Memaparkan catatan dengan label Syafakillah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syafakillah. Papar semua catatan

3/02/15

Usaha,Ikhtiar Untuk Mengandung Bersama Furmon



Bismillah



Testimoni Furmon :





Cara penggunaan :
Sapu 3 Jari bawah Pusat, ARAH JAM.
Sapu 3 kali sehari, selepas mandi. 
Sapu setiap 4 jam waktu period

*Tiada kesan sampingan mahupun ruam

Doakan ina ye... ina dah habis usaha. Mulut orang memang menyakitkan hati. Tapi, ina kene kuat untuk suami dan keluarga. Geram juga kalau bila orang sekeliling dok tanya bila lagi..bila lagi. Geram nak hempuk je dengan telefon!!!!... hahaha

Usaha,tawakal insya'allah...:)



P/S : minggu ni suami balik kelantan...horreyyy walaupun
 BENDERA MERAH!!!!!... tapi dah sebulan tak jumpa rasa 
tak sabar nak tengok hubby!!!!!!!!

Wasalam...

2/02/15

Risau Period Lewat

Bismillah...
Bersyukur ke hadrat ilahi sebab akhirnya period ina dah datang dengan jayanya. Period yang lewat 9 hari memang buat ina dan suami cuak. Preggy??? memang sangat teruja tapi kami tak meletakkan ia sebagai satu harapan sebab kami tahu yang itu semua mustahil. Macam-macam dalam kepala dok berfikir dan buahkan fikiran. Sampai satu tahap suami marah bila ina cakap nak tunggu dia cek sekali Raya China nanti.


Semalam, sekali lagi ina pergi klinik swasta. Memang rasa membazir sebab sebelum ni dah cek dan tak ada apa-apa. Tapi, disebabkan arahan suami ina ikutkan aja. Ina explain A-z dan doc tu just bagi ina ubat kendur urat dan turun period. Sampai rumah, ina nekad yang ina akan makan selepas suami balik ke melaka. Sebab minggu ni suami balik kelantan kan. So, tak nak spoil kan mood dia. heheheh...


Bila hari ni rasa perut sakit macam nak segugut je gayanya, ina terus pergi tandas dan yes!!!!!!!! i"m period. Tu la ayat pertama yang keluar... hahahaha. Rasa nak menjerit kat dunia yang ina period. Kenapa?? sebab ina tak pernah lewat macam ni. Dulu sekali before married ada la sebab stress fikirkan majlis perkahwinan. But now, ina tak ada stress sangat cuma penat bila balik kerja je. Hurmm.. allah maha mengetahui. Ina harap, lepas ni period ina stabil la.. 


Kebetulan pula semalam, ina pergi klinik jumpa kawan sekolah lama.. Dia kerja kat situ. Dia ada la advice ina kalau period tak lebih 15 hari it"s normal dan kalau dah lebih baru jumpa doktor.. ohhh ina pun baru tahu. So, buang duit la...heheh. Tak apa la, rezeki tu allah dah tentukan. Mungkin allah nak bagi rezeki lebih lagi kan.. insya"allah...


So, lepas ni nak usaha lebih sikit... hehehe. Kot2 tahun ni ada peluang jadi mommy dan rezeki boleh stay dengan suami. Insya'allah... doa2kan ina ye... hehehe


Wasalam...

21/01/15

Takut Allah Bagi Ujian

Bismillah
Kisah ni bersambung.. kalau tak faham kene #TEROBEK la kat sini dan sini . Kalau dah baca, mesti faham kenapa dan bagaimana sekarang. Actually, ina sebenarnya nak tunggu seminggu je lagi kalau-kalau sakit ni tak hilang kan. Tapi, semalam sesangat menyucuk perut ni sampai tak boleh nak tahan nyilunya. Jadi, terpaksa la ina pergi klinik untuk checkup. Masa tu tak nak la bagi tahu suami, takut dia risau. If anything bad, ina akan inform dia sebaik doktor sahkan.. Kalau ok, Alhamdulillah...
Masa ina sakit, tak ada benda lain dah dalam fikiran. Hanya fikir keluarga dan suami. Ya'Allah, dah la baru kahwin kan, baru je nak bahagia, baru je nak bercinta. Setiap kali berdoa, selalu mintak panjangkan umur sebab tak puas lagi nak bagi suami kasih sayang. Sebak jap...Sob..sob..sob.
Jadi, ina tak putus-putus mintak jangan lah ada penyakit yang bahaya. Ina takut!!!!!!!... ina pun tak sepenuhnya lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Ina kelu, ina sedih dan bengong jap. Apa salah ina sering diuji seperti ini. Kadang-kadang mengeluh lebih banyak dari bersyukur. Ina sedar semua tu.. Ina pun manusia biasa kan, tak lari dari semua kekhilafan.

