Selamat Hari Lahir yg ke-82 buat Tuan Guru Dato' Seri Bentara Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim...
Semoga dipanjangkn umur dn dpermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T dlm mentadbir negeri dn melayan kerenah rakyatnya serta tabah dn sabar dlm mghadapi segala dugaan dn cabaran dlm memperjuangkn agama ISLAM..kami rakyat Kelantan sentiasa mendoakn semoga Tok Guru dberi kesihatan yg berpanjangan..
“Hidup ini tumpang menumpang...disitulah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, disitu ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita..alangkah kerdilnya kita dibumi Allah SWT...maka siapalah kita untuk menolak agama Allah.”
salam ukhuwah dari arena... hari ni ina mmg boring sgt2... sementara tunggu komputer smpai, ina xder kerja tetap lagi la....just tolong2 senior ina je... sambil2 key in data, ina nk berblog la kejap..hehhehhe...
antara data yang di key in...huhuhu ramai betul yg mohon tanah kerajaan ni... smpai beribu2... jumlah anggaran 17 ribu...tapi mungkin bnyak lagi..arhhhh kesian pegawai2 tanah nk kene wat kerja tanpa henti..hahahhaha :P
ok, ina bukan nak cerita pasal kerja, tapi ina nak berkongsi tentang seorang yang dikagumi oleh seluruh masyarakat di kelantan dan juga dunia. ulama yang disanjung dan ilmunya tidak pernak lokek untuk berkongsi. keluarga ina memang amat menghormati beliau...
hehehe... beliau ialah tuan guru NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT. beliau adalah ulamak terkemuka di dunia. sape yang tidak mengenali beliau. boleh dikatakan semua inginkan berjumpa dengan beliau. bukan ape, beliau adalah seorang yang humble dan sopan. itulah sikap seorang pemimpin.
hari ini, 10 januari 2013 adalah hari ulang tahun kelahiran beliau yang ke 82. cukup tua umurnya, tapi pemikiran beliau masih utuh seperti pohon yang tegak berdiri!! allah huakhbar....hanya yang dipilih oleh pencipta untuk menikmati hari2 yang seterusnya sehingga hari kiamat...nauzubillah....
sekarang ina dah bekerja dengan kerajaan negeri. of course ina boleh jumpa dengan dia..sebab pejabat beliau sebelah je dengan ibu pejabat ina....hahahha. alhamdulillah.... ya'allah sungguh teruja hati ini... :)
kenapa sy kagum sangat2... jom let see!!!! kata2 mutiara seorang ulama bukan sekadar pemimpin tapi seorang yang berilmu....
- Bismillah, sesungguhnya usia adalah nikmat yang akan ditanya oleh Allah SWT. Semakin bertambah usia seseorang, ertinya semakin banyak persoalan yg perlu dijawab di hadapanNya nanti, biarlah nikmat kehidupan yg diberikan ini menjadi saksi bahawa kita telah melakukan amalan soleh di dunia ini, insya allah..
- 'Kebahagiaan ni ialah harta yang tidak boleh dibeli... Belakang rumah saya ada suami isteri, sudah berusia, tidur' belaga belakang', tapi dari muda sampai ke tua, bahagia tak bercerai berai... Tapi ada orang yang kaya, rumah besar, bercerai berai... '- YAB Tuan Guru di majlis penyampaian watikah perlantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan di Hotel Grand View, 8/1/2013
- "Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelusuk dunia Insya-Allah." - TGNA
- 'Kalau boleh, kita pemegang amanah ini berwudhuk sepanjang menjalankan tugas, kalau boleh setiap masa menjaga wudhuk, dan tolong jangan hisap rokok.... Saya sangat2 tidak berkenan pimpinan yang merokok...' - YAB Tuan Guru di majlis penyampaian watikah perlantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan di Hotel Grand View, 8/1/2013..
- 'Kerajaan ialah ibarat pohon besar... Setiap pohon ada akarnya, kuatnya pohon ialah kerana kekuatan ajar. Ahli-ahli majlis kerajaan tempatan ialah akar tunjang yang berperanan menguatkan kerajaan...' - YAB Tuan Guru di majlis penyampaian watikah perlantikan ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan di Hotel Grand View, 8/1/2013.
tu la antara rangkuman ucapan beliau...ina xnk komen pape, anda baca, anda nilai, hehhehe... salam khamis..ina nak balik dah..
salam ukhuwah~
terima ksih kerana sudi melawat blog ina....
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)