Memaparkan catatan dengan label Wedding Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wedding Review. Papar semua catatan

8/01/15

Wedding Review : Props


Bismillah

Ok, kita sambung lagi entry pasal wedding ye. Preview ni, kalau tak buat tak tahu la bila nak buat laginya. Mood dah ke laut sesangat bila buka blog. Pasai apa?? sebab tak tahu nak update entry apa.. hahahaha... 

One month sebelum majlis kami, ina survey pasal props ni taw. Nak tempah, tak berbaloi sebab sekali je pun nak guna kan. So, ina fikir...fikir...fikir baik DIY je. Jimat dah satu hal, paling penting kena rajin la. Memang masa nak sampai hari majlis tu, kepala dah macam sabut kelapa kan. Tapi, apakan daya bujet wedding tetap diutamakan..hahahaha..

Ina DIY sendiri dan cari props mengikut citarasa. Tak semua ina print just beberapa "ketul" je. Ala.... bukan boleh makan pun props tu. Just nak ambil gambar je kan. So, tak payah "berketul-ketul" la nak buatnya. Sikit-sikit pun dah memadai. Nanti, nak gunting malas pula kalau dah banyak "ketul"...hahahaha



Bawa sekali props ni time outdoor... nak buat macam mana, ina tak guna khidmat PHOTOGRAPHER profesinal jadi gambar pun tak banyak. Props tu, ina print biasa je dan ina warnakan dengan pensil warna LUNA. Kenal ke pensil warna LUNA?? hahahahha...Alhamdulillah semua berjalan lancar dan rasa happy sangat sebab macam tak percaya yang kami dah berjaya harungi kesusahan bersama sepanjang proses nak berkahwin.. TQ Allah.. tq semua... :)

~wasalam~

Wedding Review : Banner & Bunting


Bismillah

Hari ni, ina sambung balik pasal wedding yang dah lapuk dek hujan ye. Nak kongsi lebih-lebih malu, sebab wedding kita just ala-ala kampung je. Nak bujet retis tak leh la.. hahaha...

Actually, banner & bunting memang kami tak keluar modal sebab disponser oleh kawan baik suami yang kerja sebagai advertising dan papan tanda. Alhamdulillah,kiranya rezeki kami la tu. Tak sangka ada orang nak sponser benda alah semua tu sebab kami memang dah kira-kira bujet nak buat banner & bunting sekali dengan kad kahwin. Tempah satu tempat lagi senang kan.

Meh ina tunjukkan banner yang disponser oleh sahabat baik suami. Warna dan tema ina bagi 100% kepercayaan kat dia sebab ina malas nak cerewet sangat. Nanti apa orang kata dah la barang sponser, mengadanya lebih..hehehe

Bannernya digantung tinggi sangat. Sampai nak ambil gambar pun tak jelas.

Bunting pula, kami tak nak guna gambar sendiri sebab takut nanti orang cemuh. Kami kene jaga adab berkampung. Pengalaman dah banyak, tu pasal kena berhati-hati.... hehehehe. "Sila abaikan baju yang sesangat ketat itu"

Simple kan?? warna purple tu ina yang request sebab nak sama dengan tema kami dark purple. Doodle tu pula ina cari dalam MR google dan email je kat dia. Walaupun trademark salah, kami puas hati dengan hasil kerja yang dibuat. Memang kretif. Tq ye sebab sponser kami. Hanya allah yang dapat membalas segala jasa baik kamu :)

~wasalam~

17/12/14

Wedding Review : Hand bouquet

Bismillah
Ina sambung pasal wedding hari tu ye. Hari ni kisahnya bertajuk Hand Bouquet ku seperti mix candy. Memang cantik cun melecun habis. Sampai berebut nak pegang. Aduhai... tak pe la, yang penting pengantin femes malam tu. Hahahahaah... 
Material dia, ina request nak guna kain FELT. 100 % ina nak guna FELT. Sebab kain dia tak keras dan rasa kemas je. Tambahan pula, warna warni dia tu buat ina jatuh cinta. Tapi tak leh lawan cinta ina pada suami lagi la....hahahahaha meroyan jap.

Officially ni la hand bouquet yang ina tempah. Dari segi warna 100% ina serahkan kepada akak Sekoci Norlie sebab ina dah blurr time tu. So, akak tu cakap warna yang akan dia buat olehnya. Ina just iakan aja!!!!!!!!!!!.. Malas nak fikir...hahahah. Bila sampai kat tangan ina, wow!!!!!!!!!! tanteknya.....rasa nak makan. hahahahaha. Dah macam mix candy pula. Bukan ina je rasa nak makan, anak sepupu ina siap berebut lagi masa malam akad nikah. Senget benget bunga hand bouquet ina malam tu...hahahahah.


