13/06/16

Ak Junior : 5th Month

Bismillah
.
.
Alhamdulillah... hari ke 8 Ramadhan. Maknanya dah 7 hari kita dan suami berniaga di bazar ramadhan. Alhamdulillah, feedback sangat memberangsangkan. Kita dan suami buka gerai kat dalam hospital. Syukur juga sebab dapat diberi peluang untuk berniaga kat dalam sana. Walaupun prosedure sesangat la ketat. Tapi, kami akur je. Sebab fokus kami nak berniaga kan.
.
.
Kita dan suami berniaga air, akok dan beberapa jenis kuih muih juga. Mulanya, kita buat nasi kerabu tau. Tapi..tapi...tapi..
 In case Haziq ada enjection untuk 5 bulan haritu 08 Jun 2016, so dia demam panas yang agak tinggi 37.8. Jadi, terbantut la kuih kita dan nasi kerabu kita..
.
.
Nak dijadikan cerita suami kita je la yang berniaga. Kita just hantar dia kat hospital Melaka, then tolong suami loading barang terus kita pecut balik rumah sebab Haziq tak boleh hantar pengasuh lagi. Demam dia tinggi dan agak merisaukan. Suami pun suruh kita jaga dia dulu takut-takut kena sawan kan.
.
.
So, lepas beberapa hari demam Haziq dah kebah kita hantar la dia ke pengasuh sebab kita nak mula berniaga semula. Tapu, kuih dan nasi kerabu memang tak sempat la. Jadi kita tolong suami je kat tapak. Hurmmm suami sorang je masyuuukkkk.. hahhahaha jeles kan.
.
.
Semalam, 12 Jun 2016 usai solat isyak kita dan suami nal jemput Haziq kat rumah pengasuh. Terkejut tengok muka dan badan Haziq macam ada something bintik-bintik merah gitu. Sebelum hantar ke pengasuh petang tu, memang dah perasan bahagian muka dan badan macam nak naik ruam, ok, kita positif fikir la ruam panas sebab dia kan baru lepas demam panas.
.
.
Tapi, yang jadi risaunya ruam kat badan Haziq tu macam pecah-pecah dan bertompok. Haduiiiii.. mak mana tak risau oiiiii...Pengasuh inform Haziq maybe kena campak.. WHAT...????? campak..!!!!Ummi dah cuak... First time kan, mana kita tahu nak handle baby yang kena campak seawal usia 5 Bulan... fuhhhh.. HELP ME....!!!!
.
.
CALL mama kat kampung tanya itu ini so, dapatla info. Balik rumah kakak ipar cakap Haziq keba campak KELADI...Ha...??? Ummi don'know.. hahaahahha. First time Ummi dengar.. Jadi, korek lagi info dengan kakak ipar. Untuk persediaan.
.
.
Rupanya, campak KELADI ni memang wujud. Kita search in google ramai juga blogger yang update pasal demam campak keladi. Hahahahaha.. so, kita je la macam kuno sebab tak tahu..choiiii.
.
.
Jadi, kalau ada mommy, ibu, ummi atau bonda kat luar sana yang bakal atau tengah alamai benda yang sama, meh kita kongsi apa yang perlu kita persiapakan.

👍 jaga suhu badan anak. Kalau deman dah kebah dan bintik merah dah keluar make sure jaga suhu. Kalau naik balik, kene direct pergi hoapitak. Tka payah tunggu dah. Sebab, pengasuh bagi tahu kalau deman tu datang balik suhu mesti tinggi dan risau-risau kalau kena sawan.. Mintak jauh la anak Ummi.
👍 kerapkan basahkan badan baby. Jangan mandikan seperti selalu. Cuma basahkan sahaja guna kain dan lap-lap untuk hilangkan panas badan dan rasa rimas gatal-gatal kat badan. Campak keladi ni miang. Jadi, baby akan garu-garu je.. tidur pun tak selesa.
👍 Kalau baby yang dah mula makan solid food, elak AYAM ya... Ayam ni bisa sangat dengan campak keladi.
👍 Elak anak kena HUJAN.
👍 Masa nak tidur, lapikkan daun SEMAMBU. Nak lap badan anak pun guna air yang diramas dengab daun semambu. Katanya daun ni boleh menyejukkan dan mengurangkan rasa miang gatal pada badan.
👍 Sapu losyen atau bedak sejuk untuk nyamabkan badan baby. Kita beli kat farmasi je losyen air yang macam kapur tu. Losyen tu sejuk. Jadi baby pun macam selesa la kan.
.
.
Doakan Haziq cepat sembuh ya. Kembali aktif dan senyum sokmo. Ummi rindu nak dengar Haziq ketawa mengekek-ngekek..
.
.
Gambar ni sehari sebelum Haziq dapat injection untuk 5 bulan. Ceria je mukanya. Macam nak ambil gambar pasport dah gayanya.. heheheheh

Selepas injection, muka sebam dan mata bersinar macam nak berair. Masa ni kita yang jaga dia sebab suhu dia tinggi 36.8. Jadi, kita kerap basahkan kepala dia je la. 

Time ni tengah ambil mood nak poo poo... bintik-bintik kat muka mula nampak. Tapi, tak sangka pula Haziq nak kena campak.. Allah.. risau Ummi sebab mulanya Haziq memang tak nak dengan orang lain. Asyik nak menangis, menjerit dan lesu je.... hurmmm cepat sembuh sayang...!!!
.
.
Wasalam

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)