
FINALIST DARA.com......CANTIK2 SEMUNYA.
ALHAMDULILLAH.... KAK EKIM DAPAT NO 3... CHAYOKK~~~~CHAYOK~~~~CHAYOOOKK~~~




KATA-KATA PUJANGGA (KAK EKIM)
~"aku adalah aku"tiada siapa yang mampu berubah kecuali hanya satu~



SEMOGA KITA JUGA SAMA MUHASABAH DIRI DAN PERBAIKI KEKURANGAN YANG ADA AGAR DIRI INI SENTIASA DEKAT DENGAN YANG ESA...

SALAM UKHUWAH.....arenamuslimah.blog 



20/11/12

~Belajar VS Kerja~

bismillah hirohma nirohim.......

 salam ukhuwah.... salam sejahtera.... salam syg ina pada kawan2....

entri ina hari ni berkatan kehidupan setiap insan/khlifah di atas bumi yang indah dan setiap ciptaannya berguna untuk kita semua... bukan susah kita nak dapat pahala free!!...cm nert tu?? ok ina bukn nk tunjuk pndai taw pape....cuma ina nak ajak kawan2 menikmati ciptaan MAHA ESA yang begitu luas dan tidak dapat dihitung....

ok stop at there!!!hehehhe.... story morry ina hari ni bab 14..hehehe. ina sekarang dah dalam lingkungan anak yang dah dewasa la..(tp otak cm budak2 agi). bukn ape, ina xnk tensionkn kepala ina, sbb tu ina wat2 cm budak2... law kawan2 tertekan, kawan2 pom bleh try..tapi ina ni mmg dah semulajadi, bukn buat2...hehehe...

sebagai seorang manusia yang tidah pernah lari dari bersekolah, pelajaran, ilmu pengetahuan mmg dah wajib untuk kita mencari kelemahan diri masing2. ilmu xpernah kurang jika kita cari, dan xkan luntur dek clorox taw!!! (giler la ayat nie)hahhahahah.....

perkara yang ina rindu masa ina kecik2 dalam lingkungan remaja sekolah adalah zaman persekolahan ina yang mmg THE BEST IN MY LIFE. kenapa taw...sbb cikgu2 ina mmg baik... ina ambil kelas SAINS KEJURUTERAAN. so, kelas tu kene la ambil +mat.....(MATEMATIK TAMBAHAN)... ina xthu la nape kepala otak ina ni cam susah sangat nk faham... tapi mujur la cikgu ina ni xpernah putus ase ajar ina... smpai kan ina pom xsangka dengan result SPM ina..hehhe.(mekasih cikgu nor).....
 

ANTARA BARISAN GURU2 KAT SEKOLAH INA DULU





NI PULA LAMBANG SEKOLAH INA. SEKOLAH KEBANGSAAN GAAL PASIR PUTEH KELANTAN

tu la kisah ina masa zaman sekolah, sebelum ina sambung belajar kat POLISAS..... kat poli pula, ina ambil jurusan kejuruteraan (UKUR TANAH/SURVEYOR)... kenapa ina ambil ukur tanah??? sbb "DARI TANAH KITA DIBENTUKKAN, DAN KEPADA TANAH KITA DIKEMBALIKAN". (yeke sbb ni???)hahahahah...xla.... ina ikut abah ina. dia dulu dalam TENTERA, dia bahagian REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA. tapi differentnya, abah ina bahagian pelan kejuruteraan dan kenderaan berat. tapi ina pula bahagian tanah2 je... cm example pecah lot, buat geran, kerja2 yang melibatkan pengurusan hal ehwal tanah...hahahha. senang je kan..??sbb tu ina rasa nak pecah kepala otak ni!!!...



sebahagian kerja ina ni ader yang diajar kat poli dulu... tapi zaman poli dulu overall konvensional... tapi bila dah masuk dunia kerjaya yang sebenar, semunya dah moden... submit kerja pom by online but not overall la... tahu x, dulu mase time belajar, ina mmg benci sangat2 la bahagian pecah2 tanah ni. sbb susah.... tapi bila dah kerja ase senang plak. yela, bila dah pndai, dah tahu selok belok semunya akan dipermudahkan oleh allah ta'ala.....alhamdulillah....

