The Shore Oceanarium
Harga tiket, bagi ina tak mahal sebab berbaloi. Masuk dalam dulu tengok keadaan sekeliling dan lepas tu mesti kita akan cakap "berbaloi r tiket dia"...try dulu.. tak kan menyesal punya..
Lepas bayar tiket tu kan, staff kat kaunter tu akan bagi kita tiket dan cermin mata 3D. Bukan tu je, diorang akan bagi kita satu kertas untuk kita jawab QUIZ diorang. Quiz tu tak ada kene mengena dengan AJL or APBPH ye. Soalan yang ditanya overall pasal dalam Oceanarium je. Jadi, setiap pitstop yang korang lawat, mesti akan ada soalan yang ditanya. Best jugak la, tak ada la kita masuk just nak tengok je kan. Paling sikit pun kita dalam ilmu kelautan...cewaahhh!!!!!!.. banyak la kelautan kau arena!!!!!
Dah masuk dalam, apa lagi bermulalah exploring kami berdua. Masuk pintu utama ada tempat untuk taking a picture dengan pasangan kita. Tapi, ina dan suami tak buat pun. Ahhhh..membazir. Kami bukan pelancong jadi anytime kami rasa nak tengok ikan, obor-obor kami datang lagi. Kalau yang mana memang bercuti kat melaka, boleh ambil gambar untuk kenangan... ok!!!!!!!!!!!
Nak masuk dalam, boleh ambil gambar but, not flash. Ambil la sebanyak mana gambar yang awak nak, jangan bawak balik binatang yang ada kat dalam tu sudah!!!!!!!!...walaupun rasa macam nak bawak balik je obor-obor taw tak.. memang lawa habis...wakakakaka..
Eiiiii... memang tak la kita nak pegang. Tapi kita paksa suami kita pegang sebab nak tengok tahap keberanian dia....hahahaaa Ayat cover tu...!!!!!!!.. Cantik kan. Ni namanya gamat. Tapi nama saintifik dia kita tak tahu. Gamat ni bukan untuk dibuat ubat ye. Gamat ni lebih kepada perhiasan. Jangan risau takut gatal ke, alergik ke sebab gamat ni selamat untuk dipegang dan digosok-gosok..eiiiewwwww,,
Ok, yang ni kita cabar diri kita sendiri...hahahaha. Pegang tapak sulaiman tu!!!!! Kita boleh pegang dia sebab dia keras... bukan lembik macam gamat tu. Tapi, masa nak pegang pastikan tangan kita still dalam air dia. Takut mati kalau dia terlampau kering...Kat dalam water tu shell..bukan shell minyak ye semua, nama apa kita tak tahu. Rupa dia macam serombong rokok paip gitu. Tak payah pegang la karang keluar lidah dia, tak pasal-pasal pengsan sebab terkejut...hahaahh
Ha.... tu replika shell yang dalam air tak di. Besar kan... nak sama besar dengan hubby kita. Ruangan ni, semua berkisarkan tentang kehidupan kerang. Pelbagai jenis kerang awak akan jumpa. Kerang yang kita tak pernah tengok dalam kehidupan kita awak semua boleh tengok nanti. Tapi, kita tak hafal la nama diorang. Fahem-fahem je la kalau nama saintifik diorang macam mana. Berbelit lidah nak menyebutnya...hahahahha
Last part sebelum nak ke ruangan membeli belah. Kita akan jumpa penyu dulu. Last dalam hidup dapat tengok penyu masa pergi Pulau Perhentian dengan officemate. Now, dapat tengok lagi.. penyu ni, feveret bintang yang ina suka tengok. Sebab apa, masa kecik-kecik dulu selalu sangat dengar cerita penyu, kura-kura,arnab... hehehe dan masuk bab ceria si kecil pulak dah..
Ina tak mau cerita apa lagi yang ada kat dalam ni. Yang pastinya memang best dan berbaloi sebab kita just keluarkan modal yang sikit dan dapat hasil yang memuaskan. Tak payah nak pergi oversea pun dapat tengok juga kehidupan dalam laut. Walaupun kat sini tak der real shark, dolphin dan macam-macam lagi tapi sekurang-kurangnya kita dapat melihat betapa hebatnya ciptaan allah untuk kita hargai. Dapat pahala taw kalau kita puji ciptaan-NYA....
Ohh sebelum terlupa. Kan tak di ina ada bagi tahu yang kita kene jawab quiz. Kalau kita berjaya selesaikan semua soalan tu, kita akan dapat saguhati dari pihak The Shore Oceanarium. Walaupun tak seberapa, tapi ada la kenangan dok tergantung kat kunci tu... hahahaha..Kami berdua je masuk, jadi dapat la dua keychain.. Kalau 4 orang masuk, dapat 4 la keychain..tapi first thing kene sattle jawab quiz tu dulu nah!!!!!!!!!!!!!....
Ina dapat keychain Nemo.....hahahahahaha. shuka...shuka.....Jangan lepaskan peluang anda kalau kaki anda dah jejak kaki kat melaka ye....:)
Wasalam...
Eeeee bestnya !!
BalasPadambest sangat kak nad...!!!!!!!!!!!!!!.. try gi taw nanti... heheheh
Padamtempat ni baru ye kat Melaka, macam Aquaria KLCC pula kan, btw menarik pula kisah cinta Keyna di ruang profil tu, semoga berbahagia hingga ke syurga, was here :)
BalasPadama'ah kak... ni port baru kat melaka.... hehehe tapi xder la besar macam aqua di klcc... :)tq kak... :)
Padam