7/09/14

Miscarriage @ Keguguran


Bismillah

Alhamdulillah setelah 2 minggu berehat dirumah, rasa segar kembali untuk menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Maaf agak skema sedikit kata2 hari ni disebabkan lidah berasa kelu nak berstory dan kongsi cerita pasal tajuk diatas...hehe

OK, back to normal. Ina bercuti panjang akibat keguguran yang xdisangka. OPPPS sebelum berkata apa2 baik ina explain dulu k. Ina sedih juga sebab ni kan fisrt baby dan first pregnancy untuk ina dan suami. Tipu la kalau ina katakan yang ina xmenangis dan xrindu akan moments sepanjang mengandungkan anak ina walaupun hanya 9 minggu.

Ina bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasa untuk menjadi ibu. YES ina akui, sangat2 happy. Tipu la kalau ibu2 yang hamil cakap xgembira kan. Kalau xhappy meh ina lekuk atas dahi biar sedar sikit yang baby tu adalah anugerah allah yang xterhingga dan rezeki untuk keluarga. Walaupun hanya 9 minggu, banyak kenangan kami bersama. Bila ina nak solat, ina ajak baby sama2 dan bila ina sorang2 ina borak dengan baby taw. Sangat2 merindui saat tu. But ina perlu serahkan semua pada yang esa dan alhamdulillah disaat baby ina hampir keluar, ina serah sepenuhnya keredhaan pada allah sebab masa tu sakit yang teramat sangat sampai satu tahap tiada air mata yang keluar akibat menahan kesakitan yang luar biasa dan belum pernah dialami.

Mesti ramai nak tahu kan kenapa ina boleh keguguran??(bujet macam ramai je nak baca kisah ina ni). OK, ina pun xtahu dimana salah ina sewaktu mengandungkan baby ina tu. Tapi yang pasti dari segi makanan, kesihatan, dan perbuatan alhamdulillah ina dah cuba sedaya upaya untuk menjaganya. Allah lebih maha berkuasa dimana "kun fayakun" ke atas hambanya,maka jadilah ia. Syukur...syukur..syukur bukan semua orang boleh merasai perasaan apa yang ina rasa sekarang. Semua yang terjadi terlalu pantas, dan setiap detik yang berlaku ina harapkan menjadi sejarah buat suami. 

Kisah pasal suami pula, mula2 ina tahu baby dah meninggal dalam perut, langsung xada air mata yang mengalir. Seperti redha menanti setiap yang dibait2kan oleh doktor. Tapi sekuat manalah ina sebagai wanita yang lemah. Akhirnya air mata tu mengalir setelah sampai dirumah disaat ina bagi tahu suami apa yang dah berlaku. Suami tabah dan redha. Ina banyak dapat kekuatan dari suami dan nasihat dari keluarga. SERIUS, ina xrasa sunyi. Kata-kata suami yang ina sematkan dalam hati ina apabila suami memujuk ina "sayang, anak kita berada disyurga yang kekal. Sayang kene kuat dan abang yakin kita dah ada wakil di sana" Boleh bayang kan apa yang ina rasa?? .

Kronologi kisah ina ni terlalu pantas. Mama ina pun dah pesan, xpayah la ambil gambar or simpan apa2 yang boleh buat kita ingat pada dia. Ina redha dan selalu berdoa agar anak ina bahagia disana. "tunggu umi dan baba disana ye syg".


Kronologi Keguguran ina :

Rabu ( 20.08.14) : Disaat aku dan suami mengira detik di mana aku dan suami akan diikiat tali pertunangn. Semuanya indah dan aku pula dikejutkan dengan spot bleeding  di seluar dalam. Masa tu, aku baru nak balik kerja. Rasa nak buang air kencing, aku terus ke tandas. Terperasan ada spot bleeding kat citu. Dalam hati, hope always getting better. Aku xnk fikir yang bukan2 sebab aku percaya pada kuasa dan ketentuan allah. Balik rumah sewa dengan tanda tanya.