Berbalik kepada perjumpaan ina dengan doktor yang cantik semalam, Alhamdulillah sudah terjawab semua. Tapi, doktor bukan Allah, beliau pun menjalankan tanggungjawab profesion dengan sebaik mungkin. Yang lain berserah pada yang esa...Insya"allah

Ina explain dari A-Z apa masalah ina. Sakit itu ini dan doktor tu ada tekan-tekan sikit kat abdomen ina. Memang perit dan sakit. Doktor tu macam tak puas hati. Muka dah nampak lain. Ya'Allah..ina dah cuak sebenarnya..

Kenapa ye doktor...

Saya takut awak ada Cyst...

Allahu akhbar.. tuhan je tahu betapa risaunya hati sebab before tu ada juga survey pasal cyst kan...tapi doktor tak bagi jaminan lagi sebab dia kata nak scan dulu. Ok, ina turutkan je. Asalkan kepastiannya ina dapat yang sahih. Masa tu la rasa nak ada suami kat sebelah sebagai pemberi semangat. Tapi ina kene kuat untuk diri sediri.. Hurmm... masuk bilik scan, ina disapukan gel kat perut...rasa macam nak cek preggy je pula... hehehehe. Doktor tu tenyeh..tenyeh alat dia kat perut ina. Geli lor.... hahahahaha... Tengok riak muka doktor yang macam puas hati ina macam tak sabar je nak tahu result. Dah la kita tak pandai nak tengok alat scan tu... hahahahahaha

Saya dah tengok, macam tak ada apa-apa. Biji atawpun ketulan memang tak ada. Mungkin awak gastrik angin. Tu pasal rasa nyilu.. Yang awak sakit pinggang tu, mungkin DUE PERIOD awak semakin hampir. Insya'allah saya yakin awak tak ada Cyst... Banyakkan minum air ye.. diakhiri dengan seyuman...:)

Apa perasaan ina????????????????mesti la lega!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Alhamdulillah sebab doktor cakap macam tu. Ina rasa kepala yang dah pening and loya-loya tu dah normal balik. Semangat pun dah ok... hehehehe... Dengar jawapan doktor yang yakin tu, ina rasa Subhanallah allah sayang aku lagi...Sebelum balik, doktor nak cek air kencing takut-takut kencing kotor kan. But, kencing pun normal dan ina diberi ubat angin dan tahan sakit. Balik ofis dengan kepuasan dan kesyukuran yang tinggi pada yang maha esa....:)

Allah said in Surah Al Baqarah:45

“And seek help in patience and prayer.”

Tetiba rindu kat suami...... 

Wasalam....

20/01/15

Ovarian Cyst


Bismillah

For sure, ina memang tak tahu ina ada ke tak. But, half of symptoms of Ovarian Cyst ada pada diri ina. Ina dah lama survey pasal ni dan masih belum ada kekuatan untuk cek. Tengok la untuk seminggu lagi, kalau kesakitan ni berlarutan ina akan tunggu suami balik untuk checkup.. Doakan ina ye... :) meh ina kongsi apa itu Ovarian Cyst...Boleh tambah ilmu kan :)

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/airyang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. 

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda. 

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan. 

Perbezaan ovari normal dengan ovari yang mempunyai cyst



Siapakah yang Berisiko Untuk Mendapat Cyst ? 

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated. 

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya. 

Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts ? 

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah: 

*Muntah dan Loya (yes,i'm)
*Sakit Perut (yes, i'm)
*Sakit semasa hubungan seks (not sure)
*Sukar atau kerap kencing (not sure) 
*Rasa perut penuh dan tidak selesa (yes i'm)
*Rasa berat pada ari-ari (not sure berat macam mana)

Adakah Cyst Penyebab Masalah Ketidak-Suburan ? 

Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan. 

Bagaimana untuk Merawat Cyst ? 

Rawatan masaalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita

Perkongsian dari  : Segalanya Mengenai Kesihatan

Wasalam....

Syafakillah

Bismillah..

