27/01/14

OTW # Prosedur Perkahwinan Negeri Kelantan Darulnaim

bismillah..
hari ni ina nk kongsikan prosedur bagi wanita perempuan kelantan yang bakal kahwin.. mgkinada BRIDE-TO-BE org kelantan yang tercari2 kan prosedur yng betul...

haa... meh sini nok royak..hahaha(kelantan terus)


Prosedur Perkahwinan

Negeri Kelantan Darulnaim
PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN
DARI MUKIM/DAERAH/NEGERI YANG SAMA (KELANTAN)

●Dapatkan Borang permohonan kahwin dari Penolong Pendaftar (Imam Mukim 
berkenaan) 
●Isi borang dengan lengkap.
●Lampirkan dokumen yang berkaitan
●Mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Penolong Pendaftar Nikah 
Mukim tujuh hari sebelum akad nikah dilangsungkan untuk pengesahan status dan 
anak mukim serta kebenaran @kelulusan kahwin.


PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN
DARI KARIAH / DAERAH / NEGERI YANG BERLAINAN

●Dapatkan borang permohonan dan Kebenaran Berkahwin dari Pendaftar NCR 
negerinya
●Serah surat kebenaran dan salinan surat permohonan (jika perlu) kepada 
Pendaftar / Penolong Pendaftar negeri tempat berkahwin
●Isi borang permohonan berkahwin di tempat / negeri perkahwinan itu hendak
dilangsungkan (jika perlu)


LAMPIRKAN DOKUMEN YANG BERKENAAN SAHAJA

●Perakuan daripada Pendaftar NCR negeri yang berkaitan
●Salinan Kad pengenalan pemohon, wali dan saksi / visa yang sah
●Surat pengesahan status bujang / dara dari majikan
●Surat perakuan cerai
●Surat daftar kematian
●Sijil kursus pra perkahwinan
●Surat perakuan memeluk Islam
●Surat kebenaran berkaitan bagi warganegara asing
●Surat akuan Sumpah
●Surat kebenaran daripada imigresen
●Surat kebenaran berkahwin di bawah umur, (lelaki 18 tahun, perempaun 16 tahun)
●Surat kebenaran berkahwin secara poligami
●Surat kebenaran berkahwin bagi janda berhias






berpuas hati dengan keterangan di atas??kalau xfaham juga, kene jumpa imam mukim la yer.. minta penjelasan dengan dia... i'allah dia boleh tlg.. 

~wasalam~

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)