Memaparkan catatan dengan label Indahnya Ikatan Halal Menuju Syurga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Indahnya Ikatan Halal Menuju Syurga. Papar semua catatan

16/08/16

CITA CITA BESAR AKU

Bismillah..
.
.
Tengok orang lain berjaya, ada biss sendiri, butik sendiri, kedai, kiosk, atau apa je yang sendiri dan melibatkan perniagaan akan buat kita rasa nak pasang cita-cita baru. Wow, boleh pulak tukar cita-cita kan.
.
.
Cita-cita kita akan bertukar mengikut peredaran masa dan kehendak semasa. Betul tak apa yang kita cakap?? Kecuali, memang rezeki orang tu dapat mengimpikan cita-citanya. Semua tu rezeki...
.
.
Kita tak salahkan takdir Allah bagi kita laluan kehidupan yang macam sekarang. Walaupun agak mencabar dengan ekonomi pesat membangun, dengan wang ringgit semakin susut, emas semakin naik, barang naik dan badan pun naik..tetiba. Jadi, terpaksa la kita cari alternatif lain untuk menghilangkan boring.
.
.
Kerja..?? Dah banyak tempat company swasta kita cari, call kot-kot nak pakai pekerja. Tapi, diorang boleh cakap nanti kita call. Nanti saya call semula. Ok, nanti kalau ada apa-apa saya akan call awak semula. Tapi, sampai ke hari ni yang call kita suami kita, mama kita, abah kita, adik kita, dan bank.islam pasal kereta kita. Company..?? Belum 1 pun call kita lagi. Lagipun kita tak letak harapan. If ada rezeki kita, ada la...
.
.
Jadi, lepas bincang-bincang dengan suami kita rasa nak berniaga. Tak kisah la, produk ke, kain ke, kasut ke, bag ke yang penting boleh cari RM 1,RM2 kan.
.
.
Nak banyak tu memang tak dapat la sebab dropship berapa sangat la untungnya. Lain la kalau jadi agent, stokis hurmmm confirm masyuuuukkkk..
.
.
Tapi sejak berbisnes ni rasa macam ok la. Tak der la happy sangat tak der la syok sangat. Sebab kita pun faham. Ekonomi sekarang membataskan manusia membazir. Jadi, kita pun dapat cust jarang-jarang je.
.
.
Walaubagaimanapun, semua tu tak patahkan semangat kita yang baru nak bertaktih dalam perniagaan. Cewaahh macam dah besar nau bunyinya... hahaahaha. Apa pun doakan kita ya. Jom support IG SHOP kita. Mana tahu, ada keperluan korang kat sana.
.
.
IG SHOP : BY_MOMMYHAZIQSHOP
.
.
Follow taw. Ala, tak luak pun kalau setakat korang nak follow ig kita. Just click follow je kan. Bukan suruh korang log in, buat pendaftaran semua.. Hehehhe jangan ambil hati. Itu lah luahan orang berniaga. Followers tu penting sangat.
.
.
Kat sana kita ada jual TATI SKINCARE,PERLAKING,NAKED COSMETIC,BRUSH MAKEUP,SUPPLEMENTS dan macam-macam lagi.
.
.
Paling penting, yang kita jual ORIGINAL dan gred yang bagus. Kalau yang ORI tak kan kita nak tipu. Dosaaaaaa.. kita pun tak ambil dari supplier murah if barang diorang murah tapi fake. So, kalau korang tengok barang di IG SHOP kita tu mahal atau murah dari IG SHOP yang lain jangan pelik. Kami mempunyai supplier yang berbeza. Jadi, kalau korang puas hati dengan barang kita, boleh repaet lagi kan. Kalau korang sebaliknya ragu atau kata barang kita fake kita ok je.. Boleh cari IG SHOP yang lain.. 
.
.
Rezeki Allah tu luas. Jadi, yang masih menggangur, tercari-cari pekerjaan tu apa kata korang mulakan hidup baru korang dengan berniaga. Korang boleh je buat dropship dulu dan bila ada modal korang boleh simpan barang pula. So, jangan putus asa. Sambil mencari kerja hakiki, apa kata buat kerja sampingan iaitu berniaga.
.
.
Ok la, dah dah la tu membebel arena. Meh tidur. Kang Muhammad Haziq bangun ajak main sampai ke pagi esok la tak tidur gamaknya... hahahaha. Bila berniaga ada anak ni lagi la mencabar korang. Apa yang penting, semangat korang, usaha korang, dan cara korang nak manage. Macam ahli perniagaan tak??.. hahaahha.
.
.
Nak berjaya, kena positive. Jom positivekan diri, bersihkan minda. Mulakan hari ni kerana esok mungkin akan jadi milik orang lain..
.
.
Wasalam

11/08/16

Ak Junior : 7 Month

Bismillah..
Tup tup dah 7 bulan anak Ummi.. Allah...cepatnya rasa. Sakit Ummi lahirkan awak pun masih terasa sayang. Tapi, awak dah bagai juara membesar. Semoga jadi anak yang soleh tau sayang.
.
.
Ummi baba doakan awak jadi anak yang berjaya dunia akhirat, anak yang taat pada ibu bapa, agama dan tuhanmu.
.
.
Yang tanya Ummi bila nak tambah lagi, jawapan Ummi senang je. Ummi masih belum kenal lagi Muhammad Haziq. Ummi nak berkenalan dengan lebih mendalam, lebih dalam dan sedalam dalamnya.. heheehe. Satu lagi, kalau nak tambah adik pun biarlah Haziq dah pandai makan sendiri tanpa bersuap, pandai basuh najis, pandai beza kotor dan bersih, pandai berdikari.. boleh dikatakan biar Ummi rasa Haziq dah boleh bawa diri la. Ummi pun tak risau..
.
.
So, bila nak tambah tu..??? Jawapan paling selamat in shaa allah bila sampai masa ya..Allah maha mengetahui. Kami pun nak anak ramai, tapi fokus kita sekarang nak kerja. Maybe bila dah kerja, dah stable, dah boleh sewa rumah sendiri boleh la fikir kan nak tambah anak. Tapi, kalau allah dah kata kun fayakun pada kita dan suami, kita terima.. sebab anak tu kan pembawa rezeki dalam keluarga..
.
.
Ok la quick entry actually, kita nak kemas rumah dulu. Kita jumpa next entry ya. Jom kita kongsi gambar Haziq yang dah genap 7 bulan ( 070116 - 070816)
.
.
Ok, bye2 aunty.. Jumpa lagi ya...
Wasalam

30/07/16

AK Junior : 6 Month

Bismillah..
.
.
Nak update sikit je..
Alhamdulillah, hero kita Muhammad Haziq dah genap 6 bulan masa raya ke-2 hari tu. Masa checkup pun everything ok cuma berat je naik sikit 300 gram je.. Hurmmm sebab before nak genap 6 bulan, Haziq kena demam campak. Mungkin sebab tu la kot berat dia macam segan silu nak naik..
.
.
Progress Haziq untuk 6 bulan ni, hujung-hujung nak masuk umur 6 bulan, Haziq dah belajar meniarap.. Ummi siap tepuk tangan dan menangis.. Huwaaaaa Ummi nangis sebab anak Ummi dah besar... Now, Haziq tengah belajar nak merangkak pula.. Allah....Cepatnya masa berlalu sayang...
.
.
Happy 6 Monthsary anak Ummi & Baba. Ummi & Baba doakan awak sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah s.w.t Jadi ana yang soleh ya...
.
.
First pic masa Haziq belajar meniarap. Ummi terkejut sangat. Sampaikan tak sempat nak pakaikan Haziq seluar...hehhehe

Always perasan cute. Dah pandai tengok camera, pegang fon.. like a big boy.. jangan cakap nak adik eyh. Ummi fobia bersalin tak hilang lagi.. 


Candid with Baba... supper at KFC hour. Masa ni dah pukul 2 pagi. Tetiba Baba craving like a preggy mommy. Baba buat Ummi cuak actually. Haziq aktif je asalkan dapat jenjalan..
.
.
Ok la. Nanti kita share lagi. Cakap nak update sikit je, tapi nampak lebar juga menaipnya.. haaha. Kita jumpa next entry pula..
Wasalam...

