17/12/14

Wedding Review : Hand bouquet

Bismillah
Ina sambung pasal wedding hari tu ye. Hari ni kisahnya bertajuk Hand Bouquet ku seperti mix candy. Memang cantik cun melecun habis. Sampai berebut nak pegang. Aduhai... tak pe la, yang penting pengantin femes malam tu. Hahahahaah... 
Material dia, ina request nak guna kain FELT. 100 % ina nak guna FELT. Sebab kain dia tak keras dan rasa kemas je. Tambahan pula, warna warni dia tu buat ina jatuh cinta. Tapi tak leh lawan cinta ina pada suami lagi la....hahahahaha meroyan jap.

Officially ni la hand bouquet yang ina tempah. Dari segi warna 100% ina serahkan kepada akak Sekoci Norlie sebab ina dah blurr time tu. So, akak tu cakap warna yang akan dia buat olehnya. Ina just iakan aja!!!!!!!!!!!.. Malas nak fikir...hahahah. Bila sampai kat tangan ina, wow!!!!!!!!!! tanteknya.....rasa nak makan. hahahahaha. Dah macam mix candy pula. Bukan ina je rasa nak makan, anak sepupu ina siap berebut lagi masa malam akad nikah. Senget benget bunga hand bouquet ina malam tu...hahahahah.


Ha.... tengok jari dia tu tunjuk kat mana...hahahaha. Menangis taw dia malam tu sebab nak kan hand bouquet ina tu. Lastly, ina bagi je la sebab TOK KADI dah nak mulakan majlis. Alhamdulillah,sekali lafaz ina sah jadi isteri kepada ZULFIKRI BIN HJ MOHD RAWI. Syukur sangat sebab Allah pemudahkan urusan kami malam tu. Tak kan dilupakan setiap saat pun hari bahagia kami tu.


See,,,,senget benget bunga ina..hahahahha. Nak betulkan pun tak sempat sebab selepas akad nikah malam tu kalut-kalut nak masukkan telur dalam sarang bunga pahar. Pengantin yang gemuk!!!!!!!!! ok abaikan..hhehehehe


So, kat mana B2B boleh dapatkan hand bouquet yang tantek nie. Meh ina kongsikan

Blog Beliau : SekociNorlie

FB Beliau : SekociNorlie

Instagram Beliau : SekociNorlie


Insya'allah anda akan berpuas hati dengan hasil tangan yang diberikan. Semoga bisnes akak sekoci norlie berjalan lancar dan dimurahkan rezeki Allah Ta"ala..Amin~

~wasalam~

11 ulasan :

  1. Sekoci Norlie ni femes juga woooo. Cantek bunga dia walaupun senget benget. Hehehe.

    BalasPadam
  2. Kita penah try buat sendiri bouquet mcm ni tapi tah rase malas nk abeskan muahaha..menda ni kena rajin n kreatif baru mjadi..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ina pernah try... tapi alik2 malas pulak. time nk potong dan jahit.. hurmmm ^^,

      Padam
  3. Cik mah pun wat bunga ni utk customer cik mah

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang hb dah macam2 jenis kan che mah.. sampai pening nak pilih.. :)

      Padam
  4. cutenye HB keyna :D Lepas majlis, blh dah sewakan tu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha.. tak leh la Kak bie... bunga tu senget benget. Sekarang bunga tu ina dah tinggal kat melaka... :)

      Padam
  5. wahhhhh ~ cantiknyeeee.. kreatif sangat.. jimat tak payah nak beli bunga lain.. buat sendiri lagi senang ^^

    BalasPadam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)