Memaparkan catatan dengan label Kisah Kami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Kami. Papar semua catatan

29/07/16

Ak Family : Puasa & Raya 2016

Bismillah...
.
.
Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menulis, membalas komen dan melawat blog kawan-kawan. Lama juga tak update. Rasa rinduuuu sangat-sangat nak menulis. Tapi, kesuntukan masa, dan ruang sangat la mencemburui.
.
.
Berbalik kepada kisah puasa. Alhamdulillah puasa pertama sebagai seorang Ummi kepada anak teruna. Mencabar dan tercabar kita dibuatnya. Tambahan pula, PROJEK SUAMI ISTERI bermula di awal ramadhan dan syukur sangat sebab projek tersebut berjalan sangat lancar sampai kami berdua rasa macam diluar jangkaan.. Alhamdulillah, TQ Allah...Apa projek suami isteri tu..??? Nanti di hujung cerita kita share ya.
.
.
Raya pertama kami bersama si kecil Muhammad Haziq penuh bermakna dan hanya dapat di panjatkan dengan rasa syukur. Haziq sangat behave dan macam dah tahu-tahu je apa itu RAYA. Mana tak tahunya, bila ada orang bagi duit raya, Haziq akan pegang je.. sampai la dia akan letak bila jumpa mainan atau benda yang akan meralikkan mata dia.
.
.
Kalau kita atau suami yang ambil duit dari tangan dia, mau dia menjerit. Kadang-kadang Ummi Baba gelak dengan telatah Haziq yang tersangat la bijak. Walaupun jarang-jarang kena cubit manja dengan Ummi... hehhehehe
.
.
Raya tahun ke 3 kita sebagai isteri, turn tahun ni sebelah Melaka. Wow... sangat berbeza dengan Kelantan. Dari segi Ukhuwah tetap sama dan tiada beza. Tapi, dari segi penyediaan juadah hari raya memang tak boleh lawan. 4 jenis juadah atau lebih setiap rumah yang kita singgah. Sampai kita pun pelik kenapa la raya tahun ni perut kita macam tak kenyang-kenyang... hahahahahaha. Singgah je rumah sedara, wajib kita akan makan. Tak kisah la ketupat dengan apa je lauknya, mesti nak cuba... Memang heaven la kita dan suami makan. Haziq..????  huhuhu tengok je Ummi Baba besarkan badan... hehehe
.
.
Pada raya ke-3, kami sekeluarga bertolak balik ke Kelantan. Alhamdulillah, perjalan sangat la santai sebab lori masih bercuti. Jadi, kami sampai pun awal dari biasa. Allah permudahkan perjalanan kami.
.
.
Walaupun raya tahun ni sederhana je buat kami keluarga kecil, tapi kami tetap manfaatkan ukhuwah silaturahim sesama sanak saudara. Semoga raya akan datang, dapat kita kekalkan kesederhanaan tersebut.


.
.
Tema tahun ni dipilih oleh suami. In Black katanya. So, kita turutkan je la. Sebab dah tahu tu je warna kesukaan suami. Tapi, not for the next year ok... Haziq pun pakai hitam. Haahahhaha susah tau nak cari baju melayu full hitam. Mujurlah ada 1 IG yang kita jumpa tu jual romper baju melayu. Alhamdulillah, doakan keluarga kecil kami sihat, gembira, murah rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah ya.. "jika kita mendoakan muslim lain ke arah kebaikan, malaikat juga akan doa yang baik untuk kita" in shaa allah...
.
.
Oh ya, pasal projek suami isteri tu... Hurmm sebenarnya, sepanjang bulan puasa kami suami isteri berniaga di bazar ramadhan. Bazar kami betul-betul dalam Hospital Melaka. Alhamdulillah, unexpected sangat sambutannya. Rezeki Allah... ni tahun pertama kami berniaga di bulan puasa. In shaa allah, perancangan tahun depan jika masih dipanjangkan umur, kami tetap nak teruskan perniagaan kami. Tapi, kalau rezeki kita dapat kerja mungkin suami je la yang akan teruskan perniagaan tersebut..
.
.





.
.
Juadah kuih yang kita jual masa bulan puasa hari tu. Sebab tu la kita tak sempat nak layan blog. Balik berniaga pukul 10 malam. Ambil Haziq, sattle kemas terus nampak bantal. Fuhhh penat sangat, tapi berbaloi... Alhamdulillah... Haziq ikut sekali ke..??? Of cos tak...hospital agak keras, jadi sekali pun kita tak pernah bawa dia masa kita berniaga. Sepanjang bulan puasa kita bagi Haziq kat BS. BS tu mak sedara belah suami. Memang dia jaga anak cikgu, so kita tumpangkan Haziq sekali..
.
.
Jadi tu la kisah puasa dan raya dari AK FAMILY.  Semoga kita masih diberi kesempatan untuk merasa puasa dan raya pada tahun hadapan pula. Jari disusun, maaf dipinta jika diri yang  tidak sempurna ini pernah berkata kasar dan mengguris hati. Semoga segala kekurangan dapat diterima.
.
.
"SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR & BATIN"

DARI

AK FAMILY

wasalam... 

