24/02/14

Persiapan Dan Hukum


bismillah.... alhamdulillah.

semuanya berjalan lancar walaupun dalam keadaan yg serba nervous. xthu la kenapa nervous semaca je. padahal lambat lagi.. hahahaha.

mgkin perasaan ni juga akan dirasai oleh B2B lain juga kan...  apa yg diharapkan ina, agar semua perkara berjalan lancar. walaupun apa yang dirancang ada perubahan sedikit.(wamakaru"wamakarullah wallahukhaoiran makirin) allah merancang, kita pun rancang, tapi ingt perancgn allah lebih baik dari segalanya...i'allah.

baru2 ni ina dapat wassap dari butik KOLEKSI SULAMAN YATI. butik ni la tailor utk baju nikah ina. alhamdulillah, teaser dia ina dh tengok. rasa excited nk tgok depan2. oppps sebelum terlupa, ina tempah sepasang dan veil... hope semuanya seperti yang ina request. ina request baju dress ala princess gitu je.. simple tapi cantik. ina bujet baju tu boleh buat pakai g ofis pulak nanti. kalau xpun utk raya.. hahahaha. (jimat kan)

ha... ni la teaser yg akak tu wassap. u olls pun kene tgok teaser jugak la. hahaha. full view tggu after everything sattle k... :)

tema ina soft blue tapi org kampung cakap biru awan. entah la awan apa. gelap ke, cerah ker, awan nano ker.. hahahaha. yg penting biru lembut la sbb request colour biru lembut.. kenapa ina pilih biru sebagai tema akad nikah ina??? 

sebab yg pertama :
ina memang decide nak pakai dress ni kalau ada function apa2 je. termasuklah dinner or majlis kahwin kawan2. so, xpayah susah nak cari baju cantik kan. selagi muat pakai, selagi xmengandung, boleh je pakai.. hehehe. 

sebab yang kedua :
ina tengok dah terlalu biasa orang pakai off white and so on la asal putih je. hehehe. so, nak kan kelainan. bila dh ada kelainan nk pakai time bercuti, jalan2 kat pantai pun xrasa segan.. (bujet honeymoon dah tu).

sebab yang ketiga :
warna ni juga di request oleh my lovely mom.... sebab dia kata nampak lembut je... so, yg pakai ni lembut ke x, tggu sampai masanya k... hahahaha

itu la sebab2 utama kenapa ina pilih sky blue. harap2 la bila sampai nanti dress + veil tu muat dengan ina. sebab baju tu ina bagi ukuran masa bulan 12 lagi... takut2 la lemak tepu dah bertambah tepu.... hehehe. ape2 pun, semuanya berjalan dengan lancar..alhamdulillah.

second things pulak, ina ada tempah baju kendara (baju yg org2 buat kerja time kenduri tu la). mula2 ina tempak 10 helai je. hadoi, balik kampung hari tu, mama cakap macam xcukup. so, ina kene tempah lagi la... i'allah tengok dulu yg first order macam mana. kalau puas hati, kita tempah lagi dengan kedai yang sama. everything dihujung jari.(i love online order). just penat g bank je. servey, bukak internet u olls survey la sepuas hati.. hahahah...

ni baju kendara pilihan ina. simple but nice. boleh tinggalkan kenangan bila si pemakai pakai masa minum kedai kopi, pakai time main sepak tkraw, pakai time gi toreh getah... hahahaha. (suka hati la pakcik nak pakai time bila. yg pasti time kenduri kena pakai ye)

tujuan baju ni dibuat untuk membezakan orang2 yang tolong time kenduri tu nanti... so, boleh bezakan la tetamu dengan kendaranya. ina kat kampung xada buat katering or tempah pelayan bagai (membazir). everything saudara mara yang masak and handle. jimat habis ko...(dh dia tlg kenduri kita, xkan xank bagi kot cenderahati) ada.... tapi tu lepas semua majlis selesai la... ina pun dah siap beli cenderahati tu.. nak tahu apa?? nanti ina kongsikan ok!!!!!!...