Allahu...lamanya tak menaip. Nak buat preview wedding pun tak habis lagi. Nak story morry pasal kita habiskan cuti hujung tahun dengan suami pun tak terbuat. Balik dari melaka haritu, allah uji dengan pelbagai dugaan. Jadi, semuanya macam terbantut. Tapi, cuba gagahkan diri sebab tak nak nanti fikiran fikir yang bukan-bukan je :)

Ina tahu, kesakitan tu adalah sebahagian dari mencuci dosa-dosa kita. Ina redha dan ina harap kesakitan tu akan beransur dengan baik. Sebelum ni, ina ada update pasal "Kerusi Merah Beruang Merah" kan. Alhamdulillah, ina dah ok after one week ina sakit. Sampai tidur tak cukup, ulang alik ke tandas lebih dari 5 kali dan kat ofis pun sama sampai bos pun perasan. Why ina tak request MC?? Ina dapat offfer from doctor untuk MC 3 hari, sebab ina disyaki keracunan makanan actually, tapi ina tak nak MC sebab ina rasa boleh move on lagi.

Hari minggu, memang ina rehat 100% just wake up for solat and eating. Suami sendiri pun, tak berbalas SMS. Bila suami call tanya keadaan hanya air mata yang dapat ina luahkan sebab sedih sangat. Bukan sedih bila diuji, tapi bila kenangkan diri yang sakit, dan berjauhan dengan suami tuhan je tahu perasaan ni.

After one weeks, "Kerusi Merah Beruang Merah" pun dah reda. Tapi, ina diuji sekali lagi dengan demam after asar dan suhu badan mesti naik. Ya"allah 3 hari berturut-turut balik kerja ina tidur dan sedar je dah nak maghrib. Bila nak bangun tu semua urat-urat kat dalam badan ni macam sengal dan sakit. Ina ada juga dok fikir-fikir kot-kot salah makan. Tapi ina dah behave kalau bab makan. Sebab ina ni ada masalah angin dalam badan, so kalau salah makan benda berangin like kekacang or teh memang menempah la kesakitan tu.

Demam dah reda..alhamdulilah. After demam, sehari dua ni ina perasan something pula. Perut ina nyilu sangat dan pinggang sesangat la lenguh. I'm pregnant?? of cos not... sebab masa kat melaka hari tu, ina baru habis period. So, tak suspek sangat. Tapi, yang bermain difikiran "adakah aku sakit". Ina berfikir sejauh tu sebab nyilu tu sangat terasa bila ina nak duduk, nak cangkung, dan berjalan. Setiap langkah yang ina bergerak mesti terasa nyilu macam kene hiris-hiris. Allah... apakah ujian mu ini. 

Sekarang ni, ina just positif kan diri dan anggap semua ni hanya kesan sampingan nak period je kot. Kan??? hehehehe positif...positif...positif...Hope tak ada apa-apa la. Ina nak tunggu seminggu lagi, kalau tak hilang juga, ina akan jumpa doktor...Insya"allah...

"walaupun, orang tengok kita senyum belum tentu hati kita gembira.
Bila kita ketawa, sebenarnya hati kita sedih.
Tapi, jangan jadikan masalah tu satu kesusahan kerana kita ada Allah...
Biarkan kesakitan tu menjadi penawar untuk hati kita agar selalu HUSNUZHON pada Allah
Insya"allah akan dipermudahkan_NYA.... La-Tahzan"

wasalam

13/01/15

Keracunan Makanan

Bismillah
Semalam tak tahan sangat sakit perutnya, terpaksa la jalan kaki pergi klinik belakang rumah sewa untuk cheackup.
Muntah pun kerap kali sampai perut senak sangat.
Ubat dah makan, tapi ubat kampung je la.
So, mintak tolong housemate temankan semalam pergi klinik biar doktor sahkan apakah penyakitku yangs sebenarnya.
After doktor cek demam,dan darah semua normal.
Masa dok cek perut, ina mulakan cerita itu ini dari awal cirit birit sampai ke muntah.
Doktor suspek ina keracunan makanan.
Yes....before sakit perut tu, ina ada makan kat luar dengan adik-adik.
Makan satay & Tom Yam. Tapi, tak sure la sebab makanan tu ke punca ina sakit perut..Wallahualam.
Tapi, lepas banjir kan semua kemungkinan itu ada.
After makan ubat doktor bagi, ina boleh tidur dengan lenanya. 
Tapi, banyak sangat kene telan..haduii!!!!!!!!!!!
Suami pun dok bebel-bebel berkeras suruh dok dengan dia.."Alahai sayang, jangan buat ayang pening nah"....hehehhe.
Hari ni dah ok sikit...mudah-mudahan anda semua pilih la kedai yang bersih ye....
Ina dah serik!!!!!!!!!!!!!!!!...
Wasalam...

