bismillah
hari pertama ramadhan. semoga kita sama2 mendapat keberkatan di bulan yang mulia ni ye. jangan lupa untuk merebut ganjaran pahala. alhamdulillah ina paling bahagia tahun ni sebab dapat menyambut ramadhan pertama bersama2 dengan suami walaupun jarak yg jauh, tapi hati rasa dekat sangat2. tambahan pula, kami baru terima berita gembira... alhamdulillah.. jap lagi ina story apa benda berita gembira tu ok??
firstly ina nk mintak maaf kepada semua muslimin dan muslimat yang kenal ina secara tersurat ataw tersirat. yela, kadang2 manusia leka dan alpa dalam bercakap ataw pun bertulis. manusia juga tidak lari dari masalah dan kesilapan kan. jadi, sempena hari yang mulia ni, sama2 la kita saling bermaafan agar amalan kita diterima allah.
secondly, PREVIEW WEDDING pun xhabis lagi kan. hurrmmm bukan xnk review tapi xthu nak mula dari mana. tapi, husband ina suruh buat juga. sebab biar orang tahu cara kami buat perkahwinan bujet kami macam mana kan. i'allah ina akan cuba usaha. kalau xpun, tggu gambar wedding siap dulu ke macam mana kan. sebab nk tunjuk kat umum lagi best kalau ada gambar yang menarik. "setiap gambar ada lagunya" ceewaaahhh!!!!! ina akan update dari masa ke semasa taw... so, tunggu!!!!! (macam ramai pulak yang dok tunggu...verassaanannn)hahahaha
thirdly, minggu ni hubby balik. hooreeyyyy boleh jumpa suami tercinta. dah dua minggu xjumpa. macam mana la rupa hubby kita lebih2 lagi bila tahu berita gembira ni kan. xsabarnya nk jumpa... ya'allah selamatkan lah perjalanan suamiku dari melaka ke kelantan. semoga setiap perjalanan suamiku dalam rahmatmu ya'allah.. banyak perancangan kami bila jumpa nanti. masa ni la nk spent time dengan hubby. dah balik dua hari je... tapi alhamdulillah la dari xbalik langsung kan. turn ina untuk balik melaka pula dua minggu lagi. semga perancangan kami berjalan dengan lancar. amin~
lastly, entry before ina ada update pasal kawan2 rumah suruh cek preggy or not kan. waaa nervous kot nak buat. bukan nervous takut, tapi xnak mengharap. sebab tu rezeki allah.. kalau terlalu mengharap nanti hampa, hati ina juga yang sedih. tapi bila dua minggu lepas ina perasan ada perubahan yang sangat2 ketara pada tubuh badan ina. paling ketara sekali bila
*bagun pagi rasa mual bila perut kosong.
*perut always lapar even perut baru je diisi
*tak boleh tengok ayam, makan ayam, or potong ayam
*manja terlebih (dengan suami la)
*rasa sedih bila orang cakap pasal kita walaupun benda tu xperlu amek hati pun
*cakap dengan suami sekejap je pun air mata dah meleleh laju.. hahahaha
tu la antara perubahan serba sedikit. mama ina pun suruh buat juga checkup UPT. jadi, ina kuatkan semangat pergi beli kat farmasi. first2 cek masa tu pukul 3ptg lebih2 cikit la. masa mula2 cek tu, ina tengok xder pun double line. just one line je yang keluar. jadi ina anggap tak ada la kan. lepas tu, dalam around 6 ptg ina nk buang upt tu, ina perasan macam ada double line pada alat UPT tu. dalam hati "eh biar betul, tapi kenapa samar2 je". mama ina cakap sebab still new tu yang samar2.
oooo.... i see haahha. if betul alhamdulillah. tapi hati ni xpuas hati juga. ina beli satu lagi alat uji UPT tu. cek di awal pagi. sebab ramai members yg cakap nak cek urine baik buat pagi dan guna urine yang mula2 keluar. lepas result keluar!!!!!!!!!! masa tu rasa nak menjerit... abaang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ayg mengandung.. hahahahaha. gila ke apa. nanti habis satu housemate tersedar. syukur ya'allah. xsangka allah bagi kami rezeki secepat ini. mungkin berkat doa suami yang selalu minta dalam setiap doanya, dan setiap kali kami borak2 mesti kami cakap nk baby awal. alhamdulillah... termakbul olehNYA...
tapi berapa minggu tu ina xleh nk confrem lagi sebab nak tunggu hubby balik n checkup sama2. sekarang ni, dah rasa sikit perubahan pada bahagian ari2 ina. sakit dan kadang2 cramp kat ari2. back pain xpayah cakap la, bawak kereta cikit pun dah rasa. pulak tu ina pakai manual,waa memang rasa sakit urat2nya. paling sedih bila time tidur. ina ni susah cikit nak tidur. jadi kene geliat sana sini dulu baru la tertidur. sekarang nak tidur meniarap pun xboleh sebab rasa perut keras je. hurrmmmm apapun. alhamdulillah. allah je yg thu betapa bahagia kami berdua.
semoga menjadi anak yang soleh dan solehah buat baba dan umi... i'allah.
~wasalam~
tahniahh :)
BalasPadamtq dear inani :)
PadamAlhamdulillah..tahniah...jage diri elok2... jgn buas2 sangat awal2 ni..hihi
BalasPadamhehehe i'allah misz sheyla... skrg ni pun nk puasa xboleh. asyik cramp je perut.. huhuhh :)
Padam