1/01/16

2015 Review la Sangat

Bismillah..
.
.
Hari jumaat, pagi yang dingin bersamaan 01.01.16. Yes... Tahun baru ikut kelender china. Kalau ikut kelender islam, dah lama lepas. Jangan buat-buat tertanya la bila, sekes kang.
.
.
Tak banyak pun kenangan 2015 yang dapat dikongsikan. Pasalnya, kenangan tu kami simpan dalam kotak fikiran. Bila nak ingat balik atau recall bahasa omputihnya memang tak dapat....hahahhahaa. Dah la hupdate blog memang jarang bebenor. Nak kata busy, 2015 la tahun relax. Full time housewife plus 24 berkepit je dengan suami.
.
.
Bukan malas nak update ok, cuma kita tak ada laptop. Ish tak kan nak pinjam orang sebelah pulak gara-gara nak update blog sekeping sehari.. choiii je.. hahahahhaha. So, kita ork sikit je la tunggu suami belikan fon yang baik sikit, boleh la kita update jarang-jarang kan.
.
.
Moh kita ke tajuk asal. 2015 dah pergi semalam. Mesti paling kurang akan ada 23 inci kenangan yang tak kan dilupakan.. betul ke idok???
.
.
Sama la macam kita, kita ingat lagi bila..... 28.02.15 kita submit surat resign sebagai Penolong Pegawai Tanah. Keputusan yang paling berat kita buat time tu. Allah je yang tahu betapa berat, sedih, dan bercampur habis perasaan kita. Fikir family, lagi sayu sebab diorang banyak support kita masa nak dapatkan kerja tu dulu.. Tapi, lepas kahwin kene fikir suami pula yang jauh dimata. 9 bulan berjauhan banyak dugaan. So, nak tak nak solat hajat, istikharah semua akhirnya keputusan kita resign la jalan terbaik. Percaya pada rezeki Allah, pasti ada hikmahnya.
.
.
04.03.15... Bermula la perjalanan kita sebagai isteri dan tanggungjawab yang dah tertunggak sebelum ni. Tinggal dengan suami, makan, minum pakai dia semua kita usaha jaga. Walaupun kita jarang masak, tapi suami kita faham la sebab berdua kan. Lepas kahwin, kami tak ada moon-moon pun. Sebabnya suami tak leh nak tinggal kedai dan kebetulan kami PJJ lepas lahwin kan, lagi la susah nak arrange. So, segala moon tolak tepi yang penting kami happy dengan kehidupan kami.
.
.
Lepas pindah Melaka, kita sempat kerja 2 bulan dengan swasta. Tapi, kita mintak resign sebab masa tu alahan mengandung dah kritikal. Bangun tak larat, pening, mual paling tak leh blah sampai ofis je mesti nak tidur. Kadang-kadang bila kena site view kita dah longlai bawa kereta manual kita tu. Ujian untuk kita dan suami kot.. Jadi, faktor nak jaga kandungan jadi alasan untuk kita berhenti dan alasan 1 lagi bila manusia yang berada di atas tak boleh nak consider bila pekerja dia ada masalah kesihatan. Nak juga suruh turun site walaupun badan dah separuh lembik... Kurang diajar..!!!!
.
.
Lepas stay dengan suami, kami banyak usaha untuk dapatkan zuriat. Aisshhh.. masa tu dah rasa cuak juga sebab hari-hari fikir bila la nak ada anak kan. Rasa lama sangat kot menanti lepas gugur dulu. Kita pula pantang orang cakap makan itu, buat ini, amal makan tu, minum ni semua kita buat. Sampai la kita serasi dengan pati delima gulsan dan air buah zuriat. Kita amal 2 bulan juga la.. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. Paling penting dekatkan diri pada yang memberi segala rezeki. In shaa allah dia maha mendengar...
.
.
2 hari delay period, tapi tak nak la happy dulu. Beli senyap-senyap upt digital. Tak nak nanti bila kita sedih, suami jadi kesian kat kita. Kalau orang kesian, lagi la kita sedih. Memang kita macam ni dari dulu. Mama kita pun cakap kita ni makin pujuk makin sedih bukan makin baik..hahahahha. Lepas test tu, kita nervous la juga sebab dah 8 bulan menanti orang baru. Dengan badan panas,kepala sakit berdenyut tak berhenti kita biar je upt tu calculate sendiri. Kita baring lastly tertidur. Bangun-bangun teringat kat upt tu takdi. Mujur la digital tu 24 jam kau, kang tak pasal-pasal rugi je... Mata samar-samar je tengok result, bila tengok je keputusan +ve, terus mata seluas panda. Ambil fon call suami.. Alhamdulillah...
.
.
Sepanjang kita tak kerja, kita jadi radio untuk suami kita. Dia buat kerja, kita jadi DJ..hahaaha. kadang-kadang kalau kita larat kita tolong la basuh-basuh apa yang patut kat kedai tu. Kita alahan lama, hampir 4 bulan. Tapi, tu semua nikmat. Kita tak nak merungut..
.
.
Tahun 2015 juga, tahun yang buat kami berdua senyum walaupun diuji. Sebab segala rintangan, dugaan, cabaran kami tempuh bersama. Orang tua-tua cakap awal perkahwinan memang akan diuji kan. Yess..!!! Kalau tak mana nak kenal erti perkahwina dan tanggungjawab kalau semua smooth je.. huhuhu
.
.
Now, dah masuk 2016. Kita ingat baby kita nak keluar awal, rupa-rupanya baby kita nak tunggu tahun baru juga..... Kita pun tak sabar sebenarnya nak jumpa baby kita. Suami kita hari-hari call tanya keadaan kita dan anaknya. Doakan kita cepat-cepat bersalin ye. Due pun ada berapa hari je lagi.. Kalau over due kene induce la kita....mintak jauh sangat. Doakan kan kita dan baby mudah semuanya dan selamat semuanya taw.
.
.
Kat sini pun, kita nak minta maaf kalau ada bahasa atau gurauan yang tak kena dalam penulisan kita. Kita tak pandai bercerita, tapi nak cerita juga..hahahhaha. Semoga 2016 menjadi tahun untuk kita ubah kearah yang lebih baik, sihat sejahtera dan dilimpahkan rezek serta sentiasa dalam rahmat Allah ta'ala..
.
.
Wasalam.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)