Ha.... tengok jari dia tu tunjuk kat mana...hahahaha. Menangis taw dia malam tu sebab nak kan hand bouquet ina tu. Lastly, ina bagi je la sebab TOK KADI dah nak mulakan majlis. Alhamdulillah,sekali lafaz ina sah jadi isteri kepada ZULFIKRI BIN HJ MOHD RAWI. Syukur sangat sebab Allah pemudahkan urusan kami malam tu. Tak kan dilupakan setiap saat pun hari bahagia kami tu.


See,,,,senget benget bunga ina..hahahahha. Nak betulkan pun tak sempat sebab selepas akad nikah malam tu kalut-kalut nak masukkan telur dalam sarang bunga pahar. Pengantin yang gemuk!!!!!!!!! ok abaikan..hhehehehe


So, kat mana B2B boleh dapatkan hand bouquet yang tantek nie. Meh ina kongsikan

Blog Beliau : SekociNorlie

FB Beliau : SekociNorlie

Instagram Beliau : SekociNorlie


Insya'allah anda akan berpuas hati dengan hasil tangan yang diberikan. Semoga bisnes akak sekoci norlie berjalan lancar dan dimurahkan rezeki Allah Ta"ala..Amin~

~wasalam~

15/12/14

Wedding Review : Hantaran

Bismillah
Ok, masuk part hantaran memang suka la nak cerita sebab titik peluh sendiri dengan my mom kan. Sebelah ina, full handmade sebab ina memang nak buat sendiri dan jimat. Sebelah suami, akak ipar beli barang dan BFF kak ipar ina yang gubah. Cantik wooo sebelah husband. Biasalah dah lama tak kenduri kan. Last kenduri dulu masa part abang ipar. Abang kepada suami. Masa tu tak silap umur suami 26 tahun. So, bilang sendiri la kalau suami ina kahwin masa 34 tahun. Berapa lama dah rumah mak mertua tak buat kenduri kahwin.. hehehehe.
Jadi, untuk membalas dendam akak ipar sepakat dengan adik beradiknya buat kasi gempak wedding suami. Geram... sebab hantaran sebelah suami memang tantek!!!!!!!!!! jeles..jeles..jeles.. kalau dekat, memang ina suruh kak ipar je yang buatkan...Tapi, alhamdulillah ramai juga yang puji ina punya hantaran sebab moden katanya!!!!!!!padahal tiru buku PENGANTIN je jah!!!!!..mana nak datang kretifnya kalau tak tengok contoh dan sample. Kelaut hadow la....
Pasal pemilihan bunga dan gubahan, mama serah 100 % kat ina. Mama suruh ina pilih ikut suka hati sebab mood pengantin kan.. dah sah-sah nak yang cantik je....hahahaha. So, round dua tiga tempat juga la nak survey bunga yang murah-murah kan. Lastly, jumpa yang murah terus grab. Masa nak combine colour tu agak pening juga la sebab hajat dihati memang nak TEMA purple. So, tanya kawan, tanya mak sedara semua setuju la dengan combination yang ina buat. Ramai yang cakap jarang orang buat...haaaaaa yang jarang tu la ina nak buat.. hahahahhaa RARE!!!!!!!!!
Belah suami pula, ina tak tetapkan warna but ina nak sangat ada kuning-kuning walaupun sikit. Alhamdulillah la, kak ipar ina faham... tak tahu la kenapa time nak kahwin tu kan nak sangat warna kuning...heheh maybe ada darah raja kot... KOYA je ok!!!!!!!!!!!!!hahahahaha
Panjang pula berceritanya. Meh la ina preview sikit HANTARAN ina masa wedding hari tu. Kot2 boleh bagi semangat kepada B2B nak handmade hantaran sendiri nanti kan... :)
SEBELAH INA

(DARK PURPLE + SOFT PEACH)





SEBELAH KERIY

(TURQUOISE + SOFT YELLOW)



Hantaran 9 berbalas 9 juga dipilih. Sebab nak nampak cantik masa nak ambil gambar kononya..Padahal photographer ina tak ambil pun. Just anak buah je yang jadi OP kitaorang haritu. Alhamdulillah jimat habis!!!!!!!...hehehhee.



