14/10/16

AK Junior : 9 MONTH

Bismillah...
Alhamdulillah.... cepat sungguh perjalanan masa sekarang. Kalau tak ada perkara yang berfaedah dibuat dalam masa sehari rasa rugi sangat. Sebabnya masa ni mcm cemburu dengan kita. Lebih-lebih lagi kalau dalam masa seminggu kita langsung tak sentuh al-quran apatah lagi nak baca kan Allahhhhhh tersangat la rugi. Dikesempatan kita update blog hari ni kita nak ajak semua pembaca yang baca entry ni ambil masa sekejap je dalam sehari, seminggu atau sebulan (paling malas la) untuk baca satu surah, satu juzuk, atau surah amalan. In shaa allah....sama-sama kita perbaiki kelemahan kan.
.
.
07.10.16, maka genaplah anak Ummi 9 bulan. Pejam celik je dah besau. Cepat nau Ummi rasa sayang. Ummi tak puas lagi nak keronyot awak tau tak...hahhahahaha. Sekarang ni macam-macam perangai dah keluar. Pantang nampak orang, terus nak meniru. Bijak dan cepat tangkap pulak tu...Alhamdulillah Ummi harap awak sentiasa jadi anak yang cerdik pandai ya sayang.
.
.
9 bulan juga, Haziq kena enjection untuk campak, even haziq pernah kena campak before. Kita ada cerita pasal ni. So, rajin-rajin la godek blog kita ya.. hahahahaha. Kalau boleh kita tak nak lepas semua imunisasi yang perlu Haziq ambil. Bukan kita ni pro vacsin okkkkkk...Cumanya kita risau dengan pelbagai penyakit yang semakin pelik-pelik sekarang ni. So, vaksin tu ikhtiar kita dan kita juga ikhtiar dengan amalan tradisional dan sunnah. So, balance la kan.
.
.
Kita tak pandai nak cerita, tapi apa yang kita buat alhamdulillah disokong suami serta ada juga pandangan suami yang kita guna untuk yang terbaik buat Haziq.
.
.
Ramai yang tanya kita macam mana nak elak baby demam lepas enjection. Hahahhaaha kita tak ada tips la awak. Kita pun tak tahu kenapa haziq tak demam. Rezeki haziq la tak demam kan. Kita rasa sepanjang 9 bulan ni, haziq baru sekali je demam masa kena campak dan sekali je selsema masa kita ajar dia mandi kat sinki
.
.
Ok la korang, nnati kita update lagi ya. Sekarang kita dah tak susah nak update blog. Sebabnya suami kita dah beli IPAD. Bukan kita punya la, cuma kami sama-sama guna. Alhamdulillah senang nak update blog sebab besau...hahahahaha
.
.
Wasalam

22/09/16

Ak Junior : 8 Month

Bismillah..
.
.
07.09.16 maka genaplah usia anak Ummi 8 bulan ya. Cepat betul Ummi rasa sayang. Tup..tup dah setahun. Ummi selalu harap awak membesar dengan sihat dan cerdik pandai.
.
.
Now, awak dah pandai berdiri.pantang nampak tempat yang boleh berpegang, mesti nak berdiri. Tal apa sayang, keep it up ok... bak kata ayahnda Rani Kulup.. hahaaha
.
.
Now, Ummi sedikit sibuk dengan On9 bisnes sebagai dropship. Tapi, ada juga yang Ummi buat COD dan posting. So, Haziq dan baba selalu temankan Ummi. Bila Ummi nak pergi sorang Baba memang tak bagi. Baba cakap nanti Ummi sesat dengan Haziq.. hurmmn baba..baba.. nak kena babap ni.. huhhhu.
.
.
Ok sayang, Ummi wish u grow up with healthy and happiness. Ummi Baba doakan awak jadi anak yang soleh dan dapat berbakti kepada negara. Jadiakan ulama sebagai idol kamu. Jadikan mahaguru kamu sebaga idola kamu... jadiakan murobbi kamu sebagai idola kamu... Bawalah Ummi dan Baba ke syurga sana.
.
.

