14/02/16

Pengalaman Berpantang

Bismillah
.
.
Lama betul nak update entry baru kan. Fuhhh.. jadi mak mak ni semua kena rushing. Kena cepat dari lipas. Start je anak tidur, masa tu la nak sattlekan apa yang patut. Sangat-sangat mencabar kehidupan selepas ada anak. Cabaran yang tak dapat dinilai dengan wang ringgit sebab nikmat tu sangat mahal.
.
.
Alhamdulillah, hari ni hari Ke-38 kita berpantang. Tinggal beberapa hari je lagi nak horrey..horrey. hahhahaha... Dah lama kaki tak pijak tanah, muka tak kena panas. Tapi, tak dernya la kita putih bila tak kena panas.. hampeh betul. Huhuhuhu. Berat pun tak ada perubahan sangat dengan sebelum mengandung. Haisshhh badan kita memang susah nak turun taw. Arghhhhhh... geram. Kita nak kurus...!!!!!!...
.
.
Pengalaman berpantang kita alhamdulillah berjalan lancar. Kita pilih berpantang secara tradisional sebab tu kita balik kelantan senang la mama kita nak handle kita kan. Ramai orang pun sama pendapat dengan ina, kalau kita berpantang dengan mak sendiri boleh la banyak songeh.. hehehe. Tapi, kita tak ada la demand dengan mama kita. Apa yang boleh kita buat, kita buat. Yang tak mampu dibuat, mama kita take over.
.
.
Kita cerita bab berurut dulu ya. OK, kita berurut 2 kali dengan 2 orang tukang urut. Kenapa 2 orang...??? Kena baca sampai habis baru tau.
.
.
Lepas bersalin dan balik kerumah, keesokkan harinya mama kita pergi jemput bidan kampung yang paling tua dan paling lama sekali kat kampung kita. Bidan ni juga la yang urut mama kita masa lahirkan kita. Percaya tak..?? Haaaa... tu la hakikatnya. Kita dah 25 tahun tau, dan sekarang kita bersalin bidan tu urut kita pula.. ahahahhaha. Alhamdulillah, bidan tu juga yang buat mandi serapat dan mandi herba untuk kita. Bidan akan berurut selama 3 hari berturut-turut dan hari ke 3 akan ada sesi "pelepas". Apa tu pelepas..?? Ina akan buat entry baru jika ada kesempatan ye. Nak cerita kat sini takut panjang pula nak baca..
.
.
Berurut sesi ke-2 dengan tukang urut muda. Ex-schoolmate ina masa sekolah menengah dulu. Jadi tukang urut dah akak tu. Sedap sangat tau dia berurut. Kita mula berurut dengan dia selepas keguguran lepas. Ina terpaksa berurut dengan kak Sue tu sebab, yang pertama tu macam tak move on. Yela, bidan tu pun dah tua kan, mana kuat nak cengkam kita yang debab ni. So, kita terpaksa la urut sekali lagi dengan kak Sue tu. Alhamdulillah 3 hari juga la berurut dengan kak Sue, dan kak Sue juga sediakan mandi serapat, mandi bunga dan "pelepas" pada hari ke-3.
.
.
Selepas berurut, badan rasa sihat dan susu pun meriah semacam. Baju mesti basah je kalau tak perasan. Ada la rezeki untuk anak kita kan. Impian kita nak BF anak tercapai. Harapnya tercapai la sampai anak kita 2 tahun. Kita sebagai mak kena positif dan mindset tu penting. Pemakanan kena jaga, dan jangan biarkan badan kita lesu je. Tu pesanan nurse kat kita sebelum bersalin.
.
.
Bab makan pula, mama kita memang jaga gila-gila tau. Nak makan tu tak boleh, nanti anak kembung. Nak makan tu tak boleh, nanti sakit urat. Memang dijaga sebaik mungkin la.. kadang-kadang rimas tapi fikirkan diri ni nak pakai lama, ikut la biarpun kuno. Hahhaahaha.. Kuno la sangat, kalau sakit padan muka sendiri..huhuhuhu.
