Risau Period Lewat
Bismillah...
Bersyukur ke hadrat ilahi sebab akhirnya period ina dah datang dengan jayanya. Period yang lewat 9 hari memang buat ina dan suami cuak. Preggy??? memang sangat teruja tapi kami tak meletakkan ia sebagai satu harapan sebab kami tahu yang itu semua mustahil. Macam-macam dalam kepala dok berfikir dan buahkan fikiran. Sampai satu tahap suami marah bila ina cakap nak tunggu dia cek sekali Raya China nanti.
Semalam, sekali lagi ina pergi klinik swasta. Memang rasa membazir sebab sebelum ni dah cek dan tak ada apa-apa. Tapi, disebabkan arahan suami ina ikutkan aja. Ina explain A-z dan doc tu just bagi ina ubat kendur urat dan turun period. Sampai rumah, ina nekad yang ina akan makan selepas suami balik ke melaka. Sebab minggu ni suami balik kelantan kan. So, tak nak spoil kan mood dia. heheheh...
Bila hari ni rasa perut sakit macam nak segugut je gayanya, ina terus pergi tandas dan yes!!!!!!!! i"m period. Tu la ayat pertama yang keluar... hahahaha. Rasa nak menjerit kat dunia yang ina period. Kenapa?? sebab ina tak pernah lewat macam ni. Dulu sekali before married ada la sebab stress fikirkan majlis perkahwinan. But now, ina tak ada stress sangat cuma penat bila balik kerja je. Hurmm.. allah maha mengetahui. Ina harap, lepas ni period ina stabil la..
Kebetulan pula semalam, ina pergi klinik jumpa kawan sekolah lama.. Dia kerja kat situ. Dia ada la advice ina kalau period tak lebih 15 hari it"s normal dan kalau dah lebih baru jumpa doktor.. ohhh ina pun baru tahu. So, buang duit la...heheh. Tak apa la, rezeki tu allah dah tentukan. Mungkin allah nak bagi rezeki lebih lagi kan.. insya"allah...
So, lepas ni nak usaha lebih sikit... hehehe. Kot2 tahun ni ada peluang jadi mommy dan rezeki boleh stay dengan suami. Insya'allah... doa2kan ina ye... hehehe
Wasalam...
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)