10/04/16

Ak Junior : 3 Month

Bismillah
.
.
Alhamdulillah..hari ni baru Ummi ada kesempatan nak tulis blog pasal anak Ummi. Nak wishing monthly celebration for Haziq live on Blog. Nanti, kalau la Haziq tahu yang Ummi ada blog, mesti dia suka..Harapnya la..
.
.
07.04.16 maka genaplah anak Ummi 3 bulan. Vaksin pun sudah, dan alhamdulillah Haziq tak demam. Risau juga Ummi kalau-kalau Haziq ni demam. Sebabnya, Haziq tak pernah demam lagi jadi Ummi cuak juga la lepas enjet hari tu. Syukur, anak Ummi kuat kan.
.
.
Sempena birthday Haziq yg ke 3 Bulan ni, tak ada apa yang special yet sebab nak celebrate pun Ummi rasa Haziq tak faham apa-apa lagi kan. Cukuplah Ummi hargai Haziq dengan mengingati kelahiran Haziq setiap bulan dan melihat perubahan pembesaran Haziq depan mata Ummi Baba.
.
.
Haziq tahu tak, Ummi nak mengumpat pasal Baba ni. Dulu, masa Ummi mengandungkan Haziq, Ummi very excited sesangat sampai semua benda yang Ummi nampak cantik for baby Ummi nak beli sampai Baba bebel takut nanti Haziq tak pakai la, tak muat la.. But, different sangat at now bila Ummi dan Baba jenjalan bawa Haziq round mall tau. Baba pula overdose belikan Haziq itu ini. Ok fine, tindakan Baba betul la kan beli banyak-banyak bila anak dah depan mata.
.
.
Paling Ummi pelik, bila Baba nak belikan Haziq baju or seluar mesti nak belang-belang. Takdi pun sama nak beli prewalker shoes pun nak belang-belang. Baba dah apa hal..???? Jawapan Baba, Ummi tak tahu cara orang lelaki dress up.. Oppss !!! Amboi... Baba nak belakangkan Ummi ke?? hehheheh.
.
.
Tu kisah Baba belikan Haziq baju. Kisah mak sedara yang dok dekat-dekat tak cerita lagi. Meh Ummi nak cerita. Haziq baca sampai habis tau. Penat Ummi bebel tapi Haziq tak baca... Ok, hari tu Mak iti, Mak long, Pak Udin, Kakak Bella, Kakak Ummi, Abang Farid & Abang Aiz jenjalan KL nak cari baju untuk kenduri Kak Firah. 
.
.
Tapi, bila diorang balik rumah unexpected Sayang sebab mak-mak sedara Haziq borong bukan kemain banyak lagi baju untuk Haziq. Ummi terharu dan serba salah dibuatnya. Yela, Ummi segan sayang sebab Ummi kan tak kerja..Tapi, Ummi nak Haziq jangan lupa jasa mereka semua tau. Diaorang la banyam tolong Ummi jagakan Haziq time Ummi tolong Baba berniaga. Ingat pesan Ummi ye sayang...!!!
.
.


Ummi share sikit.pic Haziq masa 3 Bulan ya. Tak banyak perubahan dari segi fizikalnya. Berat pun naik 300gram je sayang. Tapi, awak dah belajar slow-slow nak terbalik. Mungkin awak nak meniarap dah kot. Ummi doakan awak berjaya ye sayang..!!
.
.
Ok, kata terakhir dari Ummi untuk Haziq. Ummi doakan Haziq diberi kesihatan dan kesihatan dan kesihatan hendaknya. Jadi anak yang taat kepada orang tua dan saudara. Jadi anak yang soleh dan disenangi. Ummi harap awak membesar dengan menjadi manusia yang berguna kelak.
.
.
Wasalam dari Ummi & Baba 😘😘😘

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)