kepada bride to be yang tengah kusut kepala, dah banyak kali ina pesan kan, beli slow2. kalau nak beli sekaligus, memang rasa la money tu keluar banyak.. beli sebulan satu benda. i'allah sattle punya (walaupun ina kdg2 rasa juga serabut tu). biasa la fitrah seorang wanita yang bakal bergelar isteri... :)

peringatan bersama2 untuk bakal pengantin... hopefully sangat2 u olls baca of this... bukan nak takutkan ataw ape, tapi lebih baik kan sebuah perkahwinan itu dapat barakah allah ta'ala dengan mengamalkan sunnah2nya... ina banyak juga la servey pasal ni before nak kahwin. takut ina pun lalai.so, ina nk share la kalau2 ada yang sesama ina masih tercari2 jawapannya kan...

1. memakai inai di jari

ina pernah share before entry ni. tapi peringatan kembali, semoga kita sama2 beringat2. haram ke perempuan pakai inai?? ni jawapannya k...

1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula,corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.



2. memakai bulu mata palsu :

waaa... cantik kan bulu mata ni.. ina pun teringin. tapi palsu...kenapa??ni jawapannya k...

“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)

Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.

Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.

Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.


3. memakai baju yang meleret di lantai :
sapa xnak pakai baju ala puteri gini kan... rasa manja sangat2... tapi kan xelok.. kenapa ??? ni jawapannya k..

Daripada Ibnu `Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah tidak melihat kepada orang yang mengheret pakaiannya kerana sombong

Daripada `Abdillah bin `Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya orang yang mengheret pakaiannya dengan sombong Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat nanti.”


Dengan itu jelaslah bahawa maksud sebenar larangan di dalam hadits ini adalah supaya tidak berlaku sombong tidak kira dengan apa jua cara sekali pun. Gambaran yang diberikan dalam hadits tadi menunjukkan cara menyombong dengan menggunakan pakaian, sekiranya handphone terbaru dan tercanggih, ipad atau alat-alat lain yang tiada pada zaman Nabi s.a.w. menjadi alat menyatakan kesombongan seseorang pada masa ini maka ia juga termasuk dalam larangan ini. Semuanya bergantung kepada niat seseorang, apatah lagi jika ia sudah menjadi lambang atau simbolik kesombongan. Inilah sebagai salah usul dari Nabi s.a.w. supaya menjaga hati agar tidak sombong dan sesuatu yang membawa kepada kesombongan seperti pakaian dan sebagainya juga tidak harus dipakai.


jadi, jika masih diberi kesempatan, mari la kita sama2 ubah yer... bukan untuk sesiapa kita berpakaian cantik, tapi hanyala untuk meraikan hari bahagia kita bersama2 keluarga tercinta dan suami tersayang... kecantikkan kita tu kan hanya untuk suami... so, lepas ni nak sangat2 cantik, time suami balik kerja pakai la cantik2 biar suami tu stay at home je 24 jam... hehehe... muhasabah untuk diri ina dan kawan2 yang sudi baca blog ina.... :)

~wasalam~

2 ulasan :

  1. salam ina...mesti tengah berdebar-debar kan...akak dah lalui proses ni...just relax dan buat apa yang kita plan...tak perlu rushing...insyaAllah lepas majlis tu nanti...mesti teringat-ingat je sweet moment dalam tempoh preparation ni ;) akak doakan semua berjalan lancar

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam kak wawa.... heheheh berdebar sangat2 sis... tapi buat2 cool je. xnak nervous sangat takut habis kerja2 preparation terbantut... alhamdulillah terima kasih kak doakan ina... amin2... heheh :) tahniah utk akak wawa juga... xsabar nak baca entry akak pasal persiapan wedding akak... :)

      Padam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)