29/07/16

Ak Family : Puasa & Raya 2016

Bismillah...
.
.
Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menulis, membalas komen dan melawat blog kawan-kawan. Lama juga tak update. Rasa rinduuuu sangat-sangat nak menulis. Tapi, kesuntukan masa, dan ruang sangat la mencemburui.
.
.
Berbalik kepada kisah puasa. Alhamdulillah puasa pertama sebagai seorang Ummi kepada anak teruna. Mencabar dan tercabar kita dibuatnya. Tambahan pula, PROJEK SUAMI ISTERI bermula di awal ramadhan dan syukur sangat sebab projek tersebut berjalan sangat lancar sampai kami berdua rasa macam diluar jangkaan.. Alhamdulillah, TQ Allah...Apa projek suami isteri tu..??? Nanti di hujung cerita kita share ya.
.
.
Raya pertama kami bersama si kecil Muhammad Haziq penuh bermakna dan hanya dapat di panjatkan dengan rasa syukur. Haziq sangat behave dan macam dah tahu-tahu je apa itu RAYA. Mana tak tahunya, bila ada orang bagi duit raya, Haziq akan pegang je.. sampai la dia akan letak bila jumpa mainan atau benda yang akan meralikkan mata dia.
.
.
Kalau kita atau suami yang ambil duit dari tangan dia, mau dia menjerit. Kadang-kadang Ummi Baba gelak dengan telatah Haziq yang tersangat la bijak. Walaupun jarang-jarang kena cubit manja dengan Ummi... hehhehehe
.
.
Raya tahun ke 3 kita sebagai isteri, turn tahun ni sebelah Melaka. Wow... sangat berbeza dengan Kelantan. Dari segi Ukhuwah tetap sama dan tiada beza. Tapi, dari segi penyediaan juadah hari raya memang tak boleh lawan. 4 jenis juadah atau lebih setiap rumah yang kita singgah. Sampai kita pun pelik kenapa la raya tahun ni perut kita macam tak kenyang-kenyang... hahahahahaha. Singgah je rumah sedara, wajib kita akan makan. Tak kisah la ketupat dengan apa je lauknya, mesti nak cuba... Memang heaven la kita dan suami makan. Haziq..????  huhuhu tengok je Ummi Baba besarkan badan... hehehe
.
.
Pada raya ke-3, kami sekeluarga bertolak balik ke Kelantan. Alhamdulillah, perjalan sangat la santai sebab lori masih bercuti. Jadi, kami sampai pun awal dari biasa. Allah permudahkan perjalanan kami.
.
.
Walaupun raya tahun ni sederhana je buat kami keluarga kecil, tapi kami tetap manfaatkan ukhuwah silaturahim sesama sanak saudara. Semoga raya akan datang, dapat kita kekalkan kesederhanaan tersebut.


.
.
Tema tahun ni dipilih oleh suami. In Black katanya. So, kita turutkan je la. Sebab dah tahu tu je warna kesukaan suami. Tapi, not for the next year ok... Haziq pun pakai hitam. Haahahhaha susah tau nak cari baju melayu full hitam. Mujurlah ada 1 IG yang kita jumpa tu jual romper baju melayu. Alhamdulillah, doakan keluarga kecil kami sihat, gembira, murah rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah ya.. "jika kita mendoakan muslim lain ke arah kebaikan, malaikat juga akan doa yang baik untuk kita" in shaa allah...
.
.
Oh ya, pasal projek suami isteri tu... Hurmm sebenarnya, sepanjang bulan puasa kami suami isteri berniaga di bazar ramadhan. Bazar kami betul-betul dalam Hospital Melaka. Alhamdulillah, unexpected sangat sambutannya. Rezeki Allah... ni tahun pertama kami berniaga di bulan puasa. In shaa allah, perancangan tahun depan jika masih dipanjangkan umur, kami tetap nak teruskan perniagaan kami. Tapi, kalau rezeki kita dapat kerja mungkin suami je la yang akan teruskan perniagaan tersebut..
.
.





.
.
Juadah kuih yang kita jual masa bulan puasa hari tu. Sebab tu la kita tak sempat nak layan blog. Balik berniaga pukul 10 malam. Ambil Haziq, sattle kemas terus nampak bantal. Fuhhh penat sangat, tapi berbaloi... Alhamdulillah... Haziq ikut sekali ke..??? Of cos tak...hospital agak keras, jadi sekali pun kita tak pernah bawa dia masa kita berniaga. Sepanjang bulan puasa kita bagi Haziq kat BS. BS tu mak sedara belah suami. Memang dia jaga anak cikgu, so kita tumpangkan Haziq sekali..
.
.
Jadi tu la kisah puasa dan raya dari AK FAMILY.  Semoga kita masih diberi kesempatan untuk merasa puasa dan raya pada tahun hadapan pula. Jari disusun, maaf dipinta jika diri yang  tidak sempurna ini pernah berkata kasar dan mengguris hati. Semoga segala kekurangan dapat diterima.
.
.
"SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR & BATIN"

DARI

AK FAMILY

wasalam... 

21/04/16

Selamat Hari Lahir En.Suami : Sweet 37

Bismillah..
.
.
Tanggal 19 April 2016, genaplah usia baba Haziq yg ke 37. Umur je tua, orangnya masih sweet muda gitu...( tangan kat bahu, mata atas okkk!!!).
.
.
Alhamdulillah, Ummi sempat la beli kek tapi potongnya sebelum sampaj masa. Kiranya in advance la Baba potong kek dia pasalnya masa tu semua ada lagi kat kampung. So, tak best la kalau sambut tak ramai orang kan. Jadi, kita ajak la Baba celebrate in advance 3 days.
.
.
Hadiah..??? Kalau tahun lepas yess kita dapat bagi baba hadiah siap 2 lagi hadiahnya, tapi tahun ni kita bagi 1 je. Hadiah yang tak ternilai. Hadiah tu adalah Muhammad Haziq... hahaahahah. Itu la hadiah Ummi untuk Baba ok. So, baba jaga la hadiah tu sebaik mungkin seperti baba jaga Ummi dan diri sendiri.
.
.
Laslty, Ummi doakan baba diberi kesihatan, rezeki, kebahagiaan dan sentiasa dalam rahmat Allah Ta'ala... Ummi love both of u 😘😘😘
.
.
Happy Birthday Baba... Haziq sayang Baba Taw. Nanti belanja Haziq baju lagi eyh. Hehehehe.
.
.
Recall last year punya celebration, memang gempak, takut semua ada. Pasalnya takut bilik tebakor.. hahahaha.
See, simple but nice. hahaah angkut bakul sendiri wehhh... Chilll....chilll. kalau tak puji hasil tangan sendiri, sapa lagi nak puji kan.. ok la, dah ngantok la. Jom la kita beradu ya.

Wasalam

21/03/16

Jom Jalan Kat Melaka Premium Oulet

Bismillah..
.
.
Haziq dah sampai melaka 2 hari lepas. Sedih tok ma dan tok bah nak tinggalkan cucu diorang. Yela, dari pagi sampai ke malam mengadap Haziq je.. hehehhheeh. Tak pa, raya haji nanti kita jumpa tok ma, tok bah dan aunty dan uncle lagi ya....
.
.
Masa balik hari tu, kita minta tolong adik kita yang belajar kat Kuantan tu temankan. Yela, temakan Haziq dalam car seat dia. Kita pula nak share driving dengan husband kita. So, mudah la bila ada orang tengok kan Haziq. Lagipun Haziq behave sangat-sangat. Ummi syukur Haziq memahami... Haziq banyak tidur je.. Sampaikan nak menyusu pun kena kejutkan takut dia lapar. Hahahahhaha
.
.
So, nak dijadikan cerita kita bawa adik kita jalan-jalan. Yela, nak bawa kenal bumi Melaka yang sibuk sangat kan. So, we all decide nak ke MPO ( Melaka Premiun Oulet ). Fuuhhh.. series tak payah la jenjalan hari minggu. Ramai betul orang. Sampaikan park kereta pun full. Tapi, alang-alang dah sampai masuk juga la. Tak kan nak patah balik kan...
.
.
Tempat dia memang cantik sangat. Rasa macam kat negara Belanda pun ada. Tapi, masih ada lagi banggunan yang tak siap. Kalau semua dah siap, dah deco mesti lagi cantik. Kedai-kedai pun tak banyak mana. Jalan-jalan survey je la.. hajatnya suami nak belikan kita hadiah birthday kita. Tapi, barang yang kita nak tu tak ada. Huhuhu.. Tak pa la, next time boleh pergi lagi...
.
.
Masa dok jalan-jalan cuci mata terpandang la satu sweater baby jenama PUMA. Memang cantik. Sesuai la untuk Haziq. Kita grab 1 warna kelabu. Nak ambil pic tapi tengah jemur pula. Nanti kita dah ambil gambar kita share kat sini semula ya..Harga sesangat la murah. Sebelum ni kita memang dah round mall nak belikan Haziq sweater. Senang nak keluar malam tak berebun sangat kan. Tapi, kat mall harganya mak aihhhhh.. pecah kepala. Lagi-lagi jenama POCOYO. Tekejut beruk mak tengok sampai 100.00++. Sweater PUMA yang kita beli tu baru 69.90 je. Kalau ambil 2 barang dapat lagi diskaun 20%. Murah sangat-sangat dah tu. Sebab harga asal 129.00. So, rezeki Haziq la dapat pakai sweater PUMA kan... hahahhaaha sporty sangat anak Ummi...
.
.
Jalan punya jalan kaki dah lenguh. Haziq pula dah nampak macam rimas semacam. Biasa pukul 10 mandi, pukul 3 mandi. So, masa tu dah pukul 2 lebih... Kami decide nak singgah rumah sepupu kat Simpang Empat. Dekat sangat la rumah sepupu kita dengan MPO tu.. Singgah rumah sepupu nak mandikan Haziq dan solat.
.
.
Then, kami mintak izin nak balik ke Duyong semula bila semua dah selesai. Haziq pun senyum je la dapat mandi kan. Ummi syuka...Ummi syuka..
.
.
Meh Ummi share gambar pula nah. Jangab segab nak scro sampai habis.. hehehheh
We all baru sampai.. Selfour dulu la kan. Perkara wajib zaman sekarang... hahahahhaa
.
.
Gambar bertiga. Dulu berdua... My small family... Suka sangat sebab Haziq behave je jenjalan. Tapi, agak cramp la dokong Haziq sekarang. Kami gilir-gilir dokong Haziq.
.
.