21/03/16

Jom Jalan Kat Melaka Premium Oulet

Bismillah..
.
.
Haziq dah sampai melaka 2 hari lepas. Sedih tok ma dan tok bah nak tinggalkan cucu diorang. Yela, dari pagi sampai ke malam mengadap Haziq je.. hehehhheeh. Tak pa, raya haji nanti kita jumpa tok ma, tok bah dan aunty dan uncle lagi ya....
.
.
Masa balik hari tu, kita minta tolong adik kita yang belajar kat Kuantan tu temankan. Yela, temakan Haziq dalam car seat dia. Kita pula nak share driving dengan husband kita. So, mudah la bila ada orang tengok kan Haziq. Lagipun Haziq behave sangat-sangat. Ummi syukur Haziq memahami... Haziq banyak tidur je.. Sampaikan nak menyusu pun kena kejutkan takut dia lapar. Hahahahhaha
.
.
So, nak dijadikan cerita kita bawa adik kita jalan-jalan. Yela, nak bawa kenal bumi Melaka yang sibuk sangat kan. So, we all decide nak ke MPO ( Melaka Premiun Oulet ). Fuuhhh.. series tak payah la jenjalan hari minggu. Ramai betul orang. Sampaikan park kereta pun full. Tapi, alang-alang dah sampai masuk juga la. Tak kan nak patah balik kan...
.
.
Tempat dia memang cantik sangat. Rasa macam kat negara Belanda pun ada. Tapi, masih ada lagi banggunan yang tak siap. Kalau semua dah siap, dah deco mesti lagi cantik. Kedai-kedai pun tak banyak mana. Jalan-jalan survey je la.. hajatnya suami nak belikan kita hadiah birthday kita. Tapi, barang yang kita nak tu tak ada. Huhuhu.. Tak pa la, next time boleh pergi lagi...
.
.
Masa dok jalan-jalan cuci mata terpandang la satu sweater baby jenama PUMA. Memang cantik. Sesuai la untuk Haziq. Kita grab 1 warna kelabu. Nak ambil pic tapi tengah jemur pula. Nanti kita dah ambil gambar kita share kat sini semula ya..Harga sesangat la murah. Sebelum ni kita memang dah round mall nak belikan Haziq sweater. Senang nak keluar malam tak berebun sangat kan. Tapi, kat mall harganya mak aihhhhh.. pecah kepala. Lagi-lagi jenama POCOYO. Tekejut beruk mak tengok sampai 100.00++. Sweater PUMA yang kita beli tu baru 69.90 je. Kalau ambil 2 barang dapat lagi diskaun 20%. Murah sangat-sangat dah tu. Sebab harga asal 129.00. So, rezeki Haziq la dapat pakai sweater PUMA kan... hahahhaaha sporty sangat anak Ummi...
.
.
Jalan punya jalan kaki dah lenguh. Haziq pula dah nampak macam rimas semacam. Biasa pukul 10 mandi, pukul 3 mandi. So, masa tu dah pukul 2 lebih... Kami decide nak singgah rumah sepupu kat Simpang Empat. Dekat sangat la rumah sepupu kita dengan MPO tu.. Singgah rumah sepupu nak mandikan Haziq dan solat.
.
.
Then, kami mintak izin nak balik ke Duyong semula bila semua dah selesai. Haziq pun senyum je la dapat mandi kan. Ummi syuka...Ummi syuka..
.
.
Meh Ummi share gambar pula nah. Jangab segab nak scro sampai habis.. hehehheh
We all baru sampai.. Selfour dulu la kan. Perkara wajib zaman sekarang... hahahahhaa
.
.
Gambar bertiga. Dulu berdua... My small family... Suka sangat sebab Haziq behave je jenjalan. Tapi, agak cramp la dokong Haziq sekarang. Kami gilir-gilir dokong Haziq.
.
.

