15/10/15

Beli Barang Baby & Mommy Kat Expo

Bismillah

Kerasnya jari-jariku nak menaip. Yela, jarang-jarang sekali baru nak update blog yang usang ni. Hurmmm... walaupun jarang, tak kan ku lupakan blog kesayangan ni untuk berkongsi cerita ceritunku disini.

Last update sebelum ni, ina share pasal Mom & Baby Expo Melaka Is Coming Soon kan..???? Korang dah baca...??? Alhamdulillah kalau dah jenguk. Ada la juga beberapa entry lain yang ina update lagi. Sebab ina buat chain entry. Time rajin mari la tu...Kalau malas, berbulan baru nampak entry baru... Jemput singgah la ye. In shaa allah kot-kot apa yang ina kongsi boleh kita sama-sama bertukar idea.

Masa fair hari tu,, hari first lagi ina memang dah pergi sana untuk survey-survey kalau ada barang-barang yang belum lengkap boleh dibeli. Hurmmm...hari first tu hari Jumaat, jadi orang kerja memang tak ramai. Jalan pun xberlaga dengan orang lain. So, nak survey harga pun senang. Ina pagi-pagi lagi dah ajak suami keluar awal sambil breakfast sekali. Senang dan menjimatkan masa.

Hari pertama ina dapat sattle barang baby dan barang ina sikit-sikit. Dapat la beli Pampers, Gromming set dan beberapa barang keperluan lain. Barang ina pula, ina beli barang dari produk Tanamera. Set biasa untuk berpantang. Tak beli set pun, sebab kat kampung, kami dah ada cara berpantang yang mak bidan akan buatkan. Contohnya mandi herba dan air minuman herba. Semua tu mak bidan atau mama ina akan buatkan. So, dah jimat la sikit-sikit kan.

Nak bandingkan harga expo dan kedai luar, kalau pampers tu memang alhamdulillah rezeki anak ina la dapat murah time tu. Walaupun beli tak banyak. Sampaikan suami asyik tanya cukup ke tak. Ina beli 1 PACK untuk new born dan 1 PACK untuk saiz S. Sikit kan..???? Ina fikir benda ni nak bawak balik jauh....Kelantan kau. Dah la keretanya VIVA je, kang sumbat itu ini dah tak muat. Bakul baby pun hold on dulu taw, sebab memang dah agak tak kan muatnya si VIVA tu. Jadi, bakul baby ina beli kat Kelantan je la..

Paling sebak pasal barang Grooming baby. Macam losyen, bedak dan shower sebagainya. Ingatkan dah murah la kan masa kat expo hari tu.,. Ina tak beli yang trial pun, terus ambil yang besar-besar botolnya. Selang seminggu, ina dan suami pergi Tesco Peringgit nak beli barang dapur. Jalan-jalan part baby nak survey beg baby. Tengok barang-barang gromming baby lagi murah pulak time tu. Beza sampai beringgit-ringgit dari yang ina beli kat expo...Haiyyyaa..!!!! Tapi tak pe la, bukan rezeki la tu namanya kan.,...Rezeki baby ina beli barang kat expo....!!!!!Hehehhehe

Cerita bab Set Tanamera pula, ina beli kat Booth Bornda. Mula-mula nak sebut nama booth ni pelat kau. Hahahahha first time dengar. Tapi, paling win kat booth bornda ni, time ina pergi promoter dia semua lelaki. Ina intai-intai juga mana la peremuan ni, nak tanya pun tak segan kalau sama jantina. Lastly, keluar la sorang laki ni....Aduiiii lelaki pun lelaki la..Hahahahaha. Harga..?? yes memang nak share pasal harga. Nauzubillah murah gila.....Jauh harganya dengan kedai ataupun kiosk tanamera. Ina tak tipu taw. Ina beli 4 items iaitu VCO, MASSAGE OIL, HERBAL BATH & BROWN SOAP. Ina pun mula-mula terkejut juga dengar harga yang diorang bagi... biar betik...!!!!!!!!!! Tapi itu lah hakikatnya kalau korang beli kat booth Bornda. So, kalau korang nak harga murah macam ina dapat korang kene kejar la booth Bornda kat mana diorang akan buat next expo ataupun fair. Kalau tak pun korang follow PAGE FB diorang Keperluan Ibu Berpantang.

Ina dapat harga dari Boooth Bornda lebih kurang sama dengan di atas. Masa ina beli tak dapat resit, jadi tak dapat la ina nak bagi tahu specific harga yang ina dapat. Tambah pula ina beli sekali dengan minyak telon tropikal untuk baby. For sure, memang brown soap tu ina dapat Rm15...dan minyak triopikal baby diorang bagi Rm33 je..


Balik rumah, kemas-kemas barang yang dah beli tetiba teringat tilam anak tak beli lagi., Suami bebel la pulak asal tak beli je sekali....Hahahahaa list dah bawak padahal tapi missing juga., Ni la namanya penangan bakal mak-mak. Yang tak nak beli, yang tu la dibeleknya. Jumpsuit & sleepsuit sampai 2,3 kali angkat letak taw. Suami suruh ambil tapi fikir masa tu tak tahu jantina lagi. So, tak ambil just guna yang mana ada je. Memang cantik dan murah tu yang jadi rambang mata.. Hehehe

Esoknya,, second day kat baby expo parking full. Mak aihhh..... bukan kemain crowded orangnya. Sampaikan ina dengan suami kene park kereta kat luar. Tapi xpe, sebab niat kami nak beli tilam baby je dan lepas tu cau... Tak tahan lama-lama dalam tu. Masuk je hall terus direct pergi ke booth DJE. Korang mesti tahu kan DJE tu apa..??? Ala, set tilam kekabu yang femes tu...Ina pilih corak yang unisex juga sebab tak tahu jantina lagi masa tu. Lepas tu nampak tungku baby yang comel terus grab satu., Sattle terus cabut... Ramai nauzubillah manusia.. Hahahahhah

Ina tak beli tilam taw. Ina cuma beli Set Comforter sebab senang nak bawa kesana sini. Nak travel pack pun senang je. Sebab comforter ni ringan. Pilihan untuk baby ina... Ada pink dan biru sikit-sikit. Warna selamat la juga kan...hehehe. Harga lepas less Rm109... 


So, tu serba sedikit la cerita ina masa expo tempoh hari. Tapi, barang baby still ada lagi yang tak sattle sebab umi dia sekarang banyak terperap kat rumah dan rasa semput sangat dah nak jalan-jalan. Nak suruh suami belikan, awal-awal dia dah surrender sebab tak pernah ada pengalaman. Takut salah beli... Hurmmmm xpe kita sattle slow-slow la nampaknya. Ok la korang tunggu next entry pula taw...


Nota Kaki : Tengok barang baby, rasa excited sangat macam tak sabar nak tunggu baby keluar. Tapi pesan orang tua macam biasa la, jangan excited sangat banyakkan berdoa ada Allah agar dipermudahkan segalanya...:) wasalam...:)

2 ulasan :

  1. excited kannnn???...

    hihi..

    jangan lupe prepare mental dan fizikal jugak...
    ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe... excited pun ada, takut pun ada.. :)

      in shaa allah kak ina... :)

      Padam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)