20/02/16

AK Junior : Officially

Bismillah
.
.
Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Allah yang tidak berbelah bahagi nikmtanya.
.
.
Hari ni, officially kita perkenalkan jantung hati kita dalam blog kita. Yess.. anak yang dikandung selama 9 bulan kini berada di depan mata. Membesar dengan sihat dan sempurna. Walaupun ada sedikit ujian kecil untuk kami berdua. Tapi, kami redha.
.
.
√ Muhammad Haziq Bin Zulfikri
√ 07.01.16
√ 3.25 Kg
√ 4.45 Pagi
√ Hari Khamis
√ Lahir di HUSM Kubang Kerian
.
.
Yes.. itu la nama yang dipersetujui oleh kami dan juga orang tua kami. Walaupun awal-awalnya nak letak nama lain without "muhammad". Tapi, atas nasihat orang tua kita, seeloknya ada muhammad, so kita decide tukar nama yang simple dan mudah dipanggil.
.
.
Haziq " Yang cerdik, pandai ". Kenapa pilih nama ni?? No reason actually. Tapi, keutamaan kita adalah maksud disebalik nama tu indah. Mudah dipanggil, mudah diingati dan mudah la kita nak ajar dia bila nak sekolab nanti. Kang nama panjang-panjang sian pula dia nak ingat nama sendiri.. Nanti nak tulis nama sendiri pun dia malas.. hahahaha ada ke camtu..?? Wallahulam
.
.
Masa lahir, berat Haziq 3.25 Kg. Genap 10 hari naik la 1/2 Kg. Masuk hari yang ke 20, berat Haziq dah 4.1 Kg. Cukup je sebulan berat Haziq dah 4.7 Kg. Now dah 44 hari, rasa tangan pun dah kebas kalau dokong dia. Aishhh meriah betul berat anak Ummi. Tak apa la, yang penting anak Umm sihat.
.
.
Apa lagi ek nak cerita.. hahahaha Ummi blurr nak cerita pasal anak. Sebab first moment kot.. heheehe. Ok, tabiat Haziq ni dia banyak tidur je la awal-awal pantang hari tu. Masuk je pertengahan berpantang Haziq dah pandai tengok cahaya dan dengar sesuatu yang kuat sampai terkejut-terkejut. Akhir berpantang, Haziq dah nampak Ummi, Tokma, Tokbah. Ummi suka sangat. Baba pun macam tak tenang kat Melaka bila Ummi hantar gambar Haziq thru whatsapp. Hahahhaha cian Baba.
.
.
In shaa allah bila dah sihat, Haziq dah behave sikit baru la kita akan balik Melaka. Now, kita tengah ajar Haziq duduk dalam carseat, ajar naik kereta tu pun ke klinik je la. Nak jalan-jalan Mall mama kita tak bagi lagi sebab Haziq kan kecil lagi. Badan pun tak kuat. Risau kalau-kalau demam je. Cuaca kat Kelantan ni pun tak menentu.
.
.
Bila dah jadi mak-mak ni kan, masa sangat penting. Sangat penting untuk bahagikan dan ambil peluang. Time anak tidur, masa tu la diambil untuk sattlekan diri kita, rumah dan sebagainya. Kadang-kadang mandi pun ala kadar, makan pun 2,3 kali basuh tangan baru sattle makan. Tidur tak payah cakap la, dah berpapan panadol kita makan sebab sakit kepala bila tak cukup tidur. Tapi...tapi..tapi kita suka dengan kehidupan sekarang. Banyak ajar kita dari segi masa, kesabaran, ketahanan mental dan emosi.
.
.
Muhammad Haziq pada hari pertamanya di dunia. Beberapa jam selepas dilahirkan. Anak yang hadir disaat Ummi give up untuk berusaha, tapi hadirnya awak untuk menjadi hadiah kepada Ummi di hari lahir Ummi yang ke 25 bersamaan 15.02.16
.
.
Ramai cakap, Haziq ni ikut muka kita. Entahla, kita pun tak tahu rupa kita masa baby macam mana. Sebab mama dan abah kita susah dulu. Tak ada kemera nak rakam detik-detik bahagia. Hehehhee.. tak apa, kita tak kisah. Kalau betul la Haziq ikut muka kita masa kecil, kita dah tahu macam mana rupa kita masa kecil dulu.. Comel juga ek.. hahahahha ( perasan jap ).
.
.
Ok, tu je la kita nak share. Nanti kalau ada story yang best pasal Haziq, kita share lagi ya. Doakan kesihatan Haziq dan doakan juga Haziq menjadi anak yang soleh buat Ummi dan Baba dia..
.
.
Wasalam

4 ulasan :

  1. wah thniah da dapat baby 1st. Hihihi berat jgk baby 3kg lebih. Baby hanis masa lahir 2.1kg tapi gunting byk jgk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tq kak hanis.. tu pun masa scan sebelum bersalin doc cakap 3.6++ dah cuak taw. Mujurla keluarnya kurang dari tu sebab ina 8cm doc dah suruh teran.. jahit tak banyak, dalam seinci setengah je. Alhamdulillah..

      Padam
  2. tahniah...berubah2 muka baby...muka anak akak time lahir macam ibu...bila dh 7 8 bulan ni dah copyright muka abah nye pulak ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak wawa... waaa lama menyepi ya. Hehehehe.

      Tu la, ni dah nak masuk 2 bulan ramai cakap mcm baba dia pulak.. xkisah la yg penting haziq anak ummi & baba dia.. hehehe

      Padam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)