12/01/15

Kerusi Merah Beruang Merah

Bismillah
Quick Entry...
Hehhehe tajuk apa tah. Tak tahu nak buat title ape, last2 dapat la idea seperti dia atas.
Sebelum kepeningan berlaku baik u ollss translate dulu ke BI nah. 
Dah tahu apa??
Meh nak cerita. 
Dah 3 hari ina Kerusi Merah Beruang Merah taw. 
Tak tahu pasai apa. Nak kata salah makan, last day before terkena tu ina just makan satay dan tomyam.
Tak kan la mak cik kedai tu nak letak something wrong pula. 
Tapi, fikir baik lagi maybe ada yang tak masak dengan sempurna ke apa kan. 
Biasalah kedai makan. Bukan 100% bersih. Dah tu apasal gi makan kat kedai???
Marah diri sendiri... huwaaaaaa
Penat weh ulang alink bilik air sampai makan tidur semua tak cukup.
Makcik yang jual kat bawah rumah sewa pun perasan ina macam cekung...hahahaha
Ina cakap tak sihat je. Tak kan nak cakap ina Kerusi Merah Beruang Merah
Malu la!!!!!!!!!!!!!!!!!... 
Tapi, hari ni dah ok, dan semalam dah start boleh makan...Alhamdulillah
Memang seriously ina tak larat. 
Datang kerja pu menggagahkan diri je.
Doktor nak bagi MC ina tak nak.
Pekerja contoh la katakan... Banyak la contohnya. Pantang free, bos tak ada kerjanya berblog...hahahaha.
Actually, ina bukan tak nak ambil MC, tapi the date yang doktor tu nak bagi MC ina kene sumbit report untuk bos. 
Bos meeting pulak dah!!!!!!!!!... kalau dak dah lama ina grab MC yang bernilai sesangat itu.
Kerusi Merah Beruang Merah ina ni didatangi full package taw tak.
Muntah, loya, pening, senak perut dan perut meragam sehabis-habisnya..huhuhu
Please doakan ina sihat ye...
Nak tukar layout blog yang baru pun tak sempat...:(
Wasalam....

6/01/15

Pati Delima Gulshan & Kacip Fatima Pytho Plus

Bismillah
Nak share pasal makanan kesihatan yang ina amalkan hampir sebulan. Makanan tambahan untuk penjagaan diri dan kesihatan. Ina pun, baru je makan dan tak sampai sebulan pun lagi. Tapi, kesannya sangat cepat sebab apa yang ina makan ni adalah makanan sunnah dan juga jamu kampung. Macam mak-mak je kan bila cerita pasal jamu kampung...hahaha

Kenapa ina ambil makanan kesihatan ni ??? Jawapannya, ina memang banyak masalah kesihatan. Lebih-lebih lagi bahagian abdomen. Kalau dah makan tu, sampai 3 hari dok simpan je dalam perut. Proses pencernaan pun kurang dan bila tersalah makan habis angin satu badan. Bila suami call, dia perasan ina bercakap macam orang sesak nafas. Macam semput,asma dan baru lepas kene kejar dengan buaya gitula gambarannya. So, masa ina dalam pantang suami ada suggest kat ina untuk makan PATI DELIMA. Tapi, ina ni memang susah nak cari makanan kesihatan ala-ala kampung walaupun kita tahu PATI DELIMA or BUAH DELIMA adalah makanan sunnah Rasulullah kan. Bukan apa, kita dah terbiasa dengan benda moden, supplement & vitamins. Jadi, yang jenis cecair ni macam tak pandang la kononya. 

Alhamdulillah, bila suami tolong belikan Pati Delima Keluaran Gulshan, ina rasa banyak perubahan yang ina perasan. Paling utama, tang membuang. Memang lawas, dan semput pun dah kurang. Memang bersyukur sangat sebab suami perkenalkan ina dengan Pati Delima Gulshan. Masalah tidur pun dah kurang dan tekanan emosi pun dah terkawal. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah Ya Allah... semuanya dari izinNYA juga. 
Credit Photo : sushiqueen
Pati Delima Gulshan juga disyorkan kepada wanita yang ada masalah senggugut, alahan mengandung dan menambah susu badan. Kira cukup pakage la pati delima ni. So, jangan risau sebab tiada kesan sampingan kecuali yang alergik buah delima..erkkk ada ke???