Khamis ( 21.08.14 ) : Pagi yang dingin dan kesejukan melampau sehingga back bone aku sakit yang tak terkata. Hanya zikir dan linangan air mata yang aku mampu luahkan. Perlukah aku berehat ataw kerja aje??. Disebabkan aku seorang yang malas untuk ke klinik dan amek mc, aku kuatkan semangat untuk pergi kerja. Terperasan bleeding tu semakin banyak. SO, aku decide kalau tengah hari bleeding ni still on, aku kene pergi klinik juga. Apa yang aku fikirkan tetap berlaku. Balik dari breakfast, rasa nak buang air kecil dan terperasan spot bleeding tu dah semakin banyak. Dalam istilah perubatan dah macam slight bleeding. Aku risau dan terus ke klinik. Doktor explain itu dan ini aku hanya mampu menjadi pendengar yang terbaik. Aku juga sempat menitiskan air mata disaat aku melihat baby aku masih lagi bergerak. Paling terasa di hati yang dalam ini, itu jugalah kali pertama dan terakhir aku dapat tengok baby aku gerak2 dalam rahim aku. Doktor bagi aku mc dan suruh aku rehat sebanyak yang mungkin.

Jumaat ( 22.08.14) : After magrib, aku rasa macam segugut. Eh nak period ke?? xmungkin la kan. aku ke bilik air untuk berwuduk. Masa nak baung air kecil, terperasan ada ketulan macam (hati ayam) tapi xbesar sangat pun. aku panggil mama suruh tengok dan mama dah cuak sebab dia tak pernah gugur. Jadi kisah ni baru first time untuk kami berdua. Mama suruh siap2 nak g hospital. aku berkeras xnk pergi hospital sebab aku risau kalau2 kene tahan ward (itulah kedegilan aku). Kami pergi ke klinik pakar sakit puan. Doktor scan then, dia cakap baby aku is gone. Apa perasaan anda?? aku terkejut tapi aku xthu kenapa aku xnangis. Aku balik rumah dan suami call tanya pasal checkup tu. Masa tu la, baru air mata yang aku rasa macam hujan xberhenti2 keluar dengan mencurah2nya. Sekuat2 suami aku, aku dapat dengar yang dia pun menangis. Tapi apa boleh buat itu dah bahagian kami. Mungkin ada hikmah.

Sabtu (24.08.14) : Aku dan mama sekali lagi ke hospital kerajaan sebab mama xberpuas hati dengan checkup doktor yang semalam. Aku just ikut sebab dah xada perasaan. Dalam hati masih mencari sebuah harapan. Doktor cek jalan , tapi rahim masih lagi ok. Doktor bagi result 50-50 sebab dia xberani nak cakap 100%. Aku hanya mampu angguk dan ikut je. Aku dapat MC seminggu untuk rehat dan dtg checkup untuk minggu yang seterusnya. Pukul 12mlm, aku rasa back bones sakit ya'allah. Perut  memulas dengan sekuatnya nauzubillah allah je yang tahu. Aku yang keseorangan menahan kesakitan. Mama, aku dah suruh tidur awal2 sebab mama ada darah tinggi. Allah je yg tahu berapa liter air mata yang keluar akibat menahan kesakitan yang belum pernah aku rasa. Beberapa jam sebelum subuh, aku terpaksa teran sebab xtahan dengan kesakitan. Dengan satu kali teran, aku dapat rasa air keluar dan kain batik yang aku pakai tu basah. Rupa2nya air ketuban yang pecah. Aku hanya berehat di bilik air sambil usap2 perut untuk kali terakhir. Akhirnya janin yang masih lagi keputihan, tapi cukup sempurna keluar dengan selamat (disaat azan subuh berkumandang dan aku dapat dengar dengan jelas bait2 laungan azan tu). Aku sempat tengok yang janin aku tu ada mata, tangan dan kaki. Cuma kekuatan aku agak lemah masa tu sebab terlampau penat jadi xsempat nak pegang. Mama ambil dengan "PAD" dan janin tu hancur disebabkan terlampau lembut. Perjuangan aku masih belum selesai sebab sarung janin masih belum keluar. Darah beku dah memenuhi ruang bilik air. Aku teran dengan sedikit tenaga sahaja dan finally semuanya keluar dengan sempurna. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab xperlu buat D&C. Jadi, aku just perlu pantang macam orang bersalin je.