Candy...!!!! But not for eat ok.. hehhehe. Ada budak tu nak cabut... maybe nak suruh mak dia tanam kat rumah dia kit... Memang mengujakan kanak-kanak.
.
.
Kincir angin kat belakang tu. Macam kat belanda kan. Sebab tu rasa macam jenjalan kat oberseas kekononya. Tapi cuaca nauzubillah panas sangat. Kita risau Haziq demam je. Mujur la dalam kereta dah spare air untuk basahkan kepala dia.
.
.
Gambar bertiga lagi... Ummi nampak tembam kan. Hahahahahha. Hati gumbira.. plus anak BF, tu pasal selera makan memang over dose.
.
.
Tunggu baba cari barang dia... Ummi selfie dengan Haziq.. Tapi, Haziq ni like father like son sangat. Tak suka bergambar kot.. huhuhuhu.
.
.
Haziq bahagia dapat bogel.. Sampai je rumah sepupu terus bogelkan. Siap poo poo lagi anak Ummi ni. Mujur la tak mengamuk.
.
.
Ok, tu la kisah yang kita nak share. Suka sangat jenjalan bila ada anak ni. Lain sangat pengalaman dia. Dulu berdua, manage diri sendiri dan suami je. Now, nak jenjalan banyaj benda kena prepare sebelum keluar. Pakaian anak, botol susu, pampers, syampoo dan air botol. Kiranya dalam back pack Haziq ni kena lengkap la. Kalau tertinggal memang Ummi yang pening nanti.
.
.
Balik dari rumah sepupu, kami singgah Aeon Jusco jap. Kononya nak cari baby carrier sebab baba dia dah tak larat nak dokong. Ummi pun syik sakit je lutut ni kesan dari bentan masa berpantang hari tu. Tapi, tak ada yang sesuai untuk Haziq sebab Haziq kecil.sangat nak letam dalam carrier.
.
.
So, tunggu la mak sedara pos stroller anak dia dari serawak. Nak beli stroller fikir orang dah nak bagi. Jimat la kan.. Tapi, bila fikir banyak kali rasa tak boleh tunggu dah yang mak sedara punya... hahahahhaha.
.
.
Dah penat jenjalan kat Aeon Jusco, last destination on that day, kami pergi makan pula kat Ikan Bakar Parameswara. Port kami laki bini masa zaman berdua dulu... hehehehhe. Alhamdulillah...
.
.
Ok la korang. Tu je la nak share. Haaa....Kalau korang nak cari barang yang super muraj, tapi branded boleh la pi MPO ya.. Wasalam

12/03/16

Ak Jurnior : 2 Month

Bismillah
.
.
Happy 2 Monthsary anak Ummi Muhammad Haziq. Ummi rasa cepat sangat awak membesar. Ummi baru je pandai mandikan awak, dokong awak dengab betul, BF awak dengan posisi yang betul.. sob..sob.. Ummi tak sangka awak cepat sangat besar. Baju yang Ummi beli pun dah ketat. Hehehehehe...
.
.
Kaki awak panjang, dah pandai ajak Ummi borak..Allahu tak dapat Ummi gambarkan betapa happynya Ummi sayang. Beberapa hari lepas, Ummi bawak awak monthly checkup. Berat awak naik.. Ummi tepuk tangan sebab berat awak naik lagi.. 1.1Kg tu jumlah yang cukup besar untuk Ummi sayang. Ummi harap awak sentiasa sihat ye sayang.
.
.
17hb ni kita dah nak balik melaka. Sian baba dok sorang-sorang kat sana. Rindu sungguh baba kat awak sayang. Tak pa, lepas ni hari-hari baba boleh peluk awak, cium awak kan. Ummi nak awak behave je dalam kereta nanti. Kita nak jalan jauh tau sayang.. Ummi pula nak bawa kereta... hehhehehe. 
.
.
Ok la sayang, nanti Ummi cerita lagi pasal awak ye sayang.. Ummi nak awak tahu yang Ummi sayang anak-anak Ummi.. 💞💞💞💞💞
.
.
Awak dah botak masa awak 55 hari sayang. Ummi dengan tok ma bertungkus lumus nak botakkan awak sebab awak tak nak tidur... awak juga tak suka orang pegang kepala awak... hehhehehe.
.
.
Anak Ummi ketahui lah kamu, besarnya kamu dalam pelukan Ummi dan baba. Doa Ummi dan baba nak kamu jadi anak yang soleh dan taat pada ibu bapa kamu...😢
.
.
Wasalam...

20/02/16

AK Junior : Officially

Bismillah
.
.
Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Allah yang tidak berbelah bahagi nikmtanya.
.
.
Hari ni, officially kita perkenalkan jantung hati kita dalam blog kita. Yess.. anak yang dikandung selama 9 bulan kini berada di depan mata. Membesar dengan sihat dan sempurna. Walaupun ada sedikit ujian kecil untuk kami berdua. Tapi, kami redha.
.
.
√ Muhammad Haziq Bin Zulfikri
√ 07.01.16
√ 3.25 Kg
√ 4.45 Pagi
√ Hari Khamis
√ Lahir di HUSM Kubang Kerian
.
.
Yes.. itu la nama yang dipersetujui oleh kami dan juga orang tua kami. Walaupun awal-awalnya nak letak nama lain without "muhammad". Tapi, atas nasihat orang tua kita, seeloknya ada muhammad, so kita decide tukar nama yang simple dan mudah dipanggil.
.
.
Haziq " Yang cerdik, pandai ". Kenapa pilih nama ni?? No reason actually. Tapi, keutamaan kita adalah maksud disebalik nama tu indah. Mudah dipanggil, mudah diingati dan mudah la kita nak ajar dia bila nak sekolab nanti. Kang nama panjang-panjang sian pula dia nak ingat nama sendiri.. Nanti nak tulis nama sendiri pun dia malas.. hahahaha ada ke camtu..?? Wallahulam
.
.
Masa lahir, berat Haziq 3.25 Kg. Genap 10 hari naik la 1/2 Kg. Masuk hari yang ke 20, berat Haziq dah 4.1 Kg. Cukup je sebulan berat Haziq dah 4.7 Kg. Now dah 44 hari, rasa tangan pun dah kebas kalau dokong dia. Aishhh meriah betul berat anak Ummi. Tak apa la, yang penting anak Umm sihat.
.
.
Apa lagi ek nak cerita.. hahahaha Ummi blurr nak cerita pasal anak. Sebab first moment kot.. heheehe. Ok, tabiat Haziq ni dia banyak tidur je la awal-awal pantang hari tu. Masuk je pertengahan berpantang Haziq dah pandai tengok cahaya dan dengar sesuatu yang kuat sampai terkejut-terkejut. Akhir berpantang, Haziq dah nampak Ummi, Tokma, Tokbah. Ummi suka sangat. Baba pun macam tak tenang kat Melaka bila Ummi hantar gambar Haziq thru whatsapp. Hahahhaha cian Baba.
.
.
In shaa allah bila dah sihat, Haziq dah behave sikit baru la kita akan balik Melaka. Now, kita tengah ajar Haziq duduk dalam carseat, ajar naik kereta tu pun ke klinik je la. Nak jalan-jalan Mall mama kita tak bagi lagi sebab Haziq kan kecil lagi. Badan pun tak kuat. Risau kalau-kalau demam je. Cuaca kat Kelantan ni pun tak menentu.
.
.
Bila dah jadi mak-mak ni kan, masa sangat penting. Sangat penting untuk bahagikan dan ambil peluang. Time anak tidur, masa tu la diambil untuk sattlekan diri kita, rumah dan sebagainya. Kadang-kadang mandi pun ala kadar, makan pun 2,3 kali basuh tangan baru sattle makan. Tidur tak payah cakap la, dah berpapan panadol kita makan sebab sakit kepala bila tak cukup tidur. Tapi...tapi..tapi kita suka dengan kehidupan sekarang. Banyak ajar kita dari segi masa, kesabaran, ketahanan mental dan emosi.
.
.
Muhammad Haziq pada hari pertamanya di dunia. Beberapa jam selepas dilahirkan. Anak yang hadir disaat Ummi give up untuk berusaha, tapi hadirnya awak untuk menjadi hadiah kepada Ummi di hari lahir Ummi yang ke 25 bersamaan 15.02.16
.
.
Ramai cakap, Haziq ni ikut muka kita. Entahla, kita pun tak tahu rupa kita masa baby macam mana. Sebab mama dan abah kita susah dulu. Tak ada kemera nak rakam detik-detik bahagia. Hehehhee.. tak apa, kita tak kisah. Kalau betul la Haziq ikut muka kita masa kecil, kita dah tahu macam mana rupa kita masa kecil dulu.. Comel juga ek.. hahahahha ( perasan jap ).
.
.
Ok, tu je la kita nak share. Nanti kalau ada story yang best pasal Haziq, kita share lagi ya. Doakan kesihatan Haziq dan doakan juga Haziq menjadi anak yang soleh buat Ummi dan Baba dia..
.
.
Wasalam

