19/11/12

Temuduga Perajurit Muda 2012 Dalam Kenangan

Assalamualikum

Bismillah


Disebabkan entry ini mempunyai komen dan pembaca yang tinggi, dengan rasa merendah diri ina akan update entry ina dengan penulisan yang lebih ringkas dan mudah difahami. Semoga, pengalaman yang ina dapat ni dapat membantu korang yang bakal menghadapi interview perajurit muda kelak.



09.10.2012 : Tanggal di mana ina pergi interview untuk menjadi perajurit muda buat kali pertama. Walaupun masa ni dihalang oleh abah ina yang memang tak suka anak-anak dia ikut jejak dia, tapi ini la minat ina sejak kecik. Ina sukakan pakain beruniform. So, ina rasa jiwa ina ada tentera sangat kuat.

First interview ni, kami cuma diambil tinggi dan berat BMI sahaja. Tak ada latihan specifik lagi. Kalau berjaya pada peringkat pertama ni, pihak pengambilan perajurit akan submit surat kat rumah untuk dipanggil kembali bagi sesi interview yang kedua.

06.11.2012 : Masa tu dah petang. Tengok abah ina bawa balik surat. Tapi, ina tak tahu surat tu sapa punya. Lepas maghrib, baru ina perasan surat tu abah ina tinggal kat atas almari. Belek-belek rupanya nama ina dan ada cop ATM lagi. Mak aihhhh...!!!!!!!!!! Lompat-lompat la suka weh... Siap nangis2 lagi sebab happy kononya. Abah aku buat muka toya dia je la. Mama aku lain pula, dah rasa macam aku dapat la masuk Atm... Hurmmm....

09.11.2012 : Ina kene buat medical checkup sekali dengan X-ray. Sedih beb, ina dah la kena pergi sendiri, lepas tu doktor cakap kene buat pengesahan dengan pakar tulang kat Kota Bharu. Alamak.... Masa tu otak ligat dah tak tahu nak pergi dengan apa. Abah...??? memang don't know dah dia. Mama pula bukan pandai bawa kereta. Ina..??? tak ada lesen .... Hehehehehe

Tapi ALLAH ni maha mengetahui. Masa sattle buat X-Ray kat hospital daerah tempat ina, jumpa la satu family ni yang sama-sama daat offer macam ina. So, dengan manis mulut tanpa malu ina mintak nak tumpang. Siap tawar minyak kereta lagi. Alhamdulillah... Sampai la kami kat KB... Serah sampul X-Ray kat nurse yang ada kat situ untuk dapatkan pengesahan dari doktor yang berwajib. Paling sadis aku nak bagi tahu. Nama aku kat filem X-Ray salah pula time tu...Macam mana nak budak yang X-Ray aku kat hospital daerah tu boleh salah. Tak pasal-pasal kene ambil sekali lagi. Tai tak pe, demi benda yang aku minat, sanggup la aku buat X-Ray sekali lagi. Dah sattle semua, tunggu la filem yang baru siap plus dengan cop doktor. Nurse kat kaunter tu panggil ina sekali lagi.

Time tu ina fikir benda dah sattle la kan. Rupa-rupanya No Ic pula salah kau....!!!!!!!!!!!!! kau rasa....????? Aku rasa nak hempuk je filem tu atas meja. Tapi sabar lagi.... Nurse tu cakap, nanti masa interview explain la kat diorang yang aku dah buat X-Ray 2 kali dalam sehari. Jadi, nak tak nak aku angkut je la filem yang salah No Ic  tu balik rumah... 

16.11.2012 : Hari yang dinantikan. Seawal pagi ina dah terpacak kat DATARAN KEM DESA. Masa tu mama dan adik yang hantar. Nervous tak payah cakap la. Tengok diorang yang badan semua slim melim aku pula dah separuh kuih pau. Tapi, rezeki depan mata, selangkah kaki aku sekarang dah dalam ATM aku kene hadap dan tempuh.

