
Memaparkan catatan dengan label Muhammad Haziq. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhammad Haziq. Papar semua catatan
14/10/16
AK Junior : 9 MONTH

Label:
Ak Junior
,
Muhammad Haziq
22/09/16
Ak Junior : 8 Month

Muhammad Haziq bin Zulfikri. Buah hati Ummi dan Baba. Happy 8th monthsary sayang...
Wasalam
11/08/16
Ak Junior : 7 Month

Ok, bye2 aunty.. Jumpa lagi ya...
Wasalam
30/07/16
AK Junior : 6 Month

First pic masa Haziq belajar meniarap. Ummi terkejut sangat. Sampaikan tak sempat nak pakaikan Haziq seluar...hehhehe
Always perasan cute. Dah pandai tengok camera, pegang fon.. like a big boy.. jangan cakap nak adik eyh. Ummi fobia bersalin tak hilang lagi..
Candid with Baba... supper at KFC hour. Masa ni dah pukul 2 pagi. Tetiba Baba craving like a preggy mommy. Baba buat Ummi cuak actually. Haziq aktif je asalkan dapat jenjalan..
.
.
Ok la. Nanti kita share lagi. Cakap nak update sikit je, tapi nampak lebar juga menaipnya.. haaha. Kita jumpa next entry pula..
Wasalam...
13/06/16
Ak Junior : 5th Month

Gambar ni sehari sebelum Haziq dapat injection untuk 5 bulan. Ceria je mukanya. Macam nak ambil gambar pasport dah gayanya.. heheheheh
Selepas injection, muka sebam dan mata bersinar macam nak berair. Masa ni kita yang jaga dia sebab suhu dia tinggi 36.8. Jadi, kita kerap basahkan kepala dia je la.
Time ni tengah ambil mood nak poo poo... bintik-bintik kat muka mula nampak. Tapi, tak sangka pula Haziq nak kena campak.. Allah.. risau Ummi sebab mulanya Haziq memang tak nak dengan orang lain. Asyik nak menangis, menjerit dan lesu je.... hurmmm cepat sembuh sayang...!!!
.
.
Wasalam
Label:
Ak Junior
,
Campak Keladi
,
Demam
,
Muhammad Haziq
14/05/16
Ak Junior : 4 Month

Happy 4th Monthsary sayang..
Muka putih penuh bedak sebab baru lepas mandi... hehehhe.
Sebelum tidur, Ummi buli kita.. Ummi cakap nak tilik kalau-kalau dapat adik perempuan macam mana rupa dia ek...???hahaahah
Label:
Ak Junior
,
Muhammad Haziq
29/04/16
Ak Junior : Bag Diaper Haziq

