25/11/15

Pregnancy Progress : 34 Minggu

Bismillah...
TQ Allah sebab izinkan diri yang hina lagi daif ini merasai kehadiran nyawa kecil buat kali kedua dan dipermudahkan segalanya sehingga saat ini. Semoga, dengan izin Allah, semuanya berjalan lancar sampai la bersalin..Amiin..
Rindu nak menaip dan bercerita tapi faham- faham la ye, simtom dan mood yang cepat berubah ni menjadi faktor kemalasan...hahahaha
Nak cerita pasal second warded on 30 weeks hari tu. Kisahnya pasal, ina terlalu over excited dapat rasa baby kicking dan menggeliat kat dalam perut. Jadinya, ina selalu la usik-usik perut ni sebab nak tengok baby bergerak.
Lastly, baby mengamuk dan memberontak maka terjadi la Braxton Hicks yang teruk. Contraction 10:10 maknanya setiap sepuluh minit pasti contraction tu datang dan tempoh contraction tu 10-15 minit.
Nak tak nak, kene tahan wad la sebab risau baby nak terkeluar awal... Risau weh, kalau baby lahir pra-matang. Doa-doa mintak jauh la semua tu. Dah incharge ward bagai, ina rehat dulu sebab tunggu turn nak seluk. Benda paling trauma.. Aduyai..
Malu r seluk-seluk kan, plus pulak ada fresh doktor laki kat situ.. Hurmmm redha sambil tutup mata la jawabnya. Tapi, paling respect dekat doktor yang seluk tu, ina langsung tak rasa sakit masa speculum masuk ke dalam. Pandai betul... Masa gugur dulu, 3 kali juga kene seluk. Ketiga-tiganya sakit ngilu dan rasa nak sepak je semua yang ada kat tepi-tepi katil... hehehe
Dah sattle seluk, doktor cakap keputihan agak banyak. Then, untuk langkah berjaga-jaga ina kene ambil suntikan DEXA ( Utk mematangkan paru-paru baby). Yang ni sapa pernah rasa tahu la sakit dia level berapa. Ina sampai nangis-nangis weh padahal bukan tak pernah kene enject pun. Tapi, disebabkan kepekatan cecair DEXA tu tinggi jadi agak sakit la bila nak masuk ke dalam.
Enjection tu perlu diambil 2 kali..Hadoiii.... dua-dua ina nangis. Orang nak cakap manja ke, mengada ke lantak dah time tu. Yang penting aku sakit oiii...!!!!!! Suntikan kedua akan dijarakkan selama 12 jam. So, lepas enjection
 yang pertama rehat la sementara tunggu enjection ke dua after 12 hours.
Ina warded 2 hari je. Lepas semua dah ok, baby pun dah behave ina discharge terus. Balik rehat kat rumah je la.
Start 33 Minggu, keselesaan semakin berkurang. Sakit,sengal,pedih hulu hati menjadi-jadi. Sampaikan doktor syak ina darah tinggi.
Nauzubillah memang takut sangat la sebab mama ina pun ada darah tinggi. So, doktor suggest ina amek BP 2 kali seminggu sebagai follow up dia. Nak tak nak kene buat la. Alhamdulillah,  pagi tak di ada checkup last di KK Air Molek, doktor cakap BP ok. 
Maybe pedih hulu hati tu sebab ina ada gastrik before, jadi bila jadual makan tu tak betul masa mengandung ni, gastrik tu datang balik. 
Atas nasihat doktor Ina kene makan kerap tapi kuantiti sedikit. Jangan biar perut kosong dah la. 
In shaa allah, beberapa hari lagi ina akan balik kampung untuk berpantang kat sana. Anak first la katakan, semua kekok dan baru lagi. Dari nak pegang,mandi baby,pakai baju, dan semua la macam baru untuk ina walaupun ina ni anak sulung.
Actually Due date lambat lagi tapi, saja nak balik rehat awal. Tu pun sebagai langkah berjaga-jaga takut banjir dan terberanak awal. Mama pun cakap, kat kelantan sekarang hujan pun dah kerap dan air sungai dah mula naik. Jadi, baik kita ada langkah berjaga-jaga kan. Cuma sedihnya, ina dan suami kene PJJ lagi..hurmmm.
Tak pe la, kejap je sebenarnya. Pejam celik dua tiga puluh kali dah habis pantang. Lepas tu boleh together balik dengan cik suami.. hahahh. 
Korang, please doakan ina dan baby ye. Biar kami selamat dan dipermudahkan sewaktu bersalin nanti. Nervous oiiii... tapi semuanya Allah dah aturkan cuma masih menjadi rahsia. Apa yang hambanya mampu lakukan adalah tawakal,dan berdoa.
Kalau ina ada salah silap sewaktu berkongsi cerita dan komen, sejuta kemaafan ina pohon. Yang buruk tu semua kerana kelemahan ina sebagai hamba yang daif dan yang baik tu semua dari Allah Ta'Ala...
Nota Kaki : Keep counting to see our little caliph ♡♡♡ Wasalam... ( susah juga update pakai android ni..choiii je)

1 ulasan :

  1. dah dekat sgt tu ina waktunye..semoga dipermudahkan segala urusan melahirkan dan baby dan ibu selamat sihat hendakNya..aaminnn

    BalasPadam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)