WALAUPOM SEKALI JE DAPAT, TAPI TETAP PARENTS INA GEMBIRA. INA NAK PARENTS INA HAPPY JE. SMILE SELAGI INA BERADA DISAMPING MEREKA



antara kerja yang ina buat seperti:

  • pecah bahagian untuk mendapatkan geran masing2 la. tapi atas geran yang belum diproses mesti melebihi dua nama.
 
  • pecah sempadan tukar syarat pula, adalah untuk kita ubah syarat dari kegunaan pertanian kepada banguna. kenpa kita ubah syarat??? sbb kita nak buat kediaman atau pun perusahaan (kedai).
 
  • pecah sempadan adalah kegunaannya bangunan. jadi xpayah ubah syarat dan boleh di pecahkan untuk kediaman atau kedai.
 
  • berimilik semula pula bagi tanah yang berasingan dan berdekatan/bersebelahan hendak dicantm menjadi satu lot. (tapi ina xpernah procced lagi bab ni)hehheh....


itu antara kerja ina dalam pejabat sahaja. luar pejabat lain pula taw.... tapi ina xnak bg tahu la. sbb nanti ina tertekan..huhuhu....

time kerja...mental kene kuat. kalau kene marah mmg allah je yang tahu. kenapa??


  1. malu
  2. rasa nak marah
  3. macam nak berhenti kerja je
  4. menyampah dengan kerj yang banyak


sbb tu la, bila kita dah bersedia untuk bekerja, pertama sekali mental must be stronger. hati kene terima dan mulu jangan nak berbunyi. terima je kata2 bos walaupun bukn salah kita. fikir je la, bos pun manusi dan kadang2 dia mungkin tertekan juga... tapi bg ina, everything in a control. ina mmg ada rasa nk marah, tapi ina akan luah kat kawwn yang terdekat dan yang paling faham ina adalah mama ina.... MEKASIH MA!!!!....


OK LA KAWAN2, INSYA'ALLAH JIKA DIBERI KESEMPATAN INA CORET LAGI KISAH INA. INA BUKAN NAK KAWAN2 JUZ BACA JE TAPI INSYA'ALLAH YANG BAIK KAWAN2 AMBIL YANG BURUK ITU MUNGKIN KELEMAHAN DIRI INA.... SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA....


SALAM UKHUWAH... arenamuslimah.blog.com




RINDU KAWAN2 INA

19/11/12

Temuduga Perajurit Muda 2012 Dalam Kenangan

Assalamualikum

Bismillah


Disebabkan entry ini mempunyai komen dan pembaca yang tinggi, dengan rasa merendah diri ina akan update entry ina dengan penulisan yang lebih ringkas dan mudah difahami. Semoga, pengalaman yang ina dapat ni dapat membantu korang yang bakal menghadapi interview perajurit muda kelak.



09.10.2012 : Tanggal di mana ina pergi interview untuk menjadi perajurit muda buat kali pertama. Walaupun masa ni dihalang oleh abah ina yang memang tak suka anak-anak dia ikut jejak dia, tapi ini la minat ina sejak kecik. Ina sukakan pakain beruniform. So, ina rasa jiwa ina ada tentera sangat kuat.

First interview ni, kami cuma diambil tinggi dan berat BMI sahaja. Tak ada latihan specifik lagi. Kalau berjaya pada peringkat pertama ni, pihak pengambilan perajurit akan submit surat kat rumah untuk dipanggil kembali bagi sesi interview yang kedua.