Haaaa...nampak kan. Kita dah guna large tu. Kalau tak nampak lagi tak tahu la. Kita explain satu persatu biar korang tahu apa yang kita isi tu. So, tak nampak pun tak apa la, korang baca je sampai habis. Tak nak baca pun tak apa..sob..sob..sob..
.
.
1. Kita isi dengan changing mat dan toilettries. Pentingnya kedua benda ni pasalnya, hari tu kita pergi mall. Ditakdirkan Haziq melepaskan hajatnya tak kira tempat. So, nak ke baby room dah jauh. Kena naik lift bagai. So, jawabnya ke tandas je la Ummi tukar lampin Haziq. Tapi, sedihnya kalau tak bawa changing mat alamatny korang kena alas anak dengan kain lampin or something yang munasabah ok...
.
.
2. Pampers dan tisu basah. Waa ni la paling utama. Tak ada pampers naiya weh... Paling kuno pun kena spare dalam dashboard kereta. Tu yang kita spare dalan diaper bag dia banyak. Nampak kurang 2,3 keping terus topup. Tak nak la nanti terbantut la window shopping kami... hahahahhah. Tisu basah tu banyak kepentingan dia. If, Haziq poo poo memang kena guna air la kan nak cuci. Tapi, kalau kencing kita lap je pakai wet tissue. Bukan tu je, lepas makan nak lap mulut, lap tangan dan sebagainya untuk mengelap la. Memang penting...
.
.
3. Korang tengok kosong je kan. Tu pasal pic diambil waktu malam. So, malam membuta ada ke orang pergi mall..?? Eh ada.. nak tengok night movie. But not us la... hahahaha. Part yang kosong tu, kita isi segala kelengkapan susu Haziq. Dari susu, botol susu dan thermos susu. Tu pasal kita dok pot pet pot pet kat atas tu. Kalau dulh sikit je keba bawa kalau nak jenjalan. Tapi sekarang dah macam bag balik kampung..haaa amek kau..!!!
.
.
4. Korang nampak kosong jugak kan.. Haaaa tu part kita isi thermos air panas. Dah bawak susu, tak bawak air panas memang cari masalah. Kalau lepak kat warung boleh la mintak kat kedai makan tu. Kalau kena time tu korang lepak kat tempat yang impossible korang nak dapat air panas macam mana???... huissshh kena pastikan betul-betul ok korang tak tinggal benda wajib bagi FM.
.
.
5. Ok ni nak kata wajib or tak kita tak sure la. Tapi, bagi kita baik "sediakan payung sebelum hujan". Part yang NO 5 tu kita letak persalinan haziq. Ronpers, baju tidur, stokin dan tuala kecil. Pernah terjadi masa Haziq dua bulan lebih. Kita dan mama jenjalan kat Kota Bharu. Sekali Haziq Poo Poo habis baju, car seat dan mama kita sekali.. hahahahaha. Masa tu langsung tak spare baju, tuala dan toilettries. Kita sebakul kena bebel dengan Mama. So, mula dari situ la kita mula muhasabah yang kita dah jadi mak mak ni kena dahulukan keperluan anak..
.
.
6 & 7. Tu tempat kita letak barang kita je. Macam lipstick, compack, roll perfume, fon, usb, tisu, modem wifi dan beg duit cenonet kita. Tapi, kadang-kadang kita tumpang porch bag suami kita je.
.
.
Sattle sudeh... Kita tak tahu la kalau-kalau ada lagi benda wajib yang kita tertinggal. So far, tak ada lagi la yang menganggu window shopping kami... hahahahaha. Nasib la Hazi dapat Ummi Baba yang suka window shopping. Ala... WS je oun, bukan habis duit kan. Cuma dapat la extra kaki penat berjalan...choiiii
.
.
Ok la, Baba pun dah balik jadi Ummi pun nak beradu la ya. Nanti ada kelapangan di masa akan datanvmg Ummi up lagi entry baruuuuu.... see ya...Wasalam
13/04/16
AK Junior : Kisah Car Seat Muhammad Haziq


Sekarang memudahkan Ummi dan Baba nak bawa Haziq jenjalan. Haziq pun macam syok je dok dalam tu. Kalau tidur, memang lena habis. Bayangkan dari Kelantan ke Kuantan, Haziq cuma bangun bila tekak dia kering je. Bila dah sattle menyusu, tepuk-tepuk suruh sendawa dulu lepas tu letak balik dalam car seat di sambung tidur semula. Hakikatnya, Haziq memang senang nak tidur asalkan perut dia kenyang.
.
.
Sebelum kita dan suami setuju nak beli, kan kita ada buat research pasal HALFORD ni. Dari segi harga, kebaikan dan ketahanan. Alhamdulillah banyak la kebaikan dia walaupun kami beli yang preloved, tapi tak ada kurang pun.
.
.
Kat atas tu harga HALFORD yang baru at 11street.my. Separuh harga kita dapat. Bezanya pre-loved je kan. Tak apa la yang penting Ummi dapat sediakan untuk Haziq.
.
.
Ok la, Ummi nak sambung lipat kain. Sementara tunggu Baba balik berniaga. Next perancangan nak carikan Haziq baby carrier. Hurmmm dah survey juga. Kalau ada yang pre-loved dan condition ok Ummi akan grab in shaa allah.
.
.
Wasalam
Label:
Car seat
,
Halford Elit Clasic
,
Muhammad Haziq
10/04/16
Ak Junior : 3 Month

