21/01/15

Takut Allah Bagi Ujian

Bismillah
Kisah ni bersambung.. kalau tak faham kene #TEROBEK la kat sini dan sini . Kalau dah baca, mesti faham kenapa dan bagaimana sekarang. Actually, ina sebenarnya nak tunggu seminggu je lagi kalau-kalau sakit ni tak hilang kan. Tapi, semalam sesangat menyucuk perut ni sampai tak boleh nak tahan nyilunya. Jadi, terpaksa la ina pergi klinik untuk checkup. Masa tu tak nak la bagi tahu suami, takut dia risau. If anything bad, ina akan inform dia sebaik doktor sahkan.. Kalau ok, Alhamdulillah...
Masa ina sakit, tak ada benda lain dah dalam fikiran. Hanya fikir keluarga dan suami. Ya'Allah, dah la baru kahwin kan, baru je nak bahagia, baru je nak bercinta. Setiap kali berdoa, selalu mintak panjangkan umur sebab tak puas lagi nak bagi suami kasih sayang. Sebak jap...Sob..sob..sob.
Jadi, ina tak putus-putus mintak jangan lah ada penyakit yang bahaya. Ina takut!!!!!!!... ina pun tak sepenuhnya lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Ina kelu, ina sedih dan bengong jap. Apa salah ina sering diuji seperti ini. Kadang-kadang mengeluh lebih banyak dari bersyukur. Ina sedar semua tu.. Ina pun manusia biasa kan, tak lari dari semua kekhilafan.

Berbalik kepada perjumpaan ina dengan doktor yang cantik semalam, Alhamdulillah sudah terjawab semua. Tapi, doktor bukan Allah, beliau pun menjalankan tanggungjawab profesion dengan sebaik mungkin. Yang lain berserah pada yang esa...Insya"allah

Ina explain dari A-Z apa masalah ina. Sakit itu ini dan doktor tu ada tekan-tekan sikit kat abdomen ina. Memang perit dan sakit. Doktor tu macam tak puas hati. Muka dah nampak lain. Ya'Allah..ina dah cuak sebenarnya..

Kenapa ye doktor...

Saya takut awak ada Cyst...

Allahu akhbar.. tuhan je tahu betapa risaunya hati sebab before tu ada juga survey pasal cyst kan...tapi doktor tak bagi jaminan lagi sebab dia kata nak scan dulu. Ok, ina turutkan je. Asalkan kepastiannya ina dapat yang sahih. Masa tu la rasa nak ada suami kat sebelah sebagai pemberi semangat. Tapi ina kene kuat untuk diri sediri.. Hurmm... masuk bilik scan, ina disapukan gel kat perut...rasa macam nak cek preggy je pula... hehehehe. Doktor tu tenyeh..tenyeh alat dia kat perut ina. Geli lor.... hahahahaha... Tengok riak muka doktor yang macam puas hati ina macam tak sabar je nak tahu result. Dah la kita tak pandai nak tengok alat scan tu... hahahahahaha

Saya dah tengok, macam tak ada apa-apa. Biji atawpun ketulan memang tak ada. Mungkin awak gastrik angin. Tu pasal rasa nyilu.. Yang awak sakit pinggang tu, mungkin DUE PERIOD awak semakin hampir. Insya'allah saya yakin awak tak ada Cyst... Banyakkan minum air ye.. diakhiri dengan seyuman...:)

Apa perasaan ina????????????????mesti la lega!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Alhamdulillah sebab doktor cakap macam tu. Ina rasa kepala yang dah pening and loya-loya tu dah normal balik. Semangat pun dah ok... hehehehe... Dengar jawapan doktor yang yakin tu, ina rasa Subhanallah allah sayang aku lagi...Sebelum balik, doktor nak cek air kencing takut-takut kencing kotor kan. But, kencing pun normal dan ina diberi ubat angin dan tahan sakit. Balik ofis dengan kepuasan dan kesyukuran yang tinggi pada yang maha esa....:)

Allah said in Surah Al Baqarah:45

“And seek help in patience and prayer.”

Tetiba rindu kat suami...... 

Wasalam....

8 ulasan :

  1. Fuhhh ! Kita pun naik lega samaaaaa. Jaga diri baik baik Ina. Ubat tu jangan lupa makan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. tq kak nad... Alhamdulillah :)

      Padam
  2. jaga diri...semoga semuanya oke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin... ina pun harap macam tu :)

      Padam
  3. alhamdulillah...hopr ina sihat2 dan happy2 je k :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok mom to be...hehehe. Akak pun kene jaga diri juga taw... :)

      Padam
  4. take care dear hopefully takde pape da lepas ni...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hope fully... Hehehhe in try guna Furmon Cream kak nurul. tq akak... :)

      Padam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)