18/09/15

Alahan Mengandung Anak Kedua



Bismillah

Kalau korang follow kisah ina dari awal, mesti korang akan terbaca pasal kisah ina yang pernah gugur masa anak pertama dulu. So, anak pertama dulu pun ina ada juga alahan cuma kurang teruk berbanding dengan anak kedua. Kesimpulan ina, mungkin setiap kandungan akan mengalami alahan yang tidak sama. Jadi, tak payah risau la kalau anak first loya, anak kedua kuat makan. Dah nama pun anak tu pertama, kedua dan ke berapa pun tak semestinya anak tu lahir dari rahim yang sama, akan menunjukkan reaction yang sama kan..

So, perbezaan alahan ina untuk anak kedua sangat kelakar dan dramatik. Mungkin sebab masa sebelum mengandung suami suka loyar buruk dengan ina, jadi ina pula adalah mangsa keadaan suami dok melayan je jadi terpalit la ke anak.

Masa awal-awal nak tahu pregnant tu, ina ada dua hari lagi nak period. Masa tu, mulut ni asal la rasa nak makan DURIAN CREPE. Padahal ina tak makan durian taw...(nak cakap kerek la tu). Sumpah weh ina memang tak makan durian percayalah~..(versi Dato siti). Tapi, suami pernah la makan depan ina siap buat action kononya sedap sangat la durian crepe tu kan. Macam iklan makan ayam KFC sampai pejam mata. Si bini pula, tutup hidung sebab tak tahan bau..(sabor je la dengan suami kitew..)

Bila suatu hari tu, ina bagi tahu suami yang ina nak sangat makan DURIAN CREPE, suami gelak besar. Ina buat muka bodoh je la sebab dah tahu mesti kene gelak punya. Orang yang tak makan durian, tetiba request nak makan durian...(pelik sangat ke...??). So, pergi tesco peringgit dapat la makan durian crepe tu tanpa dikongsi dengan suami. Empat ketul ina bedal sorang... suami dok gelak-gelak sambil layan Takoyaki dia. Huh... suami ku yang selalu kene lenyek punya perangai... Kadang-kadang rasa nak gusti je.... hahhahahaha

Itu alahan dan tanda pertama ina perasan perubahan pada diri . Perubahan kedua, ina selalunya kalau nak period, akan jadi kuat makan dan badan jadi berpeluh. Macam marathon gitu peluhnya. Tapi, hari sepatutnya ina period badan ina panas sampai suhu 38 darjah ++ tak ingat. Dalam hati monolong sorang-sorang "asal aku ni nak demam ke pulak". Tak apa la kalau allah nak bagi kifarah pun, sebab boleh hapuskan dosa. 

Lewat period 4 hari, dah rasa lain. Badan lemau dan loya je. Makan macam memilih dan bau yang goreng-goreng lagi la perasaan nak kepit je hidung dengan penyepit baju. Mandi pula, tak leh lama nanti rasa macam nak lemas...(Teruk nau mandi dengan shower nak lemas...hahahha ).

Dah lewat period, test pakai clear blue rupanya ada nyawa kecil.... Patut la pelik sangat perangainya... Allah bagi rezeki kat kami, tapi masa tu tak expect pun... Tu yang dah rasa lain macam baru test... Allah, syukur sangat la kan. Sebab usaha dah, tawakal yang paling penting doa memang tak pernah putus....(tQ Allah sebab pilih kami sekali lagi untuk membawa nyawa kecil dan menjaga amanah dari mu... )

Jadi, lepas je tahu badan ni berkongsi nyawa maka, bermula la episod morning sickness yang teruk. Makan muntah, pening loya, tak boleh sentuh satu kerja pun. Mujur boleh berdiri dan jalan pergi mandi. Ina memang banyak rehat dan kurangkan aktiviti. Suami pun berkeras suruh rehat sebab tak nak benda lepas berlaku lagi. Jadi, mengandung kali ni memang jadi puteri la sebab semua benda dah diurus,... hahahahaha (sian suami kita....).

Morning sickness ina berlanjutan sampai usia kandungan 18W. berat badan lost 4 kilo dan postmoterm dengan nurse pun 2 minggu sekali. Risau kene admit, jadi ina amalkan minum Shake Herbalife. Kebetulan one of SIL ina HERBALIFE distributors, mudah la ina nak cari stock kan. Ina dapat tenaga dengan minum Shake Herbalife mix dengan kurma, kismis dan susu just blender dan minum sejuk-sejuk.

Lepas tempoh bercinta dengan morning sickness ina berkurang, selera makan bertambah pula weh.... (Undercontrol pulak dah....). Kejap-kejap nak makan. Masalanya bila makan overloaded ina mesti semput dan mengah. Mulut nak mengunyah cuma kene control sikit. Kunyah yang ringan-ringan, makan bijiran tu memang wajib. Cereal wajib ok, untuk stamina dan susu badan. Last checkup bulan lepas berat ina naik 1.5Kg. Tapi nurse cakap ok sebab before tu ina kan dah turun banyak.. Memang tak ada perubahan sangat pada berat badan.

Alahan sampingan pula ina baru tahu yang pregnant kali ni ina alergik kacang pitachios kau....(habis kaki ku naik duit syiling....so sadddd...), Parut yang menjadi truma sampai ke hari ini. Awal-awal mengandung mengidam nak makan. Dah makan rasa gatal-gatal dan timbul la bintik-bintik macam alahan... Gatal tu merebak tau, sampai dah jadi setampal kat betis ni. Hurmmmm... kene sapu ubat parut la lepas ni....(cian kaki kita.... )

Apa lagi ek...hurmm mandi tak boleh pakai syampo satu daripada masalah alahan ina juga. Sebulan sekali je pakai itupun paksakan diri sebab diri sendiri tak tahan bau rambut...hahahahahaha. Gosok gigi pun kene bercinta dulu, kalau tak mau seminggu tak bergosok. Malas nak ajar diri ni manja, jadi kene paksa dan gagahkan diri untuk jadi bersih. 

Makeup, ina ok je pakai dari awal pregnant sampai sekarang. Kalau tak pakai lipsstick nanti nampak pucat macam vempire kau. Laki pun takut nak tegur. Perfume, cuma satu jenama je boleh pakai. Tu pun AVON punya. Jenama HAIKU yang bau dia semerbak harum dan memang wangi habis la. Kita pakai yang murah-murah je dari dulu lagi... Mungkin sebab tu la kot serasi. Deadorant, alhamdulillah boleh pakai. Masa anak first tak boleh bau langsung...hahahahaha. So, terpaksa la pakai bedak kat ketiak. Mujur la anak kedua ni boleh bau-bau sikit. 

Apa lagi ek nak share. Sebab benda dah lepas nak recall balik susah pulak. Hurmmm... Pigmentasi kulit. Sekarang ni dah ada sikit-sikit hitam-hitam kat leher dan celah ketiak. Ina ada baca pasal ni dan semua tu normal, lepas bersalin akan hilang. In shaa allah nanti lepas bersalin kita sental kuat-kuat... Agak-agak jadi putih melepak...hahahahha.

Ina rasa dah full story ni. Kalau ada yang ina ingat nanti ina tambah je la.. Serius memang susah nak rewind balik. Otak macam low... hehehehe. 

Nota Kaki : Kepada Titicians yang masih lagi berusaha untuk hamil, percayalah allah tak kan menganaiya hambanya. Jadi, teruskan usaha dan usaha. Ina doakan korang pun akan rasa pengalaman yang sama macam ina.....:) wasalam :)

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)