31/01/16

Alhamdulillah...Selamat Bersalin #Part 2

Bismillah..
.
.
Kita sambung balik story pasal bersalin. Sementara anak tengah tidur ni boleh la ummi dia berblog jap.
.
.
Selesai je nurse cek jalan, buat CTG dan scan kandungan, kita diminta untuk menunggu kat ruangan menunggu. Mati-mati kita ingat tunggu nak masuk wad tapi bila doktor pelatih tu mention nama kita akan terus ke LB terus meremang bulu roma. Hati dok bertanya "aku ni biar betul nak bersalin dah". Masalahnya sakit pun tak.. hahahhaha. Datang sorang staff nurse, suruh kita baring sebab nak masukkan ubat suruh buang air besar. Kononya nak cuci perut la kan. Mudah bila nak meneran nanti.. hehehe
.
.
Tak sampai 5 saat ubat untuk buang najis besar bertindak pantas. Sepantas kilat kita ke bilik air. Tapi, yang keluarnya secoit je la sebab kita dah seminggu lebih cirit birit,so perut kita memang tak banyak la nak proses makanan. Dalam masa tu juga suami kita call bagi tahu mama dan abah kita ada kat ruang menunggu. Sattle membuang kita mintak izin nurse nak jumpa parents jap. Tengok muka mama kita jadi sebaik tetiba..sob..sob..sob
.
.
Kita rasa sebak sebab macam tak percaya yang kita alan merasai pengalaman ni dan kita juga bakal jadi ibu.. Kita sempat la mintak maaf dan minta halal semua dari kita kecil sampai la kita kita besar. Dengan abah kita segan sikit, hehehehe.. so mintak maaf pun segan-segan la.. tak touching macam kita dengan mama. Dengan suami pula, boleh dikatakan hari-hari kita mintak maaf,mintak halal sampai suami pun naik risau. Kita tahu dia risau kebapa... sob..sob..sob..
.
.
Dalam pukul 7 , nurse panggil ina masuk ke LR. Ina ikut je la montot doktor pelatih tu. Dalam hati, masih tak percaya nak bersalin dah..hahaaha. lalu je depan bilik bersalin 1-3 ina tengok ada yang tengah meneran, ada yang tengah tahan sakit, ada yang tidur. Sampai je bilik no.4, doktor suruh kita baring. Arghhh.. makin cuak. Suami tak ada, kita dari kecil sampai dah lahwin kalau nak jumpa doktor mesti berteman. Cuak pula bila sorang-sorang je dalam bilik tu.
.
.
Staff Nurse dan doktor pelatih siap pasang CTG dan drip bagai. Masa tu jantung kita macam terhenti. Tengok syiling je... perasaan kita nak suami...nak suami.. Huhuhuhu. Tetiba, mulut terkeluar juga nak bertanya nurse yang tengah incharge kita. "Nurse,bila suami boleh temankan kita???"... then, nurse tu jawab,"eh suami awak ada ke, la...suruh la dia masuk". Tercengang kita..hahahaha. Senyum ke telinga la kita bila nurse cakap macm tu. Sebab "KEKUATAN" kita ada kat sbelah kita...
.
.
Around 8pm, suami kita datang. Sattle solat semua baru dia datang temankan kita. Mulut kita memabg tak berhenti berzikir dan berdoa supaya baby senang keluar, selamat dan sihat. Risau tu hanya Allah yang tahu. Kita sebagai ibu mesti nak yang terbaik dan hanya doa la senjata mukmin yang palaing tajam dan makbul. Bila suami dah ada kat sebelah, rasa kekuatan tu lain sangat. Suami pula tak lepas dari mulut tanya sakit ke tak. Kita pula tak nak bagi diorang pecah ketuban awal, kita cakap la tak sakit.. hahahahaha. Padahal perut memang dah memulas macam nak uuk..uuuk..
.
.
Pukul 9am lebih sikit, doktor cek jalan sekali lagi. Bukaan dah 5cm. Kita pun pelik, macam cepat pula bukaan dia. Padahal kita terperap atas katil je.. Alhamdulillah rezeki kita kot, Allah permudahkan. Bila bukaan dah confirm 5cm, datang la doktor pelatih lain yang bertujar syif. Tapi doktor lelaki....haiyooooo..Dia cakap nak pecahkan ketuban sekarang. Terkejut beruk kita asal awal sangat. Sebabnya, bukaan jalan kita cepat so diorang aim kita mungkin boleh cepat bersalin. Kita redha je la. Asalkan semuanya selamat.
.
.
Bila ketuban dah pecah, kita rasa sakit dia semakin kuat. Kita ingat pesanan mama kita, bila ketuban pecah cuba teran sikit-sikit. Biar bukaan jalan cepat sikit terbuka. Sengal-sengal badan pun dah ada, paling win win cramp bahagian paha. Kita perasan, bila ketuban dah pecah, bukaan jalan kita lambat pula. Dah pukul 11 pun bukaan still sama. Tapi sakitnya nauzubillah. Kejap-kejap mintak suami urut, mintak ketuk-ketuk paha yang dah cramp. Nak mengiring tak boleh sebab CTG tak detect plak jantung baby.
.
.
Alhamdulillah, doktor dan nurse memang baik. Bila kita mintak izin nak mengiring diorang izinkan. Cuma jangan bagi miss cetakan CTG je. Tapi, kita dah cuba mengiring kiri atau kanan memang tak boleh..huhuhuhu... Dalam 11pm, staff nurse yang incharge kita datang cek jalan. Dia cakap dah nak 6cm. If kita tak tahan sakit dia nak bagi kita ubat tahan sakit. Mula-mula kita tolak kononya dapat tahan. Lastly, suami kita pujuk suruh ambil injection tahan sakit tu. Kita ingatkan, bila dah enject kurang la sakitnya, memang kurang sikit la tapi sakitnya banyak lagi. Macam mana tu..?? Entah la susah nak describe dengan penulisan.
