Tembam dan bulat. itu lah diriku yang sekarang. Sebelum mengandung berat ina 85Kg, dan masa awal mengandung, ina alami alahan yang agak teruk sampai berat mendadak turun 4 Kg sampai la kandungan usia 18 Minggu. Lepas je tempoh alahan tu hilang, berat terus naik balik sebab tak tahan tengok makanan....Hahahaha. Now, 28 Minggu usia kandungan. Berat ina sekarang 95Kg. Berat tak...???? Jujur ok, tak payah nak ambil hati...Huwaaa...huwaa...huwaa. Tak pe lepas beranak ni kita pantang dan diet. Sampai boleh pakai kebaya gitu.... Kononya la kan....Hahahahaah
13 Oktober 2015, genap la usia kandungan 28 Minggu. Ex-Mom mesti tahu kalau usia kandungan macam ni, apa yang nurse akan buat kat mom-mom semua. Yess..... Minum air gula dan scan perut. Ina pun alami pengalaman yang sama dan baru je lepas hadapi saat-saat getir tersebut.
Awal-awal pagi buta lagi, ina dan suami dah terpacak kat Kk Air Molek. Pasal nak rebut no paling awal la. Kalau dapat sattle awal, boleh balik awal. Lagipun, ina bukan setakat kene minum air gula je, kene buat enjection kancing gigi dan scan perut. 3 perkara dalam 1 hari.. Alhamdulillah, semua sattle tak sampai 3 jam pun. Cuma sekarang tengah risau pasal result MGTT je, sebab berat ina naik mendadak. Every 2 weeks mesti naik sekilo... Haiyaaa... selera umi tinggi sangat sejak dua menjak ni.
Masa buat injection kancing gigi pula, memang la tak sakit awal-awalnya. Tapi, lepas beberapa jam kene penangan ubat tu terus macam mengantuk. Macam enject ubat tidur pula suami ina cakap....Hahahaha tak tahu la takut masa tu memang ina betul-betul mengantuk ke apa kan. Tapi memang rasa nak baring je kat kerusi klinik.
Sattle enject, ina jumpa doktor untuk cek perut dan baby. Alhamdulillah baby sihat je. Cuma, doktor cakap baby ina agak besar. Macam usia kandungan 30 Minggu. Mula-mula tu risau juga, tapi tak anak emosi sangat buat relax dulu. Sebab jap lagi nak gi scan kat luar pula. Kalau dua doktor cakap benda yang sama baru boleh risau... Gitu pun boleh...??hurmmmm
Sattle ambil darah kedua, ina terus direct ke klinik swasta untuk scan baby for sure jantina anak. Alhamdulillah, doktornya lembut sangat, baik sangat, dan explain pun one by one. Memang terbaik la cara doktor tu explain kat kami. Masa scan paling funny. Pasalnya ina nak buat 3D/4D tapi doktor cakap tak dapat buat sebab anak ina time tu dok tertonggeng pula. Mukanya mengadap ke belakang...
"Alahai anak umi, memang sebijik la cara awak tidur dengan baba tidur....Hahahahha"
Left : CIRC oF hEAD
rIGHT : Lenght Of Feet
So, nak tak nak kami accept je la 2D je.. Boleh tahu jantina dan kesihatan baby pun dah cukup bersyukur. Jantina..?? Tunggu baby keluar dulu ye. Baru la surprise... Hehehehehe. Oh.. Berbalik kepada nak confirm berat baby tu kan, ina ada tanya juga doktor kat klinik swasta tu. Dia cakap normal dan tak ada masalah. Cumanya, perut ina agak besar macam dah banyak weeks. Alamak.....!!!!!!!!!!!!! so, doktor suggest suruh diet sikit la. Bukan diet sampai hold makan semuanya, cuma makan dalam kuantiti sedikit. Elak dari ibu bertambah berat. Risikonya nanti akan bawa kepada baby...
Sekarang, apa yang ina makan dikawal oleh suami. Makan nasi 1 senduk dan roti atau biskut sekeping sehari....sob..sob..sob. Laki kita memang taat betul dengan nasihat doktor tu...Hahahahahaha
Mana-mana yang tinggal area Melaka tengah, nak cari tempat scan yang murah lagi berpatutan boleh la cuba di Klinik Amal Bukit Katil.
Harga Scan di Klinik Amal
SCAN 2D = Rm 40
SCAN 3D/4D WITHOUT CD = Rm 60
SCAN 3D/4D WITH CD = Rm 80
In shaa allah sangat berpatutan kan.Ok la korang, ina stop kat sini dulu la ye. Time untuk Ina turun kedai dah ni. Tolong busy kan diri kat kedai pula....Hehehehe. Promote sikit, kalau nak makan gear box atau makanan panas yang lain, datang la kedai kami. WAZE je Family Store Duyong lepas tu cari Sup Gear Box Botak. In shaa allah sedap...!!!!!!!!
Nota Kaki : Semoga anak umi dan baba sihat-sihat je kat dalam sana dan keluar nanti dengan sihat dan jadi anak yang soleh dan solehah buat umi dan baba ok..!!!!!!!!!! Wasalam.. :)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)