19/02/16

Habis Pantang dan Apa Itu Pelepas

Bismillah..
.
.
Alhamdulillah, tanggal 18.02.16 maka berakhir sudahlah tempoh berpantang kita selama 41 hari. Ini bermakna tempoh nereput kita dah habis dan kita dah Merdek..Merdeka..Merdeka..!!! Waaa bukan main suka kan. Tapi, kena ingat tu tempoh untuk mereput dalam rumah kan tapi dari segi makan, tubuh badan dan bersama dengan suami kena pantang lagi sampai hari ke 100. In shaa allah....
.
.
Haaa.. hari tu kita janji nak cerita pasal "PELEPAS" kan. Alang-alang nak share pasal habis pantang kita share terus la kisah "PELEPAS" kat sini ye.
.
.
Kita nak cerita details, kita pun kurang arif. Tapi, apa yang kita tahu pelepas ni terkenal di sebelah pantai timur terutama sekali KELANTAN & TERENGGANU. Panggilan lain selain dari pelepas ialah "ROMBAK DAPUR". Kebiasaannya, rombak dapur banyak diguna di sebelab Terengganu. Kelantan pun ada guna juga..
.
.
Pelepas ni dikatakan berfungsi sebagai mengelakkan dari benda asing, benda luar atau lebih senang faham makhluk halus kacau baby dan mak baby. Yela, baby kan kecil lagi dan tak berdosa jadi syaitan ni suka la mengacau. Kenapa mak baby pun kena juga..?? Mak baby la watak utama dalam pelepas ni tau. Ssbab kita kan baru bersalin, darah kotor pulak, badan pula lemah jadi, benda-benda ghaib ni suka benda macam tu kan. Jadi, adat orang kampung nak elak benda ghaib ni mereka terpaksa la adakan sesi "PELEPAS".
.
.
Pelepas akan dilakukan sebanyak 2 kali iaitu dia aw berpantang selepas berurut selama 3 hari dan hari ke 41 berpantang. Seeloknya, pelepas mesti dilakukan sebelum kaki menjijak tanah la. Tapi, kalau nak pergi klinik dan hal yang penting diexcuse la. Tapi, kalau nak jejak Mall, jejak pasar raya, beli lauk dan sebagianya tak boleh
 Tahu ke bidan ada sebakul dia bebel.. hahahahahaha...
.
.
Macam mana la kan rupa "PELEPAS" kan. Pelepas tak ada rupa ya sayang-sayang semua. Cuma yang adanya sedikit beras yang digaul dengan kunyit hidup dan benang melangkah atau saintifiknya benang mentah. Beras dan kunyit hidup ni bidan akan buat masa awal berpantang dan disimpan sehingga la hari berpantang ke 41. Jadi, jangan dibuang la maksudnya. Biar la beras dengan kunyit dalam mangkuk je. Bila dah sampai masa, bidan akan minta sebab dia nak tabur dalam rumah dan luar rumah. Ada la sedikit bacaan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya. Seperti ayat kursi, 3 qul dan ayat pelindung diri..
.
.
Apa pula kegunaan benang melangkah ( benang mentah )..?? Benang melangkah ni kita akan masuk ke dalam benang bersama-sama dengan anak kita. Dan benang tu akan di renjat seperti melepaskan ikatan yang ketat. Tak faham..??? Cuba la fahamkan ye. Sebab kita tak tahu nak guna ayat macam mana lagi nak suruh sayang-sayang semua faham... hahahahaha.
.
.
Ni adalah contoh benang mentah
.
.
Lepas tu..??? Lepas tu sattle la... Alhamdulillah...so, kita dan baby kita dah bole pergi Mall la. Kebetulan pula 25-27 Feb ni ada baby fair pula kat RTC... hahahaba rezeki anak kita la tu. Boleh la cari barang keperluan dia kan.
.
.
Ohh.. ada sesetengah orang mentafsirkan pelepas ni syirik dan tahyul. Tapi, bagi kita ni sebahagian dari adat orang-orang tua dahulu kala. Dan kita rasa ia bukannya syirik sebab bacaan dia juga menggunakan ayat Al-Quran.
.
.
Dia..dia.. kita tak nak share ke pasal anak kita..?? Eh kita bukan retis (ARTIS) bujet nak sorok-sorok ni. In shaa allah maybe at the next entry kita share pula pasal baby kita ok.
.
.
Wasalam...

3 ulasan :

  1. aritu hanis berurut hari ke 5 sampai hari ke 30. lama jgk la berurut + tungku. Nak kurus and baik dalam betul2. mak la suh berurut lama. pelepas hari ke 43 . mandi air limau, and berurut last untuk berpantang. Then 3 bulan kemudian berurut lagi. Saja untuk betulkan urat kot ada yang lari hihi. Berurut skg mahal. aritu total habis untuk urut RM2k -_-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lamanya kak.. alahai, ina berurut 3 hari je. Lepas tu hari ke 20 dan hari pelepas 41. Tapi bagus juga brurt dan bertungku boleh percepatkan peranakan masuk dalam sarang dia. 2K kak..?? Alahai kalau ina mmg xmampu.. hehehe

      Padam
  2. Salam sis berdua..boleh x sy nk minta jasa baik sis berdua utk dptkan nombor tel bidan tersebut xkisah kt mana2 dlm kel ni..sbb sy xberurut lgi..bru lps bersalin bulan 3 aritu..tq sis atas bantuan sis berdua����

    BalasPadam

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)