14/02/16

Pengalaman Berpantang

Bismillah
.
.
Lama betul nak update entry baru kan. Fuhhh.. jadi mak mak ni semua kena rushing. Kena cepat dari lipas. Start je anak tidur, masa tu la nak sattlekan apa yang patut. Sangat-sangat mencabar kehidupan selepas ada anak. Cabaran yang tak dapat dinilai dengan wang ringgit sebab nikmat tu sangat mahal.
.
.
Alhamdulillah, hari ni hari Ke-38 kita berpantang. Tinggal beberapa hari je lagi nak horrey..horrey. hahhahaha... Dah lama kaki tak pijak tanah, muka tak kena panas. Tapi, tak dernya la kita putih bila tak kena panas.. hampeh betul. Huhuhuhu. Berat pun tak ada perubahan sangat dengan sebelum mengandung. Haisshhh badan kita memang susah nak turun taw. Arghhhhhh... geram. Kita nak kurus...!!!!!!...
.
.
Pengalaman berpantang kita alhamdulillah berjalan lancar. Kita pilih berpantang secara tradisional sebab tu kita balik kelantan senang la mama kita nak handle kita kan. Ramai orang pun sama pendapat dengan ina, kalau kita berpantang dengan mak sendiri boleh la banyak songeh.. hehehe. Tapi, kita tak ada la demand dengan mama kita. Apa yang boleh kita buat, kita buat. Yang tak mampu dibuat, mama kita take over.
.
.
Kita cerita bab berurut dulu ya. OK, kita berurut 2 kali dengan 2 orang tukang urut. Kenapa 2 orang...??? Kena baca sampai habis baru tau.
.
.
Lepas bersalin dan balik kerumah, keesokkan harinya mama kita pergi jemput bidan kampung yang paling tua dan paling lama sekali kat kampung kita. Bidan ni juga la yang urut mama kita masa lahirkan kita. Percaya tak..?? Haaaa... tu la hakikatnya. Kita dah 25 tahun tau, dan sekarang kita bersalin bidan tu urut kita pula.. ahahahhaha. Alhamdulillah, bidan tu juga yang buat mandi serapat dan mandi herba untuk kita. Bidan akan berurut selama 3 hari berturut-turut dan hari ke 3 akan ada sesi "pelepas". Apa tu pelepas..?? Ina akan buat entry baru jika ada kesempatan ye. Nak cerita kat sini takut panjang pula nak baca..
.
.
Berurut sesi ke-2 dengan tukang urut muda. Ex-schoolmate ina masa sekolah menengah dulu. Jadi tukang urut dah akak tu. Sedap sangat tau dia berurut. Kita mula berurut dengan dia selepas keguguran lepas. Ina terpaksa berurut dengan kak Sue tu sebab, yang pertama tu macam tak move on. Yela, bidan tu pun dah tua kan, mana kuat nak cengkam kita yang debab ni. So, kita terpaksa la urut sekali lagi dengan kak Sue tu. Alhamdulillah 3 hari juga la berurut dengan kak Sue, dan kak Sue juga sediakan mandi serapat, mandi bunga dan "pelepas" pada hari ke-3.
.
.
Selepas berurut, badan rasa sihat dan susu pun meriah semacam. Baju mesti basah je kalau tak perasan. Ada la rezeki untuk anak kita kan. Impian kita nak BF anak tercapai. Harapnya tercapai la sampai anak kita 2 tahun. Kita sebagai mak kena positif dan mindset tu penting. Pemakanan kena jaga, dan jangan biarkan badan kita lesu je. Tu pesanan nurse kat kita sebelum bersalin.
.
.
Bab makan pula, mama kita memang jaga gila-gila tau. Nak makan tu tak boleh, nanti anak kembung. Nak makan tu tak boleh, nanti sakit urat. Memang dijaga sebaik mungkin la.. kadang-kadang rimas tapi fikirkan diri ni nak pakai lama, ikut la biarpun kuno. Hahhaahaha.. Kuno la sangat, kalau sakit padan muka sendiri..huhuhuhu.
.
.
Awal-awal berpantang,kita cuma makan ikan bakar dan ikan kering bakar. Kadang-kadang tu mama kita buat la juga sayur air sawi untuk elak sembelit kalau makan tak berkuah kan. Tapi, kita sembelit juga.. hahahaaha. Terpaksa minta ubat dengan nurse. Lepas 20 hari berpantang, luka dah bercantum dan jahitan pun dah tercabut semua baru la mama kita bagi makan ayam goreng dan daging goreng. Mula-mula takut juga nak makan takut gatal kat tempat berjahit tu, tapi alhamdulillah tak ada pape kira ok la tu.
.
.
Bab mandi pula, kita memang tak suka mandi air panas. Tapu, terpaksa la bila dah bersalin kan. Takutnya bentan la nanti. Cerita pasal bentan pun ada juga kita nak share. Tak pe, ada masa kita buat entry lain pasal bentan. Banyak betul kita bsehutang entry sampai lupa..lupa.. hahahhha. Berbalik kepada bab mandi, ssminggu berpantabg kita mandi dengan air yang disediakan oleh tukang-tukang urut kita. Selepas seminggu, kita mandi herba je. Ala, guna herba bath TANAMERA je pun.. Rebus air, letak 1 sachet herba bath TANAMERA. dan siap. 1 sachet tu ina guna 2 kali. Jimat sikit.. hahahaha.
.
.
Bab barut perut kita pula, kita pakai 3 minggu je. Tu pun jarang-jarang. Mama kita tak larat dah nak bebel. Kita rimas la pakai bekung yang kena ikat-ikat ni. Kita suka yang jenis macam baju tu. Tapi susah nak BF anak pula. Banyak songeh betul  areyna ni kan. Huhuhu... Kita pakai apa kat perut sebelum balut dengan bekung..??? Ala, mama kita tumbuk garam kunyit je pun... Gatal bukan main lagi perut kita. Tapi, tahan jela.. Dah nama pun berubat kan. Kata nak kurus... ( tangan kat bahu, mata ke atas). Hhahahahahahaha
.
.
Masa berpantang juga, stokin dan selipar jangan lupa. Always pakai bila dah masuk senja ok. Belah siang tu nak pakai tak apa, tak nak pakai boleh consider lagi. Tapi, malam kena pakai. Dengar la nasihat kita. Sebab apa, kalau korang kena bentan, tak boleh nak tolong dah. Sampai nangis-nangis tau.. Tu pengalaman kita kena bentan. Tragis sangat sebab kedegilan kita sendiri...sob..sob..
.
.
Bab luka jahitan pula, alhamdulillah kita pun tak sangka la boleh sembuh cepat. Cuma, kena rajin je la. Pad kena tukar kerap if darah nifas banyak, kena sapu ubat kuning hospital tu setiap kali mandi, dan biarkan kering dulu baru pakai pad. Nak lebih cepat lagi, makan buah sunkist. Ni semua tips dari staff nurse yang incharge kita kat hospital hari tu.. Alhamdulillah hari Ke-20 berpantang semua jahitan dan benang clear.
.
.
Haaa.. nak pesan kat korang juga selagi badan korang dalam edah berpantang tak payah la keluar rumah bawa anak kecil korang k. Risau juga, sebab baby kan kecil lagi. Benda-benda halus ni suka kacau. Kang, anak korang nangis-nangis je korng juga yang pening. Biar lah kuno pun berpantang ni, tapi, tak salah ikut untuk diri kita kan. Kata nak pakai lama... hehehehe
.
.
Hurmm apa ek lagi. Ina pun tak tahu apa lagi nak share. If ada yang tertinggal maaf la ye. Sebab ina ni baru first time so, nak share lebih-lebih tak pandai sangat. Tambahan pula, lepas bersalin ni kerap nau jadi pelupa.. hahhahaa. Ok la, kita jumpa next entry ye...
.
.
Wasalam