06.11.2012 : Masa tu dah petang. Tengok abah ina bawa balik surat. Tapi, ina tak tahu surat tu sapa punya. Lepas maghrib, baru ina perasan surat tu abah ina tinggal kat atas almari. Belek-belek rupanya nama ina dan ada cop ATM lagi. Mak aihhhh...!!!!!!!!!! Lompat-lompat la suka weh... Siap nangis2 lagi sebab happy kononya. Abah aku buat muka toya dia je la. Mama aku lain pula, dah rasa macam aku dapat la masuk Atm... Hurmmm....

09.11.2012 : Ina kene buat medical checkup sekali dengan X-ray. Sedih beb, ina dah la kena pergi sendiri, lepas tu doktor cakap kene buat pengesahan dengan pakar tulang kat Kota Bharu. Alamak.... Masa tu otak ligat dah tak tahu nak pergi dengan apa. Abah...??? memang don't know dah dia. Mama pula bukan pandai bawa kereta. Ina..??? tak ada lesen .... Hehehehehe

Tapi ALLAH ni maha mengetahui. Masa sattle buat X-Ray kat hospital daerah tempat ina, jumpa la satu family ni yang sama-sama daat offer macam ina. So, dengan manis mulut tanpa malu ina mintak nak tumpang. Siap tawar minyak kereta lagi. Alhamdulillah... Sampai la kami kat KB... Serah sampul X-Ray kat nurse yang ada kat situ untuk dapatkan pengesahan dari doktor yang berwajib. Paling sadis aku nak bagi tahu. Nama aku kat filem X-Ray salah pula time tu...Macam mana nak budak yang X-Ray aku kat hospital daerah tu boleh salah. Tak pasal-pasal kene ambil sekali lagi. Tai tak pe, demi benda yang aku minat, sanggup la aku buat X-Ray sekali lagi. Dah sattle semua, tunggu la filem yang baru siap plus dengan cop doktor. Nurse kat kaunter tu panggil ina sekali lagi.

Time tu ina fikir benda dah sattle la kan. Rupa-rupanya No Ic pula salah kau....!!!!!!!!!!!!! kau rasa....????? Aku rasa nak hempuk je filem tu atas meja. Tapi sabar lagi.... Nurse tu cakap, nanti masa interview explain la kat diorang yang aku dah buat X-Ray 2 kali dalam sehari. Jadi, nak tak nak aku angkut je la filem yang salah No Ic  tu balik rumah... 

16.11.2012 : Hari yang dinantikan. Seawal pagi ina dah terpacak kat DATARAN KEM DESA. Masa tu mama dan adik yang hantar. Nervous tak payah cakap la. Tengok diorang yang badan semua slim melim aku pula dah separuh kuih pau. Tapi, rezeki depan mata, selangkah kaki aku sekarang dah dalam ATM aku kene hadap dan tempuh.

KRONOLOGI :-

- beratur bertiga-tiga macam korang nak kawad tu. Yang mana pakai baju tanpa kolar dipersilakan balik terus. Tak akai kasut, balik juga. No compromise...Nama pun tentera, disiplin ketat.

-Masuk dewan untuk semak kelengkapan dokumen oleh Sel Pengambilan yang terlibat. Korang tak payah nak kelentong diorang la. Lupa itu ini, sebab diorang tak layan benda remeh. Even korang cakap saya lupa, saya tertinggal ke apa memang korang dipersilakan balik.

-Lepas sattle semak dokumen, kami diberi kepada 9 kumpulan. Calon yang asalnya 90 just tinggal 87 je. Sebab apa... ??? macam ina explain tak di la kalau korang tak lengkap or disiplin korang hancur korang akan diarahkan balik serta merta. So, korang get prepare sebaik mungkin sebelum pergi interview apa-apa je.