Ummi share sikit.pic Haziq masa 3 Bulan ya. Tak banyak perubahan dari segi fizikalnya. Berat pun naik 300gram je sayang. Tapi, awak dah belajar slow-slow nak terbalik. Mungkin awak nak meniarap dah kot. Ummi doakan awak berjaya ye sayang..!!
.
.
Ok, kata terakhir dari Ummi untuk Haziq. Ummi doakan Haziq diberi kesihatan dan kesihatan dan kesihatan hendaknya. Jadi anak yang taat kepada orang tua dan saudara. Jadi anak yang soleh dan disenangi. Ummi harap awak membesar dengan menjadi manusia yang berguna kelak.
.
.
Wasalam dari Ummi & Baba 😘😘😘
22/03/16
AK Junior : Almari Untuk Haziq

Baba dan abg Hakimi ( anak buah suami) tengah setup-setup apa yang patut. Mujur la ada abg Hakimi taw. Kalau tak mau esok baru siap. Ummi nak tolong, awal-awal lagi baba tak bagi. Katanya Ummi siaran radio tak berbayar... choiii je baba kan.
.
.
Separuh dari pemasangan. Ummi dah excited nak simpan baju Haziq..heheehehe. cantik betul warna biru ni taw. Nampak mahal tapi memang mahal pun.. hahahahaa
.
.
Finally.... Wow cantiknya... Haziq suka tak?? Macam la si Haziq boleh jawab. Haiyooo...!!!!.
.
.
Disebabkan Ummi excited Haziq dah ada almari sendiri, Ummi terus kemas pakaian Haziq yang dalam bag tu. Cian anak Ummi... baju pun simpan dalam bag. Padahal dah 3 hari sampai Melaka kan. Sorry ye sayang...!!!
.
.
Almari ni tak ada la kecil, tak besar mana pun.. Tapi, ok la untuk kids kan. Lagipun Haziq tak banyak mana pun baju. Banyam rompers je. Haziq cepat besar dan agak memanjang, jadi baju yang newborn dan 0-3 bulan semua kita tinggal kat kampung. Kita just bawa yang besar-besar je.
.
.
Almari yang reasonable harganya ni RM 161.00. Kenapa berpatutan?? Sebab senget pinggang-pinggang suami kita bawa kotak dia. Berat ya ammattttt...Memang berpatutan dan kita tak menyesal pun beli.
.
.
Kalau ada ibu-ibu yang nak cari almari untuk anak-anak try la survey kat tesco yang berdekatan. Mana tahu kita dapat kongsi citarasa yang sama.. tak gitu..??? Hhehehe.
.
.
Ok la kita stop kat sini dulu ya. Lamparor la.. hehhehe..Wasalam
Label:
Ak Junior
,
Almari Untuk Anak
,
Muhammad Haziq
,
Saya Pakai Saya Kongsi
12/03/16
Ak Jurnior : 2 Month


Anak Ummi ketahui lah kamu, besarnya kamu dalam pelukan Ummi dan baba. Doa Ummi dan baba nak kamu jadi anak yang soleh dan taat pada ibu bapa kamu...😢
.
.
Wasalam...
20/02/16
AK Junior : Officially

Muhammad Haziq pada hari pertamanya di dunia. Beberapa jam selepas dilahirkan. Anak yang hadir disaat Ummi give up untuk berusaha, tapi hadirnya awak untuk menjadi hadiah kepada Ummi di hari lahir Ummi yang ke 25 bersamaan 15.02.16
.
.
Ramai cakap, Haziq ni ikut muka kita. Entahla, kita pun tak tahu rupa kita masa baby macam mana. Sebab mama dan abah kita susah dulu. Tak ada kemera nak rakam detik-detik bahagia. Hehehhee.. tak apa, kita tak kisah. Kalau betul la Haziq ikut muka kita masa kecil, kita dah tahu macam mana rupa kita masa kecil dulu.. Comel juga ek.. hahahahha ( perasan jap ).
.
.
Ok, tu je la kita nak share. Nanti kalau ada story yang best pasal Haziq, kita share lagi ya. Doakan kesihatan Haziq dan doakan juga Haziq menjadi anak yang soleh buat Ummi dan Baba dia..
.
.
Wasalam
Langgan:
Catatan
(
Atom
)

























