5/09/13

Review # DIY Pelamin Tunang


bismillah...

kawan2 ina sihat ke semua??? alhamdulillah.. harapan ina agar semua readers berada dalam lindunganNYA..i'allah... amin~

hari ni entry ina about E-DAY ina pada 31 ogos 2013 bersamaan dengan hari kemerdekaan . sebenarnya, untuk readers ina yang baru kenal ina, majlis bertunang ni pada hakikatnya hanya la majlis merisik sahaja. tapi disebabkan atas dasar2 dan perbincangan kami kedua belah pihak, kami bersetuju untuk terus mengikat tali pertunangan. alhamdulillah allah permudahkan lagi urusan kami :)

entry hari ni pasal DIY PELAMIN. pelamin ina ni just aa simple idea. buat dan hemtam. syukur ke hadrat ilahi sebab allah bagi kejutan kat ina. tok sedara ina yang ex wedding planner balik gara2 nak celebrate majlis ina. ya'allah terharu.... tok sedara ina ni stay kat kuaantan. so, ina just call dan bagi tahu je la yang ina nak bertunang. tapi xsuruh pun balik...hehehhehe. xnak susahkan diorang.... alhamdulillah semuanya lebih baik dari apa yang ina sekeluarga rancang. :)

jom kenal ngan tok sedara ina..ada kat bawah ni...hehehehhe
ha tengok tu. semangat habis....hehehe. kisahnya dulu, dia seorang wedding planner. boleh dikatakan otai la. tapi bila dah mencecah umur 50, dia dah xnak. katanya, nak kejar pahala dan nak buat amalan untuk mati pulak.. alhamdulillah... 

so sekarang dah xder pengganti dia. barang2 wedding kat rumah tok sedara ina berhabuk dan reput sendirinya. tok sedara ina ni xada anak. just ada dua orang anak angkat. tu pun masing2 ada kerjaya sendiri... :)

dari segi hiasan, kain fudge merah dan putih tu memang dah lama ina beli. mama jahit lace roll untuk senang gantung kat batang sliding. ina malas la nak paku2 dan tarik dawai. hehehe...
panjang kain fudge yang ina guna 2 meter ke bawah. banyak lagi lebih sebenarnya. tapi, xpe la boleh cover bahagian bawah lantai. memang xterfikir pun. mujur la mama bagi cadangan masa ina nak beli dulu2... :)

paper wheel tu pun ina dah siap masa bulan 4 lagi. dok terperap dalam plastik hitam (plastik sampah)..hahahha.. xsangka ina akan guna paper wheel seawal ni. nasib baik dah siap awal2... just cantumkan dan tampal dolly paper kat tengah2 paper wheel tu je..simple je kan ???
bunga kat pasu tu ina sewa. sebab xthu nak letak bunga camner. last2 terfikir bunga jambak besar cam nie... ina sewa dengan NADA BRIDAL. jauh taw ina pergi amek..hehehhe... pasu tu sendirian berhad. rompak pasu mama...
bila dah setting out betul2 paper wheel tu, baru la kitorang crete bahagian bawah pulak. nampak x lebihan kain kat bawah tu?? haaaa tahu x, kalau nak nampak kain tu cm flow je, letak benda berat2 cikit. baru kain tu jatuh dengan cantik. tu pun tok sedara ina yang ajar..hahahahahha.. ina bukan tahu pape.. :P
dah sattle semua decoration tu, so ape lagi bahagian bawah pelamin la plak kan... kat bawah tu, ina xank bagi serabut sangat. takut bila ambil gambar xnampak ina. nampak bunga dan hiasan je..hehehe. perasan jap.. :P

so bhagian bawah mini pelamin ina jadi cam ni.....
:
:
:
:
:
:
:
::just to make a simple ::

kepada readers yang bakal bertunang, msti kawan2 nak fikir pasal bujet dan simple2 je kan. ok ina nak share la pendapat ina. bila kawan2 dah bincang dengan pasangan masing2 bila nak bertunag, firstly kawan2 kene fikir nak DIY or TEMPAH. depends mengikut kemampuan bukan kehendak. lagipun bertunang ni bukan kene jemput smpai 500 orang.. heheh.

::kalau nak DIY ::

* listkan barang yang nak digunakan. kalau dah ada take a note dan right pada barang yang dah ada. takut nanti terbeli pula

*beli barang yang patut je dan barang tu mesti kita akan guna. kalau was2 xpayah beli lagi.

*kalau rasa pelamin tu nak buat sendiri, kawan2 boleh beli kain awal2. sebab kain tu xda la mahal sangat. i'allah mampu milik la..heheh macam jual rumah

*nak DIY ni kene usaha. give up tu kadang2 ada la kan.. tapi i'allah untuk hari bahagia kita mesti bersemangat :)

alhamdulillah... bakal kak ipar yang sarungkan..

B2B next year!!!!!!!!!!!!

~wasalam~


2 ulasan :

  1. Cantik la pelamin ni, simple je.....;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. simple,murah dan jimat cikna. Ramai girls area kampung ina yang pinjam kain tu untuk event diorang. Kain tu ina bagi pinjam je, sewa2 rasa xsesuai!!!!.. hehehe :)

      Padam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)