-Ina termasuk dalam Kumpulan pertama. Dan kami ada 9 orang semuanya, mempunyai latar belakang berbeza, kelulusan berbeza cuma kami ada keiginan yang sama iaitu nak jadi askar... Boleh gitu... ????Hahahahaha

-Kami di arahkan bergerak dalam kumpulan dan menuju ke kawasan lapang. Dalam 500 m juga la dari tempat kami berkumpul awal-awal tak di. Kami diberi arahan ringkas apa yang kami lakukan sepanjang hari tersebut.

-Beberapa pemeriksaan akan dijalankan untuk tengok kesihatan, mental dan fizikal. Korang kalau awal-awal memang akan terkejut la macam ina. Rasa nak nangis, nak tarik diri semua ada. Tu pasal mental kene kuat Ok...!!!!!

Antara pemeriksaan yang akan kami buat ialah :-

-tekanan darah
-mata
-gigi
-X-ray (just tengok filem yang kita dah buat masa awal-awal dulu)
-Tk ( macam jasmani exercise je. Lari2 pastu lompat PT)
-Periksa telinga
-Periksa Dalaman (Perempuan pun kene, lelaki apatah lagi sebab benda wajib)
-Periksa Gigi
-Periksa Tapak Kaki (yang ni buat aku sedih, sebab last checkup ni la aku tak buat dan sebab benda ni aku..... Korang kene baca sampai habis).

Dalam tengah hari lepas zohor gitu, sattle la kami punya checkup. Dari 9 orang yang masa awal-awal tak di, group kami tinggal 8 je...Sebabnya ada sorang tu tarik diri tak tahan buat TK dibawah matahari nan anas berdengkang.

Tapi, sekali lagi ina mention, dalam checking takdi kami tertinggal 1 je yang kami tak buat. Actually bukan kami tak nak buat, tapi tak tahu la macam mana bahagian unit resat ( Bahagian medical) boleh terlepas pandang group kami yang pertama ni.

Sattle semua, kami gerak balik ke dataran tempat mula-mula kami kumpul dulu untuk ujian IQ test. Ujian kau... bukan main-main. Dok jarak-jarak dan korang tak payah mimpi la nak meniru ke nak jenguk sebelah ke. Memang tak kan sempatnya.

IQ test siap, kami diberi no INDEX setiap sorang. Index ni kononya macam no badan la kalau korang betul-betul rekrut kan. Dan no index ni la diorang akan guna sepanjang korang dalam pemilihan tu. Nak buat apa no index ni...???? Jap lagi ina kene buat aktiviti lasak. Lasak sangat ke...???? Korang mesti pernah dengar kan kene lari berkilo-kilo, tekan tubi semua tu kan. Haaaaa.... ni la yang ina pun takut masa daat surat pemilihan dulu. Takut lari semput, tekan tubi cium tanah dan sebagianya.

Masa tu nak dekat mahgrib, perkara yang aku tak sangka ada dean aku. Siapa..??? Abah aku la.... dia datang senyap-senyap tengok aku buat training. Hahahha tapi ok la sekurangnya dia bagi support masa aku nak start berlari kan....:)

Semua dah dapat no index, lapor diri siap kami dileaskan untuk larian 2.3Km. Masa yang diberikan tidak kurang dari 15Minit. Kau rasa aku dapat buat... ???? Semput wehhhh.... Ina xsuka la lari-lari. Main bola jaring ok lagi...Hahahaaha. So, sampai garisan penamat, catatan aku 20 minit 40 saat. Masa tu aku dah redha kalau tak dapat. Aku memang xleh berlari jarak jauh. Dan profession aku dalam sukan pun lebih kepada bola jaring..Kah..kah..kah

Tunggu punya tunggu result, lastly diorang umum akan ambil masa 22 minit kebawah. Dah terbeliak mata aku. Eh... aku ingat kene balik rumah dah. Ruanya rezeki ada lagi...Alhamdulillah.