KRONOLOGI :-

- beratur bertiga-tiga macam korang nak kawad tu. Yang mana pakai baju tanpa kolar dipersilakan balik terus. Tak akai kasut, balik juga. No compromise...Nama pun tentera, disiplin ketat.

-Masuk dewan untuk semak kelengkapan dokumen oleh Sel Pengambilan yang terlibat. Korang tak payah nak kelentong diorang la. Lupa itu ini, sebab diorang tak layan benda remeh. Even korang cakap saya lupa, saya tertinggal ke apa memang korang dipersilakan balik.

-Lepas sattle semak dokumen, kami diberi kepada 9 kumpulan. Calon yang asalnya 90 just tinggal 87 je. Sebab apa... ??? macam ina explain tak di la kalau korang tak lengkap or disiplin korang hancur korang akan diarahkan balik serta merta. So, korang get prepare sebaik mungkin sebelum pergi interview apa-apa je.

-Ina termasuk dalam Kumpulan pertama. Dan kami ada 9 orang semuanya, mempunyai latar belakang berbeza, kelulusan berbeza cuma kami ada keiginan yang sama iaitu nak jadi askar... Boleh gitu... ????Hahahahaha

-Kami di arahkan bergerak dalam kumpulan dan menuju ke kawasan lapang. Dalam 500 m juga la dari tempat kami berkumpul awal-awal tak di. Kami diberi arahan ringkas apa yang kami lakukan sepanjang hari tersebut.

-Beberapa pemeriksaan akan dijalankan untuk tengok kesihatan, mental dan fizikal. Korang kalau awal-awal memang akan terkejut la macam ina. Rasa nak nangis, nak tarik diri semua ada. Tu pasal mental kene kuat Ok...!!!!!

Antara pemeriksaan yang akan kami buat ialah :-

-tekanan darah
-mata
-gigi
-X-ray (just tengok filem yang kita dah buat masa awal-awal dulu)
-Tk ( macam jasmani exercise je. Lari2 pastu lompat PT)
-Periksa telinga
-Periksa Dalaman (Perempuan pun kene, lelaki apatah lagi sebab benda wajib)
-Periksa Gigi
-Periksa Tapak Kaki (yang ni buat aku sedih, sebab last checkup ni la aku tak buat dan sebab benda ni aku..... Korang kene baca sampai habis).

Dalam tengah hari lepas zohor gitu, sattle la kami punya checkup. Dari 9 orang yang masa awal-awal tak di, group kami tinggal 8 je...Sebabnya ada sorang tu tarik diri tak tahan buat TK dibawah matahari nan anas berdengkang.

Tapi, sekali lagi ina mention, dalam checking takdi kami tertinggal 1 je yang kami tak buat. Actually bukan kami tak nak buat, tapi tak tahu la macam mana bahagian unit resat ( Bahagian medical) boleh terlepas pandang group kami yang pertama ni.

Sattle semua, kami gerak balik ke dataran tempat mula-mula kami kumpul dulu untuk ujian IQ test. Ujian kau... bukan main-main. Dok jarak-jarak dan korang tak payah mimpi la nak meniru ke nak jenguk sebelah ke. Memang tak kan sempatnya.

IQ test siap, kami diberi no INDEX setiap sorang. Index ni kononya macam no badan la kalau korang betul-betul rekrut kan. Dan no index ni la diorang akan guna sepanjang korang dalam pemilihan tu. Nak buat apa no index ni...???? Jap lagi ina kene buat aktiviti lasak. Lasak sangat ke...???? Korang mesti pernah dengar kan kene lari berkilo-kilo, tekan tubi semua tu kan. Haaaaa.... ni la yang ina pun takut masa daat surat pemilihan dulu. Takut lari semput, tekan tubi cium tanah dan sebagianya.

