24/09/14

Kerjaku Sebagai Penolong Pegawai Tanah


Bismillah

Hari ni nak share jugak pasal kerja. Bila kepala stress langsung xleh nak fokus. Kalau mengadap blog rasa tenang je jiwa lepas tu kepala jadi ringan macam tak ada masalah padahal kerja bertambun. Tapi, kita bukannya robot boleh paksa otak untuk bekerja kalau dah stress melampau nanti darah tingginya naik susah... 

Apa itu Penolong Pegawai Tanah??

Bertanggungjawab menerima dan memproses permohonan pengambilan balik tanah untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Agensi-agensi Kerajaan, mengawasi pelaksanaan kerja-kerja penempatan dan memperakukan kepada Pemungut Hasil Tanah atau pengesahan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Ukur bagi penempatan terakhir, memproses permohonan tanah, lesen pendudukan sementara dan permit, terlibat dalam urusan pendaftaran hak milik dan urusan tanah, urusan penguatkuasaan dan tugas-tugas lain yang diarahkan

Kalau mana2 adik2 yang dapat jawatan ni, dalam SPA8 kene tahu la yer... Ni jangan main jadi bidan terjun je. Biar berilmu walaupun result tak berapa gempak masa belajar dulu. hahaha itu la prinsip ina masa ditemuduga dulu. Xsemestinya result xgempak, tak ada rezeki untuk kerja. Fikir positive i'allah... Banyakkan berdoa kerana allah akan rindukan hambanya yang menadah tangan kepadaNYA.

Ina kerja bukan under SPA8, tapi dibawah kerajaan negeri Kelantan. Masa tu ada jawatan kosong tapi berstatus kontrak. It's ok la, mama dan abah suruh try siap diorang pulak tu gi beli borang. hahahaha (nampak sangat xbersungguh). Bukan apa, masa tu dok dengar cakap orang itu ini la.. hehehe. 

Alhamdulillah, ina dapat sampai ke interview. Masa tu gelabah weh sebab xbiasa di interview oleh gomen directly. Biasa SPA8, panel dia sikit je.. ni sampai 4 orang kot!!!!! debar den... Masuk bilik tengok semua serius ina dah macam rasa kecik2 je badan ni. huhuu walaupun masa tu dah 78KG.

Mereka tanya pasal peribadi, pengalaman dan keputusan result belajar dulu. Hurmm yang tu biasa la kan. Tapi ada satu kenangan yang tak kan ina lupa,masa interview hari tu. 

kisahnya :

Panel : kenapa awak nak sangat kerja ni sedangkan awak dah kerja sekarang??

Aku : hurmm cik, kerja saya sekarang, hanya mampu tanggung saya je.blablabla... lepas tu saya ada adik yang perlukan duit dan blablabla.. saya ank sulung rasa tanggungjawab tu besar dan blablabla..kalau family saya mampu, lebih baik saya sambung belajar je kan..

 (masa tu air mata dah nak banjir, tapi pelik pulak bila tengok ketua panel menangis. Eh, aku bukan nak buat movie kat sini, tapi cerita yang sebenar. Alik2 dia ke tandas and keluar semula)

Panel : ok, saya nak bagi kerja ni kat awak tapi apa komitment awak untuk saya?

Aku : saya ni fresh graduate baru je setahun jagung cik, pengalaman baru 5 bulan. Kalau encik yakin dengan pengalaman saya, i'allah saya akan bagi yang terbaik (confident). 

Panel : awak tahu kerja awak ni hanya kontrak dan bila2 masa awak akan dihentikan??

Aku : pengalaman dengan gomen tu lagi penting cik. Kalau lepas ni saya dihentikan, sekurang-kurangnya saya bawa nama PTG kelantan.

Panel : OK.. TERIMA KASIH

Ina keluar dengan perasaan "eh cam tu je ke" hahahah masa tu blurr dapat ke x nie. Xpe la rezeki allah mana kita tahu. Keluar jumpa mama sebab mama yang temankan aku. Tengok mama baru je lepas baca YAAsin. Alhamdulillah itulah kekuatan aku :)

Kerja aku sekarang, sebagai Pelukis Pelan. Lebih kepada pelan dan srategi. I'allah best kerja ni, cuma mata penat sampai Power Mata pun dah naik.. hahaha

Kerja ku...Haaaa nampak itu pelan.. heehhe kami guna Software AutoCad. Sangat adventure masa belajar software ni dulu.:)

Tu je nak kongsi sebab nak hilangkan tekanan stress tengok fail belambak. TQ juga sudi baca entry ina yang panjang ina bebel..

~wasalam~

2 ulasan :

  1. wah.. keyna kerja di ptg kelantan ye? :) Tahniah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kisah dah berkurun ni cik bie...heheh tetiba pulak rasa nk share :)

      a'ah cik bie,PTG kelantan tapi kontrak lagi.... hehehehe. cik bie kerja di PTG jugak ke???

      Padam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)