31/01/16

Alhamdulillah...Selamat Bersalin #Part 2

Bismillah..
.
.
Kita sambung balik story pasal bersalin. Sementara anak tengah tidur ni boleh la ummi dia berblog jap.
.
.
Selesai je nurse cek jalan, buat CTG dan scan kandungan, kita diminta untuk menunggu kat ruangan menunggu. Mati-mati kita ingat tunggu nak masuk wad tapi bila doktor pelatih tu mention nama kita akan terus ke LB terus meremang bulu roma. Hati dok bertanya "aku ni biar betul nak bersalin dah". Masalahnya sakit pun tak.. hahahhaha. Datang sorang staff nurse, suruh kita baring sebab nak masukkan ubat suruh buang air besar. Kononya nak cuci perut la kan. Mudah bila nak meneran nanti.. hehehe
.
.
Tak sampai 5 saat ubat untuk buang najis besar bertindak pantas. Sepantas kilat kita ke bilik air. Tapi, yang keluarnya secoit je la sebab kita dah seminggu lebih cirit birit,so perut kita memang tak banyak la nak proses makanan. Dalam masa tu juga suami kita call bagi tahu mama dan abah kita ada kat ruang menunggu. Sattle membuang kita mintak izin nurse nak jumpa parents jap. Tengok muka mama kita jadi sebaik tetiba..sob..sob..sob
.
.
Kita rasa sebak sebab macam tak percaya yang kita alan merasai pengalaman ni dan kita juga bakal jadi ibu.. Kita sempat la mintak maaf dan minta halal semua dari kita kecil sampai la kita kita besar. Dengan abah kita segan sikit, hehehehe.. so mintak maaf pun segan-segan la.. tak touching macam kita dengan mama. Dengan suami pula, boleh dikatakan hari-hari kita mintak maaf,mintak halal sampai suami pun naik risau. Kita tahu dia risau kebapa... sob..sob..sob..
.
.
Dalam pukul 7 , nurse panggil ina masuk ke LR. Ina ikut je la montot doktor pelatih tu. Dalam hati, masih tak percaya nak bersalin dah..hahaaha. lalu je depan bilik bersalin 1-3 ina tengok ada yang tengah meneran, ada yang tengah tahan sakit, ada yang tidur. Sampai je bilik no.4, doktor suruh kita baring. Arghhh.. makin cuak. Suami tak ada, kita dari kecil sampai dah lahwin kalau nak jumpa doktor mesti berteman. Cuak pula bila sorang-sorang je dalam bilik tu.
.
.
Staff Nurse dan doktor pelatih siap pasang CTG dan drip bagai. Masa tu jantung kita macam terhenti. Tengok syiling je... perasaan kita nak suami...nak suami.. Huhuhuhu. Tetiba, mulut terkeluar juga nak bertanya nurse yang tengah incharge kita. "Nurse,bila suami boleh temankan kita???"... then, nurse tu jawab,"eh suami awak ada ke, la...suruh la dia masuk". Tercengang kita..hahahaha. Senyum ke telinga la kita bila nurse cakap macm tu. Sebab "KEKUATAN" kita ada kat sbelah kita...
.
.
Around 8pm, suami kita datang. Sattle solat semua baru dia datang temankan kita. Mulut kita memabg tak berhenti berzikir dan berdoa supaya baby senang keluar, selamat dan sihat. Risau tu hanya Allah yang tahu. Kita sebagai ibu mesti nak yang terbaik dan hanya doa la senjata mukmin yang palaing tajam dan makbul. Bila suami dah ada kat sebelah, rasa kekuatan tu lain sangat. Suami pula tak lepas dari mulut tanya sakit ke tak. Kita pula tak nak bagi diorang pecah ketuban awal, kita cakap la tak sakit.. hahahahaha. Padahal perut memang dah memulas macam nak uuk..uuuk..
.
.
Pukul 9am lebih sikit, doktor cek jalan sekali lagi. Bukaan dah 5cm. Kita pun pelik, macam cepat pula bukaan dia. Padahal kita terperap atas katil je.. Alhamdulillah rezeki kita kot, Allah permudahkan. Bila bukaan dah confirm 5cm, datang la doktor pelatih lain yang bertujar syif. Tapi doktor lelaki....haiyooooo..Dia cakap nak pecahkan ketuban sekarang. Terkejut beruk kita asal awal sangat. Sebabnya, bukaan jalan kita cepat so diorang aim kita mungkin boleh cepat bersalin. Kita redha je la. Asalkan semuanya selamat.
.
.
Bila ketuban dah pecah, kita rasa sakit dia semakin kuat. Kita ingat pesanan mama kita, bila ketuban pecah cuba teran sikit-sikit. Biar bukaan jalan cepat sikit terbuka. Sengal-sengal badan pun dah ada, paling win win cramp bahagian paha. Kita perasan, bila ketuban dah pecah, bukaan jalan kita lambat pula. Dah pukul 11 pun bukaan still sama. Tapi sakitnya nauzubillah. Kejap-kejap mintak suami urut, mintak ketuk-ketuk paha yang dah cramp. Nak mengiring tak boleh sebab CTG tak detect plak jantung baby.
.
.
Alhamdulillah, doktor dan nurse memang baik. Bila kita mintak izin nak mengiring diorang izinkan. Cuma jangan bagi miss cetakan CTG je. Tapi, kita dah cuba mengiring kiri atau kanan memang tak boleh..huhuhuhu... Dalam 11pm, staff nurse yang incharge kita datang cek jalan. Dia cakap dah nak 6cm. If kita tak tahan sakit dia nak bagi kita ubat tahan sakit. Mula-mula kita tolak kononya dapat tahan. Lastly, suami kita pujuk suruh ambil injection tahan sakit tu. Kita ingatkan, bila dah enject kurang la sakitnya, memang kurang sikit la tapi sakitnya banyak lagi. Macam mana tu..?? Entah la susah nak describe dengan penulisan.
.
.
Tepat jam 12am, bukaan jalan dah 6cm. Sakitnya nauzubillah hi minzalikh. Air mata je teman kita time tu. Suami sugul je sebab tak tahu dah nak buat apa. Dia siap cakap lagi, "kalau la sakit ni boleh pindah abang nak tanggung sayang". Lagi la kita sedih.. huhuhu. Kejap-kejap minta suami urut, minta oxygen, minta maaf dengan suami. Dok ulang-ulang benda sama je sampai la bukaan jalan 8cm..
.
.
Doktor yang cek jalan kita kononnya nak suruh kita cuba teran. Tapi, bukan cuba memang nak suruh teran. Suami kat sebelah dah panik semacam. Cepat-cepat dia pandang tempat lain... hahaahaha. Kita nampak kat cermin depan kita... hahahahaha. Bila doktor panggil suami suruh tengok kepala baby dah betul-betul kat "pintu jalan" baru la dia berani tengok..hehehe. Doktor bagi semangat kat kita suruh teran sebab doktor cakap baby dah boleh keluar. Kita blurr jap, 8cm nak suruh teran macam tak percaya woiii...
.
.
Dengan semangat yang diberi, kita tengok suami dan rasa kekuatan lagi kuat walhal kita tak makan ok dari pukul 7 sampai la nak bersalin. Harapkan air mineral dan drip water je. Alhamdulillah 5 kali teran baby selamat keluar. Ok, memang kene gunting sikit walaupun kita tak rasa tapi, suami yang bagi tahu...hehehe.
.
.
Bila doktor letak je anak kita atas dada masa tu macam kaku dan sejuk sebab tak percaya anak kita dah keluar. Dalam merah-merah lagi doktor suruh suami kita azankan. Tapi, suami kita tak berani nak dokong sebab kecik sangat, so dia azan atas dada kita je. Getaran suara suami kita tu membuktikan yang dia pun macam tak percaya anak dia dah keluar..
.
.
Sattle jahit,cuci dan kemas semua kita dibawa ke ruang menunggu untuk ke wad. Masa tu dah 7am. Lambatkan..??.. Yess sebab doktor yang jahit tu sangat teliti. Dia jahit langsung tak rasa dan siap borak-borak lagi we all.. hahahaha. Masa menunggu tu, diorang serve ibu-ibu bersalin dengan roti dan milo panas. Tu la makanan pertama kita selepas beberapa jam berlapar. Tapi, ok la asalkan semua selamat.
.
.
One of nurse bawa anak kita untuk menyusu. Masa tu, happy gila sebab kita tak sempat tengok anak kita betul-betul masa doktor letak atas dada. Sebab air mata menghalang pandangan kita.. hehehe. Diorang suruh kita bagi susu dada dan kita dah cuak. Pegang pun tak pandai ni kan nak menyusu sambil baring mengiring. Tapi, nurse kat HUSM semua baik-baik. Diorang banyak la bantu kita sebab diorang tahu kita first baby kan mesti semua kekok.. hehheehe.
.
.
Sambil menyusu, sambil tatap muka anak. Banjir lagi la.... Air mata laju je keluar sebab masih tak percaya yang anak kita dah ada dalam pelukan kita..sob..sob..Actually, Kita tak lama pun kat hopital.. hari yang sama juga kita dah discharge. Sebab anak kita dah berak dan kita dah boleh jalan ke tandas semua. Tapi, sebelum keluar kita kena cek kat tempat jahitan kalau-kalau ada yang terbuka atau jahitan tak sempurna. Paling sedih, kita kene jahit sikit sebab ada one of part tu doktor jahit tak habis. Diorang takut nanti tak cantik.. Menangis juga la kita sebab jahit masa semua dah kering dan kulit dah mula nak mengeras kan. Redha...!!!
.
.
4pm hari yang sama, kita boleh discharge dan balik rumah.. yeaaayyy...!!!. Baby in the house...!!!!. Alhamdulillah, hari ni dah 25 hari berpantang dan baby pun tak ada kuning. Tak lama dah nak enjet sebulan. Cepat sungguh anak membesar. Membesar dia atas tangan sendiri. Sakit atau lenguh pun hilang bila tengok anak. Tq anak ummi sebab sama-sama usaha dengan ummi masa kat LB hari tu. Ummi mintak maaf sebab hampir putus asa...Tapi, bila semua bagi semangat, dalan fikiran ummi hanya 1, ummi nak awak keluar secara normal tanpa sebarang bantuan alat. Alhamdulillah, doa ummi dan baba termakbul sayang...
.
.
Semoga anak ummi membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh. ♡♡♡
.
.
Wasalam

