30/04/13

~Jom Mengundi~




hari ni entry ina adalah berkisahkan isu panas 2013 iaitu SIAPAKAH PM baru kita...

siapakah yg akan memegang kerusi kabinet bagi penggal ini???


PRU13 akan menjelma xlama lagi. pada tanggal 5.5.13 adalah tarikh keramat bagi semua menteri kabinet, menteri yang tercalon, YB2 kawasan parlimen dan dun bakal mengetahui siapakah yg lebih improve liability masing2 "cewaaaaahh"..hahahha. ina harap, yg ina sokong akan menang di kawasan dun & parlimen. insya'allah....amin~

hari mengundi nti, ina ada tanggungjawab yg perlu dilaksanakn sebagai rakyat malaysia, dan sebagai petugas SPR. tapi bukan ina je taw.... kawan2 yang layak mengundi pun, mesti kene keluar mengundi. jagn simpan IC kat rumah pulak... :P. (kali pertama dapat mengundi..kehkehkeh excited cikit ). 

kat kawasan kampung2 pun tengah sibuk berkempen dan pasang bendera. tapi ina memang respek sbb diorang menghormati hak asasi diorang sebagai penyokong sebuah politik. xperlu la kan sampai nak bagaduh, berebut tempat, boikot bendera yg dah dipasang. xder faedah pun.... habis mengundi, xkan kita nak bermasam muka kan???haaa..semua tu ada kesan taw kalau kita buat kerja "bodoh".



baguskan??? xberebut, pasang cantik2. lepas habis semuanya lipat
leklok simpan untuk berkempen 4 tahun lagi.heheheh


masa mengundi, kawan2 kene bawak IC taw. untuk semakan dan rujukan kakitangan SPR. lepas tu tangan kita akan dicalit dengan dakwat kekal. xthu la lama mane boleh kekal nya. kawan2 xperlu risau sebab dakwat kekal ni sah untuk solat walaupun kekal dan disahkan oleh   disini. 

barang yg akan digunakan untuk calit jari korang. ceeewaah.. cm nak operate pulak :P


lepas tu pulak, korang akan diberi, kertas untuk mengundi. tengok betul2 sebab korang akan dapat dua kertas undi yang merujuk pada kertas undi bagi DUN & PARLIMEN. korang kene pangkah pada calon yg korang berkenan. bukan pangkah pada calon korang xsuka ( tu zaman sekolah je k)hehehehehe.."tandakan right pada yang betul dan pangkah pada jawapan yg salah" zaman SPM ada la....kehkehkeh....



dah selesai masukkan dalam peti undi, korang balik rumah buat la solat hajat agar calon yg korang pilih tu menang ok!!!!!!!!!... gud luck....semoga allah memberi keberkatan pada undian kita semua. pilih lah pemimpin yg layak untuk pimpin negara kita. jangan kerana satu undi kita menyesal kelak.


“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali[1] dengan meninggalkan orang-orang mukmin. barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali Karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. dan Hanya kepada Allah kembali (mu).   Katakanlah: “Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah Mengetahui”. Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”[2].


ina cuma nak satu je. sesiapa je yg memerintah malaysia berikanlah kami

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ya Allah Ya tuhan kami, Ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan Kami Zahir ban Batin.Ya Allah ampunkanlah Dosa kami, Dosa Kedua Ibu Bapa Kami, Dosa Keluarga kami,Dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat Islam yang telah mati dan yang masih hidup.

Ya Allah Ya Tuhan kami, pohonkan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah s.a.wdan kami meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah. S.a.w.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami pohonkanlah Syurga tanpa Hisab dan berikanlah kekuatan,Taufik dan Hidayah kepada kami kearahnya,selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami kearah Neraka

Lahaula Qhuwata IllaBillah HilAaliyil Aazimm

Ya Allah,Ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin,Berikanlah kekuatan Taufik dan Hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami,tambahkanlah Ya Allah kepada kami Ilmu, Iman dan Amal-amal kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, kami pohonkan kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi menafaat,Rezeki yang Halal, Anak yang Soleh, Rumahtangga yang Bahagia, Usia yang Berkat, Doa yang mustajab, Hajat yang tertunai,
Kesihatan yang berterusan, Hutang yang terbayar keselamatan didunia dan di Akhirat nanti.
Ya allah Ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku dihati kami,hidupkan hati ini , sampaikanlah hati ini kepada Engkau, Sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami,selamatkanlah hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami perkara-perkara yang mematikan hati kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedariakan hakikat Ketuhanan dan Kerajaan Engkau dan masa depan kami di Akhirat nanti.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini, hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti,dan jadikanlah kami hambamu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, Hidupkanlah kami dalam iman , dan matikanlah kami dalam Iman,selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan Syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa berada didalam kubur,jadikanlah kami salah satu taman dari Syurga, selamatkanlah kami dari segala azab kubur,
dan janganlah engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang lubang Neraka.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar ,selamatkan kami Ya Allah semasa di Padang Mahsyar,dan masukkanlah kami kedalam Tujuh Golongan orang yang mendapat bayangan naungan Arshy Engkau.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Ampunkanlah dosa kami ,dan maafkanlah kesilapan kami Zahir dan Batin semasa kami dijalankan Hisab,Hisabkanlah kami Ya Allah dengan Hisab yang sedikit,berikanlah peluang kepada kami untuk mendapat Syafaat Nabi kami, Nabi Muhammad s.a.w.

Ya Allah, Ya Tuhan kami,jadikanlah hambamu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan Amal dengan tangan kanan.
Ya Alah, Ya Tuhan kami, berikanlah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami Al-Khauthar ,selamatkanlah kami semasa menyeberangi Titian Siratulmustaqim.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
masukkanlah kami ke dalam Syurga Engkau bersama-sama dengan orang yang memasuki kedalamnya.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, Perkenanlah permohonan kami ini,Mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat Nabi kami Nabi Muhammad s.a.w.dengan berkatnya amalan kami yang paling Ikhlas.


Subha Narobika Robbal Qngirzati Amma Yasifunn

~wassalam~

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)