Masa tu nak dekat mahgrib, perkara yang aku tak sangka ada dean aku. Siapa..??? Abah aku la.... dia datang senyap-senyap tengok aku buat training. Hahahha tapi ok la sekurangnya dia bagi support masa aku nak start berlari kan....:)

Semua dah dapat no index, lapor diri siap kami dileaskan untuk larian 2.3Km. Masa yang diberikan tidak kurang dari 15Minit. Kau rasa aku dapat buat... ???? Semput wehhhh.... Ina xsuka la lari-lari. Main bola jaring ok lagi...Hahahaaha. So, sampai garisan penamat, catatan aku 20 minit 40 saat. Masa tu aku dah redha kalau tak dapat. Aku memang xleh berlari jarak jauh. Dan profession aku dalam sukan pun lebih kepada bola jaring..Kah..kah..kah

Tunggu punya tunggu result, lastly diorang umum akan ambil masa 22 minit kebawah. Dah terbeliak mata aku. Eh... aku ingat kene balik rumah dah. Ruanya rezeki ada lagi...Alhamdulillah.

Next latihan, masuk dewan dan cari partner untuk buat seat up dan tekan tubi. Seat up aku win la, tapi tekan tubi, bontot aku je naik badan tinggal kat lantai... Hahahahaahha. Tapi tu tak jadi masalah kata pegawai semakan masa, cumanya diorang nak kita push diri kita supaya kita dapat buat.

Latihan terakhir, sebelum korang serah borang lulus latihan korang beserta no Index korang. Tekanan untuk kekuatan tangan. Korang pegang palang ke atas dan imbang badan korang. Aku 2,3 kali jatuh. Tai, pegawai tu suruh aku buat juga sampai berjaya. Aku dapat buat memang bangga habis la... Sebab aku rasa impian aku dah tercapai. Tapi..........!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku masuk dewa semula nak kemas sampul untuk diserahkan kepada pegawai bertugas. Sedih....aku yang 8 orang takdi dipanggil semula untuk buat checkup semula. Bukan buat semua, tapi buat yang aku mention awal takdi. Medical lupa nak cek tapak kaki kami. Dan disitu la mulanya allah nak tunjuk kat aku askar bukan rezeki untuk aku.

Menangis aku dalam bilik medical bila doktor cakap tapak kaki aku macam tapak itik. Dari 8 orang dalam kumpulan yang lepas hanya 5. Sedih, marah, syukur semua ada.. Allah maha mengetahui. Aku balik semula ke dewan dan balik dengan hati yang hancur... 

So, kesimpulan dari temuduga aku ni aku dapat pengalaman baru. Pengalaman yang bermakna dalam hidup aku. Aku mungkin dah musnahkan impian mama aku nak tengok anak dia jadi askar, tapi aku usaha untuk banggakan mama dan abah aku dengan cara lain. Siapa sangka, aku dapat interview kerja lain. Kerja yang betul-betul kene dengan course yang aku belajar. Kerja kerajaan bawah kerajaan negeri kelantan. Itu la namanya rezeki milik Allah.. Kita sebagai hambanya mampu usaha, yang mengizinkannya adalah ALLAH...

Good Luck for buddyz yang akan pergi ke pemilihan perajurit muda. Semoga dengan semangat yang korang bawa, akan memberi rezeki kat korang. Ina doakan rezeki milik korang. So, yang mana tanya ina dapat ke tak pemilihan tu, jawapnnya TIDAK..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. hahahhaaha....

~wasalam~

58 ulasan :

  1. FATIMAH AZAHRA BT ABD MANAP24 Januari 2014 pada 8:01 PG

    ASSAlamualaikum wbt ina....tabik hormat pada ina dengan semangat pahlawan yang menyala2..hehe.......
    dalam hidup nie kita kena yakin bahawa rezeki kita telah allah swt tetapkan..hehe
    mudah-mudahan ina berjaya dlm ape jua bidang yg diceburi|!!!
    1 angkatan tetap gagah dan setia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih akak fatimah.. alhamdulillah walupun cita2 utama nk jadi pejuang negara xkesampain, sekurg2nya cita2 no 2 tercapai... terima kasih kak.. :)

      Padam
    2. akak ni tentera ke bkn ? sya konfius la .. kapten ur pangkat ap ? nape ckp x dpat jdi pejuang negara ?