28/01/16

Alhamdulillah...Selamat Bersalin #Part 1

Bismillah..
.
.
Tanggal 7 Jan 2016, bersamaan 26 R.Awal 1437 lahirnya zuriat yang dikandung selama 9 bulan 3 hari bersama-sama linangan air mata kesyukuran kepada Allah s.w.t.
.
.
♡♡KRONOLOGI♡♡
.
.
05 Jan 2016 : Perut memang dah tak selesa. Asyik mengeras dan memulas. Kita kerap juga la ke tandas nak tengok kalau-kalau ada tanda nak bersalin, tapi langsung tak ada. Paling win win sekali seminggu sebelumnya kita asyik cirit-birit je. Dalam sehari wajib 2 kali membuang. Ada juga kita search pasal ni, dan ada yang cakap cirit-birit juga salah satu tanda nak bersalin kan. Masa ni kita dah overdue 2 hari dan malam tu juga suami kita naik bas nak balik jumpa kita dan bakal anaknya.
.
.
06 Jan 2016 : Suami kita sampai dalam Subuh pagi. Abah kita yang pergi ambil dia kat stesen bas, biasanya kita la tapi dah sarat dan sakit-sakit abah kita tak bagi. Takutnya terberanak dalam kereta.. hehhehe. Kita punya excited dah sebulan lebih tak jumpa suami sampai tak tidur dari kol 3 pagi sebab nak kejutkan dia takut terlepas stesen.. hehehhe.
.
.
Pukul 9 pagi, dah siap breakfast semua kita relax-relax jap kat ruang tamu depan. Suami kita dah ambil port nak topup tidur dia. Sambil relax-relax tu kita buat la senaman yang memang kita selalu amalkan untuk mudah bersalin sejak kandungan 37 minggu lagi. Tak selalu buat, tapi dalam seminggu ada la 2,3 kali kita akan buat. Contohnya duduk cangkung, rapatkan tapak kaki dan tunduk, bersujud dan ketuk ketampi.
.
.
Lepas je sattle senaman semua, kebiasaanya kita akan buat kerja rumah yang ringan-ringan. Macam jemur kain dan sapu sampah. Mama kita tak bagi buat kerja banyak sangat takut nanti nak beranak tenaga kurang. Tapi, kita rasa ok lagi masa tu. Selesai jemur kain, kita rasa lain macam je perut kita masa ni. Macam mengeras tak nak turun-turun. Kita takut false contraction je. Tu malas nak ambil kisah sangat. Bila dah pukul 10.30 kita rasa lain macam sangat-sangat dah. Sakit dari biasa, mengeras pun lain dari yg biasa. Tapi, sempat lagi kita, suami dan mama hantar adik kita naik bas. So, sempat la kita jalan-jalan dulu kat pekan pasir puteh ni.
.
.
Lepas solat zohor, kita ke tandas nak tengok kalau-kalau ada leaking atau tanda nak bersalin. Memang tak ada..Tapi perut mengeras dah kerap dan lama. Kita cuba try set contraction pakai Apps dalam fon. YESS... memang for sure sela contraction tu dah kerap. Menggelabah kita kejut suami kita yang baru je nak terlelap. Kita ajak dia pergi KK dulu untuk confirm kan. Dalam pukul 2.30 ptg macam tu, kita terus ke KK. Nurse buat timer set untuk contraction sekaligus cek jalan. Dah la kita ni first time nak beranak tak tahu cek jalan tu macam mana. Agak senak jugak oi... hahahhahaa.
.
.
Nurse yang cek jalan kita tu cakap dah 3cm. Mak aihhh.. tanda nak bersalin tak ada tiba-tiba dah 3cm. Anak ummi memang suka buat surprise. Nurse terus suruh kita refer hospital. Siap suruh pilih lagi nak hospital mana...hahahahaa. Tapi, diorang bagi suggestion kat kita suruh bersalin kat HUSM Kubang Kerian. Katanya lebih selesa, pakar pun ramai dan segalanya lengkap. Kita yang tak pernah ada pengalaman ikut je cadangan diorang..
.
.
Sattle nurse buat surat untuk refer hospital, kita terus balik rumah ambil baju yang dah siap pack. Cuma baju suami je tak pack lagi. Sebab kita tak tahu pula kena beranak jauh kan. So. Lepas je makan, dan solat asar kami berdua terus ke HUSM. Kononya nak suruh jalan terbuka cepat, sempat lagi kita singgah kat Mydin Kubang Kerian. Mydin pun betul-betul depan hospital..So, tak jauh mana pun. Kita sempat la beli roti dan air untuk makan-makan dalan wad kononnya.
.
.
Kita dan suami terus ke LR untuk bagi surat rujukan dari KK. Suami kita pergi buat pendaftaran. Diorang suruh kita salin kain bagai. Tapi kita pelik, mana baju pink hospital???... hahahhaha rupa-rupanya HUSM tak sedia semua tu ye. Kita akan pakai baju sendirian berhad dan berkain batik je. Simple habis kau.
.
.
Nurse dan doktor pelatih yang incharge kita cek jalan dah 4cm. Cepatnya lahai.. Dalam hati baby dah tak sabar nak keluar kot. Mulut tak habis-habis berzikir dan berdoa biarlah semuanya dipermudahkan.
.
.
Be continued..♡♡♡
Wasalam

4/01/16

Pregnancy Progress : 40 Minggu

Bismillah
.
.
04.01.15 tarikh edd ikut last period. Yess... dah nak masuk edah overdue pun. Hari-hari mintak tak nak overdue kalau boleh, tapi kita merancang yang menentukan lebih baik. Kalau ikut pengalaman mak kita, dari kita yang sulung sampai la adik kita no 4 semuanya overdue. Mesti lebih la sehari atau dua hari. Jadi, perkiraan kita mungkin kita ni ikut mak kita kot...mungkin..!!!
.
.
Usap perut dah, jalan itik dah, cangkung bagai pun dah tapi baby best dok dalam lagi. Kata adik kita yang bongsu, baby tak nak keluar sebab mak dia tak pernah berhenti makan. Kuang ajor kau dik..!!! Hahahahahha... Tapi, risau juga la kita kalau baby lambat keluar, takut baby besar pulak kat dalam.
.
.
Bila nak masuk edah overdue nie, kita dah kene mindset diri kita, fizikal kita dan emosi kita untuk semua kemungkinan. Kemungkinan pertama rezeki beranak normal , kemungkinan kedua induce , dan kemungkinan terakhir ceaser.
.
.
Kalau yang ketiga, agak ralat la sedikit sebab kita selalu mintak dan berdoa nak beranak normal. Mak kita pun tak ada pengalaman Operation, so susah jugak la dia nak jaga kita nanti berpantang. Tapi, kalau Allah dah letak rezeki kita dengan future baby kita macam tu, kita redha. Asalkan baby selamat dan semunya berjalan lancar. Kita dah tak sabar nak jumpa anak sebenarnya. Alahai.... 9 bulan kandung, bawa sana sini mesti la tak sabar kan. Hurmm... mesti ibu-ibu yang dah berpengalaman rasa benda yang sama betul tak..??
.
.
Kalau induce pula, kita memang tak kisah. Sebab mak sedara kita pernah induce anak kedua. Dia cakap sakit tu sama je macam kita nak beranak tanpa induce. Bezanya, sakit semulajadi dan sakit kene paksa. Tapi, sakit tetap sama. Masa doktor nak masukkan ubat, terus mindset lepas beberapa minit akan sakit. Jadi, perlu bersiap sedia.
.
.
Masa gugur dulu sakit macam senggugut teruk. 3 jam kita tahan sakit sebelum janin keluar. Bila semua keluar fuuhhhh lega habis. Mak kita cakap beranak pun sama la macam tu. Harapnya kita kuat dan sabar tahan sakit tu. Sebab kalau boleh kita tak nak operation... please, doakan kita ye.. sob..sob..sob
.
.
Esok, 05.01.16 suami kita balik kampung.yeeeeeeyy.... kita suka...hehhehee. Dia dah tak keruan dok kat sana. Buat kerja pun nak marah je. Semua pelanggan yang datang kedai ada je yang tak kene.... hahahahaha. Bila kita overdue ni, lagi la tak senang duduk. Dia nak balik juga tak kira la bila beranaknya. Hurmm..... Baba to be kan, tak pernah ada pengalaman lagi. Maybe laki kita ni jenis kalut kot... hehehhehehe..
.
.
Doakan kita dipermudahkan dan selamat semuanya ye.. Kita pun harap dapat beranak sebelum kene induce atau doktor decide operation. Doakan juga baby kita keluar cepat-cepat....hahahaha umi dia dah tak sabar ni... huhuhuhu
.
.
Pic baru keluar oven
.
.
Wasalam

