16/08/16

CITA CITA BESAR AKU

Bismillah..
.
.
Tengok orang lain berjaya, ada biss sendiri, butik sendiri, kedai, kiosk, atau apa je yang sendiri dan melibatkan perniagaan akan buat kita rasa nak pasang cita-cita baru. Wow, boleh pulak tukar cita-cita kan.
.
.
Cita-cita kita akan bertukar mengikut peredaran masa dan kehendak semasa. Betul tak apa yang kita cakap?? Kecuali, memang rezeki orang tu dapat mengimpikan cita-citanya. Semua tu rezeki...
.
.
Kita tak salahkan takdir Allah bagi kita laluan kehidupan yang macam sekarang. Walaupun agak mencabar dengan ekonomi pesat membangun, dengan wang ringgit semakin susut, emas semakin naik, barang naik dan badan pun naik..tetiba. Jadi, terpaksa la kita cari alternatif lain untuk menghilangkan boring.
.
.
Kerja..?? Dah banyak tempat company swasta kita cari, call kot-kot nak pakai pekerja. Tapi, diorang boleh cakap nanti kita call. Nanti saya call semula. Ok, nanti kalau ada apa-apa saya akan call awak semula. Tapi, sampai ke hari ni yang call kita suami kita, mama kita, abah kita, adik kita, dan bank.islam pasal kereta kita. Company..?? Belum 1 pun call kita lagi. Lagipun kita tak letak harapan. If ada rezeki kita, ada la...
.
.
Jadi, lepas bincang-bincang dengan suami kita rasa nak berniaga. Tak kisah la, produk ke, kain ke, kasut ke, bag ke yang penting boleh cari RM 1,RM2 kan.
.
.
Nak banyak tu memang tak dapat la sebab dropship berapa sangat la untungnya. Lain la kalau jadi agent, stokis hurmmm confirm masyuuuukkkk..
.
.
Tapi sejak berbisnes ni rasa macam ok la. Tak der la happy sangat tak der la syok sangat. Sebab kita pun faham. Ekonomi sekarang membataskan manusia membazir. Jadi, kita pun dapat cust jarang-jarang je.
.
.
Walaubagaimanapun, semua tu tak patahkan semangat kita yang baru nak bertaktih dalam perniagaan. Cewaahh macam dah besar nau bunyinya... hahaahaha. Apa pun doakan kita ya. Jom support IG SHOP kita. Mana tahu, ada keperluan korang kat sana.
.
.
IG SHOP : BY_MOMMYHAZIQSHOP
.
.
Follow taw. Ala, tak luak pun kalau setakat korang nak follow ig kita. Just click follow je kan. Bukan suruh korang log in, buat pendaftaran semua.. Hehehhe jangan ambil hati. Itu lah luahan orang berniaga. Followers tu penting sangat.
.
.
Kat sana kita ada jual TATI SKINCARE,PERLAKING,NAKED COSMETIC,BRUSH MAKEUP,SUPPLEMENTS dan macam-macam lagi.
.
.
Paling penting, yang kita jual ORIGINAL dan gred yang bagus. Kalau yang ORI tak kan kita nak tipu. Dosaaaaaa.. kita pun tak ambil dari supplier murah if barang diorang murah tapi fake. So, kalau korang tengok barang di IG SHOP kita tu mahal atau murah dari IG SHOP yang lain jangan pelik. Kami mempunyai supplier yang berbeza. Jadi, kalau korang puas hati dengan barang kita, boleh repaet lagi kan. Kalau korang sebaliknya ragu atau kata barang kita fake kita ok je.. Boleh cari IG SHOP yang lain.. 
.
.
Rezeki Allah tu luas. Jadi, yang masih menggangur, tercari-cari pekerjaan tu apa kata korang mulakan hidup baru korang dengan berniaga. Korang boleh je buat dropship dulu dan bila ada modal korang boleh simpan barang pula. So, jangan putus asa. Sambil mencari kerja hakiki, apa kata buat kerja sampingan iaitu berniaga.
.
.
Ok la, dah dah la tu membebel arena. Meh tidur. Kang Muhammad Haziq bangun ajak main sampai ke pagi esok la tak tidur gamaknya... hahahaha. Bila berniaga ada anak ni lagi la mencabar korang. Apa yang penting, semangat korang, usaha korang, dan cara korang nak manage. Macam ahli perniagaan tak??.. hahaahha.
.
.
Nak berjaya, kena positive. Jom positivekan diri, bersihkan minda. Mulakan hari ni kerana esok mungkin akan jadi milik orang lain..
.
.
Wasalam

1 ulasan :

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)