Candy...!!!! But not for eat ok.. hehhehe. Ada budak tu nak cabut... maybe nak suruh mak dia tanam kat rumah dia kit... Memang mengujakan kanak-kanak.
.
.
Kincir angin kat belakang tu. Macam kat belanda kan. Sebab tu rasa macam jenjalan kat oberseas kekononya. Tapi cuaca nauzubillah panas sangat. Kita risau Haziq demam je. Mujur la dalam kereta dah spare air untuk basahkan kepala dia.
.
.
Gambar bertiga lagi... Ummi nampak tembam kan. Hahahahahha. Hati gumbira.. plus anak BF, tu pasal selera makan memang over dose.
.
.
Tunggu baba cari barang dia... Ummi selfie dengan Haziq.. Tapi, Haziq ni like father like son sangat. Tak suka bergambar kot.. huhuhuhu.
.
.
Haziq bahagia dapat bogel.. Sampai je rumah sepupu terus bogelkan. Siap poo poo lagi anak Ummi ni. Mujur la tak mengamuk.
.
.
Ok, tu la kisah yang kita nak share. Suka sangat jenjalan bila ada anak ni. Lain sangat pengalaman dia. Dulu berdua, manage diri sendiri dan suami je. Now, nak jenjalan banyaj benda kena prepare sebelum keluar. Pakaian anak, botol susu, pampers, syampoo dan air botol. Kiranya dalam back pack Haziq ni kena lengkap la. Kalau tertinggal memang Ummi yang pening nanti.
.
.
Balik dari rumah sepupu, kami singgah Aeon Jusco jap. Kononya nak cari baby carrier sebab baba dia dah tak larat nak dokong. Ummi pun syik sakit je lutut ni kesan dari bentan masa berpantang hari tu. Tapi, tak ada yang sesuai untuk Haziq sebab Haziq kecil.sangat nak letam dalam carrier.
.
.
So, tunggu la mak sedara pos stroller anak dia dari serawak. Nak beli stroller fikir orang dah nak bagi. Jimat la kan.. Tapi, bila fikir banyak kali rasa tak boleh tunggu dah yang mak sedara punya... hahahahhaha.
.
.
Dah penat jenjalan kat Aeon Jusco, last destination on that day, kami pergi makan pula kat Ikan Bakar Parameswara. Port kami laki bini masa zaman berdua dulu... hehehehhe. Alhamdulillah...
.
.
Ok la korang. Tu je la nak share. Haaa....Kalau korang nak cari barang yang super muraj, tapi branded boleh la pi MPO ya.. Wasalam

1/01/16

2015 Review la Sangat

Bismillah..
.
.
Hari jumaat, pagi yang dingin bersamaan 01.01.16. Yes... Tahun baru ikut kelender china. Kalau ikut kelender islam, dah lama lepas. Jangan buat-buat tertanya la bila, sekes kang.
.
.
Tak banyak pun kenangan 2015 yang dapat dikongsikan. Pasalnya, kenangan tu kami simpan dalam kotak fikiran. Bila nak ingat balik atau recall bahasa omputihnya memang tak dapat....hahahhahaa. Dah la hupdate blog memang jarang bebenor. Nak kata busy, 2015 la tahun relax. Full time housewife plus 24 berkepit je dengan suami.
.
.
Bukan malas nak update ok, cuma kita tak ada laptop. Ish tak kan nak pinjam orang sebelah pulak gara-gara nak update blog sekeping sehari.. choiii je.. hahahahhaha. So, kita ork sikit je la tunggu suami belikan fon yang baik sikit, boleh la kita update jarang-jarang kan.
.
.
Moh kita ke tajuk asal. 2015 dah pergi semalam. Mesti paling kurang akan ada 23 inci kenangan yang tak kan dilupakan.. betul ke idok???
.
.
Sama la macam kita, kita ingat lagi bila..... 28.02.15 kita submit surat resign sebagai Penolong Pegawai Tanah. Keputusan yang paling berat kita buat time tu. Allah je yang tahu betapa berat, sedih, dan bercampur habis perasaan kita. Fikir family, lagi sayu sebab diorang banyak support kita masa nak dapatkan kerja tu dulu.. Tapi, lepas kahwin kene fikir suami pula yang jauh dimata. 9 bulan berjauhan banyak dugaan. So, nak tak nak solat hajat, istikharah semua akhirnya keputusan kita resign la jalan terbaik. Percaya pada rezeki Allah, pasti ada hikmahnya.
.
.
04.03.15... Bermula la perjalanan kita sebagai isteri dan tanggungjawab yang dah tertunggak sebelum ni. Tinggal dengan suami, makan, minum pakai dia semua kita usaha jaga. Walaupun kita jarang masak, tapi suami kita faham la sebab berdua kan. Lepas kahwin, kami tak ada moon-moon pun. Sebabnya suami tak leh nak tinggal kedai dan kebetulan kami PJJ lepas lahwin kan, lagi la susah nak arrange. So, segala moon tolak tepi yang penting kami happy dengan kehidupan kami.
.
.
Lepas pindah Melaka, kita sempat kerja 2 bulan dengan swasta. Tapi, kita mintak resign sebab masa tu alahan mengandung dah kritikal. Bangun tak larat, pening, mual paling tak leh blah sampai ofis je mesti nak tidur. Kadang-kadang bila kena site view kita dah longlai bawa kereta manual kita tu. Ujian untuk kita dan suami kot.. Jadi, faktor nak jaga kandungan jadi alasan untuk kita berhenti dan alasan 1 lagi bila manusia yang berada di atas tak boleh nak consider bila pekerja dia ada masalah kesihatan. Nak juga suruh turun site walaupun badan dah separuh lembik... Kurang diajar..!!!!
.
.
Lepas stay dengan suami, kami banyak usaha untuk dapatkan zuriat. Aisshhh.. masa tu dah rasa cuak juga sebab hari-hari fikir bila la nak ada anak kan. Rasa lama sangat kot menanti lepas gugur dulu. Kita pula pantang orang cakap makan itu, buat ini, amal makan tu, minum ni semua kita buat. Sampai la kita serasi dengan pati delima gulsan dan air buah zuriat. Kita amal 2 bulan juga la.. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. Paling penting dekatkan diri pada yang memberi segala rezeki. In shaa allah dia maha mendengar...
.
.
2 hari delay period, tapi tak nak la happy dulu. Beli senyap-senyap upt digital. Tak nak nanti bila kita sedih, suami jadi kesian kat kita. Kalau orang kesian, lagi la kita sedih. Memang kita macam ni dari dulu. Mama kita pun cakap kita ni makin pujuk makin sedih bukan makin baik..hahahahha. Lepas test tu, kita nervous la juga sebab dah 8 bulan menanti orang baru. Dengan badan panas,kepala sakit berdenyut tak berhenti kita biar je upt tu calculate sendiri. Kita baring lastly tertidur. Bangun-bangun teringat kat upt tu takdi. Mujur la digital tu 24 jam kau, kang tak pasal-pasal rugi je... Mata samar-samar je tengok result, bila tengok je keputusan +ve, terus mata seluas panda. Ambil fon call suami.. Alhamdulillah...
.
.
Sepanjang kita tak kerja, kita jadi radio untuk suami kita. Dia buat kerja, kita jadi DJ..hahaaha. kadang-kadang kalau kita larat kita tolong la basuh-basuh apa yang patut kat kedai tu. Kita alahan lama, hampir 4 bulan. Tapi, tu semua nikmat. Kita tak nak merungut..
.
.
Tahun 2015 juga, tahun yang buat kami berdua senyum walaupun diuji. Sebab segala rintangan, dugaan, cabaran kami tempuh bersama. Orang tua-tua cakap awal perkahwinan memang akan diuji kan. Yess..!!! Kalau tak mana nak kenal erti perkahwina dan tanggungjawab kalau semua smooth je.. huhuhu
.
.
Now, dah masuk 2016. Kita ingat baby kita nak keluar awal, rupa-rupanya baby kita nak tunggu tahun baru juga..... Kita pun tak sabar sebenarnya nak jumpa baby kita. Suami kita hari-hari call tanya keadaan kita dan anaknya. Doakan kita cepat-cepat bersalin ye. Due pun ada berapa hari je lagi.. Kalau over due kene induce la kita....mintak jauh sangat. Doakan kan kita dan baby mudah semuanya dan selamat semuanya taw.
.
.
Kat sini pun, kita nak minta maaf kalau ada bahasa atau gurauan yang tak kena dalam penulisan kita. Kita tak pandai bercerita, tapi nak cerita juga..hahahhaha. Semoga 2016 menjadi tahun untuk kita ubah kearah yang lebih baik, sihat sejahtera dan dilimpahkan rezek serta sentiasa dalam rahmat Allah ta'ala..
.
.
Wasalam.