      Padam
    3. tanpa nama : kan saya dah mention kat situ yang saya xlepas pemilihan akhir.... mcm mana nak ada pngkat kalau pemilihan akhir pun xlepas sebab kaki....haiyoooo....!!!!!!!!!!!

      Padam
    4. Assalamualaikum kak. Kak saya nak tnya pasal ujian fizikal bab gigi tu.. cane nak lulus ye? Dgr kata. X leh lebih dri dua gigi y blubang .. mohon pencerahan. Urgent sgt2. Makaseh kak.

      Padam
    5. Assalamualaikum kak. Kak saya nak tnya pasal ujian fizikal bab gigi tu.. cane nak lulus ye? Dgr kata. X leh lebih dri dua gigi y blubang .. mohon pencerahan. Urgent sgt2. Makaseh kak.

      Padam
    6. Assalamualaikum kak 8/2 ni saya di panggil temuduga tudm wanita boleh tolong bagi tips

      Padam
  2. Salam kak ina ..
    Teruja baca kisah kak .
    Semoga kak & keluarga dirahmati Allah swt .
    D0akan saya dapat melepasi ujian2 mcm yg akak dah lalui pada 25hb Februari 14 ni .
    Terima kasih byk2 kak .
    Semangat akak buat semangat sy makin kuat ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. @shima shiemot... alhamdulillah.. k.ina doakan awak berjaya.. hehe k.ina smpai skrg still lagi nk jadi tentera. tapi banyak komitmen. huhhuuu... buat elok2 taw.. i'allah pasti kamu berjaya...

      Padam
    2. Assalamualaikum kak nor arena.. akak? Saya nak tanya sikit ble? Bab cek gigi tu. Cane ea nak lulus? Bab saya dengar x ble lebih dri dua gigi blubang. Mohon pencerahan kak. Bab sya pun dh apply utk pemilihan awal perajurit muda. Mohon pencerahan.. urgent. Terima kasih kak.

      Padam
  3. Salam..nk tnya..ms ujian IQ..die tnya ap?nk kn prepare la..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam @fae scorpio .. ujian IQ tu lebih kepada personaliti dan displin diri. pasal lencana dan pangkat pun ada juga... tapi xsusah pun... hehehe. cuma, math tu agak mencabar... do it ur best!!!!!!!!!

      Padam
  4. Salam..nk tnya..ms ujian IQ..die tnya ap?nk kn prepare la..huhu

    BalasPadam
  5. Mse ujian kcergasan tu, die x strict sgt ke? Asalkn boleh je ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam @siti syazana.... ujian kecergasan bagi perempuan memang xketat. tapi dia rekrut kita macam dh dalam tentera.... hahhahaha. masa tu kngn je yg ina dapat... memang best. sebab ina ni anak tentera, so xkisah la kalau kene tocer2 kepala kan. ujian kecergasan tu dia nak 2.4km dalam masa 14minit (tapi ina xdapat pun 14minit) hahahahhaahha... gud luck syazana :)

      Padam
    2. Ok. Trima ksih. Sy pegi pmilihan akhir 22/2 ni. Takot pun ade. Sebab xde geng. Hehe

      Padam
    3. hai siti syazana. Awk pmilihan nanti dkt mana?

      Padam
    4. sy pon dpt jgk 22 nie.. tp dkt KL...

      Padam
  6. Sy pon xd rzki..
    mse medical tulang blkg bengkok..
    tp sy nk cube luruskan n cube lg..
    amin..l

    BalasPadam
  7. assalamualaikum... kak... sy lelaki... nk tny cikit psl pengalaman time akak rekrut boleh?? sbb sy akn melapor diri kt kem pusasda pd 8/11/2014 ni... boleh cite cikit tk... supaya sy boleh ready cikit.. time kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam obek lali...

      akak actually xder la sampai kene melapor diri lagi... sebab perempuan dia buat pemilihan akhir dekat kem je... Kalau ikut pengalaman cousin akak yang baru lepas habis rekrut, dia akan cek semua semula. Daripada berat sampai pt jasmani kita. Tapi dia akan lebih kepada kecergasan la sebab kalau kat sana lemah, lembik memang dia akan buang. Sia2 je la kan... :) gud luck... semoga ada rezeki awak..

