18/09/15

Jom Teka-Teki Jantina Anak Dalam Kandungan

Bismillah

Ibu mana yang tak teruja nak tahu jantina anak mereka kan. Sama la macam ina, kalau boleh masa awal kandungan nak scan nak tahu jantina. Tapi, apa kan daya cakap orang tua jangan dibantah dan di "Eh" sekalipun. Mereka lebih "makan garam" dari kita, jadi apa salahnya kalau kita ikut dan dengar je.

Mama ina awal-awal lagi dah siap pesan, nak scan tu biar doktor yang buat. Tak payah pandai-pandai nak gi klinik swasta scan sampai 2,3 kali. Jantina anak tak penting, yang penting didikan dan amanah dari Allah untuk kita...(sentap disitu)

Ok, berbalik kepada teka-teki jantina anak. Sebelah keluarga ina, awal-awal lagi dah teka yang kami akan dapat anak perempuan. Berbeza pula sebelah suami diaorang teka anak kami lelaki. Haiyaa....!!! pening umi nak beli barang. Sebab tu, umi beli UNISEX kat anak kami sebab senang match dengan semua gender... kah..kah..kah

Ina dan suami memang tak kisah la jantina apa, sebab kami memang bersedia untuk terima seadanya. Allah bagi rezeki kedua untuk kami menimang cahaya mata ni pun, dah cukup bersyukur "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?".

Jom kita scan baby masing-masing dengan teka-teki kat bawah ni ok... !!!! (just for fun, kalau kebetulan itu juga rezeki dari Allah)

(Mention awal-awal. Yang dimerahkan adalah simtoms yang ina alami semasa mengandung)


Anda rasa anak anda Lelaki... ???

  1. Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung 
  2. Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit 
  3. Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh 
  4. Perut anda kelihatan bulat sempurna 
  5. Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap 
  6. Bentuk perut condong ke arah bawah 
  7. Sukakan makanan yang masam dan masin 
  8. Suka makan daging dan keju 
  9. Tapak kaki selalu berasa sejuk 
  10. Tangan selalu kekeringan 
  11. Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur 
  12. Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan 
  13. Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil 
  14. Hidung tampak lebih mekar 
  15. Selalu sakit kepala

Anda rasa anak anda Perempuan... ???

  1. Mengalami Morning sickness di awal kehamilan 
  2. Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul 
  3. Payudara kiri lebih besar berbanding kanan 
  4. Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya 
  5. Bentuk perut condong ke arah atas 
  6. Perut tampak agak lonjong 
  7. Mengidam makanan manis 
  8. Sukakan buah-buahan 
  9. Suka minum air atau jus yang bersifat masam 
  10. Anda jadi lebih cerewet semasa hamil 

  11. Mudah moody berbanding sebelumnya 

  12. Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil 

  13. Tidak suka makan roti bersama kulitnya 

  14. Payudara kelihatan mengembang 

  15. Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur 
Jadi, itu adalah sebahagian rujukan yang boleh jadi teka-teki jantina anak. Bestkan dok main teka-teki macam ni. Tapi, kalau nak lebih sahih kene scan la. Ina pun tunggu cukup 7Month baru nak scan. Kene tengok kedudukan anak, sihat tak dia, hisap jari tak.... hahahahhha (gelak besar macam umi dia tak... Eh ??

Nota Kaki : Apa gender anak Umi ek...??? Kot-kot malam ni mimpi ke..... :) wasalam..:)

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)