16/09/16

Tati Skincare : Q & A

Bismillah..
.
.
Q&A stand for question & answer. Disebabkan ramai..ramai...ramai sangat-sangat yang whatsapp tanya soalan yang biasa di tanya, kerap ditanya dan soalan pun hampir nak sama almost pasal Tati Skincare so, alternatif diambil kita buat entry la senang. #mohonbacasampaihabis
.
.
Alhamdulillah.. kalau dulu saya hanya menjadi dropship kepada supplier atau pemborong besar sahaja, dan sekarang dengan berkat sokongan suami akhirnya saya dapat pegang stok sendiri. Jadi, yang mana area melaka boleh COD with charge atau pickup by self with no or any charge. Jom, kita mulakan Q&A kita ni dengan baca dengan teliti dan harap soalan ini dapat membantu kawab-kawan yang musykil pasal Tati Skincare.
.
.
1. Adakah saya ( arena ) masih menggunakan tati sebagai routine skincare.
Yes.... saya masih menggunakan Tati Skincare. Bermula saya dalam pantang 35 hari, saya rasa pigmentasi kulit muka saya sangat teruk. Jadi, saya cuba reserch pasal produk2 yang boleh dicuba pakai. Tapi, akhirnya saya terkejut bila tengok kawan saya yang dulunya kulit dia sangat teruk dengan jerawat dan sel mati tapi akhirnya flawless kau... Bila tanya pakai apa, dia cakap Tati Skincare. Hari tu juga, search instagram nak beli tati.
.
2. Dulu saya pakai produk apa
Lepas dapat kerja gomen, saya tukar produk dari SAFI ke NANO WHITE.  Saya tak pakai full set pun, just cleanser dan toner. Ermmm nano pun ok, tapi sebab saya tak pakai set dan agak mahai, so, fahem2 jela ye.
.
3. Berapa lama dapat tengok kesan dari pemakaian tati
Bergantung pada masalah muka sayang. Susah saya nak explain bab ni. Sebab, kulit muka kita semua tak sama. Ada yang 3 hari, ada yang seminggu dah boleh nampak perubahan. Kalau saya hari ke 5 baru perasan macam " eh muka aku dah cerah sikit" , " eh dah tak kusam " haaaaa gitu... memang tak sama tempoh perubahan tu. Kalau korang kerap main panas, lagi la lambat dik noonnn oi nak berubah. Mana2 skincare pun kalau kena cahaya matahari yang melampau akan melambatkan tindak balas. Harap maklum
.
4. Kalau kulit sensitive boleh ke pakai tati
Paling ramai yang tanya soalan ni. Jawapannya yes and recomended. Sangat-sangat disyorkan. Kerana tati dapat membantu masalah kulit sensitive tu. Tapi, kalau terlampau teruk, perlu masa yang lama la kan. Bukannya pakai sekotak terus clear muka tu. Korang kena faham ya. Jangan ingat pakai 1 kotak set 5 in 1 korang dah boleh dapat terus muka yang korang idamkan. Saya sendiri pun masuk 3 kotak baru rasa puas hati.
.
5. Kulit muka tak rosak, tak ada masalah boleh ke pakai tati
Alhamdulillah... bersyukur la anda sebab muka anda tak ada masalah. Jadi, buat apa nak pakai skincare. Kalau saya, saya syorkan pakai cleanser je. Untuk jaga muka dari sebarang habuk dan kotoran. Tu pun kalau korang nak pakai. Kalau tak rosak, buat apa nak pakai cream2 tu semua kan. Leceh.. so, alang2 nuka korang dah flawless just pakai cleanser dan serum je. Tak pun cleanser dan toner pun tak apa. Untuk jaga kelembapan kulit dan elak kulit kotor dan berminyak.
.
6. Betul ke tati tak ada bahan kimia
Mula2 nak cuba tati, ada juga saya buat kaji selidik pasal tati skincare ni. Bila dah sah tiada kandungan kimia terus jatuh cinta nak cuba. Pasalnya kalau tak ada kimia kita tinggal skincare tu atau tak pakai dah lepas ni kan, dia tak kan rosakkan muka atau tinggalkan kesan yang buruk. Yang tu memang di akui. Saya pernah tak pakai tati hampir 3 minggu sebab nak tengok apa yang akan jadi pada muka. Kalau boleh tak nak bergantung pada tati kan. Memang tak ada apa2 perubahan. Cumanya tona muka akan sekata ikut warna asal kulit kita. So, kalau korang jenis warna kulit yg sawo matang jadinya warna muka korang gitu la. Kalau pakai tati, dia akan nampak glow dan shining sedikit. Tapi tak ada la melepak muka dari tangan.. choiii je.
.
7. Betul ke tati ada fake
Alhamdulillah.. sejak saya jual tati customer saya semua berpuas hati dan ada yang repeat order. Maaf pasal fake ni saya tak nak komen banyak sebab bagi saya awak sebagai pembeli dan pengguna boleh buat research, boleh tanya dan selidik kan. So, kalau korang nak yang pastinya ori, korang boleh cari saya. In shaa allah Tati Skincare Ori untuk anda direct dari stokist terbesar di KELANTAN. Doakan saya boleh jadi stokis... amin...amin...amin... TQ doakan saya.. heheheh
.
8. Saya beli tati, tapi tak pasti ori ke tak
Jawapannya, "SILA LIHAT PADA BOTOL ADA NO KKM". Sila semak no KKM tersebut kat sini tatiskincare.com. ( maaf saya tak boleh nak link sebabnya update pakai fon. So, korang buka je laman rasmi tati dan semak no KKM pada produk tati yang korang beli tu. Kalau sama, sebiji, serupa, itu tandanya ORIGINAL ya.
.
9. Wajib ke pakai serum
Kang saya cakap wajib, kata saya kejam. Yela, serum kan agak mahal. Tapi berbaloi kalau pakai. So, kalau nak glowing and more shining memang kena ambil serum. Tapi, saya tak suggest pada customer saya sebab saya tak nak cust saya rasa terbeban dan mahal. Jadi, cuba dulu ambil set 5 in 1. Kalau rasa ada perubahan, boleh tambah toner dan serum. Permudahkan urusan anda ikut cara anda. Jangan merumitkan keadaan sampai membebankan diri ssndiri... gitu...!!!! Hehehe
.
10. Kenapa akak jual murah. Saya tengok ada yang mahal
Last QUESTION. Alhamdulillah... korang kena bersyukur saya jual mahal dan original. Saya tak dapat untung banyak tak apa yang penting saya ada bisnes yang boleh membantu saya dan keluarga. Saya tak ambil untung banyak sebab saya tahu benda baik harus dikongsi. Saya pun bersyukur sebab dapat borong tati dengan harga yang murah. Sebab tu saya dapat jual dengan harga yang murah. Korang kena happy... ok..!!!
.
.
Ok, saya rasa cukup la dulu Q&A untuk entry kali ini. Kalau ada lagi, saya akan buat 2nd entry. Kain pun banyak nak kena jemur. Bisnes pun penting, rumah tangga lagi penting. Hahahahh apa pun, untuk sebarang order dan pertanyaan korang boleh
.
.
WHATSAPP : 014-5342096 (+06)
atau
Untuk sebarang update pasal harga atau produk2 lain yang korang rasa nak survey boleh follow ig shop saya
IGSHOP : by_mommyhaziq_shop
.
.
Wasalam

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)