1/01/16

2015 Review la Sangat

Bismillah..
.
.
Hari jumaat, pagi yang dingin bersamaan 01.01.16. Yes... Tahun baru ikut kelender china. Kalau ikut kelender islam, dah lama lepas. Jangan buat-buat tertanya la bila, sekes kang.
.
.
Tak banyak pun kenangan 2015 yang dapat dikongsikan. Pasalnya, kenangan tu kami simpan dalam kotak fikiran. Bila nak ingat balik atau recall bahasa omputihnya memang tak dapat....hahahhahaa. Dah la hupdate blog memang jarang bebenor. Nak kata busy, 2015 la tahun relax. Full time housewife plus 24 berkepit je dengan suami.
.
.
Bukan malas nak update ok, cuma kita tak ada laptop. Ish tak kan nak pinjam orang sebelah pulak gara-gara nak update blog sekeping sehari.. choiii je.. hahahahhaha. So, kita ork sikit je la tunggu suami belikan fon yang baik sikit, boleh la kita update jarang-jarang kan.
.
.
Moh kita ke tajuk asal. 2015 dah pergi semalam. Mesti paling kurang akan ada 23 inci kenangan yang tak kan dilupakan.. betul ke idok???
.
.
Sama la macam kita, kita ingat lagi bila..... 28.02.15 kita submit surat resign sebagai Penolong Pegawai Tanah. Keputusan yang paling berat kita buat time tu. Allah je yang tahu betapa berat, sedih, dan bercampur habis perasaan kita. Fikir family, lagi sayu sebab diorang banyak support kita masa nak dapatkan kerja tu dulu.. Tapi, lepas kahwin kene fikir suami pula yang jauh dimata. 9 bulan berjauhan banyak dugaan. So, nak tak nak solat hajat, istikharah semua akhirnya keputusan kita resign la jalan terbaik. Percaya pada rezeki Allah, pasti ada hikmahnya.
.
.
04.03.15... Bermula la perjalanan kita sebagai isteri dan tanggungjawab yang dah tertunggak sebelum ni. Tinggal dengan suami, makan, minum pakai dia semua kita usaha jaga. Walaupun kita jarang masak, tapi suami kita faham la sebab berdua kan. Lepas kahwin, kami tak ada moon-moon pun. Sebabnya suami tak leh nak tinggal kedai dan kebetulan kami PJJ lepas lahwin kan, lagi la susah nak arrange. So, segala moon tolak tepi yang penting kami happy dengan kehidupan kami.
.
.
Lepas pindah Melaka, kita sempat kerja 2 bulan dengan swasta. Tapi, kita mintak resign sebab masa tu alahan mengandung dah kritikal. Bangun tak larat, pening, mual paling tak leh blah sampai ofis je mesti nak tidur. Kadang-kadang bila kena site view kita dah longlai bawa kereta manual kita tu. Ujian untuk kita dan suami kot.. Jadi, faktor nak jaga kandungan jadi alasan untuk kita berhenti dan alasan 1 lagi bila manusia yang berada di atas tak boleh nak consider bila pekerja dia ada masalah kesihatan. Nak juga suruh turun site walaupun badan dah separuh lembik... Kurang diajar..!!!!
.
.
Lepas stay dengan suami, kami banyak usaha untuk dapatkan zuriat. Aisshhh.. masa tu dah rasa cuak juga sebab hari-hari fikir bila la nak ada anak kan. Rasa lama sangat kot menanti lepas gugur dulu. Kita pula pantang orang cakap makan itu, buat ini, amal makan tu, minum ni semua kita buat. Sampai la kita serasi dengan pati delima gulsan dan air buah zuriat. Kita amal 2 bulan juga la.. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. Paling penting dekatkan diri pada yang memberi segala rezeki. In shaa allah dia maha mendengar...
.
.
2 hari delay period, tapi tak nak la happy dulu. Beli senyap-senyap upt digital. Tak nak nanti bila kita sedih, suami jadi kesian kat kita. Kalau orang kesian, lagi la kita sedih. Memang kita macam ni dari dulu. Mama kita pun cakap kita ni makin pujuk makin sedih bukan makin baik..hahahahha. Lepas test tu, kita nervous la juga sebab dah 8 bulan menanti orang baru. Dengan badan panas,kepala sakit berdenyut tak berhenti kita biar je upt tu calculate sendiri. Kita baring lastly tertidur. Bangun-bangun teringat kat upt tu takdi. Mujur la digital tu 24 jam kau, kang tak pasal-pasal rugi je... Mata samar-samar je tengok result, bila tengok je keputusan +ve, terus mata seluas panda. Ambil fon call suami.. Alhamdulillah...
.
.
Sepanjang kita tak kerja, kita jadi radio untuk suami kita. Dia buat kerja, kita jadi DJ..hahaaha. kadang-kadang kalau kita larat kita tolong la basuh-basuh apa yang patut kat kedai tu. Kita alahan lama, hampir 4 bulan. Tapi, tu semua nikmat. Kita tak nak merungut..
.
.
Tahun 2015 juga, tahun yang buat kami berdua senyum walaupun diuji. Sebab segala rintangan, dugaan, cabaran kami tempuh bersama. Orang tua-tua cakap awal perkahwinan memang akan diuji kan. Yess..!!! Kalau tak mana nak kenal erti perkahwina dan tanggungjawab kalau semua smooth je.. huhuhu
.
.
Now, dah masuk 2016. Kita ingat baby kita nak keluar awal, rupa-rupanya baby kita nak tunggu tahun baru juga..... Kita pun tak sabar sebenarnya nak jumpa baby kita. Suami kita hari-hari call tanya keadaan kita dan anaknya. Doakan kita cepat-cepat bersalin ye. Due pun ada berapa hari je lagi.. Kalau over due kene induce la kita....mintak jauh sangat. Doakan kan kita dan baby mudah semuanya dan selamat semuanya taw.
.
.
Kat sini pun, kita nak minta maaf kalau ada bahasa atau gurauan yang tak kena dalam penulisan kita. Kita tak pandai bercerita, tapi nak cerita juga..hahahhaha. Semoga 2016 menjadi tahun untuk kita ubah kearah yang lebih baik, sihat sejahtera dan dilimpahkan rezek serta sentiasa dalam rahmat Allah ta'ala..
.
.
Wasalam.