Muhammad Haziq bin Zulfikri. Buah hati Ummi dan Baba. Happy 8th monthsary sayang...
Wasalam

16/08/16

CITA CITA BESAR AKU

Bismillah..
.
.
Tengok orang lain berjaya, ada biss sendiri, butik sendiri, kedai, kiosk, atau apa je yang sendiri dan melibatkan perniagaan akan buat kita rasa nak pasang cita-cita baru. Wow, boleh pulak tukar cita-cita kan.
.
.
Cita-cita kita akan bertukar mengikut peredaran masa dan kehendak semasa. Betul tak apa yang kita cakap?? Kecuali, memang rezeki orang tu dapat mengimpikan cita-citanya. Semua tu rezeki...
.
.
Kita tak salahkan takdir Allah bagi kita laluan kehidupan yang macam sekarang. Walaupun agak mencabar dengan ekonomi pesat membangun, dengan wang ringgit semakin susut, emas semakin naik, barang naik dan badan pun naik..tetiba. Jadi, terpaksa la kita cari alternatif lain untuk menghilangkan boring.
.
.
Kerja..?? Dah banyak tempat company swasta kita cari, call kot-kot nak pakai pekerja. Tapi, diorang boleh cakap nanti kita call. Nanti saya call semula. Ok, nanti kalau ada apa-apa saya akan call awak semula. Tapi, sampai ke hari ni yang call kita suami kita, mama kita, abah kita, adik kita, dan bank.islam pasal kereta kita. Company..?? Belum 1 pun call kita lagi. Lagipun kita tak letak harapan. If ada rezeki kita, ada la...
.
.
Jadi, lepas bincang-bincang dengan suami kita rasa nak berniaga. Tak kisah la, produk ke, kain ke, kasut ke, bag ke yang penting boleh cari RM 1,RM2 kan.
.
.
Nak banyak tu memang tak dapat la sebab dropship berapa sangat la untungnya. Lain la kalau jadi agent, stokis hurmmm confirm masyuuuukkkk..
.
.
Tapi sejak berbisnes ni rasa macam ok la. Tak der la happy sangat tak der la syok sangat. Sebab kita pun faham. Ekonomi sekarang membataskan manusia membazir. Jadi, kita pun dapat cust jarang-jarang je.
.
.
Walaubagaimanapun, semua tu tak patahkan semangat kita yang baru nak bertaktih dalam perniagaan. Cewaahh macam dah besar nau bunyinya... hahaahaha. Apa pun doakan kita ya. Jom support IG SHOP kita. Mana tahu, ada keperluan korang kat sana.
.
.
IG SHOP : BY_MOMMYHAZIQSHOP
.
.
Follow taw. Ala, tak luak pun kalau setakat korang nak follow ig kita. Just click follow je kan. Bukan suruh korang log in, buat pendaftaran semua.. Hehehhe jangan ambil hati. Itu lah luahan orang berniaga. Followers tu penting sangat.
.
.
Kat sana kita ada jual TATI SKINCARE,PERLAKING,NAKED COSMETIC,BRUSH MAKEUP,SUPPLEMENTS dan macam-macam lagi.
.
.
Paling penting, yang kita jual ORIGINAL dan gred yang bagus. Kalau yang ORI tak kan kita nak tipu. Dosaaaaaa.. kita pun tak ambil dari supplier murah if barang diorang murah tapi fake. So, kalau korang tengok barang di IG SHOP kita tu mahal atau murah dari IG SHOP yang lain jangan pelik. Kami mempunyai supplier yang berbeza. Jadi, kalau korang puas hati dengan barang kita, boleh repaet lagi kan. Kalau korang sebaliknya ragu atau kata barang kita fake kita ok je.. Boleh cari IG SHOP yang lain.. 
.
.
Rezeki Allah tu luas. Jadi, yang masih menggangur, tercari-cari pekerjaan tu apa kata korang mulakan hidup baru korang dengan berniaga. Korang boleh je buat dropship dulu dan bila ada modal korang boleh simpan barang pula. So, jangan putus asa. Sambil mencari kerja hakiki, apa kata buat kerja sampingan iaitu berniaga.
.
.
Ok la, dah dah la tu membebel arena. Meh tidur. Kang Muhammad Haziq bangun ajak main sampai ke pagi esok la tak tidur gamaknya... hahahaha. Bila berniaga ada anak ni lagi la mencabar korang. Apa yang penting, semangat korang, usaha korang, dan cara korang nak manage. Macam ahli perniagaan tak??.. hahaahha.
.
.
Nak berjaya, kena positive. Jom positivekan diri, bersihkan minda. Mulakan hari ni kerana esok mungkin akan jadi milik orang lain..
.
.
Wasalam