15/12/15

Aku Rindu Dia...

Bismillah...
.
.
Ya'Allah sungguh aku rindu dia. Dia yang aku panggil suami...Dia yang aku panggil dengan panggilan Abang ataw Sayang...
.
.
Bila nak dekat due ni, perasaan sedih, rindu dan nak bermanja tu lagi kuat. Bukan dengan mak ayah tak rasa perasaan tu, tapi sedikit berbeza la kan, dengan org yang tidur sekatil, sebantal kadang-kadang pinjam lengan bila nak ambil mood tidur.
.
.
Sebelum ni kami kan pernah PJJ [ Percintaan Jarak Jauh ]. Hampir 9 bulan juga la. Bila dah dok bersama rasa janggal pulak dok jauh-jauh sekarang. Walhal, balik kampung sebabnya nak berpantang. Suami ada suruh ina bersalin kat melaka je, tapi ni kan first baby tambahan pula ina tak ada pengalaman lagi.
.
.
Suami akan balik bila baby bagi hint nak keluar. Sempat dengan dia atau tak, itu aturan Allah. Hanya doa dapat ina pinta agar suami ada kesempatan untuk sambut kelahiran anaknya nanti.
.
.
Mungkin ada sesetengag rasa meluat, alah berpisah kejap je pun nak sedih..nak update blog bagai kan. Tu la, ina ni manja sangat kot sampai terpaksa luah dalam ni. Kalau luah kat suami nanti melalut dan tak senang duduk pulak suami kita... hehhehe.
.
.
Penangan orang bercinta lepas kahwin kot... !!!!. Seriously, kawan-kawan ada yang jeles dengan kami sebab kemesraan kami berdua. Nauzubillah mintak jauh perasaan riak. Kemesraan tu hadir tanpa kami perasan dan semuanya spontan.
.
.
Kami tak pernah bercinta, tak pernah jumpa each other sepanjang perkenalan kami. First time jumpa masa bertunang, second time jumpa masa dia bawak ina jumpa bakal mak mertua dan last time masa hari menetap tarikh perkahwinan kami. Percaya tak??? yes..!!!! Kami sendiri tak percaya tapi itulah " Cinta Muka Buku".
.
.
Mungkin sebab kisah cinta kami ni agak meluat, jadi bila kami romantik sikit, gurau-gurau sikit akan jadi perhatian orang. Tak kisah la asalkan kami bercinta saat kami HALAL..Itu lebih utama dimata Allah.
.
.
Sekarang pun kami dalam proses kenal hati, perangai, dan sikap pasangan. Sebelum tidur, mesti ada je benda yg nak diborakkan. Kisah suami dulu, kisah ina dulu-dulu. Kisah cinta monyet kami
 Alhamdulillah, masing-masing open dan terima sebagai pengajaran.
.
.
Lepas luah segala ombak rindu ni, harap diri ini lebih kuat. Jauh kejap je pun. Lepas pantang nanti hari-hari boleh berkepit....hehheehehe. Ni la perangai perempuan, manja dan mengada. Lumrah yang Allah ciptakan pada setiap wanita... Tak ke gitu..???? Dah la moh kita tidur. Pinggang pun dah sakit, kaki pun dah sembap.
.
.
Sungguh Aku Rindu Dia......Suamiku
.
.
Wasalam...

