Memaparkan catatan dengan label Short Trip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Short Trip. Papar semua catatan

1/02/15

Ikan Bakar Umbai,Melaka

Bismillah
Alahai.. weeding punya entry pun tarak siap lagi, ni dok pusing-pusing entry lain. Dah pening sampai beruban dah kepala taw. Nak buat cam ner, mood kelaut. Asal bukak blog je tetiba jadi pemalas. Bila dah malas, just blogwalking je la... hahaha

Ok, la ni nak story pasal kedai ikan bakar yang ina dan suami selalu pergi. Selalu ok!!!!!!!! tak kira la ina balik melaka dua hari ke, seminggu ke, ataw sebulan memang wajib jejak kaki kat sini. Ikan bakar ni feveret ina. Kena pula kalau berlada fuhhh mantop. Kat kelantan pun ada actually tapi ina lebih suka yang melak sebab pedas dia tu memang supperrrrrr hot!!!!!!!. Air segelas tarak cukup nah... habak mai awal-awal..hahahaha

Last kami pergi masa cuti hujung tahun 2014. Masa ni kami keluar awal dari pagi sampai malam membuta. Mak mertua pun malas nak tanya dah pergi mana...hahahah. Sebab kami kalau keluar memang tak reti kejap.. Nak wat camner kami kan PJJ kalau ada peluang jumpa, time tu ler nak mengdate puas-puas..Walaupun sampai sekarang tak pernah puas!!!!!!!!!..hihihihihih...






Malam tu kami order banyak sebab sehari suntuk dok makan benda yang bukan-bukan. So, malam tu baru nak jumpa nasi..Alhamdulillah kenyang. Sampai je rumah terus mandi dan tidur. Suami sempat lagi perli "amboi sayang kenyang sangat la tu!!!!!"..hahah kita senyum je sambil mata penjam... Suami sambung wars dia dengan Samurai Seigei...huh!

Malam tu kami order:
  • Ikan siakap berlada
  • Udang berlada
  • Sotong berlada
  • Sotong celup tepung
  • Otak-otak
  • Nasi lemak suami je makan
  • Nasi putih kita je makan

Lauk ni, kita ambil sendiri taw berapa ekor yang kita nak. Pas tu baru la diorang timbang dan kita pilih la nak masak apa. Kalau bab masakan memang tak leh nak komen sebab PEDAS & SEDAP. Sedap sehingga tinggal tulang je ikan siakap tu dikerjakan ina...hahahaha

So, kalau korang pergi melaka memang ina syorkan tempat ni. Harga?? sangat berbaloi... sebab ina dah buat perbezaan dan memang diakui murah dan berbaloi... Kalau makan dengan family lagi best... makan banyak-banyak tapi still rasa murah taw....


Ni harga yang kami makan malam tu.. Suami terkejut sampai tak caya sebab kami rasa macam ambil banyak lauk pauk...hehehe. Sebelum ni kalau kami makan pun harga dia memang tak kan sampai seratus... Kalau sebulan sekali ngedate dengan suami kat sini tak per kot....:)

Alhamdulillah rezeki dari allah... Jemput singgah ye.. :)

Wasalam.....

21/01/15

The Shore Oceanarium Tangs Melaka


Bismillah

Baru nak story kisah cuti-cuti malaysia kami hujung tahun haritu. Kami tak rancang pun nak kemana, sebab kalau ikut kemalasan jiwa, ina nak bermalas-malas je kat rumah. Kononya nak tebus kepenatan bekerja selama setahun...hahahah

Hari kedua ina di melaka, suami mintak off day sebab nak bawa kita jalan-jalan. First tempat yang kami singgah adalah Tangs. Nak cerita la kat awak semua, masa kita kat kelantan lagi suami  dok cerita je pasal Tangs. Apa yang special sangat pun tak tahu la. Nampak macam Mall, tapi mungkin sebab dia femes emes kat KL kot.... Ina tak tahu la betul tak, malas nak tanya....:(

Specialnya Tangs sebab ada Ocenarium kot. Yela, kat Mall boleh ada Oceanarium. Biasa dengar ada tempat boling, karaoke, games station kan. Tapi di Tangs, kita boleh tengok ikan, sotong, rama-rama. Sambil shopping boleh release tension. Mungkin tu la tujuan Tangs adakan Ocenarium tu kot.


The Shore Oceanarium


Harga tiket, bagi ina tak mahal sebab berbaloi. Masuk dalam dulu tengok keadaan sekeliling dan lepas tu mesti kita akan cakap "berbaloi r tiket dia"...try dulu.. tak kan menyesal punya..