Material yang digunakan untuk hantaran ina :

1. Polisterin bantal saiz L RM 4.50/9 biji.
2. Span untuk alas polisterin RM 3.20/semeter.
3. Kain baju melayu lelaki untuk alas (peach colours) RM 6/semeter.
4. Lace bunga (purple) RM 3.80/semeter.
5. Bunga telur kedua belah pihak ina beli RM 28.00/pcs.
6. Bunga untuk gubahan dalam lingkungan RM 50.00 mengikut saiz bunga.



Alhamdulillah sesangat jimat kan??Kalau tempah paling MINIMUM harga yang ina jumpa RM 45, barang kita pilih tapi tak boeh lebih dari harga. If lebih, kene tambah. Nasib baik dari awal lagi memang nak DIY... :)

Sebelah suami pula, ina usha2 suami dia cakap habis dalam RM250. MAK AI!!!!!!!!!! tapi sokkey la sebab cantik dan puas hati. Barang kot mahal.. Raga putih tu pun dah berapa kan. Tak pe la sayang , sekali je kita habis lepas ni dah tak der dah. Tunggu turn anak kita pula...cewaahh!!!!!!!! Tu je la nak kongsi, tq sudi baca :)

~wasalam~

14/12/14

Wedding Review : Makeup

Bismillah..
Hari ni mood nak berblog dah sampai. Tapi tak tahu nak story apa so, kita cerita pasal wedding hari tu je la ye. Lagipun, ina tak buat lagi kan Wedding Review ina yang lepas. Walaupun hakikatnya udah basi kok...Hahahahaa.
Kenapa ina tak ada mood nak update pasal wedding?? Pertama kalinya, ina geram dengan mak andam A.K.A sepupu tiri ina. Cam ner tu??Tak payah fikir la buat pening je. Ina geram dengan dia sebab masa wedding hari tu, dia tinggalkan majlis ina macam tu je atas alasan kene pergi makeup rumah pengantin yang lain. Mula-mula tu, agak cuak juga la sebab bukan ke mak andam kene stay sampai pengantin lelaki sampai baru boleh tinggalkan majlis. Ni tak, dia datang makeup pas tu terus blah. 
Pasal dia tinggal majlis ina ok lagi, tapi makeup dia nauzubillah minzalikh. Sampai abah ina cakap muka ina macam "bapok". Ok, betul la sepupu ina tu lelaki kan, tapi ramai juga yang cakap kalau pak andam yang makeup super cantik tapi, ina tengok kelaut juga. Maybe salah ina pilih dia.. huh nasib baik ina kahwin hari tu sebab nak low kan bujet. Kalau habis banyak, nak juga ina sembur depan-depan.. Sabar..sabar..sabar... 
Masa akad nikah, ina pergi makeup kat rumah pak andam tu. Balik dari makeup, saudara mara yang ada kat situ semua cakap ina nampak lain. Walaupun makeup dia cantik, tang mata bila tengok memang sedebik dengan "bapok". Ish...!!!!!! memang ina tak boleh terima. Lastly, mak sedara ina yang sampai malam tu dari kota bharu suruh ina basuh muka dan dia yang tolong tochup balik. Nasib baik dia datang awal kalau tak, macam muka "bapok" la ina malam tu. 
Tapi, kuasa allah maha besar. Allah tak nak ina berdosa kot sebab ina memang lupa nak ambil before ina buang makeup pak andam tu. So,selamat la dia dan ina pun tak berdosa...hehehe. Just nak lepas kan marah je...kui..kui..kui..

Yang hujung sebelah kanan tu la mak andam terjun ina. Dia memang suka solek menyolek tapi so much natural. Ina ada bagi tahu pak andam hari tu yang ina lebih suka pada natural. So, kalau natural mesti la warna mata tak meyerlah kan. Tapi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ada ke patut atas mata ina dia pakai warna turqoise... ergh!!!!!!!!!!!!!!ok la malas nak cerita.

tq sudi baca

~wasalam~

1/12/14

Wedding Review


Bismillah

Hahahahah hari ni baru nak update pasal wedding kita. Pasai apa?? Ina baru dapat copy dari adik ipar tu pasal tak update lagi. But, ina update rawak je sebab dah basi kan. Saja je nak simpan kenangan kat sini, kot2 anak cucu nak tengok nanti.. cewaahh!!!!

Selamat mencuci mata... hari ni kita tunjuk gambar je yer.. :)

Hantaran Kedua Belah Pihak



Solemnization



Bride's Reception



Outdoor

Terima kasih kepada keluarga, sahabat dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Alhamdulillah, majlis dah pun berlalu tapi bila tengok gambar-gambar kahwin ni, tetiba rasa macam baru semalam episod pertama kami sebagai suami isteri. Doakan kami bahagia hingga kesyurga ye..

~wasalam~