      Padam
  8. salam kak. 26/3 ni ada pemilihan perajurit muda. jadi saya nak pergi. sebab cita cita kita sama. hahaha cuma nak tanya pengalam untuk bahagian ujian IQ tu macam mana ye? harap dapat maklumbalas dari kakak. ni wasap saya 01124009423. tq kak

    BalasPadam
  9. Urin test kalau tak lepas mase pemilihan akhir mcm mane??ape tindakan dorang??

    BalasPadam
    Balasan
    1. one of my friend hari tu sangkut juga urine. dia pregnant tapi dia tak tahu sebenarnya yang dia pregnant... so, lepas +ve test tu dia xdapat continue for the next test la....:)

      kalau sangkut sebab dadah ataw kes lain, saya tak sure sebab kami diasingkan masa tu lelaki dan perempuan.

      Padam
  10. kalau spek power 400 boleh masuk tak? sebab saya lepas semua syarat except rabun!!! mcm mana ni ?! teringin sangat nk jd doktor askar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doktor??? Alahai mintak pegawai la.. ataupun SPA. mcm cousin saya aplly spa dan dapat la jadi HA kat resat. Doktor xsure la awak..

      Padam
  11. haha,,nak tanya masa akak gi interview tu yg lelaki banyak ke yg pakai seluar slack

    BalasPadam
  12. haha,,nak tanya masa akak gi interview tu yg lelaki banyak ke yg pakai seluar slack

    BalasPadam
  13. Salam sis Ena, sy zek dri psir piteh kelantan, sy rasa u pun asal dari area sy ni jugak, sy nak tanye utk tudm.. sy dapat utk ke pemilihan akhir siri 55/16.. mintak u pm i cpt2..urgently. wechat id: zack_lovera

    BalasPadam
  14. jenis tapak kaki pon ambil kira ke kak ?

    BalasPadam
  15. jenis tapak kaki pon ambil kira ke kak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau saya dulu kira. Jenis tapak itik memang akan direject sebab bahaya untuk saraf.. askar ni banyak berdiri dan hentak kaki. Kalau jenis tapak itik akan membahayakan individu tu.

      Padam
  16. SALAM
    hai kak.. sy berhajat nak g pemilihan awal TD pada 1 ogos ini kt kl...nak tnya sikit, dari segi pemakaian dia..cmna ye? baju kurung eh? pastu kasut bertutup kalau takde tumit takpe ke? TQ kak kalo sudi whatsapp sy hawa 0129250493.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tgok pemilihan tersebut.. pemilihan awal asas ataupun traning... kalau asas mcm nak timbang berat dan BMI je.. tu pakai baju kurung xpe... kalau traning kena pakai pakaian bersukan. Kalau baju kurung mmg kena pakai kasut bertutup. Kalau bersukan seluar track dan baju berkolar putih

      Padam
  17. Nak tanya...
    Bagaimana pekerjaan bagi tudm wanita? Adakah sibuknya sama seperti lelaki?
    Kalau sibuk macam mana pulak masa depan dengan keluarga? Nanti anak terabai ke?
    Hanya nak tahu....
    Terima Kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf.. soalan awak saya tak boleh nak jawab. Sebab saya bukan army. So, sibuknya army tu saya tak boleh nak describe..