26/02/15

Selesai Tugasku Sebagai PPT

Bismillah
Alhamdulillah hari ni selesai sudah tugas ina sebagai PPT (Penolong Pegawai TanahNT27 BERELEAUN ) di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan. Banyak kenangan suka duka yang ina akan memorikan sebagai kenangan. Hampir 2 tahun 2 bulan bekerja banyak juga ilmu yang ina dapat dan ilmu tu juga semakin bertambah. Ilmu kan perlu dicari bukan menanti...hehhehe
Rabu depan ina dah masuk tempat kerja baru. Agak nebes jugak la sebab ina bakal buat kerja yang ina dah lama tinggalkan.....huhuhu. Apa2 pun doakan ina boleh handle taw. Berbalik kepada   kisah hari ni, ina letak jawatan notis sebulan. Sebab GOV memang wajib notis sebulan ok kalau tak!!!!!hurmmmm mau kene bayar balik la gaji nanti....hahahha
Dah satlle dengan bos di unit ina, ina kene jumpa bos bahagian pentadbiran pula untuk submit barang yang telah diberikan sewaktu mula-mula masuk kerja dulu. Allah permudahkan segalanya... syukur sangat ya'allah. Sebab ina pun kalau boleh tak nak ada benda yang tertunggak dan bermasalah..
Apa lagi ek nak bagi tahu, rasanya tu je la dulu kot.. now tengah kemas barang-barang kat rumah sewa dan suami akan datang ambil ina hari ahad... Isnin kami bertolak ke melaka pula... doakan kami selamat sampai...
Wasalam.....

25/02/15

Interview Berjaya

Bismillah

Terima kasih kepada yang mendoakan ina dan suami serta kelauarga yang banyak bagi semangat kepada kami berdua. Memang berat ujian kami bila kami berjauhan dan hati sentiasa tidak tenang disaat memikirkan suami yang jauh dimata 

Alhamdulillah, allah maha mendengar rintihan hambanya dan setelah 9 bulan kami "long distance" akhirnya ina diterima untuk bekerja di melaka. Akhirnya dapat la ina menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami. Tak banyak, sikit pun jadi la. Walaupun memasak tu kelaut, insy'allah ina akan beljar dan usaha untuk jadi masakan tu kedarat nanti...hahahaha.

Doakan ina berjaya di melaka dan doakan ina lulus interview satu lagi bulan 3 nanti. Interview tu la yang akan menjamin masa depan ina dan suami serta keluarga tersayang.

Tq kepada semua yang mendoakan ina :)

Wasalam..... 

15/02/15

Officially 24.....

Bismillah....
Alhamdulillah.... Terima Kasih Allah sebab pinjamkan nyawa, jasad, dan segala yang ada pada diri ini. Semuanya milik yang esa..Hanya pinjaman sementara untuk melakukan AMAL MAKRUF NAHI MUNKAR. Seandainya tiba masa, jasad ini diambil dan nyawa ditarik maka matilah kita untuk selamanya...
.
.
Kepada orang tua, terima kasih kerana besarkan along dalam kasih sayang dan keluarga yang sederhana. Didikan agama dari kecil hingga along mengerti sebuah kehidupan. Terima kasih juga buat adik2 yang selalu ada dibelakang support along time susah dan senang... .
.
Untuk suami tercinta, terima kasih sebab terima ayang seadanya kekurangan serta kelemahan. Ayang akan cuba perbaiki segala yang ada pada diri ini untuk keluarga kita.. Doakan ayang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta istiqomah dalam setiap segi...
.
.
#AKMoments
#AkuInsanYangLemah
#AKLoveTillJannah
#AKLongDistance
#AkMuhasabah
#Oficially24Alhamdulillah

10/02/15

Sweet Weekend

Bismillah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
After one month... Ya'allah tuhan je tahu betapa rindunya dekat imam yang halal. Memang seksa bila PJJ dan ujiannya pun berat juga, tapi kami kene hadapi dengan tenang...insya'allah. Kami pjj bukan sebab suami tentera ke hapa ok!!!!!!!!!.... tapi sebab komitment kerja... Ramai yang tanya, suami ina tentera ke?? hahahahhaha suami kita tak cukup inci nak jadi abang askar... kah..kah..kah... 


p/s: Doakan MIL ina sihat selalu... MIL 
warded and still kat hospital
 lagi till now..