Next latihan, masuk dewan dan cari partner untuk buat seat up dan tekan tubi. Seat up aku win la, tapi tekan tubi, bontot aku je naik badan tinggal kat lantai... Hahahahaahha. Tapi tu tak jadi masalah kata pegawai semakan masa, cumanya diorang nak kita push diri kita supaya kita dapat buat.

Latihan terakhir, sebelum korang serah borang lulus latihan korang beserta no Index korang. Tekanan untuk kekuatan tangan. Korang pegang palang ke atas dan imbang badan korang. Aku 2,3 kali jatuh. Tai, pegawai tu suruh aku buat juga sampai berjaya. Aku dapat buat memang bangga habis la... Sebab aku rasa impian aku dah tercapai. Tapi..........!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku masuk dewa semula nak kemas sampul untuk diserahkan kepada pegawai bertugas. Sedih....aku yang 8 orang takdi dipanggil semula untuk buat checkup semula. Bukan buat semua, tapi buat yang aku mention awal takdi. Medical lupa nak cek tapak kaki kami. Dan disitu la mulanya allah nak tunjuk kat aku askar bukan rezeki untuk aku.

Menangis aku dalam bilik medical bila doktor cakap tapak kaki aku macam tapak itik. Dari 8 orang dalam kumpulan yang lepas hanya 5. Sedih, marah, syukur semua ada.. Allah maha mengetahui. Aku balik semula ke dewan dan balik dengan hati yang hancur... 

So, kesimpulan dari temuduga aku ni aku dapat pengalaman baru. Pengalaman yang bermakna dalam hidup aku. Aku mungkin dah musnahkan impian mama aku nak tengok anak dia jadi askar, tapi aku usaha untuk banggakan mama dan abah aku dengan cara lain. Siapa sangka, aku dapat interview kerja lain. Kerja yang betul-betul kene dengan course yang aku belajar. Kerja kerajaan bawah kerajaan negeri kelantan. Itu la namanya rezeki milik Allah.. Kita sebagai hambanya mampu usaha, yang mengizinkannya adalah ALLAH...

Good Luck for buddyz yang akan pergi ke pemilihan perajurit muda. Semoga dengan semangat yang korang bawa, akan memberi rezeki kat korang. Ina doakan rezeki milik korang. So, yang mana tanya ina dapat ke tak pemilihan tu, jawapnnya TIDAK..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. hahahhaaha....

~wasalam~

~AWaL mUhARRaM iNFo~


بسم الله الرحمن الرحيم


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”




DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.




Amalan-amalan sunat:

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Kisah Hijrah:

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.
Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.
Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.
Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.

Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.
Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.
Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.


Tentang Kaabah

Kaabah: Saiz dan Sejarahnya
  • Saiz Kaabah: Tinggi Kaabah ialah 39 kaki, 6 inci dan keseluruhannya saiznya ialah 627 kaki persegi.
  •  
  • Bilik di dalam Kaabah ialah 13X9 meter. Dinding Kaabah adalah seluas satu meter. Lantai di dalam ialah 2.2 meter lebih tinggi daripada tempat orang ramai mengerjakan tawaf.
    Siling dan bumbung diperbuat daripada kayu.
     
  • Dindingnya diperbuat daripada batu. Dinding di dalam tidak dikilat manakala yang di luar adalah berkilat.
     
  • Bangunan kecil ini dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam, Ibrahim, Ismail dan Muhammad. Tiada bangunan lain mempunyai penghormatan ini.

Adakah anda mengetahui Kaabah pernah dilanda oleh malapetaka seperti bah selain serangan manusia?





Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub.
Nama-nama lain adalah:
  • Bait ul Ateeq – bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima.
  • Bayt ul Haram – rumah dihormati.
Kaabah dibina semula 12 kali.
Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali.
Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT.
Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah. Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut:
- Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci
- Dinding Hatim adalah 33 kaki
- Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki
- Dinding Barat adalah 46.5 kaki
Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW).  



