25/09/13

Kuasa Allah VS Ilmu Hitam


Diriwayat oleh Abu Musa al-Asy'ari r.a bahawa Rasulullah s.w.a. bersabda: "Tidak akan masuk syurga penagih khamar juga tidak akan masuk syurga orang yang percaya kepada sihir sebagaimana halnya tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim".


Ulama'telah membahagikan sihir kepada 8 bahagian:

1. Sihir orang-orang kildan dan kisydan yang menyembah 7 bintang.

2. Sihir orang-orang yang berilusi dan berjiwa kuat.

3. Meminta bantuan dengan roh-roh rendah ya'ni jin.

4. Khayal,hipnopsis atau silap mata.

5. Perbuatan aneh yang nampak dari penyusunan alat-alat berdasarkan ukuran- ukuran tententu.

6. Menggunakan ubat-ubat khusus ya'ni dalam berbagai-bagai bentuk makanan dan minyak.

7. Menggantungkan ke hati mangsa bahawa si tukang sihir mengetahui nama dan
apabila muncul rasa takut maka akan lemah pula kekuatan pancaindera mangsa.

8. Mendekat dengan cara yang ringan dan lembut.Ini telah menjadi perkara lumrah di kalangan masyarakat.


Jenis-Jenis Sihir Dan Pengaruhnya Terhadap Mangsa Dan Cara Rawatan

1.Memisahkan suami isteri dengan sihir

2. Guna-guna atau sihir percintaan

3. Memperdayakan pandangan silap mata(hipnotis)

4. Sihir yang membuat gila

5. Sihir membuat orang tidak bermaya

6. Sihir mendengar panggilan

7.Sihir membuat penyakit

8. Sihir melakukan pendarahan

9. Sihir menahan penikahan


Sihir Memisahkan Suami Isteri
Takrif dan pengertiannya
Sihir yang digunakan untuk memisahkan atau menceraikan suami isteri dengan menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau dua orang rakan kongsi.

Jenis-jenis sihir memisah

1) Memutuskan hubungan seseorang dengan ibunya.

2) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya

3) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya

4) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawan nya

5) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam peniagaan atau
seumpamanya

6) Memisahkan antara suami dengan isterinya.


Tanda-tanda sihir pemisah

1) Perubahan secara tiba-tiba dari cinta menjadi benci

2) Berlaku keraguan antara suami isteri

3) Enggan meminta maaf

4) Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebab itu sebenarnya kecil.

5) Pandangan buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya sehingga seorang suami melihat isterinya sangat hodoh walaupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik

6) Orang yang kena sihir benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami atau isterinya  


Oleh: Ustaz Syarhan Syafie (INFO DARI)

kepada sahabat ina, dan suaminya ina harap kalian berdua kuat menempuhi semua dugaan ini. i'allah kami dari belakang akan berdoa dan harapan kami ezzah sembuh seperti dulu. 

ezzah seorang yang have fun, crazy mezzy, smiling,and lasser. we all luv u ezzah... (kami tunggu ezzah yang dulu)


wedding ezzah 08.09.13 (baru lagi kan) before wedding ezzah memang dah sakit. ni pun info dari mamber dia yang sekarang ni follow up pasal ezzah.. ina jauh, so dapat information pun from  her. lepas berubat bagai, ezzah kawin dengan suami dia. then diorang berpindah ke rumah baru area --- lepas kawin dalam beberapa hari je, ezzah sakit balik, dan smpai ke hari ini, ezzah still macam tu jugak. kesian suami dia... dah blurr mybe. yela, baru kawin dapat ujian yang berat cam ni kan.. ya'allah ringankanlah beban pasangan muda ini.

kepada readers dan blokwalking, yg singgah di blog ina, doakan sahabat ina sembuh dari penyakit sihir ini. i'allah... :'(

~wasalam~


2 ulasan :

  1. harap2 dipelihara dari semua sihir :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. i'allah kak.... ina pun harap mcm tu... hurmm terkejut ina dgn berita ni pagi tak di.... :(

      Padam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)