      Tapi, apa yang saya boleh kongsikan, setiap pekerjaan ada sibuknya. Dan macam mana kita nak manage keluarga tu yang kita kena survey. So, bukan kerana kerja kita abaikan keluarga atau apa je yg kita rasa macam ahhh tak sempat. Tapi, cara kita nak handle sesuatu benda.Kerja penting kekuarga penting sebab dua2 amanah. Kalau rasa xboleh nak handle juga, solusinya tak perlu kerja.. Mungkin suami je yang cari rezeki.. Wallhualam... terima kasih kerana sudi singgah ya :)

      Padam
  18. besok 8 hb . Da intrview untuk pertama. sampul surat haram takde lgsung. Haihhh.

    BalasPadam
  19. besok 8 hb . Da intrview untuk pertama. sampul surat haram takde lgsung. Haihhh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampul surat dan setem sekali tau.. In shaa allah semoga ada rezeki awak.. Make sure mental kena nanti..

      Padam
  20. assalam kak. kalo temuduga untuk pengambilan awal TD ni dio test gapo jah? ado skali gn lari 2.4 km tu ko? ko kiro bmi jah? sebab dio suruh paka baju kolar gn slua slack jah. tq kak.

    BalasPadam
  21. Salam kak , sy 22hb10 nie sy berhajat nak prgi permilihan awal TD . Tapi sy ada masalah rabun mata sebelah . sebelah lagi ok . Dia reject jgk ke ? Harap balas tq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslam.. gud luck ya.
      Tapi fizikal memang ketat. If tak nampak memang kene reject. But, tak salah nak try. Mana tahu rezeki awak dapat. Saya pun mata rosak kiri 100 kanan 50. Tapi tak tahu la macam mana boleh lepas. Yang tak lepas kaki pula.. choiii

      Padam
  22. Assalamualaikum kak..nk tnye..sye dpat intrview ke2 tudm..check tinggi dn berat lgi ke nnti? Mohon reply

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seingat saya dah tak ada.. terus kepada medical checkup dan latihan PT

      Padam
  23. Assalamualaikum kak..nk tnye..sye dpat intrview ke2 tudm..check tinggi dn berat lgi ke nnti? Mohon reply

    BalasPadam
  24. klau tdm skrg still check flat floot ka akak?sbb sya dah trpilih ke pemilihan akhir..tpi sya nk cuba jgk rezeki siapa tau kan.

    BalasPadam
  25. as salam dik..sedihnya akak baca citer adik ni...sebak sangat2 dan terharu dan bangga pun ada dik..terima kasih atas sharing adik ni..insya Allah anak akak akn pergi pemilihan akhir ni pada 14 mac ni nanti..doakan dia berjaya ye..cuma risaukan beratnya tak lepas sbb terlebih sikit. semoga usaha dia untuk turunkan lagi sikit beratnya berjaya sebelum 14 mac tu nanti..

    BalasPadam
  26. Salam kak ina nak tanya sikit . Boleh wasep saya tak ? 01111912219 . Nak tanya soalan sikit

    BalasPadam
  27. salam kak ina. saya mastura dari kelantan. dalam bulan 10 nanti ada temuduga terbuka untuk tudm. mungkin ujian medical checkup nya sama. saya ada sikit soalan y sulit. harap kak ina dapat membantu saya. kak ina boleh wasup saya di no 0145105857. trima kasih kak ina

    BalasPadam
  28. Sit up dan push up kena buat brpa yer?

    BalasPadam
  29. salam... nak tanya bab gigi... kalau gigi yg blubang tu kna tampal or cabut ? lebi 2 gigi bermasalah..

    BalasPadam
  30. hyee masih aktif lagi takk. nak tanya soalan ni. kalau iv tentera ni, kalau disuruh buat tekan tubi, perempuan ada tekan tubi tersendiri. tapi kalau pemilihan tentera ni, perempuan tekan tubi macam lelaki tak?

    BalasPadam
  31. hyee masih aktif lagi takk. nak tanya soalan ni. kalau iv tentera ni, kalau disuruh buat tekan tubi, perempuan ada tekan tubi tersendiri. tapi kalau pemilihan tentera ni, perempuan tekan tubi macam lelaki tak?

    BalasPadam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)