Pati Delima Gulshan & Kacip Fatima Pytho Plus
Bismillah
Nak share pasal makanan kesihatan yang ina amalkan hampir sebulan. Makanan tambahan untuk penjagaan diri dan kesihatan. Ina pun, baru je makan dan tak sampai sebulan pun lagi. Tapi, kesannya sangat cepat sebab apa yang ina makan ni adalah makanan sunnah dan juga jamu kampung. Macam mak-mak je kan bila cerita pasal jamu kampung...hahaha
Kenapa ina ambil makanan kesihatan ni ??? Jawapannya, ina memang banyak masalah kesihatan. Lebih-lebih lagi bahagian abdomen. Kalau dah makan tu, sampai 3 hari dok simpan je dalam perut. Proses pencernaan pun kurang dan bila tersalah makan habis angin satu badan. Bila suami call, dia perasan ina bercakap macam orang sesak nafas. Macam semput,asma dan baru lepas kene kejar dengan buaya gitula gambarannya. So, masa ina dalam pantang suami ada suggest kat ina untuk makan PATI DELIMA. Tapi, ina ni memang susah nak cari makanan kesihatan ala-ala kampung walaupun kita tahu PATI DELIMA or BUAH DELIMA adalah makanan sunnah Rasulullah kan. Bukan apa, kita dah terbiasa dengan benda moden, supplement & vitamins. Jadi, yang jenis cecair ni macam tak pandang la kononya.
Alhamdulillah, bila suami tolong belikan Pati Delima Keluaran Gulshan, ina rasa banyak perubahan yang ina perasan. Paling utama, tang membuang. Memang lawas, dan semput pun dah kurang. Memang bersyukur sangat sebab suami perkenalkan ina dengan Pati Delima Gulshan. Masalah tidur pun dah kurang dan tekanan emosi pun dah terkawal. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah Ya Allah... semuanya dari izinNYA juga.
Credit Photo : sushiqueen
Pati Delima Gulshan juga disyorkan kepada wanita yang ada masalah senggugut, alahan mengandung dan menambah susu badan. Kira cukup pakage la pati delima ni. So, jangan risau sebab tiada kesan sampingan kecuali yang alergik buah delima..erkkk ada ke???
Supplement kesihatan kedua yang ina amalkan ialah Kacip Fatima PythoPlus. Masalah period ina yang swing selepas keguguran memang jadi tekanan utama untuk ina. Malah, mood ina untuk bersama suami pun dah ke laut (maaf bukan nak cerita pasal benda lucah ok!!!!!). Macam-macam cara yang ina buat untuk datangkan semula mood ina tu. Ina happykan diri, makan banyak-banyak, seyum 24 jam dan macam-macam la. Tapi, bila terfikir je bab period, sedih menghantui diri. Lepas keguguran ina berpantang 42 hari sama macam ibu bersalin. Pada hari ke 58 period ina datang 7 hari. Masa tu, dah happy la yeyyyy my period normal. Sebab boleh la nak making baby...hehehe. Tapi, masuk bulan KE-2, eh asal period lewat 5 hari test UPT -ve dan hari keenam period datang. Bulan KE-3 lain pula kisahnya. Period datang spot,spot,spot lepas tu tak ada. Puas nangis, puas bersedih, dan puas menyendiri lastly ina diperkenalkan dengan Kacip Fatima PythoPlus.
Mulanya, suami macam nak tak nak je bagi ina try. Sebab takut effect benda lain pula kan. Tapi, ina bagi kata-kata romantik sikit terus dia izinkan..hehehhe. Niat di hati, cuma nak try if tak menjadi nak stop la. Tapi, masa ina bercuti kat melaka senggugut ina Ya'Allah nauzubillah sakit dia macam waktu keguguran dulu. Sakiiiiiiiiiiiiiiiitttnya hanya allah yang tahu. Nangis-nangis mintak suami belikan Halia Bara nak sapu kat perut dan makan Pati Delima Gulshan. Alhamdulillah, bangun je dari tidur macam tak ada apa-apa. Rasa pelik dan ajaib pun ada sebab sebelum tu sakit dia melampau.
Alhamdulillah period kembali normal. Darah yang keluar pun hitam semacam je. Hari pertama hingga ke hari kelima darah non-stop sampai tukar PAD 3 kali sehari. Memang takut sebab tak pernah pun macam tu before kahwin. Cerita kat suami, suami pun tak tahu nak komen apa lastly dia cakap "mungkin dia nak bersihkan perut sayang kot"...ahhh!!!!!!!ternganga...hahahahahhaha.
Ina harap, lepas ni adalah rezeki kami. Usaha dah usaha dan ambil kata-kata semangat sebagai dorongan. Mujur la keluarga sebelah suami satu kepala. Boleh terima segala kekurangan diri ini dan ina harap ukhuwah keluarga kami akan terus kekal macam sekarang.
Price :
Pati Delima Gulshan RM 15.00
Kacip Fatima PhytoPlus RM 90.00 (60 BIJI)
Cara makan mudah je :
Pati delima dua kali sehari kalau nak buat jus pun ok. Campurkan dengan air bersih/mineral dan minum atau menggunakan sudu plastik SEKALI makan sebab pati delima ni ada madu ye.
Kacip Fatimah pula, satu biji sehari sebelum tidur. Insya'allah kita ikhtiar ye...:)
~wasalam~
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)