20/12/15

Di Akhir Kehamilan

Bismillah..
.
.
Masih lagi belum ada tanda-tanda baby nak keluar. Tapi, umi always bisik-bisik kat baby suruh keluar awal sikit. Pasalnya, umi dan baba dah tak sabar nak gomol-gomol baby...
.
.
Baby sekarang kerap mengeras dan menggeliat. Mungkin ruang dah sempit kot, jadi terhad sikit pergerakkan dia. Sampai umi rasa senak je tulang rusuk ni taw. Kaki anak umi kuat sangat...hehehehe.
.
.
Tinggal beberapa hari je lagi due umi nak sampai. Tak sampai 20 hari pun. Nervous, happy, tak sabar semua ada. Umi selalu mintak dengan Allah biar la semuanya selamat dab dipermudahkan segalanya sehingga selamat bersalin...Amiin.
.
.
Sehari dua ni, umi rasa loya dab kadang-kadang muntah pun ada. Tak tahu kenapa tapi umi anggap tu effect nak dekat bersalin kot. Pandai-pandai je tafsir sendiri....heehehe. Hari tu, umi ada bagi tahu doktor apa yang umi alami. Doktor incharge umi keputihan kan. Tapi, umi langsung tak makan ubat yang doktor bagi. Umi risau la nak makan. Yela, dah akhir-akhir kehamilan ni, risau pula umi nak makan ubat-ubat ni.
.
.
Umi balik, umi cuma minum air masak banyak-banyak dan minum pati delima je. Alhamdulillah kat spender pun dah tak ada keputihan. Biasa akan nampak even slight je pun. Tapu, lepas amal apa yang ina bagi tahu tu nampak berkurang. Hope akan berkurang juga la yang kat sebelah dalam.
.
.
Berat badan ina tak naik sangat. Akhir-akhir checkup hari tu cuma naik 400gram dan one week after naik 600gram. Nurse cakap ok je jangan naik berkilo-kilo sudah. Sebab nak dekat due ni, darah tinggi selalu jeles. Ada je nak mengacau. So, ina kena jaga pemakanan, emosi dan keadaan sekeliling. Jangan fikir bnyak sangat la kata mudahnya.
.
.
Paling tak tahan ina kerap mengantuk. Padahal baru bangun, dah mengantuk balik. Tapi, jangan ikut sangat perasaan takut nanti tak perasan pula pergerakkan baby. Jadi, ina lebih prefer kepada baca al-quran dan baca buku apa-apa je. Kalau dilayan mengantuk memang tak sedar la berapa jam sehari ina akan tidur.
.
.
Esok dah masuk 38 minggu. Kalau boleh nak baby keluar tanpa induce. Tu yang suruh baby keluar awal sikit...heheheeheh. Bisik-bisik dengan baby suruh keluar 24 haribulan sempena hari kelahiran nabi Muhammad. Hari khamis pula tu.. dah cantik sangat kan. Tapi, tu perancangan umi dan baba dia. Allah mungkin ada perancangan yang lebih baik. So, kita tunggu je la masa mana baby nak keluar...
.
.
Wasalam...

18/12/15

Persediaan Beg Mom & Baby Ke Hospital

Bismillah..
.
.
Sebelum tidur, rasa nak update jap pasal persediaan ke hospital. Rasanya yang ada pengalaman lebih mengetahui keadaan dan suasananya macam mana. Ina ni first time dan dua kali admit sepanjang mengandung. Jadi pengalaman pack-pack baju untuk ke hospital tu ada la.... Hhuhuhu
.
.
Ni la beg ina dan baby yang dah siap pack. Tunggu baby bagi hint nak keluar, terus angkut je. Memang tak bawa keluar dah segala yang wajib. Rasa nak tambah lagi ada la. Tapi, fikir hospital dekat if kene admit lama, kene suruh la suami atau abah Ina bawakan barang tambahan dari rumah.
.
.
Beg ni ina pack untuk admit 2 hari. Biasa kalau lepas bersalin, baby dah poo..poo dua, tiga kali dan maknya dah boleh buang air kecil in shaa allah memang tak kan lama admit. Hopefully, ina pun macam tu la.
.
.
Meh kita cerita pasal barang-barang asas yang penting sesangat kene ada ok.....!!!! Beg pack oren tu diisi dengan barang keperluan ina. Beg mommy paling kuno sekali. Beg yang dibawa kehulu kehilir masa PJJ dengan suami dulu. Suami nak belikan yang elok sikit, tapi ina tolak sebab rasa macam membazir. Jadi, guna apa yang ada je kan.
.
.
Dalam beg tu ina isi dengan

♡♡BEG MUMMY♡♡

1.Kain Batik : Benda wajib yang ina kene ada. Paling kurang 2 helai. Kalau ada yang tak pakai kain batik sekalipun batter bawak la sehelai sebagai tambahan. Mana tahu akan berguna juga nanti. Ina balik kampung hari tu, terus ajak mama pergi beli kain batik untuk berpantang. Yg sedia ada tak banyak, takut terkena darah ke apa kan memang ina lebih selesa berkain batik je.
.
.
2. Tuala : Wajib la kalau kita nak mandi atau ke tandas. Ina bawa yang sederhana je.
.
.
3. Barang Mandian : Just bawa berus gigi, ubat gigi dan sabun muka. Pengalaman ina pernah admit, tak kuasa nak bersyampoo, berbody shampoo bagai. Dah la kat tangan ada tempat masuk air tu kan, xsure pulak namanya memang tak kuasa nak mandi macam kat rumah.
.
.
4. Stokin : Lepas bersalin kene rajin sarung stokin. Lagi-lagi bila keluar dari LR suruh la sapa-sapa yang jaga kita time tu pakaikan. Sebab masa tu urat tengah tegang jadi takut masuk angin pula. Ina bawa yang jebis fur stokin. Rasanya sehelai dah memadai.
.
.
5. Nursing Pad : Ina prepare sepasang je. Tu pun tak sure guna ke tak. If susu drop banyak memang kene ada la kan. Tapi ada kawan ina cakap, bila dah bersalin rasa xder mood nak pakai bra-bra bagai. Sebabnya dah tak ada tenaga. Tapi, ina bawa je sebagai persediaan.
.
.
6. Barang Dalam : Benda wajib tu...hehehhehe.
.
.
7. Overnight Pad : Ina bawa dalan 10 pads je. Nak bawa satu plastik tak muat beg. Pads ni, kat kantin hospital ada jual. So, kalau-kalau tak cukup nanti boleh je suruh suami belikan lagi.
.
.
8. Pakaian Discharge : Last sekali mesti ada pakaian untuk dipakai sewaktu kita dah boleh discharge. Tak kan nak pakai baju hospital pulak balik rumah... Hahahhah harta kerajaan ter..!!!!. Kalau boleh sedia la sepasang yang selesa dan senang untuk BF baby dalam kereta. Tudung pun jangan lupa. Bawa la spare sehelai dua.
.
.
9. Selipar : Paling last selipar. Cari la yang ringan dan bergetah. Senang boleh bawa ke bilik air terus.
.
.
Tu je yang ina pack. Kalau-kalau ada mummy nak tambah boleh je. Untuk persediaan tambahan pula, ina sediakan paper bag untuk makanan dan thermos.
.
.
Dalam tu ada bekas thermos, air yassin, kurma, bekas tupperware, sudu, cawan plastik, 3 in 1 milo, dan susu kambing. Dah betul-betul incharge nanti nak suruh suami belikan roti je...hehehhe
.
.
♡♡BARANG BABY♡♡
1. Pampers : ina bawa dalam 20 keping. Lebih tak apa, jangan kurang. Baby poo..poo sikit pun dah kene tukar. Takut dia tak selesa.
.
.
2. Wet Tissue : Bawak 1 pack terus. Ina beli hari tu yang isian 100 keping. Jadi, tak risau sangat la memang cukup sangat-sangat.
.
.
3. Pakaian Baby Set : Ina prepare untuk 2 hari admit kan. Jadi, ina spare 2 pasang pakaian baby, 2 pasang mitten & botties, 1 topi baby.
.
.
4. Barut & Bedung : 4 helai barut dan 2 bedung satunya kain lampin. Sebab bedung satu lagi ina pack untuk LR punya. Ina tak beli banyak bedung, jadi guna kain lampin je la kalau-kalau tak cukup.
.
.
5. Baby gromming : Ina bawa set Johnson Baby yang kecil,comel molek tu. Dalam tu semua dah lengkap kan.
.
.
6. Baby Care : Ina bawa minyak telon Tropikal dan minyak mestika baby. Sebagai persediaan kalau-kalau baby kembung.
.
.
7. Tuala & Sapu Tangan : Tuala 1 je, sapu tangan lebih sikit la. Bawa la dalam 3 helai.
.
.
8. Bantal Karipap : Ni ina rasa nak bawa. Ada je orang tak bawa, tapi kot-kot nak guna at least ina dah bawa awal-awal. Ina fikir ada bantal ni senang ina nak ampu baby masa menyusu. Tambahan pula ina ni dah la kekok nak pegang baby. Mintak-mintak la lepas je baby keluar Allah bagi ina semangat lain.heeehhe..
.
.
Sattle bab barang keperluan mummy dan baby dalam wad. Tapi ada lagi...jangan lupa barang baby masa kat LR ( Labour Room ).
.
.
♡♡ BARANG BABY DALAM LR♡♡
Ina dah siap pack dalam plastik. So, senang je kalau nurse mintak terus bagi.
.
.
1. Bedung satu helai
2. Baju dan seluar panjang
3. Sepasang mitten & botties
4. Pampers ( 1 dah cukup ) 
.
.
Alhamdulillah... dapat juga ina siapkan entry ni. 3 hari ambil masa dan segala mood yang ada. Kalau mood kelaut tak payah cakap la, memang tak ada maknanya nak buat entry. So, ina rasa ni la kot part paling penting masa nak sambut org baru. Dari awal persiapan hingga la nak bersalin. Walaupun semuanya dirancang dengan sempurna, ina pasti allah juga merancang dan pastinya lebih sempurna lagi.
.
.
Ina pun dok menanti je ni, bila la baby nak bagi hint nak keluar. Umi dan baba tak sabar bak gomol-gomol awak sayang. Semoga Allah permudahkan urusan kami dan selamat sehingga bersalin. Doakan ina ye..!!!!!
.
.
Wasalam