Nama-nama Kaabah:

Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub.
Nama-nama lain adalah:
  • Bait ul Ateeq – bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima.
  • Bayt ul Haram – rumah dihormati.
Kaabah dibina semula 12 kali.
Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali.
Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT.
Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah. Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut:
- Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci
- Dinding Hatim adalah 33 kaki
- Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki
- Dinding Barat adalah 46.5 kaki
Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW).


Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish 

Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.

Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu hajar aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan. Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. “Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad,” jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.

Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.




 TERIMA KASIH UNTUK INFO NIE.... INA AMBIL TUK KONGSI DENGAN KAWAN2 YANG LAIN.... SALAM MAAL HIJRAH. SEMOGA KITA SAMA MENGGAPAI PENGHIJRAHAN HIDUP <3 <3 <3



SALAM UKHUWAH DARI arenamuslimah.blogspot.com


6/11/12

! the best oasis !

بسم الله الرحمن الرحيم

salam semua.... hai, semalam ina dah up date blog ina. so hari ni ina nak up date lagi la...hehehe (dah gatal tangan la ni) :)

ina nak kongsi dengan kawan2 slot rancangan yang ina selalu tengok dan selalu je ina follow up walaupom siarannya berulang...(biasela astro!!!)heheheh...

ok, baru2 ni ASTRO OASIS ada buat rancangan terbaru taw... kawan2 tahu tak rancangan apa??? haaaaa...ni la nak cerita..


ye kawan2 ni la cerita baru dan rancangan baru kat ASTRO OASIS. ina 

pom baru tengok episod yang ada norin aziz. rasanya baru episod satu 

kot!!! wa'allah hualam..hehhe. yang bagusnya cerita ni, pengacara dia 

adalah----------jeng..jeng...jeng... "LELAKI". wow...tittle dia macam 

rancangan perempuan je kan.hehhe... tu la ina cakap, cerita ni bagus sbb 

tujuan ENTRI JAMEELA diadakan adalah untuk supaya golongan lelaki 

memahami konsep hati seorang wanita....(lebih kurang la)hehhe...ok 

tengok informasi di bawah!!!!...


ha tengok jangan xtengok kawan2!!!!

ha..ni la pengacara dia.....wow cm penyanyi nasyid je sbb ada janggut sejemput.!!!hehehe

Setiap Program ini memaparkan 2 orang hos yang akan berada di pelbagai lokasi menarik yang santai. Isu yang diketengahkan merangkumi  apa sahaja isu semasa yang menarik minat mereka dan juga mampu memperkasakan wanita.



SELAMI JIWA, RAWAT ROHANI, DAN PERKASA PERIBADI...itu la trademark DATUK FADZILAH KAMSAH. bnyak informasi, berkongsi cerita, pengalaman dan pengajaran. allah memberi kita ujian bukan kerana DIA bencikan kita, tapi yang sebenarnya DIA sayangkan hambanya. ujian yang diturunkan adalah untuk menguji tahap kesabaran hambanya. baguskn kita sebagai hamba sebab ada yang sudi menguji kita....bukan senang taw kita nak dapatkan cabaran. "allah menguji hambanya,sebab DIA tahu hambanya mampu hadapi setiap ujian yang diberikan" 


Waktu Siaran
Selami Jiwa Fadzilah Kamsah
Saluran : Astro Oasis (106)
Masa : 7.30 petang
Hari : Isnin

Sebuah program bual bicara yang penuh motivasi yang dihoskan oleh Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah. Ia membicarakan topik-topik semasa bersama artis-artis jemputan. (jgn lupa tengok taw!!!!!)





ok la ini je yang dapat ina kongsi dengan kawan2...insya'allah ader mase ina share lagi..hehhe

salam ukhuwah....

arenamuslimah.blogspot.com



jgn lupa follow k....n like blog ina... support korang ina hargai..semoga kita sama2 dapat berkongsi pengalaman, rahasia, cerita2 dan sebagainya!!!!



