Apa Yang Terjadi Selama Tempoh 6 Bulan
Bismillah...,
Rindunya nak meniap. Tangan hari-hari dok tengok dan blogwalking blog kawan-kawan dalam ANDROID je. Bukan tak nak update atau dah lupa kat blog ni, cuma kesempatan dan kerajinan sekarang dah kurang. Kalau zaman bekerja dulu, 8 hours dok mengadap PC dan WIFI pun ON jer. Jadi, boleh la curi-curi masa time lunch ke, time tak ada kerja ke nak uppdate status kat blog.
Bila laman sosial memudahkan cara, ina lebih memilih untuk kongsi diary ina on INSTAGRAM. Kat situ, memang overall ina share. Dari sedih, happy dan semua perasaan la.
Ok, berbalik kepada entry di atas...,
Dalam tempoh 6 bulan kebelakangan ni, banyak suka duka ina dan suami hadapi. Tapi, ina rasa banyak happy la, yang duka tu memang malas nak fikir sebab Let ByGones Be ByGones. Dalam istilah lain juga, yang lama jangan dikenang. Ina ada juga cuba minta kerja kat area Melaka ni, tapi allah tu maha mengetahui lagi kot. Jadi, Allah hold dulu , tapi allah izinkan apa yang ina dan suami pernah minta dulu.
Selepas 8 bulan kami menanti, akhirnya ina disahkan hamil dan masa tu agak terkejut sebab unexpected ina mengandung. Yela, 8 bulan ina menanti, pelbagai usaha dan ikhtiar kami buat bila kami redha dan tak beria-ria sangat, tup..tup... allah izinkan. Alhamdulillah. Nak cerita kisah pregnant ni pun, panjang sebenarnya., Tapi, insya'allah ina akan usaha untuk berkongsi apa yang ina buat, amal, makan dan ikhtiar. Bukan apa, kadang-kadang apa yang kita buat tu boleh memberi faedah kepada yang lain juga. Kalau menjadi, ina pun dapat pahala.
Baru-baru ni kan, kita baru je sambut Ramadhan dan Syawal. Alhamdulillah dalam kesederhanaan sempurna la ibadah Rukun Islam kita. Second time juga ina mengandung di bulan Ramadhan. Cuma, bezanya, kandungan yang dulu hanya baru beberapa minggu dan bezanya kandungan kedua ni dah banyak minggu. jadi ketahanan badan tu berbeza. Walauppun keduanya ina ada juga skip puasa.
Now, ina masih lagi jadi suri rumah dan kadang-kadang kalau badan sihat ina akan tolong suami kat kedai. Dapat la upahnya............... hehehhe. Lepas la nak beli stuff sendiri kan. Bedak, Lipstick, Losyen dan sebagainya... Alhamdulillah.
Dalam masa yang sama juga, checklist barang baby pun dah slow-slow ina listing kan. Tu pun, tengok blog orang dan comparekan apa yang perlu dan tidak. Masih awal lagi nak beli, cuma persiapan nak beli barang tu kene ada bajet takut lari dan terbeli barang yang tak penting. Syukur sangat sebab ramai juga mommy yang dah ada pengalaman share dalam blog diorang. So, ina ni new mom dan memang tak pernah ada experience boleh la ambil sebagai rujukan.
Apa lagi ek... hurmmm. Ina rasa, ni la dulu ina kongsikan. In Shaa Allah slow-slow ina update lagi OK... Silap haribulan dah beranak... hahahhahaha. Doakan ina dan baby sihat ye...
Wasalam
Tahniahh ;D
BalasPadam