.
.
Awal-awal berpantang,kita cuma makan ikan bakar dan ikan kering bakar. Kadang-kadang tu mama kita buat la juga sayur air sawi untuk elak sembelit kalau makan tak berkuah kan. Tapi, kita sembelit juga.. hahahaaha. Terpaksa minta ubat dengan nurse. Lepas 20 hari berpantang, luka dah bercantum dan jahitan pun dah tercabut semua baru la mama kita bagi makan ayam goreng dan daging goreng. Mula-mula takut juga nak makan takut gatal kat tempat berjahit tu, tapi alhamdulillah tak ada pape kira ok la tu.
.
.
Bab mandi pula, kita memang tak suka mandi air panas. Tapu, terpaksa la bila dah bersalin kan. Takutnya bentan la nanti. Cerita pasal bentan pun ada juga kita nak share. Tak pe, ada masa kita buat entry lain pasal bentan. Banyak betul kita bsehutang entry sampai lupa..lupa.. hahahhha. Berbalik kepada bab mandi, ssminggu berpantabg kita mandi dengan air yang disediakan oleh tukang-tukang urut kita. Selepas seminggu, kita mandi herba je. Ala, guna herba bath TANAMERA je pun.. Rebus air, letak 1 sachet herba bath TANAMERA. dan siap. 1 sachet tu ina guna 2 kali. Jimat sikit.. hahahaha.
.
.
Bab barut perut kita pula, kita pakai 3 minggu je. Tu pun jarang-jarang. Mama kita tak larat dah nak bebel. Kita rimas la pakai bekung yang kena ikat-ikat ni. Kita suka yang jenis macam baju tu. Tapi susah nak BF anak pula. Banyak songeh betul  areyna ni kan. Huhuhu... Kita pakai apa kat perut sebelum balut dengan bekung..??? Ala, mama kita tumbuk garam kunyit je pun... Gatal bukan main lagi perut kita. Tapi, tahan jela.. Dah nama pun berubat kan. Kata nak kurus... ( tangan kat bahu, mata ke atas). Hhahahahahahaha
.
.
Masa berpantang juga, stokin dan selipar jangan lupa. Always pakai bila dah masuk senja ok. Belah siang tu nak pakai tak apa, tak nak pakai boleh consider lagi. Tapi, malam kena pakai. Dengar la nasihat kita. Sebab apa, kalau korang kena bentan, tak boleh nak tolong dah. Sampai nangis-nangis tau.. Tu pengalaman kita kena bentan. Tragis sangat sebab kedegilan kita sendiri...sob..sob..
.
.
Bab luka jahitan pula, alhamdulillah kita pun tak sangka la boleh sembuh cepat. Cuma, kena rajin je la. Pad kena tukar kerap if darah nifas banyak, kena sapu ubat kuning hospital tu setiap kali mandi, dan biarkan kering dulu baru pakai pad. Nak lebih cepat lagi, makan buah sunkist. Ni semua tips dari staff nurse yang incharge kita kat hospital hari tu.. Alhamdulillah hari Ke-20 berpantang semua jahitan dan benang clear.
.
.
Haaa.. nak pesan kat korang juga selagi badan korang dalam edah berpantang tak payah la keluar rumah bawa anak kecil korang k. Risau juga, sebab baby kan kecil lagi. Benda-benda halus ni suka kacau. Kang, anak korang nangis-nangis je korng juga yang pening. Biar lah kuno pun berpantang ni, tapi, tak salah ikut untuk diri kita kan. Kata nak pakai lama... hehehehe
.
.
Hurmm apa ek lagi. Ina pun tak tahu apa lagi nak share. If ada yang tertinggal maaf la ye. Sebab ina ni baru first time so, nak share lebih-lebih tak pandai sangat. Tambahan pula, lepas bersalin ni kerap nau jadi pelupa.. hahhahaa. Ok la, kita jumpa next entry ye...
.
.
Wasalam

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)