Wasalam...

1/02/15

Ikan Bakar Umbai,Melaka

Bismillah
Alahai.. weeding punya entry pun tarak siap lagi, ni dok pusing-pusing entry lain. Dah pening sampai beruban dah kepala taw. Nak buat cam ner, mood kelaut. Asal bukak blog je tetiba jadi pemalas. Bila dah malas, just blogwalking je la... hahaha

Ok, la ni nak story pasal kedai ikan bakar yang ina dan suami selalu pergi. Selalu ok!!!!!!!! tak kira la ina balik melaka dua hari ke, seminggu ke, ataw sebulan memang wajib jejak kaki kat sini. Ikan bakar ni feveret ina. Kena pula kalau berlada fuhhh mantop. Kat kelantan pun ada actually tapi ina lebih suka yang melak sebab pedas dia tu memang supperrrrrr hot!!!!!!!. Air segelas tarak cukup nah... habak mai awal-awal..hahahaha

Last kami pergi masa cuti hujung tahun 2014. Masa ni kami keluar awal dari pagi sampai malam membuta. Mak mertua pun malas nak tanya dah pergi mana...hahahah. Sebab kami kalau keluar memang tak reti kejap.. Nak wat camner kami kan PJJ kalau ada peluang jumpa, time tu ler nak mengdate puas-puas..Walaupun sampai sekarang tak pernah puas!!!!!!!!!..hihihihihih...






Malam tu kami order banyak sebab sehari suntuk dok makan benda yang bukan-bukan. So, malam tu baru nak jumpa nasi..Alhamdulillah kenyang. Sampai je rumah terus mandi dan tidur. Suami sempat lagi perli "amboi sayang kenyang sangat la tu!!!!!"..hahah kita senyum je sambil mata penjam... Suami sambung wars dia dengan Samurai Seigei...huh!

Malam tu kami order:
  • Ikan siakap berlada
  • Udang berlada
  • Sotong berlada
  • Sotong celup tepung
  • Otak-otak
  • Nasi lemak suami je makan
  • Nasi putih kita je makan

Lauk ni, kita ambil sendiri taw berapa ekor yang kita nak. Pas tu baru la diorang timbang dan kita pilih la nak masak apa. Kalau bab masakan memang tak leh nak komen sebab PEDAS & SEDAP. Sedap sehingga tinggal tulang je ikan siakap tu dikerjakan ina...hahahaha

So, kalau korang pergi melaka memang ina syorkan tempat ni. Harga?? sangat berbaloi... sebab ina dah buat perbezaan dan memang diakui murah dan berbaloi... Kalau makan dengan family lagi best... makan banyak-banyak tapi still rasa murah taw....


Ni harga yang kami makan malam tu.. Suami terkejut sampai tak caya sebab kami rasa macam ambil banyak lauk pauk...hehehe. Sebelum ni kalau kami makan pun harga dia memang tak kan sampai seratus... Kalau sebulan sekali ngedate dengan suami kat sini tak per kot....:)

Alhamdulillah rezeki dari allah... Jemput singgah ye.. :)

Wasalam.....

21/01/15

The Shore Oceanarium Tangs Melaka


Bismillah

Baru nak story kisah cuti-cuti malaysia kami hujung tahun haritu. Kami tak rancang pun nak kemana, sebab kalau ikut kemalasan jiwa, ina nak bermalas-malas je kat rumah. Kononya nak tebus kepenatan bekerja selama setahun...hahahah

Hari kedua ina di melaka, suami mintak off day sebab nak bawa kita jalan-jalan. First tempat yang kami singgah adalah Tangs. Nak cerita la kat awak semua, masa kita kat kelantan lagi suami  dok cerita je pasal Tangs. Apa yang special sangat pun tak tahu la. Nampak macam Mall, tapi mungkin sebab dia femes emes kat KL kot.... Ina tak tahu la betul tak, malas nak tanya....:(

Specialnya Tangs sebab ada Ocenarium kot. Yela, kat Mall boleh ada Oceanarium. Biasa dengar ada tempat boling, karaoke, games station kan. Tapi di Tangs, kita boleh tengok ikan, sotong, rama-rama. Sambil shopping boleh release tension. Mungkin tu la tujuan Tangs adakan Ocenarium tu kot.


The Shore Oceanarium


Harga tiket, bagi ina tak mahal sebab berbaloi. Masuk dalam dulu tengok keadaan sekeliling dan lepas tu mesti kita akan cakap "berbaloi r tiket dia"...try dulu.. tak kan menyesal punya..


