Memaparkan catatan dengan label Kerjaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerjaya. Papar semua catatan

3/04/15

Bukan Menyepi,Tapi.....


Bismillah...

Bukan menyepi,tapi.....ina dah berpindah ke melaka dan banyak yang  perlu di lakukan. Ina juga dah dapat pekerjaan baru,swasta je pun but still sama dengan kerja yang dulu. Masih lagi dengan PLAN BEARING & DISTANCE, PARAMETER and so on la. Nanti banyak pula yang nak kene taip...hahahhha

Berbalik kepada kenapa ina berhenti kerja. Ramai juga yang terkejut bila tahu ina berhenti dan ada juga yang cakap ina tak bersyukur and bodoh sebab berhenti GOVERMENT. Ok, i'm stupid and not bersyukur kan. But, the other side ina rasa bersyukur bila kita dapat redha suami dan parents. Jadi, abaikan apa orang nak kata sebab bukan diorang yang bagi ina gaji, kebahagiaan rumah tangga dan kesempurnaan hidup...

Dalam mencari hala tuju baru setelah tinggal bersama suami tercinta dan menjadi isteri yang betul-betul isteri la kan jaga pakai, minum dan kasih sayang kepada suami rasa happy sangat-sangat. Kekurangan tetap ada dan alhamdulillah suami banyak tegur dan ina tak dapat nak luahkan dengan penulisan sebab semuanya melibatkan perasaan "DEEP INSIDE". Ada hikmah kenapa hati ini berkobar sangat nak tinggal dengan suami. Sangat berbeza hokkey....hahahaha

Selain dari tu juga, dalam tempoh sebulan ni juga,MARCH ina dapat 2 interview dari SPA8. Ina tak letak haraan yang tinggi pada keduanya, tapi doa tak pernah putus untuk allah bagi peluang kat ina dan keluarga. Nak dapat yang lebih baik dari apa yang ada sekarang. Manusia perlukan penghijraan dan setiap penghijrahan perlukan pengorbanan. Tak gitu....????


Pertamanya, hujung bulan 3. So, time ni "sambil menyelam minum air" sebab sambil nak gi interview tu boleh la balik kampung. Siap mintak cuti kau 3 hari. Padahal ina baru je kerja tak sampai sebulan. Ada haku kisah....!!!!!!!!! Bos tak nak bagi cuti, ina balik juga kampung. Interview tu lagi penting taw....


Keduanya, seperti di atas. Tuhan je la tahu soalan dia macam mana. Pegang calculator, lastly "arghhh tak payah kira, lambat,baik tembak"....hahahha. Always la syaitan hasut cam tu taw. Tapi, yang mana sempat kira, ina still kira sampai keluar jawapan. Gilakkan....???hahahaaha... Paling ina suka dalam exam bahagian II ni adalah more tu MATEMATIK dan GRAFIK. Kalau grafik tu macam ok la, tapi matematik tu macam redha lilahita'ala.... hahahhhahha

Ok la, masa tengah taip entry ni, ina baru nak masuk exam ke III, iaitu PENAKSIRAN PERSONALITI. sambil menunggu, buat entry jap. Alang-alang pinjam lappy ank buah nak amek exam, ina update la entry...hehehehe. Mak cik dia sesok lagi nak beli lappy. Insya'allah sedang diusahakan juga. Sebab kat ofis tak ada internet, so, nak lepak dengan blog memang dah tak ada. Jadi, hanya boleh blogwalking dalam ANDROID sahaja... Wallahulam~

Kepada semua, doakan ina berjaya ye. Dapat salah satu pun tak apa. Tak nak tamak...heheheheh... Tapi, kalau dapat dua-dua macam mana tu?????? Jawapannya...........................

~Wasalam~

26/02/15

Selesai Tugasku Sebagai PPT

Bismillah
Alhamdulillah hari ni selesai sudah tugas ina sebagai PPT (Penolong Pegawai TanahNT27 BERELEAUN ) di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan. Banyak kenangan suka duka yang ina akan memorikan sebagai kenangan. Hampir 2 tahun 2 bulan bekerja banyak juga ilmu yang ina dapat dan ilmu tu juga semakin bertambah. Ilmu kan perlu dicari bukan menanti...hehhehe
Rabu depan ina dah masuk tempat kerja baru. Agak nebes jugak la sebab ina bakal buat kerja yang ina dah lama tinggalkan.....huhuhu. Apa2 pun doakan ina boleh handle taw. Berbalik kepada   kisah hari ni, ina letak jawatan notis sebulan. Sebab GOV memang wajib notis sebulan ok kalau tak!!!!!hurmmmm mau kene bayar balik la gaji nanti....hahahha
Dah satlle dengan bos di unit ina, ina kene jumpa bos bahagian pentadbiran pula untuk submit barang yang telah diberikan sewaktu mula-mula masuk kerja dulu. Allah permudahkan segalanya... syukur sangat ya'allah. Sebab ina pun kalau boleh tak nak ada benda yang tertunggak dan bermasalah..
Apa lagi ek nak bagi tahu, rasanya tu je la dulu kot.. now tengah kemas barang-barang kat rumah sewa dan suami akan datang ambil ina hari ahad... Isnin kami bertolak ke melaka pula... doakan kami selamat sampai...
Wasalam.....

25/02/15

Interview Berjaya

Bismillah

Terima kasih kepada yang mendoakan ina dan suami serta kelauarga yang banyak bagi semangat kepada kami berdua. Memang berat ujian kami bila kami berjauhan dan hati sentiasa tidak tenang disaat memikirkan suami yang jauh dimata 

Alhamdulillah, allah maha mendengar rintihan hambanya dan setelah 9 bulan kami "long distance" akhirnya ina diterima untuk bekerja di melaka. Akhirnya dapat la ina menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami. Tak banyak, sikit pun jadi la. Walaupun memasak tu kelaut, insy'allah ina akan beljar dan usaha untuk jadi masakan tu kedarat nanti...hahahaha.

Doakan ina berjaya di melaka dan doakan ina lulus interview satu lagi bulan 3 nanti. Interview tu la yang akan menjamin masa depan ina dan suami serta keluarga tersayang.

Tq kepada semua yang mendoakan ina :)

Wasalam.....