menanti saat untuk bergelar seorang isteri
muka over excited after akad dah selesai. suami sedih sebab xsangka dia dapat buat :)
itu kisah majlis akad kami. kisah majlis keesokkan harinya (31.05.14) pula, pihak pengantin lelaki pergi jalan2 kat RANTAU PANJANG. mungkin diorang ingat sempat kot. sebab rombongan pihak lelaki kene datang pukul 2. tapi, nak dijadikan cerita, suami ina xpergi la rantau panjang.ok... sattle. tapi, rombongan yang pergi rantau panjang tu pula, tersangkut traffic jem pula. masa tu ina dah cuak habis kot!!!!!!!!!!. bengang rasa nak cabut semua baju2 n tudung. ahahahhaha.(nampak sangat barannya). so, rombongan lelaki datang lambat la ceritanya. xkisah la asal dtg.. kalau xdtg nahas ina kerjakan suami.. hahahahaha....(gurau je syg)
rombongan sampai je terus ke meja makan sebab lapau. muka peace a.k.a xbersalah. biar dalam hati membara bengang.. hahahahha
dah sattle semua di rumah. ina buat outdoor di pantai TOK BALI. sebab ina memang excited kalau dengan pantai. ina suka suasana pantai. jadi we all decide la buat di pantai walaupun sampai2 je di pantai dah pukul 6. so, hanya ada sejam je nk ambil gambar outdoor...huhuhu (Sedih tahap apa tah)
maaf yang ni je ada. tu pun dari gambar wassap suami.. uhuhuhuhu..(mata dah penat)
sattle outdoor dah pukul 7. kami magrib pun sipi2 je dah nak isyak. sampai kat rumah, terus mandi dan solat. menitik air mata ina bila dapat berjemaah kali pertama dengan insan yang bergelar suami. subhanallah memang lain sgt2 taw perasaannya.
selfie pertama dengan suami tercinta. mata kuyu dan kepenatan
hahahhaa.. dan dan je berselfie kan. nasib la... suami yang suka melayan... after isyak kami sekeluarga berkumpul untuk sesi membuka hadiah dan makan kek yang berlambak banyaknya. sebab sesi potong kek xder... (geraaammmmmm). kenapa xada, sebab rombongan dtg lambat la.... semua yang dirancang banyak tergendala... huwaaaaaaa!!!!!!!!!..
mata panda dah keluar
hahahaha. sesi potong kek bersama pengantin yang kepenatan. tapi disebabkan sepupu dan anak2 sepupu dah berkumpul, kami layankan aja... kena amik hati juga, sebab diorang lagi penat. kalau xada sepupu yang sanggup tolong, memang naik darah tinggi la mama ina... hahahahaha
sebelah suami, majlis sederhana juga kami buat. hanya panggil jemputan dtg makan dan menjamu tetamu dengan pelbagai menu...kat melaka banyak makanan pula.. hahahaha. masakan yang lebih tu, suami dah niatkan nak sedekahkan kepada sekolah pondok xsilap. alhamdulillah majlis kat sana pun meriah. cuma gambar xada nk kongsikan...kuii..kuii...
kepada sahabat ina, thanz for coming,.. sgt2 terharu dan kepada bridemaids maaf sgt jika ada terkurang..
sebelum terlupa, dalam entry sebelum ni ina ada update pasal pak andam kan. ok, untuk bakal B2B ina syorkan korang xpyh la amek pak andam. bukan apa, sgt2 susah untuk mejaga batas antara lelaki dan perempuan. ina dah sehabis daya untuk menjaga, tapi "wamakaru wamakarullah, wallhukahoiran makirin". jadi, ina telah cancel kan semua solekan dari pak andam tu. dan menggunakan perkhidmatan bidan terjun iaitu mak sedara ina yang tersayang... alhamdulillah... tq mak usu...
selfie before ina balik kelantan. suami??of cos la stay kat melaka sebab dia kerja kat sana... huaaaa...huaaa.. huaa.. :( see u ramdhan nanti syg...
nak letak tittle ape tah???????
~wasalam~
cantinya akak :)
BalasPadamawak pun cantik dear.... paling utama cantik luar dan dalam kan dear... ^^,
Padamalhamdulillah selesai semuanya..tahniah ina..semoga menjadi isteri yang sollehah...aaminnn ina cantik..berseri2 muke2..!
BalasPadamalhamdulillah cik fadh.... semuanya berkat doa2 kalian juga.. amin..amin..amin...
Padamhehehe berseri sebab pengantin kot... :P semoga rumah tangga kita kekal hingga ke jannahnya ye cik fadh :)
Tahniah ina..nak paggil adik ke kakak ni? Hehe tp rasaya adik sb fiza da 25 tahun ni.hehe syukur alhamdulillah..da selamat bernikah. Perasaan? Tenang dan bahagia sgt2 kan dik. Hehe semoga bahagia sehingga hari akhirat..Aamiin. :)
BalasPadamamin kak fiza.... tenang sgt sebab semua kekusutan dah terlerai... hehee. selagi xsattle selagi tu la asyik pressure je... smpai kerja pun lingkup ke laut... hahahaha. alhamdulillah semua dh selamat... syukur sgt2.. ::)
Padam