.
.
Tepat jam 12am, bukaan jalan dah 6cm. Sakitnya nauzubillah hi minzalikh. Air mata je teman kita time tu. Suami sugul je sebab tak tahu dah nak buat apa. Dia siap cakap lagi, "kalau la sakit ni boleh pindah abang nak tanggung sayang". Lagi la kita sedih.. huhuhu. Kejap-kejap minta suami urut, minta oxygen, minta maaf dengan suami. Dok ulang-ulang benda sama je sampai la bukaan jalan 8cm..
.
.
Doktor yang cek jalan kita kononnya nak suruh kita cuba teran. Tapi, bukan cuba memang nak suruh teran. Suami kat sebelah dah panik semacam. Cepat-cepat dia pandang tempat lain... hahaahaha. Kita nampak kat cermin depan kita... hahahahaha. Bila doktor panggil suami suruh tengok kepala baby dah betul-betul kat "pintu jalan" baru la dia berani tengok..hehehe. Doktor bagi semangat kat kita suruh teran sebab doktor cakap baby dah boleh keluar. Kita blurr jap, 8cm nak suruh teran macam tak percaya woiii...
.
.
Dengan semangat yang diberi, kita tengok suami dan rasa kekuatan lagi kuat walhal kita tak makan ok dari pukul 7 sampai la nak bersalin. Harapkan air mineral dan drip water je. Alhamdulillah 5 kali teran baby selamat keluar. Ok, memang kene gunting sikit walaupun kita tak rasa tapi, suami yang bagi tahu...hehehe.
.
.
Bila doktor letak je anak kita atas dada masa tu macam kaku dan sejuk sebab tak percaya anak kita dah keluar. Dalam merah-merah lagi doktor suruh suami kita azankan. Tapi, suami kita tak berani nak dokong sebab kecik sangat, so dia azan atas dada kita je. Getaran suara suami kita tu membuktikan yang dia pun macam tak percaya anak dia dah keluar..
.
.
Sattle jahit,cuci dan kemas semua kita dibawa ke ruang menunggu untuk ke wad. Masa tu dah 7am. Lambatkan..??.. Yess sebab doktor yang jahit tu sangat teliti. Dia jahit langsung tak rasa dan siap borak-borak lagi we all.. hahahaha. Masa menunggu tu, diorang serve ibu-ibu bersalin dengan roti dan milo panas. Tu la makanan pertama kita selepas beberapa jam berlapar. Tapi, ok la asalkan semua selamat.
.
.
One of nurse bawa anak kita untuk menyusu. Masa tu, happy gila sebab kita tak sempat tengok anak kita betul-betul masa doktor letak atas dada. Sebab air mata menghalang pandangan kita.. hehehe. Diorang suruh kita bagi susu dada dan kita dah cuak. Pegang pun tak pandai ni kan nak menyusu sambil baring mengiring. Tapi, nurse kat HUSM semua baik-baik. Diorang banyak la bantu kita sebab diorang tahu kita first baby kan mesti semua kekok.. hehheehe.
.
.
Sambil menyusu, sambil tatap muka anak. Banjir lagi la.... Air mata laju je keluar sebab masih tak percaya yang anak kita dah ada dalam pelukan kita..sob..sob..Actually, Kita tak lama pun kat hopital.. hari yang sama juga kita dah discharge. Sebab anak kita dah berak dan kita dah boleh jalan ke tandas semua. Tapi, sebelum keluar kita kena cek kat tempat jahitan kalau-kalau ada yang terbuka atau jahitan tak sempurna. Paling sedih, kita kene jahit sikit sebab ada one of part tu doktor jahit tak habis. Diorang takut nanti tak cantik.. Menangis juga la kita sebab jahit masa semua dah kering dan kulit dah mula nak mengeras kan. Redha...!!!
.
.
4pm hari yang sama, kita boleh discharge dan balik rumah.. yeaaayyy...!!!. Baby in the house...!!!!. Alhamdulillah, hari ni dah 25 hari berpantang dan baby pun tak ada kuning. Tak lama dah nak enjet sebulan. Cepat sungguh anak membesar. Membesar dia atas tangan sendiri. Sakit atau lenguh pun hilang bila tengok anak. Tq anak ummi sebab sama-sama usaha dengan ummi masa kat LB hari tu. Ummi mintak maaf sebab hampir putus asa...Tapi, bila semua bagi semangat, dalan fikiran ummi hanya 1, ummi nak awak keluar secara normal tanpa sebarang bantuan alat. Alhamdulillah, doa ummi dan baba termakbul sayang...
.
.
Semoga anak ummi membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh. ♡♡♡
.
.
Wasalam

4 ulasan :

  1. Alhamdulillah...dah selamat semuanya..seronoknye bace pengalaman orang..tu la rezeki masing2 lain..sy dulu 3 hari thn sakit tapi still 1 cm je..last2 induce..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xpe misz sheyla.. yg penting semuanya selamat kan..heheheh.

      Padam
  2. awak...tahniah...best sgt blog awak ni..
    saya suka cara penulisan awak yg humble..
    selamat berpantang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trima kasih lynn5... mashaallah, saya terharu sangat. Saya tulis apa yg saya rasa je.. hehehe. Terim kasih sudi jalan2 kat blog saya ye.. :)

      Padam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)