Supplement kesihatan kedua yang ina amalkan ialah Kacip Fatima PythoPlus. Masalah period ina yang swing selepas keguguran memang jadi tekanan utama untuk ina. Malah, mood ina untuk bersama suami pun dah ke laut (maaf bukan nak cerita pasal benda lucah ok!!!!!). Macam-macam cara yang ina buat untuk datangkan semula mood ina tu. Ina happykan diri, makan banyak-banyak, seyum 24 jam dan macam-macam la. Tapi, bila terfikir je bab period, sedih menghantui diri. Lepas keguguran ina berpantang 42 hari sama macam ibu bersalin. Pada hari ke 58 period ina datang 7 hari. Masa tu, dah happy la yeyyyy my period normal. Sebab boleh la nak making baby...hehehe. Tapi, masuk bulan KE-2, eh asal period lewat 5 hari  test UPT  -ve dan hari keenam period datang. Bulan KE-3 lain pula kisahnya. Period datang spot,spot,spot lepas tu tak ada. Puas nangis, puas bersedih, dan puas menyendiri lastly ina diperkenalkan dengan Kacip Fatima PythoPlus.

Mulanya, suami macam nak tak nak je bagi ina try. Sebab takut effect benda lain pula kan. Tapi, ina bagi kata-kata romantik sikit terus dia izinkan..hehehhe. Niat di hati, cuma nak try if tak menjadi nak stop la. Tapi, masa ina bercuti kat melaka senggugut ina Ya'Allah nauzubillah sakit dia macam waktu keguguran dulu. Sakiiiiiiiiiiiiiiiitttnya hanya allah yang tahu. Nangis-nangis mintak suami belikan Halia Bara nak sapu kat perut dan makan Pati Delima Gulshan. Alhamdulillah, bangun je dari tidur macam tak ada apa-apa. Rasa pelik dan ajaib pun ada sebab sebelum tu sakit dia melampau.

Alhamdulillah period kembali normal. Darah yang keluar pun hitam semacam je. Hari pertama hingga ke hari kelima darah non-stop sampai tukar PAD 3 kali sehari. Memang takut sebab tak pernah pun macam tu before kahwin. Cerita kat suami, suami pun tak tahu nak komen apa lastly dia cakap "mungkin dia nak bersihkan perut sayang kot"...ahhh!!!!!!!ternganga...hahahahahhaha.



Ina harap, lepas ni adalah rezeki kami. Usaha dah usaha dan ambil kata-kata semangat sebagai dorongan. Mujur la keluarga sebelah suami satu kepala. Boleh terima segala kekurangan diri ini dan ina harap ukhuwah keluarga kami akan terus kekal macam sekarang. 

Price :
Pati Delima Gulshan RM 15.00
Kacip Fatima PhytoPlus RM 90.00 (60 BIJI)
Cara makan mudah je :
Pati delima dua kali sehari kalau nak buat jus pun ok. Campurkan dengan air bersih/mineral dan minum atau menggunakan sudu plastik SEKALI makan sebab pati delima ni ada madu ye.
Kacip Fatimah pula, satu biji sehari sebelum tidur. Insya'allah kita ikhtiar ye...:)

~wasalam~

2/12/14

Detox Water With Mix Fruits


Bismillah

Hari pertama ina berdetox. Detox biasa-biasa aja. Ina buat pun selepas mendapat kesedaran sivik..hahaha. Bila kene lecture dengan mak bidan, baru la kesedaran tu ada. Selama ni mama ina dok berleter tak ada pun nak dengar.

Meh ina share apa itu Detox Water With Mix Fruits.


Menu detox water ina untuk hari pertama. Mula-mula tu rasa malas nauzubillah nak buat. Padahal potong-potong campak dan masukkan air je.

Menu utama

Daun pudina. Letak sikit sudah.... Kalau yang suka bau dia, letak banyak-banyak pun ok.

Epal hijau. Ina gantikan kiwi sebab kiwi kan lembik jadi takut geli-geli pulak bila nak minum... hahahaha

Pastinya...Lemon kene ada. Baru best.... Lemon ni sebiji sehari pun ok sebab lagi masam lagi best. 

Tu je la menunya. Try la, memang best. Kalau yang mana-mana selalu sembelit, insya'allah boleh membantu. Ina pun kerap sembelit kalau kurang minum air. Jadi, alang-alang nak berdiet + nak elak sembelit, apa kata kita berdetox.Opsss sebelum terlupa, gula tu kalau boleh elak. If, tak boleh nak minum sebba masam or tawar letak sikit je taw... sikit sangat!!!!!!!!!! Sharing is caring....

~wasalam~