Persoalan yang seringkali timbul dalam hati setiap hamba Allah di
muka bumi yang mendambakan cinta sesama manusia. Terkadang seribu usaha
telah dilakukan dan tawakkal serta doa telah dilafazkan.Akan tetapi
adakah hasilnya seperti ape yang diharapkan?
Sahabat,sedarlah bahawa usaha itu adalah satu kemestian yang
dilakukan oleh setiap hamba Allah dimuka bumi kerana kita harus
merancang akan tetapi Allah yang menentukan segalanya. Berapa ramai
insan yang kecundang selepas usaha yang dilakukan tidak seperti apa yang
dijangkakan?Bahkan ada yang memaling pada mentaati perintah Allah
setelah kecewa dengan pengakhiran suatu usaha itu.
Sahabat, sedarlah bahawa Allah itu Maha kaya dan Maha mengetahui
setiap hati hamba-hambanya.Ketentuan dariNya adalah yang terbaik untuk
hamba-hambanya dan kita haruslah redha dengan ketentuanNya kerana ini
adalah seiring dengan rukun iman keenam yakni percaya pada qadha dan
qadar. Tidak redha dengan ketentuanNya bermakna tidak percaya pada rukun
iman keenam.
Jadikanlah Al-quran itu sebagai panduan. Sunnah menjadi ikutan. Solat
hajat menjadi tempat mengadu luahan perasaan. Istikharah sebagai
penghubung hati pada tuhan agar diberikan jalan dalam membuat
pilihan. Indahnya Islam dalam mengajar umat islam untuk mencari jodoh
yang baik.
Sahabat,berusahalah untuk mencari cinta sejati dengan sentiasa
berusaha dan berdoa kepadaNya. Jangan pernah putus asa dalam
usaha. Ujian Allah dalam meniti suatu perjalanan mencari cinta sangatlah
berat kerana Allah inginkan hamba-hambaNya meminta-minta padaNya.
Bersabarlah atas setiap ujian yang kita hadapi dengan tabah dan redha
dengan ketentuanNya.
Jika pilihan kita bukan seperti yang kita harap dan dambakan,
percayalah tidak akan sesekali akan rugi bagi mereka yang bermusyawarah
dan beristikharah kepada Allah. Adakalanya pilihan manusia itu, walau
baik pada pandangan mata manusia, tetapi hakikatnya penuh kemudharatan
tanpa kita sangka. Sedangkan sesuatu yang kita rasakan kurang baik di
mata manusia, rupanya penuh kebaikan padanya tanpa sedikit pun kita
menyedarinya. Mungkin juga pada saat ini kita melihatnya sesuatu yang
indah, namun kita tidak tahu ianya akan menjadi suram pada masa
mendatang.
Demikianlah pilihan Allah... ianya adalah baik untuk kita, agama
kita, dan baik untuk setiap keadaan dan waktu yang ada. Pengetahuan
Allah mengatasi pengetahuan hamba-hambaNya, maka serahkan urusan jodoh
itu pada Allah. Jangan dipeningkan kotak fikir kita memikirkan siapa
jodoh kita. Jika ada jodoh, pasti tidak akan ke mana. Yang penting
siapkan diri kita agar menjadi soleh dan solehah. Siapa jodoh kita
adalah ditentukan oleh diri kita sendiri. Jika kita soleh, insyaAllah
Dia akan temukan kita dengan yang solehah. Jika kita solehah, maka Allah
akan temukan dengan yang soleh. Bukankah Allah telah berfirman, Lelaki
yang baik itu untuk wanita yang baik. Maka Yakinlah! Janji Allah itu
pasti benar.
Jangan mudah lesu dengan istiqamah.Jangan mudah mengalah dengan ujian
yang ada tetapi jadikan lah ujian itu sebagai satu kekuatan pada kita
untuk terus berusaha dalam mencari cinta sejati. Namun nilai suatu cinta
itu janganlah dilandaskan dengan nafsu. Biarlah ianya diredhai ole
Allah swt. Suatu cinta yang berlandaskan nafsu itu mengundang murka
Allah.
Tepuk dada tanya fikiran kerana apa kita cintakan seseorang itu. Adakah kerana hartanya? kerana paras rupanya? atau kerana agamanya? Pujilah kaum hawa itu atas kecantikannya tetapi pujilah dengan niat semata-mata pujian atas keindahan ciptaan Allah. Pujian yang bersandarkan kebesaran dan keagungan yang menciptakannya. Dan janganlah memuji sehingga mengundang syirik padaNya.
InsyaAllah para sahabat yang membaca artikel ini akan saya doakan
juga supaya anda dipertemukan jodoh yang baik yang mampu membahagiakan
anda bukan sahaja di dunia bahkan di syurga kelak. Amin
copy & paste :> Mohd Rezykin bin Md Shariff merupakan penuntut di Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)