Lepas bayar tiket tu kan, staff kat kaunter tu akan bagi kita tiket dan cermin mata 3D. Bukan tu je, diorang akan bagi kita satu kertas untuk kita jawab QUIZ diorang. Quiz tu tak ada kene mengena dengan AJL or APBPH ye. Soalan yang ditanya overall pasal dalam Oceanarium je. Jadi, setiap pitstop yang korang lawat, mesti akan ada soalan yang ditanya. Best jugak la, tak ada la kita masuk just nak tengok je kan. Paling sikit pun kita dalam ilmu kelautan...cewaahhh!!!!!!.. banyak la kelautan kau arena!!!!!

Dah masuk dalam, apa lagi bermulalah exploring kami berdua. Masuk pintu utama ada tempat untuk taking a picture dengan pasangan kita. Tapi, ina dan suami tak buat pun. Ahhhh..membazir. Kami bukan pelancong jadi anytime kami rasa nak tengok ikan, obor-obor kami datang lagi. Kalau yang mana memang bercuti kat melaka, boleh ambil gambar untuk kenangan... ok!!!!!!!!!!! 

Nak masuk dalam, boleh ambil gambar but, not flash. Ambil la sebanyak mana gambar yang awak nak, jangan bawak balik binatang yang ada kat dalam tu sudah!!!!!!!!...walaupun rasa macam nak bawak balik je obor-obor taw tak.. memang lawa habis...wakakakaka..


Eiiiii... memang tak la kita nak pegang. Tapi kita paksa suami kita pegang sebab nak tengok tahap keberanian dia....hahahaaa Ayat cover tu...!!!!!!!.. Cantik kan. Ni namanya gamat. Tapi nama saintifik dia kita tak tahu. Gamat ni bukan untuk dibuat ubat ye. Gamat ni lebih kepada perhiasan. Jangan risau takut gatal ke, alergik ke sebab gamat ni selamat untuk dipegang dan digosok-gosok..eiiiewwwww,,


Ok, yang ni kita cabar diri kita sendiri...hahahaha. Pegang tapak sulaiman tu!!!!! Kita boleh pegang dia sebab dia keras... bukan lembik macam gamat tu. Tapi, masa nak pegang pastikan tangan kita still dalam air dia. Takut mati kalau dia terlampau kering...Kat dalam water tu shell..bukan shell minyak ye semua, nama apa kita tak tahu. Rupa dia macam serombong rokok paip gitu. Tak payah pegang la karang keluar lidah dia, tak pasal-pasal pengsan sebab terkejut...hahaahh


Ha.... tu replika shell yang dalam air tak di. Besar kan... nak sama besar dengan hubby kita. Ruangan ni, semua berkisarkan tentang kehidupan kerang. Pelbagai jenis kerang awak akan jumpa. Kerang yang kita tak pernah tengok dalam kehidupan kita awak semua boleh tengok nanti. Tapi, kita tak hafal la nama diorang. Fahem-fahem je la kalau nama saintifik diorang macam mana. Berbelit lidah nak menyebutnya...hahahahha


Last part sebelum nak ke ruangan membeli belah. Kita akan jumpa penyu dulu. Last dalam hidup dapat tengok penyu masa pergi Pulau Perhentian dengan officemate. Now, dapat tengok lagi.. penyu ni, feveret bintang yang ina suka tengok. Sebab apa, masa kecik-kecik dulu selalu sangat dengar cerita penyu, kura-kura,arnab... hehehe dan masuk bab ceria si kecil pulak dah..

Ina tak mau cerita apa lagi yang ada kat dalam ni. Yang pastinya memang best dan berbaloi sebab kita just keluarkan modal yang sikit dan dapat hasil yang memuaskan. Tak payah nak pergi oversea pun dapat tengok juga kehidupan dalam laut. Walaupun kat sini tak der real shark, dolphin dan macam-macam lagi tapi sekurang-kurangnya kita dapat melihat betapa hebatnya ciptaan allah untuk kita hargai. Dapat pahala taw kalau kita puji ciptaan-NYA....

Ohh sebelum terlupa. Kan tak di ina ada bagi tahu yang kita kene jawab quiz. Kalau kita berjaya selesaikan semua soalan tu, kita akan dapat saguhati dari pihak The Shore Oceanarium. Walaupun tak seberapa, tapi ada la kenangan dok tergantung kat kunci tu... hahahaha..Kami berdua je masuk, jadi dapat la dua keychain.. Kalau 4 orang masuk, dapat 4 la keychain..tapi first thing kene sattle jawab quiz tu dulu nah!!!!!!!!!!!!!....


Ina dapat keychain Nemo.....hahahahahaha. shuka...shuka.....Jangan lepaskan peluang anda kalau kaki anda dah jejak kaki kat melaka ye....:)

Wasalam...

