5/12/13

In My Minds # Dress Ataw Jubah


bismillah...
syukur ke hadrat ilahi kerana kita masih lagi diberi nyawa dan dapat melihat keanugerahan ciptaan ilahi.. subhanallah...

musim banjir dah kan sekarang. kat johor, pahang dan terengganu dah semakin lumpuh... ya'allah selamatkanlah saudara2 kami di sana. kelantan masih di tahap berjaga2 dan alhamdulillah ina masih lagi boleh sampai ke tempat kerja... tapi org tua2 cakap, kalau kat terengganu dah banjir, mesti kelantan akan banjir jugak.. cuma lambat cikit..  nauzubillah... wallahualam..~

ok, hari ni ina nak kongsikan dengan B2B la kan kot2 masih ada yg fining nak cari barang yang sesuai untuk dibuat hantaran. ok, ni salah satu barang yang ina akan gunakan sebagai hantaran. kenapa ina pilih pakaian untuk dibuat hantaran...?? sebab, ina kawin before raya, so, ina fikir kalau ina letak kain pasang ke, kurung siap ke, dress or ape je ina boleh pakai utk raya terus... so, kita boleh jimat dah kat situ. biasalah, kawin ni bukan habis ringgit2 je dear.. kene fikir jugak lepas kawin.. kawin mewah2 lepas kawin makan nasi ngn ikan kering... xjadi jugak kan... hehehhe..

so, ina dah bincang2 dengan tunang pasal jenis kain yang kitorang nak guna dan colour. ina suka stail jubah or dress. so, ina decide nak cari dress la untuk dibuat barang hantaran nanti.. warna?? hahahhaa kene tggu la yer... 

berbalik kepada alkisah dress ni, ina banyak jugak la survey2 dress cantik kat blog dan facebok.. hurmm cantik dan harga yang berpatutan tu yang kita kene utamakan betul x?? of cos betul.. jagan membazir.... selagi kita boleh jimat, kita cuba.. i'allah allah pasti suka dengan sifat yg suka berjimat cermat tu.. :)

jom kita tengok dress yang cantik dan murah tu yer!!!!!!!..


1. MUSLIMAH ATTIRE

bertemakan pakaian muslimah yang mengikut syariat islam.. ina suka pattern dan warna yang pereka mereka gunakan. harga?? berpatutan la sebab dah sah2 ikut syariat islam. nak menutup autar ni, xpayah fikir sanagt pasal harga... tapi fikirkan jumlah pahala bila pakai pakaian macam tu...hurmm fikirkan!!!!..




ha.... tu la antara koleksi yang ina suka.. tapi banyak lagi sebenarnya design yg boleh mengancam muslimah2 kat luar sana.. 




2. KIMISONWEB

seterusnya perkenalan untuk kimisonweb. dress laman web ni lebih moden dan keremajaan. sesuai dipakai oleh wanita yang dah berkahwin mahupun anak dara. of cos la kan pattern dia pun dah menaikan semangat. ina suka colour yang digunakan untuk setiap dress yang dikeluarkan... harga?? jom pakat tengok sendiri nah.. malah nak taip panjang2.. hehehe kena simpan ink untuk next entry lagi ni.. hehehehhee





hehehe. cantik kan. colourful sgt. yg paling penting ada pastel colour di situ.. ina suka pastel... like soft purple dan soft peach... waaaaa dapat sehelai pun jadi la... hehehee.





semestinya ramai yg kat luar sana dah kenal kan dengan keluaran poplook ni. ina plak jakun baru tahu.. hahahahhaa. mula2 masuk laman web dia, tgok baju tu nak, tgok dress tu nak... klau boleh semua nak.. hahahaha.. 





macam mana ada yang berkenan ke semua??? klau ada grab it now!!!!!!!!!!!!!!! sebelum stok habis yer.. hhehhee. ina dah grab satu dia antara keluaran yang ina show tu... hehehe tggu dress tu smpai je.. tapi sampai je la.. pakai xleh. tggu lepas kahwin maybe...  :) sebab nak buat hantaran dress tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ok la penat la menaip. nak sambung kerja plak.. bye semua

~wasalam~


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)