PJJ Antara Kami
Bismillah & alhamdulillah
semoga kita selalu bersyukur dengan rahmatnya dan rezeki yang dilimpahkan. subhanallah, beberapa hari kebelakangan ini, banyak yang ina dengar tentang isu kurma berbuah di kota bharu. yes, memang ina pun dah tengok sendiri pokok kurma tu. wow amzaing sebab first time dalam hidup dapat tengok kurma berbuah depan mata.
ada sesetengah segelintir tu menagative kan isu dan dan ada juga yang mempositive kan. itu semua xbagi kesan pada kami anak kelantan. sebab bagi kami ini satu keberkatan. ye la, sapa yang tanam?? ulama kan... so, tempat kurma itu tumbuh sendiri kat mana?? medan ilmu agama. setiap jumaat akan ada ceramah dari ustaz2 dan ulama. bagi ina itu satu rezeki buat kami.
dengar2 cerita juga, kurma yang berbuah tu akan disedekahkan pada ASNAF pada 15 ramadhan. sebab tu la visitors yang nk ambil gambar xboleh nk jolok2 nak ambil buah tu. sebab nk jaga kualiti buah kurma tersebut.. alhamdulillah bagus niat tu. semoga allah berkati kelantan, pemimpin dan rakyat jelata.. amin~
ina pun masih belum kesempatan nk singgah kat pokok tu. hari2 lalu pun xsempat. sebab xleh nak parking. tiap2 hari ramai org kat situ... hadoi!!!!... nanti ina dah sempat ambil gambar, ina share ngn u olls semua taw... hehehehe
berbalik kepada tajuk, PJJ. mesti semua dah tahu kan. eh... bukan pengajian jarak jauh syg. tapi, percintaan jarak jauh suami isteri seperti ina dan suami. kami masih baru dalam perkahwinan dan diuji dengan jarak yang jauh. alhamdulillah kami berdua masih kuat untuk hadapinya. walaupun dalam fon hari2 cakap miss..miss and miss... dah tu nk ckp apa lagi kan... huwaa..huwaaa
sabor je la badan. tambahan pula, badan ina kurang selesa. ramai yang suruh ina buat UPT, tapi ina rasa segan lagi. sebab rasa terlalu awal.. tapi xawal sgt dah pun sebab dah 3 minggu kan. lagipun, sebelum kahwin ina baru habis period. hubby pun suuh cek juga. waaaaa malu!!!!!!!!! tapi kuatkan semangat juga... doakan kami agar dimurahkan rezeki untuk dapat zuriat cepat ya... lagipun hubby ina xmuda lagi.. dah 35 tahun dah pun... kuiii..kuii..kuii...
kenapa rasa rindu ni berbuak2?? sebab we all mana pernah bercinta. lepas kahwin baru usaha nk kenal hati budi. kira macam "BERCINTA SELEPAS KAHWIN" la katakan. sapa kata xreleven. ina rasa ok je... asalkan kita kenal keluarganya terlebih dahulu. nk cari suami pun, kene tengok juga kan keturunannya. yela, ina pun xkenal suami sgt2. masa tunang pun jumpa 3 kali je... huhuhuhu. alhamdulillah memang indah percintaan selepas halal. allah je yang tahu.... kalau mmber2 tanya pun, mcm mana kahwin?? ina just cakap best kahwin.. hahahaha.(sengal) malas nk jawab banyak.. so create a simple answer je.
one weeks a go.. xsabar nk jumpa hubby. paling xsabar tahun ni ramadhan pertama buat kami berdua dan ina suka tengok suami tersenyum je 24 jam... hahahahha. kakak ipar ina cakap, masa sebelum kahwin kan, suami ina suka menyendiri. paling xleh blah lepas sembahyang raya je, dia terus balik sambung tidur... adoooii..!!!!!. bila ina tnya pasal tu, dia cakap mana ada..erghhhh geram nak tarik2 pipi.
i'allah raya tahun ni mungkin meriah buat kami..apa lagi yang isteri mampu lakukan selain membahagiakan suaminya kan. itu lah azam ina setelah diijabkabul... paling ina suka bila dapat layan makan minum suami. waaaaaa.. sangat sedih bila taip ayat ni... (sabor arena!!!!!!)
emo...emo... la tahzan arena. allah maha mengetahui. kalau la ina ni kaya, dan suami mampu untuk tanggung ina sekeluarga, nak aja ina berhenti kerja yang berstatus kontrak ni... huhuh. tapi apakan daya, kami kene kayuh semula dari awal sebab semua yang kami simpan dulu dah habis untuk majlis kami. i'allah kalau semuanya dah kembali stabil ina ada juga merancang nak berhenti dan sama2 berniaga dengan suami kat melaka. doa2kan kami ye...
subhanallah, walhamdulillah..allahuakhbar... ya'allah kuatkanlah hati kami dan satukanlah hati kami disaat kami berjauhan.. :(
~wasalam~
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
love u ollz.... semoga kita terus berblogging :)