Sepanjang pantang, suami ina sempat menjaga ina selama seminggu. Suami ina juga layan je kerenah ina yang menggila sebab kenakalan. Yela, gugur kan xsakit dan xpenat macam bersalin. Jadi nakal2 dengan suami tu sudah menjadi kemestian nak hilangkan rasa sedih. Ina makan pun macam orang pantang, mandi dengan air rebusan pandan dan banyak lagi la daun2 yang mama ina campur. Paling xleh terima kenyataan bila kene minum air perahan batang pisang kelat. Function dia, untuk menghakis sisa2 keguguran  yang melekat di dinding rahim. Ina pun baru tahu sebab petua orang2 kampung xsalah ikut kan??. Banyak juga pantang larang yang ina ikut sampai kadang2 eh rimas pun ada.. hahaha. tapi apa boleh buat kene terima.

MC dua minggu pun ina xthu nak buat apa. Tapi banyak kan masa untuk berehat. Badan still lagi lemah dalam seminggu tu. Minyak panas xlekang disisi ina. Paling suka bila nak makan or minum semua orang hidang. Tapi segan nak mintak dengan mama jadi, ina dera suami ina la... hehehe. (not dera macam pukul2 tu). Ina habiskan dua minggu ni dengan berehat dan berehat. Keluar rumah pun x taw. Takut bentan kata orang tua. 

Masih ingat set hamil TRIMESTER 1 yang ina pernah update sebelum ni?? hurmmm alhamdulillah xpayah membazir taw sebab ruap2nya set ni pun boleh diamkan untuk keguguran. Jadi ina berpantang dengan set keguguran shaklee sekali lagi. Rasa badan lebih segar dan stamina pun makin kuat. Cuma xboleh nak gasak sangat la sebab rahim kat dalam perut tu masih lemah. i'allah ina akan jaga sebaik mungkin.

Terima kasih kepada yang masih sudi melawat blog ina walaupun dah hampir dua minggu tak update. Hari ni ina kembali lagi... rindddddduuuu nak menaippp!!!!!!!!!. Kepada yang baca entry ni, doakan ina taw agar dapat zuriat yang baik soleh dan solehah. Apa yang berlaku ina ambil sebagai ujian ke atas ina sebab ina pun bukan manusia sempurna. Ina bersyukur kerana dikurniakan keluarga, suami dan kawan2 yang banyak bagi support sepanjang ina berpantang. love u all!!!!!!!!!!!

tq sudi baca entry ina yang panjang nie.. lalalalalalalallaa

~wasalam~

6 ulasan :

  1. alhamdulillah selamat..., insyaAllah dilain masa,

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih dienn... :)i'allah mudah mudahan dengan izin allah ta'ala... :)

      Padam
  2. terkejut bace Insyallah ada lagi rezeki Ina lg nanti..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq eh dah tukar nama? hehehe tq mrs nurulasyraf :) i'allah mudah-mudahan dengan izin allah... hehehe

      Padam
  3. yaAllah ina terkejut fadh bace..ina sabar yer..in syaAllah ade rezeki kemudian nnt..doakan fadh yer..fadh pown risau awal trimester ni...baru balik dr bandung pulak tu..naik flight sume..harap baby kuat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilllah kak fadh, ina lega sebab semuanya xder pape. lagi risau kalau kene D&C taw... kak fadh jaga baby elok2 k. sebab doktor ada pesan kat ina hari tu, kalau baby dari 2 bulan nk masuk ke 3 bulan memerlukan kekuatan rahim yang kuat. so, klau dah masuk 8 tu, kak fadh banyak kan rehat taw.. jgn gasak macam ina... hehehee... doakan ina dpt baby lagi ye... :)i'allah

      Padam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)