20/12/15

Di Akhir Kehamilan

Bismillah..
.
.
Masih lagi belum ada tanda-tanda baby nak keluar. Tapi, umi always bisik-bisik kat baby suruh keluar awal sikit. Pasalnya, umi dan baba dah tak sabar nak gomol-gomol baby...
.
.
Baby sekarang kerap mengeras dan menggeliat. Mungkin ruang dah sempit kot, jadi terhad sikit pergerakkan dia. Sampai umi rasa senak je tulang rusuk ni taw. Kaki anak umi kuat sangat...hehehehe.
.
.
Tinggal beberapa hari je lagi due umi nak sampai. Tak sampai 20 hari pun. Nervous, happy, tak sabar semua ada. Umi selalu mintak dengan Allah biar la semuanya selamat dab dipermudahkan segalanya sehingga selamat bersalin...Amiin.
.
.
Sehari dua ni, umi rasa loya dab kadang-kadang muntah pun ada. Tak tahu kenapa tapi umi anggap tu effect nak dekat bersalin kot. Pandai-pandai je tafsir sendiri....heehehe. Hari tu, umi ada bagi tahu doktor apa yang umi alami. Doktor incharge umi keputihan kan. Tapi, umi langsung tak makan ubat yang doktor bagi. Umi risau la nak makan. Yela, dah akhir-akhir kehamilan ni, risau pula umi nak makan ubat-ubat ni.
.
.
Umi balik, umi cuma minum air masak banyak-banyak dan minum pati delima je. Alhamdulillah kat spender pun dah tak ada keputihan. Biasa akan nampak even slight je pun. Tapu, lepas amal apa yang ina bagi tahu tu nampak berkurang. Hope akan berkurang juga la yang kat sebelah dalam.
.
.
Berat badan ina tak naik sangat. Akhir-akhir checkup hari tu cuma naik 400gram dan one week after naik 600gram. Nurse cakap ok je jangan naik berkilo-kilo sudah. Sebab nak dekat due ni, darah tinggi selalu jeles. Ada je nak mengacau. So, ina kena jaga pemakanan, emosi dan keadaan sekeliling. Jangan fikir bnyak sangat la kata mudahnya.
.
.
Paling tak tahan ina kerap mengantuk. Padahal baru bangun, dah mengantuk balik. Tapi, jangan ikut sangat perasaan takut nanti tak perasan pula pergerakkan baby. Jadi, ina lebih prefer kepada baca al-quran dan baca buku apa-apa je. Kalau dilayan mengantuk memang tak sedar la berapa jam sehari ina akan tidur.
.
.
Esok dah masuk 38 minggu. Kalau boleh nak baby keluar tanpa induce. Tu yang suruh baby keluar awal sikit...heheheeheh. Bisik-bisik dengan baby suruh keluar 24 haribulan sempena hari kelahiran nabi Muhammad. Hari khamis pula tu.. dah cantik sangat kan. Tapi, tu perancangan umi dan baba dia. Allah mungkin ada perancangan yang lebih baik. So, kita tunggu je la masa mana baby nak keluar...
.
.
Wasalam...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)