15/12/14

Wedding Review : Hantaran

Bismillah
Ok, masuk part hantaran memang suka la nak cerita sebab titik peluh sendiri dengan my mom kan. Sebelah ina, full handmade sebab ina memang nak buat sendiri dan jimat. Sebelah suami, akak ipar beli barang dan BFF kak ipar ina yang gubah. Cantik wooo sebelah husband. Biasalah dah lama tak kenduri kan. Last kenduri dulu masa part abang ipar. Abang kepada suami. Masa tu tak silap umur suami 26 tahun. So, bilang sendiri la kalau suami ina kahwin masa 34 tahun. Berapa lama dah rumah mak mertua tak buat kenduri kahwin.. hehehehe.
Jadi, untuk membalas dendam akak ipar sepakat dengan adik beradiknya buat kasi gempak wedding suami. Geram... sebab hantaran sebelah suami memang tantek!!!!!!!!!! jeles..jeles..jeles.. kalau dekat, memang ina suruh kak ipar je yang buatkan...Tapi, alhamdulillah ramai juga yang puji ina punya hantaran sebab moden katanya!!!!!!!padahal tiru buku PENGANTIN je jah!!!!!..mana nak datang kretifnya kalau tak tengok contoh dan sample. Kelaut hadow la....
Pasal pemilihan bunga dan gubahan, mama serah 100 % kat ina. Mama suruh ina pilih ikut suka hati sebab mood pengantin kan.. dah sah-sah nak yang cantik je....hahahaha. So, round dua tiga tempat juga la nak survey bunga yang murah-murah kan. Lastly, jumpa yang murah terus grab. Masa nak combine colour tu agak pening juga la sebab hajat dihati memang nak TEMA purple. So, tanya kawan, tanya mak sedara semua setuju la dengan combination yang ina buat. Ramai yang cakap jarang orang buat...haaaaaa yang jarang tu la ina nak buat.. hahahahhaa RARE!!!!!!!!!
Belah suami pula, ina tak tetapkan warna but ina nak sangat ada kuning-kuning walaupun sikit. Alhamdulillah la, kak ipar ina faham... tak tahu la kenapa time nak kahwin tu kan nak sangat warna kuning...heheh maybe ada darah raja kot... KOYA je ok!!!!!!!!!!!!!hahahahaha
Panjang pula berceritanya. Meh la ina preview sikit HANTARAN ina masa wedding hari tu. Kot2 boleh bagi semangat kepada B2B nak handmade hantaran sendiri nanti kan... :)
SEBELAH INA

(DARK PURPLE + SOFT PEACH)





SEBELAH KERIY

(TURQUOISE + SOFT YELLOW)



Hantaran 9 berbalas 9 juga dipilih. Sebab nak nampak cantik masa nak ambil gambar kononya..Padahal photographer ina tak ambil pun. Just anak buah je yang jadi OP kitaorang haritu. Alhamdulillah jimat habis!!!!!!!...hehehhee.



Material yang digunakan untuk hantaran ina :

1. Polisterin bantal saiz L RM 4.50/9 biji.
2. Span untuk alas polisterin RM 3.20/semeter.
3. Kain baju melayu lelaki untuk alas (peach colours) RM 6/semeter.
4. Lace bunga (purple) RM 3.80/semeter.
5. Bunga telur kedua belah pihak ina beli RM 28.00/pcs.
6. Bunga untuk gubahan dalam lingkungan RM 50.00 mengikut saiz bunga.



Alhamdulillah sesangat jimat kan??Kalau tempah paling MINIMUM harga yang ina jumpa RM 45, barang kita pilih tapi tak boeh lebih dari harga. If lebih, kene tambah. Nasib baik dari awal lagi memang nak DIY... :)

Sebelah suami pula, ina usha2 suami dia cakap habis dalam RM250. MAK AI!!!!!!!!!! tapi sokkey la sebab cantik dan puas hati. Barang kot mahal.. Raga putih tu pun dah berapa kan. Tak pe la sayang , sekali je kita habis lepas ni dah tak der dah. Tunggu turn anak kita pula...cewaahh!!!!!!!! Tu je la nak kongsi, tq sudi baca :)

~wasalam~

6 ulasan :

  1. Kita pun DIY je hantaran kawen. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi kak nad tak share lagi... nak tengok juga kak nad punya hantaran... heheh :)

      Padam
  2. Yg belah husband ina mmg tantek..naik sangat kaler dia..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la pasal... pandai betul orang melaka combine colours kan kak... rasa mula2 tengok tu eh ada juga orang combine colours macam nie... ^^,

      Padam
  3. Balasan
    1. nanti inani nak kahwin, kene buat lagi lawa taw... :)

      Padam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)