Bismillah
Hari ni, ina sambung balik pasal wedding yang dah lapuk dek hujan ye. Nak kongsi lebih-lebih malu, sebab wedding kita just ala-ala kampung je. Nak bujet retis tak leh la.. hahaha...
Actually, banner & bunting memang kami tak keluar modal sebab disponser oleh kawan baik suami yang kerja sebagai advertising dan papan tanda. Alhamdulillah,kiranya rezeki kami la tu. Tak sangka ada orang nak sponser benda alah semua tu sebab kami memang dah kira-kira bujet nak buat banner & bunting sekali dengan kad kahwin. Tempah satu tempat lagi senang kan.
Meh ina tunjukkan banner yang disponser oleh sahabat baik suami. Warna dan tema ina bagi 100% kepercayaan kat dia sebab ina malas nak cerewet sangat. Nanti apa orang kata dah la barang sponser, mengadanya lebih..hehehe
Bannernya digantung tinggi sangat. Sampai nak ambil gambar pun tak jelas.
Bunting pula, kami tak nak guna gambar sendiri sebab takut nanti orang cemuh. Kami kene jaga adab berkampung. Pengalaman dah banyak, tu pasal kena berhati-hati.... hehehehe. "Sila abaikan baju yang sesangat ketat itu"
Simple kan?? warna purple tu ina yang request sebab nak sama dengan tema kami dark purple. Doodle tu pula ina cari dalam MR google dan email je kat dia. Walaupun trademark salah, kami puas hati dengan hasil kerja yang dibuat. Memang kretif. Tq ye sebab sponser kami. Hanya allah yang dapat membalas segala jasa baik kamu :)
~wasalam~
comey2 kita pun guna doodle jgk..hehe
BalasPadammula2 nak letak gambar sendiri juga kak nurul.. tapi mama ina la sempat buka mata ina ni. Kalau tak terbabas juga... hehehhe... :)
Padam