6/01/15

Kenangan 2014 Suka, Duka Dan selamanya Dihati


Bismillah

Hurmmm macam mana nak mulakan ek. Rasa macam dah terlambat sebenarnya entry ni, tapi nak buat juga sebab nak jadikan memori dalam blog ni. Tapi, ina dah ucap kat FB dah pun, cuma nak buat entry tidak kesampaian sebab ina habiskan cuti hujung tahun dengan suami kat rumah mertua.


Pertama kalinya, yang ina ingat 2014 adalah tahun yang penat dah sedih sebab ina buat persiapan perkahwinan dan sattle kan yang mana patut. Semua persiapan ina dan mama ina yang handle sebab ina kan anak sulong dan keluarga pun tak pernah ada pengalaman buat kenduri kahwin just tolong-tolong sepupu serta saudara mara tu ada la. Tapi, bila kene majlis sendiri rasa janggal, penat dan sangat-sangat tertekan. Tahun ni, tekanan yang ina terima diluar jangkaan sehingga sampai satu tahap ina terfikir untuk berhenti kerja. Nasib baik, suami, parents banyak bagi semangat dan dorongan. Kalau tak, ina pun tak tahu apa kan jadi kat ina. Tambahan pula, nak cari kerja baru susah kan.

Bila fikir bab kahwin, tersenyum sorang-sorang sebab tu la moments yang paling ina tak kan lupa. Menjadi isteri kepada suami yang cukup sabar, cukup amanah, cukup bertanggungjawab dan Alhamdulillah sebab allah bagi ina seorang imam yang ina rasa ina tak layak untuk dia. Ina masih muda, dan jiwa muda banyak memberontak dan have fun tak habis-habis kan..hehehe. Tapi, suami pandai ambil hati dan kadang-kadang sweet sangat bila suami ikut cara kebudakan kita walaupun umurnya dah jangkau angka 35. Memang tak tahu nak cakap macam mana tapi, ina mampu bersyukur sebab allah hadirkan ZULFIKRI BIN MOHD RAWI sebagai iman dan suami ina...


Zuriat!!! ina pernah cerita kan dulu pasal ni. Perkara yang dinantikan setiap ibu bapa dan suatu yang miracle bila kita tahu diri kita mengandung. Tapi, ina hanya dapat merasai perasaan tu hanya seketika. Kalau nak bersedih, rasanya sampai sekarang ina sedih dan setiap kali berdoa untuk arwah baby ina, ina pasti kan sedih. Memang tak boleh nak elak sebab kami memang menantikan baby kami. Apa pun, kami redha dan ina banyak dapat kekuatan tu dari suami dan parents. Alhamdulillah dah hampir  4 bulan baby kami kembali kepada penciptanya, ina rasa lebih kuat dan lebih semangat. Sekarang pula, ina dalam proses nak kembalikan kitaran HAID sebab after gugur, period ina macam swing sikit..hehehe.

Opppp sebelum terlupa, masa gugur tu ina sempat tengok baby ina yang kecil besar ibu jari. Sangat sempurna dan ina dapat tengok kaki, tangan dan mata. Tapi, it's still air mani lagi sebab warna putih kejernihan. Naluri keibuan ina mengatakan baby tu baby girl tapi,apa pun jantina nya ina tak kisah sebab semuanya rezeki Allah kan.

Tahun 2014 juga, mengajar ina erti persahabatan dan mencari kawan sejati tu bukan mudah. Walaupun dia seorang yang boleh dipercayai, tapi tidak 100% dia boleh dipercayai. Semua tu ina jadikan pengajaran diwaktu yang akan datang dan ina harap tahun 2015 ini akan memberi kami seribu kebaikan. 

Tidak lupa kepada mangsa banjir Pantai Timur, ina doakan anda semua kuat dan tabah hadapi ujian allah yang kecil ini sebab kita semua tahu, kiamat itulah pengakhiran hidup kita. Setiap ujian yang datang tu, allah nak buka hati dan angkat darjat kita supaya kita bersyukur dan jangan sombong ketika berpijak dibumi yang hanya pinjaman sementara.

2015 
Azam baru
Kehidupan yang lebih baik
Rezeki yang lebih baik
dan kami dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Amin~

~wasalam~

1/12/14

Wedding Review


Bismillah

Hahahahah hari ni baru nak update pasal wedding kita. Pasai apa?? Ina baru dapat copy dari adik ipar tu pasal tak update lagi. But, ina update rawak je sebab dah basi kan. Saja je nak simpan kenangan kat sini, kot2 anak cucu nak tengok nanti.. cewaahh!!!!

Selamat mencuci mata... hari ni kita tunjuk gambar je yer.. :)

Hantaran Kedua Belah Pihak



Solemnization



Bride's Reception



Outdoor

Terima kasih kepada keluarga, sahabat dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Alhamdulillah, majlis dah pun berlalu tapi bila tengok gambar-gambar kahwin ni, tetiba rasa macam baru semalam episod pertama kami sebagai suami isteri. Doakan kami bahagia hingga kesyurga ye..

~wasalam~