20/01/15

Syafakillah

Bismillah..

Allahu...lamanya tak menaip. Nak buat preview wedding pun tak habis lagi. Nak story morry pasal kita habiskan cuti hujung tahun dengan suami pun tak terbuat. Balik dari melaka haritu, allah uji dengan pelbagai dugaan. Jadi, semuanya macam terbantut. Tapi, cuba gagahkan diri sebab tak nak nanti fikiran fikir yang bukan-bukan je :)

Ina tahu, kesakitan tu adalah sebahagian dari mencuci dosa-dosa kita. Ina redha dan ina harap kesakitan tu akan beransur dengan baik. Sebelum ni, ina ada update pasal "Kerusi Merah Beruang Merah" kan. Alhamdulillah, ina dah ok after one week ina sakit. Sampai tidur tak cukup, ulang alik ke tandas lebih dari 5 kali dan kat ofis pun sama sampai bos pun perasan. Why ina tak request MC?? Ina dapat offfer from doctor untuk MC 3 hari, sebab ina disyaki keracunan makanan actually, tapi ina tak nak MC sebab ina rasa boleh move on lagi.

Hari minggu, memang ina rehat 100% just wake up for solat and eating. Suami sendiri pun, tak berbalas SMS. Bila suami call tanya keadaan hanya air mata yang dapat ina luahkan sebab sedih sangat. Bukan sedih bila diuji, tapi bila kenangkan diri yang sakit, dan berjauhan dengan suami tuhan je tahu perasaan ni.

After one weeks, "Kerusi Merah Beruang Merah" pun dah reda. Tapi, ina diuji sekali lagi dengan demam after asar dan suhu badan mesti naik. Ya"allah 3 hari berturut-turut balik kerja ina tidur dan sedar je dah nak maghrib. Bila nak bangun tu semua urat-urat kat dalam badan ni macam sengal dan sakit. Ina ada juga dok fikir-fikir kot-kot salah makan. Tapi ina dah behave kalau bab makan. Sebab ina ni ada masalah angin dalam badan, so kalau salah makan benda berangin like kekacang or teh memang menempah la kesakitan tu.

Demam dah reda..alhamdulilah. After demam, sehari dua ni ina perasan something pula. Perut ina nyilu sangat dan pinggang sesangat la lenguh. I'm pregnant?? of cos not... sebab masa kat melaka hari tu, ina baru habis period. So, tak suspek sangat. Tapi, yang bermain difikiran "adakah aku sakit". Ina berfikir sejauh tu sebab nyilu tu sangat terasa bila ina nak duduk, nak cangkung, dan berjalan. Setiap langkah yang ina bergerak mesti terasa nyilu macam kene hiris-hiris. Allah... apakah ujian mu ini. 

Sekarang ni, ina just positif kan diri dan anggap semua ni hanya kesan sampingan nak period je kot. Kan??? hehehehe positif...positif...positif...Hope tak ada apa-apa la. Ina nak tunggu seminggu lagi, kalau tak hilang juga, ina akan jumpa doktor...Insya"allah...

"walaupun, orang tengok kita senyum belum tentu hati kita gembira.
Bila kita ketawa, sebenarnya hati kita sedih.
Tapi, jangan jadikan masalah tu satu kesusahan kerana kita ada Allah...
Biarkan kesakitan tu menjadi penawar untuk hati kita agar selalu HUSNUZHON pada Allah
Insya"allah akan dipermudahkan_NYA.... La-Tahzan"

wasalam

1 ulasan :

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)