14/10/16

AK Junior : 9 MONTH

Bismillah...
Alhamdulillah.... cepat sungguh perjalanan masa sekarang. Kalau tak ada perkara yang berfaedah dibuat dalam masa sehari rasa rugi sangat. Sebabnya masa ni mcm cemburu dengan kita. Lebih-lebih lagi kalau dalam masa seminggu kita langsung tak sentuh al-quran apatah lagi nak baca kan Allahhhhhh tersangat la rugi. Dikesempatan kita update blog hari ni kita nak ajak semua pembaca yang baca entry ni ambil masa sekejap je dalam sehari, seminggu atau sebulan (paling malas la) untuk baca satu surah, satu juzuk, atau surah amalan. In shaa allah....sama-sama kita perbaiki kelemahan kan.
.
.
07.10.16, maka genaplah anak Ummi 9 bulan. Pejam celik je dah besau. Cepat nau Ummi rasa sayang. Ummi tak puas lagi nak keronyot awak tau tak...hahhahahaha. Sekarang ni macam-macam perangai dah keluar. Pantang nampak orang, terus nak meniru. Bijak dan cepat tangkap pulak tu...Alhamdulillah Ummi harap awak sentiasa jadi anak yang cerdik pandai ya sayang.
.
.
9 bulan juga, Haziq kena enjection untuk campak, even haziq pernah kena campak before. Kita ada cerita pasal ni. So, rajin-rajin la godek blog kita ya.. hahahahaha. Kalau boleh kita tak nak lepas semua imunisasi yang perlu Haziq ambil. Bukan kita ni pro vacsin okkkkkk...Cumanya kita risau dengan pelbagai penyakit yang semakin pelik-pelik sekarang ni. So, vaksin tu ikhtiar kita dan kita juga ikhtiar dengan amalan tradisional dan sunnah. So, balance la kan.
.
.
Kita tak pandai nak cerita, tapi apa yang kita buat alhamdulillah disokong suami serta ada juga pandangan suami yang kita guna untuk yang terbaik buat Haziq.
.
.
Ramai yang tanya kita macam mana nak elak baby demam lepas enjection. Hahahhaaha kita tak ada tips la awak. Kita pun tak tahu kenapa haziq tak demam. Rezeki haziq la tak demam kan. Kita rasa sepanjang 9 bulan ni, haziq baru sekali je demam masa kena campak dan sekali je selsema masa kita ajar dia mandi kat sinki
.
.
Ok la korang, nnati kita update lagi ya. Sekarang kita dah tak susah nak update blog. Sebabnya suami kita dah beli IPAD. Bukan kita punya la, cuma kami sama-sama guna. Alhamdulillah senang nak update blog sebab besau...hahahahaha
.
.
Wasalam

2 ulasan :

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)