4/11/12

~S E B U A H K E H I D U P A N~

assalamualaikum semua...

salam pagi dan ceria selalu . "dalam cuaca yg dingin"...kat tempat ina sekarang hujan renyai2. best juga sbb sejuk hehehe
apa khabar sahabat2 yg selalu follow blog ina ni??? alhamdulillah semoga sihat hendaknya selalu...


ina sekarang ni tgh bz sikit, siapkan kerja yang bertimbun sebab ada seorang staf kat pejabat ina bersalin, so ina la kena to4 semua kerja dia... alhamdulillah semua berjalan dengan lancar... ok sekarang bukan ina nak cerita pasal kerja atau pasal kesibukan ina...tapi tengok title dia "SEBUAH KEHIDUPAN". tujuan blog ina ni di wujudkan adalah bukan kerana ina pandai dalam hal2 agama. ina pom masih mentah dan masih banyak perlu didalami terutamanya dalam menjadi seorang muslimah yang solehah. bukan ibu bapa ina xajar semua tu, mugkin silap ina masa lampau dahulu. ina seorang yang boleh dikatakan agak tomboi ketika era persekolahan. tapi bukan la sampai "PENKID" maaf sgt kalau ayat ina ni agak kasar. dulu ina aktif sangat2 dalam bidang sukan terutama sekali BOLA JARING. boleh dikatakan keluarga ina ni legasi la dalam bola jaring ni. kenapa ina cakap cm tu??hehehhe... ok from mama ina lagi zaman sekolah dia pom main bola jaring. then, ina dan adik2 pom sama still main bola jaring. tapi ina xada la sampai peringkat negeri macam adik ina.. dia dpat tawaran untuk ke peringkat negeri, tapi mama ina xbagi sebab dia nak exam masa tu!!! :(


sebuah keluarga yang sempurna dambaan setiap insani


oppsss..terkeluar dari topik pulak!!!..heheh. ok now ina nk kogsi satu cerita dan ina nak tanya pendapat kawn2 la "APA PERASAAN KAWAN2 KALAU SALAH SEORANG DARI ORANG YANG KAWAN2 SAYANG TELAH KEMBALI KE RAHMATU'ALLAH"???

------------------> jawapan ina plak
ina xsanggup... ina sayang mama, abah dan adik2. ina pernah merasai keadaan dimana mama ina bersalin adik bongsu ina. masa tu mama ina ada "high blood" yang tinggi sangat2. xsilap ina mencecah sampai 200 >>. mase tu allah je yang tahu perasaan abah ina kan?? kenapa ina rungsing? sbb doktor cakap, dia perlu selamat kan salah seorang je.... memang sedih sangat2. masa tu memang la semua kecanggihan doktor membatasi segalanya, tapi ketentuan tuhan ina pasti allah lebih mengetahui...  abah ina suruh doktor tu buat yang terbaik. kalau boleh nak dua2 selamat....


keluarga ina lebih kurang macam ni la..hehehe

alhamdulillah!!!..mama dan adik ina selamat... ina xdapat banyangkan kalau ~argghh ina xnak cakap...
bukan ina xterima qada & qadar allah tapi tu la manusia yang masih mencari kemanisan iman. ina akui iman ina masih kurang. so, selepas semuanya ok kami buat doa selamat.... cuma doktor adar cakap, kemungkinan adik ina yang baru lahir ni (adik bongsu) akan mengalami "hiperactive". ape tu??? hehhehe susah ina nk explain. kawan2 search sendiri k....

itu la serba sedikit kisah hidup ina. insya'allah jika kita selalu mendekati pencipta kita, sudah pasti akan dapat mencari di mana kemanisan imannya. semoga kawan2 pom berusaha untuk mencari kemanisan iman tu k!!!...



sekian... arenamuslimah.blogspot.com