Makanan Sihat Sewaktu Hamil
Bismillah
Simtom bakal mak-mak kot tangan asyik search pasal makanan dan pakaian baby. Ina sendiri pun tengah melayan benda yang sama. Asal bukak Insta mesti search pasal baju baby, botol susu, barang baby je semua. Barang sendiri memang hold, suami pun sama. Kami focus kepada anak sebab kalau boleh kewangan tu nak jimat sangat-sangat. Dengan masalah matawang semakin jatuh, barang mahal, semua nak GST, semua nak Gtax, apa yang kita dapat kerja..kerja..kerja lastly habis...
Berbalik kepada tajuk utama (macam nak baca berita) kita. Makanan sunnah ketika hamil memang disarankan untuk menjaga kandungan, kesihatan dan paling utama tumbesaran anak dalam kandungan kan. Bukan setakat makan je, penjagaan diri pun kene jaga juga.
Awal-awal pregnant, ina alahan dari awal kandungan 6W hingga la 18W seminggu sebelum raya. Nauzubillah semua makanan yang ina masukkan mesti blusshhh..keluar balik. Sampai berat ina pun turun 4 kilo ok...!!!!!!!! (perasan kurus jap kau). Dah jadi gitu, check up yang sepatutnya sebulan sekali jadi la 2 minggu sekali sebab nak tengok berat badan je pun. Tak apa la, semua tu pengalaman kan. Tak jadi gitu, tak tahu pula yang sebenarnya ina boleh turun berat badan kalau tak makan heavy... hahahahaaaahahah. (bujet pantang nanti nak diet la....LOL)
Makanan Sihat Sewaktu Hamil
First trimester : Dari bulan pertama hingga ke 3. Makanan yang ina amalkan di awal kandungan ialah KURMA, KISMIS dan SUSU TEPUNG DUTCH LADY. Kenapa dutch lady, bukan susu FM yang lain khas untuk ibu mengandung???? OK, asalnya memang ina nak beli ANMUM, tapi atas nasihat nurse kat KK(klinik kesihatan) ina ikut je untuk kebaikan kesihatan ina dan baby. KURMA, KISMIS dan SUSU tu ina makan macam tu je ke??? jawapannya tak...........kan ina dah mention awal-awal lagi ina alahan teruk, muntah teruk. Jadi, alternatif yang ina ambil adalah blender kesemunya dengan SHAKE HERBALIFE. Sedap weh....!!!!!! alhamdulillah boleh la telan. Kalau tak, mahunya sampai bersalin dok dalam peti la makanan tu. Selain tu juga, air UNCANG ZURIAT dan PATI DELIMA ina tak tinggal. Before sleep, mesti ambil sebagai sokongan lain untuk kuatkan peranakan dan rahim.
Second Trimester : Dari 4-6 bulan. Masa ni pula, perut dah nampak sikit. Kat perut ni, bukan kemain gatal. Nak garu takut tinggal sejarah. Jadi, ambil sikat garula dengan sikat.... Pesan orang tua tu... Alhamdulillah dah masuk 6 bulan perut ina memang tak nampak sangat pecah. Sebelum tidur tu, rajin-rajin kan lah diri sapu VCO. Jenama apa pun xkisah. Kalau tak leh bau VCO, korang sapu la lotion ye.... biar kulit perut tu lembap je. Makanan untuk second trimester pula, ina dah stop minum teh UNCANG ZURIAT sebab dah habis. So, tak repeat order. Ina ganti dengan SUSU KAMBING dan HABATUS SAUDA. Makanan ni juga bagus untuk elak anak kene JAUNDICE dan perbanyakkan susu badan.
Third Trimester : Dari 7-9 bulan. Dah fikir nak beranak time tu... Ina pun tak masuk lagi stage ni. Tapi dah survey apa yang nak amal... In shaa allah VCO tu jangan bazir ok. Nak dekat beranak boleh minum 2 sudu sehari. Ramai orang cakap boleh lancarkan proses bersalin dan koyak pun tak banyak. Ina pun dah tinggal sikit je tu, in shaa allah akan amalkan juga untuk minum dan URUTAN PERINEUM (nak tahu... klik sini ).
Nota Kaki : lain orang, lain cara mereka menguruskan diri. Setiap individu mahukan yang terbaik kan, jadilah diri sendiri dan bukan klon sesiapa... reminder for my self juga.. !!! wasalam...:)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)