29/07/16

Ak Family : Puasa & Raya 2016

Bismillah...
.
.
Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menulis, membalas komen dan melawat blog kawan-kawan. Lama juga tak update. Rasa rinduuuu sangat-sangat nak menulis. Tapi, kesuntukan masa, dan ruang sangat la mencemburui.
.
.
Berbalik kepada kisah puasa. Alhamdulillah puasa pertama sebagai seorang Ummi kepada anak teruna. Mencabar dan tercabar kita dibuatnya. Tambahan pula, PROJEK SUAMI ISTERI bermula di awal ramadhan dan syukur sangat sebab projek tersebut berjalan sangat lancar sampai kami berdua rasa macam diluar jangkaan.. Alhamdulillah, TQ Allah...Apa projek suami isteri tu..??? Nanti di hujung cerita kita share ya.
.
.
Raya pertama kami bersama si kecil Muhammad Haziq penuh bermakna dan hanya dapat di panjatkan dengan rasa syukur. Haziq sangat behave dan macam dah tahu-tahu je apa itu RAYA. Mana tak tahunya, bila ada orang bagi duit raya, Haziq akan pegang je.. sampai la dia akan letak bila jumpa mainan atau benda yang akan meralikkan mata dia.
.
.
Kalau kita atau suami yang ambil duit dari tangan dia, mau dia menjerit. Kadang-kadang Ummi Baba gelak dengan telatah Haziq yang tersangat la bijak. Walaupun jarang-jarang kena cubit manja dengan Ummi... hehhehehe
.
.
Raya tahun ke 3 kita sebagai isteri, turn tahun ni sebelah Melaka. Wow... sangat berbeza dengan Kelantan. Dari segi Ukhuwah tetap sama dan tiada beza. Tapi, dari segi penyediaan juadah hari raya memang tak boleh lawan. 4 jenis juadah atau lebih setiap rumah yang kita singgah. Sampai kita pun pelik kenapa la raya tahun ni perut kita macam tak kenyang-kenyang... hahahahahaha. Singgah je rumah sedara, wajib kita akan makan. Tak kisah la ketupat dengan apa je lauknya, mesti nak cuba... Memang heaven la kita dan suami makan. Haziq..????  huhuhu tengok je Ummi Baba besarkan badan... hehehe
.
.
Pada raya ke-3, kami sekeluarga bertolak balik ke Kelantan. Alhamdulillah, perjalan sangat la santai sebab lori masih bercuti. Jadi, kami sampai pun awal dari biasa. Allah permudahkan perjalanan kami.
.
.
Walaupun raya tahun ni sederhana je buat kami keluarga kecil, tapi kami tetap manfaatkan ukhuwah silaturahim sesama sanak saudara. Semoga raya akan datang, dapat kita kekalkan kesederhanaan tersebut.


.
.
Tema tahun ni dipilih oleh suami. In Black katanya. So, kita turutkan je la. Sebab dah tahu tu je warna kesukaan suami. Tapi, not for the next year ok... Haziq pun pakai hitam. Haahahhaha susah tau nak cari baju melayu full hitam. Mujurlah ada 1 IG yang kita jumpa tu jual romper baju melayu. Alhamdulillah, doakan keluarga kecil kami sihat, gembira, murah rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah ya.. "jika kita mendoakan muslim lain ke arah kebaikan, malaikat juga akan doa yang baik untuk kita" in shaa allah...
.
.
Oh ya, pasal projek suami isteri tu... Hurmm sebenarnya, sepanjang bulan puasa kami suami isteri berniaga di bazar ramadhan. Bazar kami betul-betul dalam Hospital Melaka. Alhamdulillah, unexpected sangat sambutannya. Rezeki Allah... ni tahun pertama kami berniaga di bulan puasa. In shaa allah, perancangan tahun depan jika masih dipanjangkan umur, kami tetap nak teruskan perniagaan kami. Tapi, kalau rezeki kita dapat kerja mungkin suami je la yang akan teruskan perniagaan tersebut..
.
.





.
.
Juadah kuih yang kita jual masa bulan puasa hari tu. Sebab tu la kita tak sempat nak layan blog. Balik berniaga pukul 10 malam. Ambil Haziq, sattle kemas terus nampak bantal. Fuhhh penat sangat, tapi berbaloi... Alhamdulillah... Haziq ikut sekali ke..??? Of cos tak...hospital agak keras, jadi sekali pun kita tak pernah bawa dia masa kita berniaga. Sepanjang bulan puasa kita bagi Haziq kat BS. BS tu mak sedara belah suami. Memang dia jaga anak cikgu, so kita tumpangkan Haziq sekali..
.
.
Jadi tu la kisah puasa dan raya dari AK FAMILY.  Semoga kita masih diberi kesempatan untuk merasa puasa dan raya pada tahun hadapan pula. Jari disusun, maaf dipinta jika diri yang  tidak sempurna ini pernah berkata kasar dan mengguris hati. Semoga segala kekurangan dapat diterima.
.
.
"SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR & BATIN"

DARI

AK FAMILY

wasalam... 

3 ulasan :

  1. selamat hari raya keyna..ensemmnye haziq!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq kak fadh... Hehehe naurah dan naufal comel...Selamat hari raya ke kak fadh

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)