Lepas bayar tiket tu kan, staff kat kaunter tu akan bagi kita tiket dan cermin mata 3D. Bukan tu je, diorang akan bagi kita satu kertas untuk kita jawab QUIZ diorang. Quiz tu tak ada kene mengena dengan AJL or APBPH ye. Soalan yang ditanya overall pasal dalam Oceanarium je. Jadi, setiap pitstop yang korang lawat, mesti akan ada soalan yang ditanya. Best jugak la, tak ada la kita masuk just nak tengok je kan. Paling sikit pun kita dalam ilmu kelautan...cewaahhh!!!!!!.. banyak la kelautan kau arena!!!!!

Dah masuk dalam, apa lagi bermulalah exploring kami berdua. Masuk pintu utama ada tempat untuk taking a picture dengan pasangan kita. Tapi, ina dan suami tak buat pun. Ahhhh..membazir. Kami bukan pelancong jadi anytime kami rasa nak tengok ikan, obor-obor kami datang lagi. Kalau yang mana memang bercuti kat melaka, boleh ambil gambar untuk kenangan... ok!!!!!!!!!!! 

Nak masuk dalam, boleh ambil gambar but, not flash. Ambil la sebanyak mana gambar yang awak nak, jangan bawak balik binatang yang ada kat dalam tu sudah!!!!!!!!...walaupun rasa macam nak bawak balik je obor-obor taw tak.. memang lawa habis...wakakakaka..


Eiiiii... memang tak la kita nak pegang. Tapi kita paksa suami kita pegang sebab nak tengok tahap keberanian dia....hahahaaa Ayat cover tu...!!!!!!!.. Cantik kan. Ni namanya gamat. Tapi nama saintifik dia kita tak tahu. Gamat ni bukan untuk dibuat ubat ye. Gamat ni lebih kepada perhiasan. Jangan risau takut gatal ke, alergik ke sebab gamat ni selamat untuk dipegang dan digosok-gosok..eiiiewwwww,,


Ok, yang ni kita cabar diri kita sendiri...hahahaha. Pegang tapak sulaiman tu!!!!! Kita boleh pegang dia sebab dia keras... bukan lembik macam gamat tu. Tapi, masa nak pegang pastikan tangan kita still dalam air dia. Takut mati kalau dia terlampau kering...Kat dalam water tu shell..bukan shell minyak ye semua, nama apa kita tak tahu. Rupa dia macam serombong rokok paip gitu. Tak payah pegang la karang keluar lidah dia, tak pasal-pasal pengsan sebab terkejut...hahaahh


Ha.... tu replika shell yang dalam air tak di. Besar kan... nak sama besar dengan hubby kita. Ruangan ni, semua berkisarkan tentang kehidupan kerang. Pelbagai jenis kerang awak akan jumpa. Kerang yang kita tak pernah tengok dalam kehidupan kita awak semua boleh tengok nanti. Tapi, kita tak hafal la nama diorang. Fahem-fahem je la kalau nama saintifik diorang macam mana. Berbelit lidah nak menyebutnya...hahahahha


Last part sebelum nak ke ruangan membeli belah. Kita akan jumpa penyu dulu. Last dalam hidup dapat tengok penyu masa pergi Pulau Perhentian dengan officemate. Now, dapat tengok lagi.. penyu ni, feveret bintang yang ina suka tengok. Sebab apa, masa kecik-kecik dulu selalu sangat dengar cerita penyu, kura-kura,arnab... hehehe dan masuk bab ceria si kecil pulak dah..

Ina tak mau cerita apa lagi yang ada kat dalam ni. Yang pastinya memang best dan berbaloi sebab kita just keluarkan modal yang sikit dan dapat hasil yang memuaskan. Tak payah nak pergi oversea pun dapat tengok juga kehidupan dalam laut. Walaupun kat sini tak der real shark, dolphin dan macam-macam lagi tapi sekurang-kurangnya kita dapat melihat betapa hebatnya ciptaan allah untuk kita hargai. Dapat pahala taw kalau kita puji ciptaan-NYA....

Ohh sebelum terlupa. Kan tak di ina ada bagi tahu yang kita kene jawab quiz. Kalau kita berjaya selesaikan semua soalan tu, kita akan dapat saguhati dari pihak The Shore Oceanarium. Walaupun tak seberapa, tapi ada la kenangan dok tergantung kat kunci tu... hahahaha..Kami berdua je masuk, jadi dapat la dua keychain.. Kalau 4 orang masuk, dapat 4 la keychain..tapi first thing kene sattle jawab quiz tu dulu nah!!!!!!!!!!!!!....


Ina dapat keychain Nemo.....hahahahahaha. shuka...shuka.....Jangan lepaskan peluang anda kalau kaki anda dah jejak kaki kat melaka ye....:)

Wasalam...